Daarij Madarijus Saalikin Bayna Manazili Iyyaka Nakbudu Wa Iyyaka Nastaiin
Bil (16) : Siri Pemurniaan Aqidah dan Penyucian Hati.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualikum WMT;
Muslimin dan muslimat yang dikasihi Allah sekalian;
Segala puji yang tidak terhingga bagi Allah Khaliq Yang Maha Berkuasa, Maha Agong. Selawat dan salam buat Rasul junjungan Nabi Muhammad SAW;
Berkata Alallamah Ibnul Qayyim AL-Jauziyyah di dalam Madarij Salikin :
I . ((Al-Fatihah)) Terbahagi kepada tiga:
1. Tauhid Al-Uluhiyyah
2. Tauhid Ar-Rububiyyah
3. Tauhid Al-Asmaa Wassifat
((3 jenis tauhid ini dipersetujui oleh semua rasul-rasul alaihimussalam))
*Definisi 3 jenis tauhid ini telah diterangkan pada siri yang lepas
II . ((Tauhid))
1) Tauhid Qosdy Iroody (qasad dan kehendak)
-melibatkan qasad dan kehendak
-Tauhid ini terbahagi kepada dua:-
1-Tauhid Uluhiyyah
2-Tauhid Rububiyyah
2) Tauhid Ilmi(ilmu)
-melibatkan ilmu dan Itiqad
-Tauhid ini juga dinamakan Tauhid Al-Asmaa Wassifat
((SkopTauhid Al-Asmaa Wassifat))
1 . Mengisbatkan sifat-sifat kesempurnaan Allah Taala1. Dalil Mujmal
2 . Menafikan tasybih dan misal (persamaan dengan makhluk)
3 . Menyucikan Allah dari segala aib dan kekurangan.
Tauhid ilmi ini ataupun yang dikenali jug sebagai tauhid Asmaa' wassifat dibuktikan dengan dua dalil iaitu:-
1- Dalil mujmal ( umum). Mengisbatkan segala puji-pujian hanya bagi Allah tuhan yang maha suci.
2- Dalil Mufassol (detail) iaitu mengesakan Allah dengan sifat-sifat:-
a)- Uluhiyyah
b)- Rububiyyah
c)- Rahmat
d)- Mulk ( memiliki)
Keempat-empat sifat ini terkandung didalam Surah Al-Fatuhah ayat 2-4.
Tauhid Ilmi / Tauhid Asmaa Wa Sifat
Isbat Alhamdu (puji-pujian) bagi Allah dari segi :-
1) Sifat kesempurnaan Allah
2) Sifat keagungan Allah
3) Cinta kepada Allah dan redho dengannya
4) Tunduk kepada Allah
Siapa yang mengingkari sifat-sifat Allah dan enggan cinta dan patuh kepadaNya, maka dia tidak memuji Allah Taala. Setiap kali sifat-sifat kesempurnaan Allah itu lebih banyak, maka puji-pujian bagiNya pun turut bertambah sempurna. Setiap kali berkurangnya sifat kesempurnaan Allah, maka puji-pujian terhadapNya pun berkurangan.
Oleh itu, segala puji yang tidak terhitung hanya bagi Allah dan bukan selain daripadaNya, disebabkan oleh kesempurnaan sifat-sifat Allah dan banyaknya sifat-sifat itu. Oleh yang demikian tidak seorangpun makhluk Allah yang boleh menghitung puji-pujian bagi Allah kerana Allah memiliki sifat-sifat kesempurnaan dan keagungan yang hanya boleh dihitung olehNya sahaja. Oleh itu, Allah mencerca tuhan-tuhan orang kafir yang tidak memiliki sifat-sifat kesempurnaan. Maka Allah menyebut keaiban berhala-berhala itu dengan mengatakan bahawa ia tidak mendengar, tidak melihat, tidak berkata-kata, tidak memberi hidayah, tidak memberi manfaat dan tidak memberi mudarat.
Dan inilah sifat Tuhan Golongan ALJAHMIYYAH (pengikut Al-Jahm bin Sofwan) yang merupakan sifat-sifat berhala yang diaibkan oleh Allah. Maha Tinggi Allah daripada tohmahan-tohmahan yang dilempar oleh orang-orang yang zalim lagi mengingkariNya.
Allah Taala menceritakan kisah kekasih Allah, Ibrahim alaihissalam ketika baginda berhujjah dengan ayahnya di dalam surah Maryam; ayat 42 yang bermaksud
[Wahai ayahku!, mengapa kamu menyembah sesuatu yang tidak mendengar, tidak melihat dan tidak dapat menolong kamu sedikitpun?).
Jika Tuhan Ibrahim (Allah) bersifat dengan keaiban, nescaya Aazur (ayah Ibrahim) akan menjawab : Tuhan kamu juga bersifat dengan sifat kekurangan, maka mengapa engkau mengingkari Tuhan yang aku sembah iaitu berhala?. Namun begitu, walaupun dia syirik kepada Allah, tetapi dia mengenali Allah lebih daripada golongan jahiliyyah. Begitu juga orang kafir Quraisy, walaupun mereka syirik kepada Allah, tetapi mereka mengiqrorkan sifat-sifat Allah, Tuhan Yang Maha Mencipta dan mengisbat ketinggian Allah di atas hamba-hambanya.
Firman Allah di dalam surah Al-Araf; ayat 148 yang bermaksud
[Dan kaum Musa, setelah pemergian Musa ke Gunung Thur mereka membuat daripada perhiasa-perhiasan (emas) mereka anak lembu yang bertubuh dan bersuara. Apakah mereka tidak mengetahui bahawa anak lembu itu tidak dapat berbicara dengan mereka dan tidak dapat menunjukkan jalan kepada mereka? Meraka menjadikannya sebagai sembahan dan mereka adalah orang-orang yang zalim].
Jika benarlah Allah tidak berkata-kata dan tidak memberi hidayat, maka terbatallah pengingkaran allah terhadap mereka dan terbatallah juga istidlal (bukti) yang menunjukkan kebatilan uluhiyyah mereka.
Jika dikatakan Allah tidak berbicara dengan hamba-hambanya, jawapannya salah. Bahkan Allah berbicara dengan mereka. Ini dapat dibuktikan dnegan beberapa cara :-
1 ) Ada dikalangan mereka yang dapat berbicara dengan Allah disebalik hijab (tirai), dari Allah kepadanya tanpa perantaraan seperti Nabi Musa.
2 ) Ada juga yang Allah berbicara dengan mereka melalui perutusan malaikat iaitu nabi-nabi.
3 ) Allah berbicara dengan semua manusia melalui perutusan rasul-rasul. Maka Allah menurunkan kepada mereka wahyuNya (kalam Allah) yang disampaikan oleh Rasul-rasul kepada mereka.
Rasul-rasul yang mengatakan kepada meraka : Inilah kalam Allah yang Allah berkata-kata dengannya. Dan kami diperintahkan utnuk menyampaikannya kepada kamu. Dari sini berkata ASSALAF : Barangsiapa yang mengingkari bahawa Allah Mutakallimun (berkata-kata) maka sesungguhnya dia telah mengingkari risalah (mesej) yang dibawa oleh rasul-rasul kerana hakikat risalah yang sebenar ialah menyampaikan kalam Allah yang Allah berkata-kata dengannya kepada hambaNya.
Jika kita menafikan kalam Allah maka kita telah menafikan ARRISALAH (Islam). Allah menceritakan tentang Assamiry di dalam surah Toha; ayat 88 89 yang bermaksud
[Kemudian Samiri mengeluarkan untuk mereka (dari lubang itu) anak lembu yang bertubuh dan bersuara, maka mereka berkata : Inilah Tuhanmu dan Tuhan Musa, tetapi Musa telah lupa". Maka apakah mereka tidak memerhatikan bahawa patung anak lembu itu tidak dapat memberi jawapan kepada mereka dan tidak dapat memberi mudarat kepada mereka dan manfaat?]
Ini menunjukkan bahawa patung itu tidak berkata-kata tetapi Allah berkata-kata.
FirmanAllah dalam surah Annahl; ayat 76 yang bermaksud :
[Dan Allah pula membuat perumpamaan : dua orang lelaki, yang seorang bisu, tidak dapat berbuat sesuatu pun dan dia menjadi beban atas penanggungannya itu, dia tidak dapat mendatangkan suatu kebajikan pun. Samakah orang itu dengan orang yang menyuruh berbuat keadilan dan dia berada pula di atas jalan yang lurus?]
Maka Allah telah menjadikan penafian sifat Kalam bagi Allah sebagai perkara yang membatalkan ULUHIYYAH. Dan perkara ini dimaklumi dari segi firtrah, akal dan kitab-kitab samawi bahawa siapa yang tidak mempunyai sifat kesempurnaan, maka diabukannya ILAAH (tuhan yang berhak diabdikan diri kepadaNya), dan bukannya pentadbir dan bukannya RAAB (Tuhan yang memiliki segala-galanya), bahkan dia ini dicerca, memiliki aib dan bersifat dengan kekurangan serta tiadabaginya puji-pujian di dunia dan akhirat.
Tetapi segala puji hanya bagi Allah yagn memiliki sifat-sifat kesempurnaandan keagungan. Oleh itu, Allah berhak disembah disebabkan oleh sifat-sifat ini. Dengan itu, salaf menamakan kitab-kitab yang dikarang oleh mereka mengenai Sunnah dan Isbat sifat-sifat ARRAB dan ketinggian Allah di atas hamba-hambaNya dan kalamNya serta takliim (berbicara)Nya sebagai (Tauhid).
Sesungguhnya mentauhidkan (mengesakan) Allah ialah menyucikanNya dari menyamakan Allah dengan makhluk dan menyucikannya dari segala sifat-sifat kekurangan.
Tauhid di sisi golongan Al-Muattilah ialah menafikan sifat-sifat Allah dan mengatakan bahawa Tuhan Yang Maha Mencipta (Allah) tidak bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan. Dan mereka menjadikan sifat-sifat kesempurnaan Allah sebagai :-
1 ) Tasybih (menyamakan Allah dengan makhluk)
2 ) Tajsiim (menjadikan Allah baerjisim)
3 ) Tarkiib (penggabungan)
Mereka menamakan kebatilan dengan nama kebenaran agar manusia minat kepadanya. Mereka juga menghiasi kebatilan dengan menggunakan nama kebenaran. Mereka juga menamakan kebenaran dengan nama yang batil agar mereka menjauhkan manusia daripadakebenaran. Dan kebanyakkan manusia terpedayakerana tidak memiliki daaya kritik yang baik. Firman Allah dalam surah Alkahfi; ayat 17 yang bermaksud :
[Barangsiapa yang diberi petunjukoleh Allah maka dialah yang beroleh petunjuk, dan barangsiapa yang disesatkanNya maka kamu tidak akan mendapatkan seorang pemimpin pun yang dapat memberi petunjuk kepadanya].
Dan Allah tidak sekali-kali dipuji jika kita menafikan sesuatu sifat yang dinafikan oleh Allah ataupun senyap terhadapnya semata-mata. (Ini adalah manhaj Mutakallimiin)!!! Amat berbeza dengan manhaj Muhaddisiin.
Muhaddisuun menafiakna segala aib dan sifat kekurangan yang dinafikan oelh Allah serta mengisbatkan sifat-sifat kesempurnaan yang berlawanan dengan sifat-sifat kekurangan tersebut. Adapun sifat-sifat kesempurnaan itu thabit bagi Allah Taala. Tiada puji-pujian dan kesempurnaan bagi Allah sekiranya kita sekadar menafikan sifat-sifat kekurangan tanpa mengisbatkan lawannya!.
Dan begitu Allah menmuji diriNya dengan menafikan bahawa Dia mempunyai anak. Ini mengisbatkan SAMADIYYAH (tempat bergantung segala mekhluk) bagi Allah dan kekeyaanNya dan kerajaanNya serta megisbatkan bahawa semua makhluk wajib mengabdikan diri kepadaNya. Ini dijelaskan lagi dengan firmanNya dalam surah Yunus; ayat 68 yang bermaksud :
[Mereka (orang-orang Yahudi dan Nasrani) berkata : "Dialah Yang Maha Kaya, kepunyaanNya apa yang ada di langit dan bumi"].
Dan Allah memuji diriNya dengan menafikan sekutu bagiNya di dalam ibadah kerana ia mengandungi isbat keesaanNya di dalam Rububiyyah dan Uluhiyyah, dan isbat keesaan Allah yang memiliki sifat-sifat kesempurnaan yang tidak disifatkan kepada makhluk kerana jika makhluk bersifat dengan isfat-sifat kesempurnaan seperti sifat-sifat Allah, maka dia telah menjadi sekutu bagi Allah di dalam ibadah. Jika Allah tidak memiliki sifat-sifat kesempurnaannescaya semua benda yang wujud selain dariNya menjadi lebih sempurna dari Allah, kerana setiap yang wujud lebih sempurna daripada benda yang tiada.
Oleh itu, Allah tidak akan memuji diriNya dengan menafiakan sifat-sifat kekurangan dan aib melainkan jika penafian itu mengandungi isbat sifat kesempurnaan yang merupakan lawan bagiNya. Sebagaimana Allah memuji diriNya bahawa Dia tidak mati kerana ini mengisbatkan kesempurnaan sifat Al-Hayat bagiNya iaitu Allah Maha Hidup.
Dan Allah memuji diriNya bahawa Dia tidak mengantuk dan tidak tidur kerana ia mengandungi isbat kesempurnaan Qoyyuumiyyah Allah iaitu Allah Maha Berdiri dengan Diri sendiri tanpa berhajat kepada makhluk. Allah juga memuji diriNya dengan menyatakan bahawa tidak ada setitik zarahpun di langit atau di bumi atau yang lebihkecilatau yang lebih besar daripada zarah tersebut, yang tidak diketahui oleh Allah, kerana ini mengisbatkan kesempurnaan ilmu Allah dan lingkungan pengetahuan Allah yang sangat luas.
Allah memuji diriNya dengan menyatakan bahawa Dia tidak berlaku zalim terhadap seseorangpun disebabkan oleh kesempurnaan sifat adilNya dan ihsanNya. Dan Allah memuji diriNya dengan menyatakan bahawa dia tidak boleh dilihat dengan mata di dunia disebabkan oleh kesempurnaan keagunganNya. Allah tidak boleh digambarkan sebagaimana Allah itu Maha Mengetahui tetapi Dia dilingkungi oleh ilmu makhluk. Bukanlah suatu kesempurnaan jika kita sekadar menafikan ruyah (melihat Allah) dunia, tanpa mengisbatkan lawanNya, kerana benda yang dinafikan tidakwujud. Tidak sekali-kali sempurna sesuatu benda jika ia sekadar tidak boleh dilihat. Tetapi kesempurnaanNya adalah kerana Allah tidak boleh dilihat di dunia disebabkan oleh kesempurnaan keagungan allah dan ketinggianNya. Begitu juga Allah memuji diriNya dengan menafikan sifat lalai dan lupa disebabkan oleh kesempurnaan ilmu Allah.
Maka setiap perkara yang dinafikan oleh Allah pada diriNya dan dipuji olehNya adalah disebabkan oleh pengisbatan lawanNya yang merupakan sifatsifat kesempurnaan bagi Allah. Oleh itu, anda telah tahu bahawa puji-pujian bagi Allah yang sebenar adalah berdasarkan kepada sifat-sifat kesempurnaan Allah. Menafikan sifa-sifat kesempurnaan bagi Allah adalah menafikan puji-pujian bagiNya.
Ikhwah dan Akhawat;
Subhanallah! Jelas sekali penjelasan Aqidah yang diterangkan oleh Ibnul Qayyim. Tenang sungguh hati-hati kita. Bertambah iman kita kepada Allah apabila merenungi penjelasan beliau. Bahagia jiwa-jiwa kita apabila membacanya. Kenapa?
Kerana Ibnul Qayyim menggunakan al-Quran dan Assunah sahaja utnuk memberi kefahaman tentang aqidah. Dia tidak menggunakan falsafah Yunan, mantik dan ilmu kalam dalam memahami Aqidah. Cukuplah al-Quran dan Assunah sebagai panduan kita di dalam aqidah. Inilah dia aqidah solafus Soleh yang kita inginkan.
Oleh itu, kita mestilah memahami aqidah ini betul-betul. Kemudian, kita mahukan agar kesan-kesan aqidah ini terserlah dalam diri setiap mukmin. Solat berjemaah di masjid dihidupkan. Quran dibaca dan diamalkan. Hadis nabi dipertahankan daripada serangan-serangan anti hadis. Daulah Islamiyyah ditegakkan. Hukum Hudud dan jenayah islam dilaksanakan. Persekitaran Islam diwujudkan. Arak, zina, disko dan judi diharamkan. Orang-orang Cina dan India didakwah ddan diberikan pemahaman tentang Islam ynag sempurna. Akhlak-akhlak Islam diamalkan dan lain-lain lagi.
Insya Allah, Allah akan menurunkan rahmatNya kepada kita sekiranya kita mengikut jejak langkah para Nabi-nabi, Rasul-rasul, Salafus Soleh dan ulamak-ulamak kita yang terdahulu. Aamin. Sekian. Wassalam