Daarij Madarijus Saalikin Bayna Manazili Iyyaka Nakbudu Wa Iyyaka Nastaiin
Bil (10) : Siri Pemurniaan Aqidah dan Penyucian Hati.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualikum WMT;
Muslimin dan muslimat yang dikasihi Allah sekalian;
Segala puji yang tidak terhingga bagi Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa. Selawat dan salam buat Rasul junjungan Nabi Muhammad SAW; Kita masih lagi membincangkan tentang aspek-espek yang membuktikan kenabian di dalam surah al-Fatihah.
Berkata Imam Ibnu Qayyim : (Aspek (8) : "Allah Taala menerangkan di dalam surah al-Fatihah bahawa golongan yang melalui Sirotol Mustaqim ialah mereka yang diberi nikmat oleh Allah dan bukannya mereka yang sesat dan dimurkaiNya".
Manusia-manusia yang mengetahui kebenaran dan beramal dengannya terbahagi kepada 3 golongan :-
1) Golongan yang mengetahui kebenaran dan mengamalkannya.
2) Golongan yang mengetahui kebenaran tetapimengikut hawa nafsunya.
3) Golongan yang jahil tentang kebenaran.
Kerana seseorang hamba itu msetilah samada dia ini mengetahui kebenaran atau jahil. Dan orang yang mengetahui kebenaran samada dia mengamalkannya atau meninggalkannya, ini adalah bahagian-bahagian Mukallafin.
1) Adapun manusia yang mengetahui kebenaran dan megamalkannya ialah insan yang beroleh nikmat daripada Allah. Dia menyucikan dirinya dengan ilmua yang bermanfaat dan amalan yang soleh. Dialah insan yang berjaya. Firman Allah dalam surah Assyams : ayat 9 ; [Sesungguhnya beruntunglah siapa yang menyucikan dirinya].
2) Adapun insan yang mengetahui kebenaran tetapi mengikut hawa nafsunya ialah insan yang dimurkai oleh Allah.
3) Insan yang jahil pula adalah sesat. Insan yang dimurkai Allah sesat daripada hidayah amal. Insan yang sesat pula dimurkai oleh Allah kerana dia sesat daripada ilmu yang membantunya untuk memelakukan amal soleh.
Golongan yang kedua dan ketiga ini kedua-duanya sesat dan dimurkai oleh Allah. Akan tetapi, insan yang mengetahui kebenaran dan meninggalkannya lebih berhak dan layak diketegorikan sebagai golongan yang dimurkai oleh Allah. Oleh itu, Yahudi dimurkai oleh Allah dan mereka berhak diketegorikan dalam golongan ini. Firman Allah dalam surah al-Baqarah : ayat 90 yang bermaksud [Alangkah buruknya perbuatan mereka yang menjual dirinya sendiri dengan kekafiran kepada apa yang diturunkan Allah, kerana dengki bahawa Allah mengurniakan kurnianya kepada sesiapa yang dikehendaki di antara hamba-hambanya. Oleh itu mereka mendapat murka sesudah mendapat mendapat kemurkaan] Firman Allah Taal dalam surah al-Maidah ; ayat 60 yang bermaksud : [Katakanlah; Apakah akan aku beritahu kepadamu tentang orang yang lebih buruk pembalasannya dari orang-orang tasik itu di sisi Allah, iaitu orang-orang yang dikutuki dan dimurkai Allah, di antara mereka ada yang dijadikan kera dan babi dan orang yang menyembah thaghut. Mereka itu lebih buruk tempatnya dan sesat daripada jalan yang lurus].
Manakala insan yang jahil tentang kebenaran, lebih layak disifatkan dengan kesesatan. Oleh itu, golongan Nasrani disifatkan sebagai sesat. Jelas terbukti sebagaimana firman Allah Taala di dalam surah al-Maidah ; ayat 77 yang bermaksud [Katakanlah hai Ahli Kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan (melampaui batasdengan cara tidak benar dalam agamamu. Dan janganlah kamu mengikuti hawanafsu rang-orang yang telah sesat dahulunya dan mereka telah menyesatkan kebanyakkan dan mereka tersesat dari jalan yang lurus. Ayat 60 ; surah al-Maidah ditujukan kepada orang Yahudi. Sementara ayat 77 ; surah yang sama ditujukan kepada orang-orang Nasrani. Bersadba Nabi Muhammad SAW dari hadis riwayat Adi bin Hatim : Yahudi dimurkai Allah. Dan Nasrani merupakan golongan yang sesat.
[Hadis ini Hasan. Di petik oleh Imam Ahamd bin Hambal di dalam Musnad beliau (4/378) , Jami at-Tarmizi (2945) dan dishohihkan oleh Ibnu Hibban di dalam Sihih Abnu Hibban (1715)]
Apabila Allah menceritakan tentang 3 golongan tersebut di dalam surah al-Fatihah, ini menunjukkan kepada kita pengiktirafan terhadap risalah Islam dan kenabian. Kewujudan 3 golongan tersebut adalah suatu realiti. Ketetapan risalah Islam menyaksikan kewujudan golongan tersebut .
Ikhwah, kita wajib mengamalkan ilmu yang kita tahu. Taidak guna jika kita ada ilmu tetapi tidak mengamalkannya. Inilah sifat orang-orang mukmin yang berjaya. Segala peerintah Allah wajib dilaksanakan. Segala larangan Allah wajib ditinggalkan. Kita tahu bahawa Islam adalah agama yang benar, maka kita mestilah mengamalkan ajaran Islam dengan sempurna.
Oleh itu, rajin-rajinlah solat berjemaah di masjid. Banyakkan zikrullah dan membaca al-Quran. Hidupkan suasana Islam dalam kehidupan anda. Laksanakan Syariah Islamiah. Hapuskan riba, judi, zina dan rumah-rumah maksiat. Tanamkan aqidah Solafus Soleh dalam diri anak-anak anda. Berakhlaklah dengan akhlak yang mulia. Tutupilah aurat. Hiasilah hati-hati anda dengan cahaya Iman. Tegakkan negara Islam! Dan lahirkan generasi Mujahidin yang akan membebaskan Masjidul Aqsa daripad acengkaman Yahudi. Dengan itu, kita akanmemperolehi rahmat Allah dan redhanya Insya Allah. Sekian Wassalam.