BIL 4 : SIRI PEMURNIAN AQIDAH DAN PENYUCIAN HATI

Oleh: Daariju Madarijis Saalikiin Bayna Manazili Iyyaka na'budu Wa Iyyaka Nastai'iin

TAJUK: "Dulu hati saya kosong, tiada tempat mengadu, tetapi kini hati saya tenang dan bahagia setelah saya merealisasikan tauhid"... (hamba Allah).

 

Muslimin dan muslimat yang dikasihi sekalian;

Perjalanan kita menuju ( Iyyaaka na'budu wa Iyyaaka nasta i'iin ) masih lagi jauh. As-siroot Al-mustaqiim (Islam) yang kita tempuhi ini penuh dengan syaitan-syaitan yang cuba menghalang kita untuk mencapai keredhaan Allah. Jadi teruslah mara kehadapan dan janganlah kita toleh kebelakang atau melencong dari jalan yang lurus, agar kita tidak ditangkap oleh syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkan orang-orang islam. Seekor rusa pada hakikatnya adalah lebih laju daripada serigala. Apabila rusa dikejar oleh serigala, maka ia akan berlari dengan laju untuk menyelamatkan dirinya. Tetapi, jika ia toleh ke belakang maka kelajuannya akan berkurangan, dengan itu serigala akan menangkap lalu memakannya.

Begitu juga kita yang mengikut Aqidah Nabi SAW dan Salafussoleh, mestilah terus mara kehadapan dan janganlah kita mengikut aqidah-aqidah yang sesat dan fahaman-fahaman yang salah. Oleh itu pada kali ini, kita akan bersama-sama dengan seorang mukmin yang dulunya sedih, tension, hatinya kosong dan tiada tempat untuk bergantung, lalu Allah memberikan ketenangan jiwa kepadanya dan kebahagiaan dunia dan akhirat setelah dia merealisasikan Tauhid.

Muslimin dan Muslimat sekalian;

Allah Taala menjadikan kita di dunia ini atas sesuatu maksud yang sangat besar iaitu (mentauhidkan Allah Taala) Firman Allah Taala dalam Surah Az-Zaariyaat: ayat 56:

 

Maksudnya: Dan tidaklah Aku (Allah) menjadikan Jin dan manusia melainkan untuk mereka mengabdikan diri kepadaku.

Oleh itu kita mestilah belajar ilmu Tauhid. Tauhid yang dapat menyelamatkan kita daripada neraka dan menyampaikan kita ke (Iyyaaka Na'budu Wa Iyyaaka Nastai'iin). Tauhid tersebut ialah Aqidah Ahlil Hadis, Aqidah Salafussoleh. Apabila kita faham bahawa tujuan hidup di dunia adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah, maka barulah kita dapat melahirkan umat Islam yang kuat beribadat, berakhlak mulia, menghormati ibu-bapa, melaksanakan Syariah Islamiah, menegakkan Daulah Islamiah, maju dari segi ekonomi, politik dan teknologi. Aqidah inilah yang dapat menyelesaikan masalah murtad di Malaysia. Oleh itu kita mestilah kembali kepada Aqidah yang dipegang oleh golongan yang telah sampai ke peringkat (Iyyaaka Na'budu Wa Iyyaaka Nastai'iin). Tidak lain dan tidak bukan mereka adalah rasul-rasul, Nabi-nabi, Sahabat, Taabii'iin dan Taabi' Taabii'iin. Aqidah inilah yang dapat melembutkan hati yang keras, menghiburkan hati yang duka lara dan menyuburkan fitrah hati.

Firman Allah Taala dalam surah An-Nahl; Ayat: 36

Maksudnya: Dan sesungguhnya kami telah mengutuskan kepada setiap umat seorang rasul yang mengajak kamu semua mengabdikan diri kepada Allah dan menjauhi segala yang disembah selain daripada Allah.

Aqidah inilah yang dapat meyakinkan orang-orang bukan Islam agar mereka memeluk Islam. Aqidah ini jugalah yang dapat melahirkan umat Islam yang bertaqwa, takutkan azab Allah jika ia murtad dan sedar akan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim. Aqidah ini mestilah bersumberkan Al-Quraan dan As-Sunnah kerana dengan kedua-duanya sahajalah kita dapat melahirkan generasi yang berperibadi dengan peribadi Nabi SAW dan sahabat-sahabatnya.

Firman Allah Taala dalam surah Al-Israk: Ayat 23

Mafhumnya: Dan tuhanmu telah menyuruh agar kamu semua mengabdikan diri hanya kepada Allah dan berbuat baik kepada ibu-bapa.

Cubalah umat Islam belajar behasa Arab, faham Al-Quran, amalkan ayat di atas, insya-Allah semua anak-anak akan menjadi soleh dan taat kepada ibu-bapa mereka. Masalah kita pada hari ini ialah, mereka tidak faham Tauhid Salafussoleh kerana ustaz-ustaz tidak mengajarkan Aqidah Salafussoleh. Al-Quraan dan Sunnah Nabi cukup untuk membawa kita ke ( Iyyaaka Na'budu Wa Iyyaaka Nastai'iin). Dengan kedua-duanya sahajalah kita dapat membangkitkan perasaan Aqidah, menginsafkan diri dan menjadi hamba Allah yang zuhud, tawadhuk, dan beristiqamah.

Firman Allah Taala dakam surah An-Nisaa': Ayat 36

Maksudnya: Abdikan diri kamu kepada Allah dan janganlah kamu menyekutukan Allah didalam ibadat dengan sesuatupun.

Ikhwah..

Aqidah Salafussoleh mengingatkan kita bahawa seseorang yang tidak rasa takut kepada syirik maka dia ini belum faham Tauhid. Bagaimana pula mereka yang telah mensyirikkan Allah? Ramai umat Islam hari ini tidak tahu dan lalai tentang perkara ini. Nabi SAW mengajar para sahabat agar mengikhlaskan diri dalam beribadat kepada Allah dan jangan sekali-kali mensyirikkan Allah. Barulah mereka dapat membuang sifat-sifat mazmumah (terkeji) dalam hati mereka dan menyuburkan fitrah hati mereka dengan Aqidah Ahlil Hadis. Ramai manusia hari ini meminta pertolongan dan doa dari jin dan kubur. Ada juga yang beramal dengan sihir, ilmu hitam dan santau. Ada juga yang menyembelih binatang untuk dipersembahkan kepada jin agar mereka tidak dianiayai oleh jin. Ini semua adalah syirik! Jika mereka mati dalam keadaan begini tanpa taubat, maka mereka akan kekal dalam neraka buat selama-lamanya. Dalilnya ialah firman Allah dalam surah An-Nisaa': Ayat 48

Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mensyirikkannya.

Seorang muslim yang benar-benar ingin mengikut Aqidah Salafussoleh hendaklah ikhlas beribadat kepada Allah kerana dia beriman bahawa Allahlah yang memakbulkan doanya, melindunginya dari bala bencana, menyelamatkannya daripada siksaan api neraka, menjauhkan diri dari gangguan jin, syaitan dan ahli sihir. Oleh itu kembalilah kita kepada Aqidah Salafussoleh !!

Kalau kita merenung sejenak, bagaimanakah seorang yang mengucapkan dua kalimah syahadah boleh ragu-ragu dan tidak yakin dengan hukum hakam Allah dan Syariah Islamiah? Begitu juga, kenapakah dia minum arak, murtad, menjadi bohsia, hisap dadah, berzina, menyertai ratu cantik dan menjadi ulamak suuk ( jahat) ? Ini adalah disebabkan mereka ini jauh dari Aqidah Salafussoleh dan As-Siraatal Mustaqiim. Mereka tidak rasa gentar apabila menyebut nama Allah. Seorang yang faham dan mengikut Aqidah Nabi SAW akan meninggalkan maksiat secara berterusan setelah dia memiliki takwa dan ikhlas dalam hatinya. Inilah yang ada pada Salafussoleh dan tidak ada pada diri kita hari ini. Oleh itu jangan tunggu-tunggu lagi, insaflah dan bertaubatlah kamu dengan kembali kepada petunjuk Nabi SAW.

Berkata Ibnul Mu'taaz dalam syairnya:

Sungguh menghairankan, bagaimanakan manusia boleh menderhakai Allah dan mengingkarinya, sedangkan setiap makhluk yang Allah cipta di muka bumi ini ada tanda-tanda yang menunjukkan Allah itu Maha Esa?

Nabi SAW bersabda di dalam sebuah hadis soheh:

Maksudnya: Hak Allah terhadap hamba-hambanya ialah mereka ini mestilah mengabdikan diri kepada Allah dan Tidak menyekutukannya di dalam ibadat, dan hak hamba-hamba Allah terhadap tuhan mereka ialah Allah tidak akan menyiksa siapa yang tidak mensyirikkannya.

 

[ Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam sohih Al-Bukhari no:128, 129, 2856, 8967, 6267, 6500, 7373. Imam Muslim dalam Sohih Muslim no: 30 dan dikeluarkan oleh At-Tarmizi dalam Jamik At-Tirmizi no: 2695, dan Ahmad dalam Musnadnya 3/260,261 dan Ibnu Majah no: 4296]

Ikhwah..

Apabila kita mengikuti petunjuk Nabi SAW dan peribadi Salafussoleh, maka kita telah berada di atas As-Siraat Al-Mustaqiim yang akan membawa kita menuju ( Iyyaaka Na'budu Wa Iyyaaka Nastai'iin). Oleh yang demikian, kita mesti membuang sifat-sifat terkeji dan segala penyakit-penyakit hati seperti hasad, dengki, dendam, buruk sangka, tidak ikhlas, sombong dan tamak, barulah kita dapat menjadi seperti golongan Salafussoleh yang memiliki iman yang tinggi, peribadi yang mulia serta hati yang suci murni serta bersih dari segala penyakit-penyakit hati.

Berkata Syakhul Islam Ibnul Qayyim As-Salafi di dalam kitab Al-Fawaaid ms 128:

"Tidak ada musibah yang paling besar yang akan menimpa manusia selain daripada memiliki hati yang keras lagi jauh dari hidayah Allah. Diciptakan api neraka untuk mencairkan hati-hati yang keras, dan hati yang keras ialah hati yang jauh dari hidayah Allah. Sesiapa yang ingin memiliki hati yang suci, maka ikutlah suruhan Allah dan tinggallah hawa nafsu".

Sekian dulu buat kali ini, semoga kita bertemu lagi dalam ruangan yang akan datang, dan akhirnya saya bertawassul kepada Allah dengan Asmaaullah Al-Husna dan sifat-sifatnya yang maha tinggi dan amal soleh agar Allah memberikan hidayahnya kepada kita dan mengampunkan dosa-dosa kita serta memakbulkan doa yang kita baca 5 kali sehari dalam sembahyang iaitu " Ihdinas Siratal Mustaqiim".

 

Wassalam


This page hosted by Get your own Free Homepage