Sorrylah,
ada banner (iklan) dalam halaman aku nieh, sebab bapak aku kerja
dengan Telekom. Jadi nak tak andak 'ada sponsor' duit pergi
uploading-downloading buat website nieh. Kalau tak macamana
nak ONLINE dekat siber. Terima kasih kerana sudi meluang masa
untuk terus bersama halaman yang kureng... tengah cari idea2 yang
baik-baik macamana nak bikin lebih cun lagi.
Bermula pada bulan Jun 2003 semua team
aku (kursus) pergi praktikal. Lain-lain pergi Johor, Penang
tapi aku pilih di IPOH, saving dan budget lebih rendah. Duduk
dengan famili lainlah sikit. Kalau duduk rumah bujang tentulah
lebih berat lagi. Semua kena tanggung dan selain makan minum,
petrol lagi.. huh... susah.
Konsep asal website dibantu oleh
seorang brother yang aku kenal dan dialah yang beria-ia nak bikin
web nieh. Lagipun aku tak expert dan tak ada idea macamana nak
bikin. Fikir2 'moleklah' juga. Akupun tengah2 belajar
dengan Photoshop dan FrontPage macamana nak buat web lebih canggih.
|