Okay kalau nak tau, gambar sebelah kanan kita orang punya makmal komputer bagi subjek kursus.  Macamana awek2 dalam gambar nieh? Cun tak?  Nak berkenalanan aku boleh tolong rekemenkan, jadi orang tengah.

 

Siapa yang tangkap (ambil) gambar? Kamera apa yang engkau pakai? Macam dan rasa2nya kenalah kamera yang mana satu.  Pinjam ker....

 

Brother... ingat lu sorang je ker ada kamera digital dan orang lain tak ada?  Guapun ada jugak?  Bukan macam lu asyik2 nak pinjam jer orang punya.. Untuk pengetahuan pengunjung, aku student Kolej Komuniti Teluk Intan, Manjong.  Sekarang team aku semua pergi praktikal, Penang dan Johor kecuali aku stay dekat sini, Ipoh.  Ingat nak blah jauh jugak fikir2 kos, so tak jadi... susahkan mak ayah pulak. 

 

Dalam kursus Animasi, student dibekal dengan sebuah komputer.  Canggih beb. Komputer baru dan aksesori semua lengkap termasuklah penggunaan 'digital video-camcoder'.  Bukan nak kempen kolej aku tapi sesiapa yang berminat untuk dapatkan more infor bolehlah lawat dekat http://www.oocities.org/kktelukintan Cuba2lah lawat moga2 dapat kursus yang berkenaan di hati.

 

 

Aku ingat2, bangun tidur, tidur bangun, sekarang dah nak habis kursus.  Hemmmm... sekejap masa berjalan.  Cita2 peribadi habis kursus yang ini nak extend untuk lebih jauh lagi.  Sekarang zaman belajar, so aku fikir belajar selagi yang boleh.  Kerja bila2 masa boleh!  Harap2 tahun terdekat 'ekonomi' akan lebih baik, so... tak perlu bimbang pasal kerja dan nak cari kerja.  Nanti susah nak bayar pinjaman??

 

Baguslah begitu, aku dulu nak belajar semua kena tanggung sendiri.  Mana ada pinjaman2, bayar duit sendiri.  Nasiblah family aku dapat tanggung, taklah setinggi macam engkau orang... sijil saja.. bolehlah kerja tempat orang...dekatpun di Brunei Darussalam..

 

 

Ohhh.. ini gambar dekat rumah sewa, kami malam2 lepak dekat Lumut.  Boring turun Lumut lepak dekat tepi koridor.  Tengok laut.. paling best tengok matahari jatuh waktu petang.  Tengok gambar nieh cun tak?

 

 

Cunlah.. tapi pastikan tak ada kamera trick?  Tak main gambar2 trick ha... Engkau sebelah kanan sekali ya... Dekat Teluk Batik?  Terror aku neih teka2.