BIL: 5 SIRI PEMURNIAN AQIDAH DAN PENYUCIAN HATI
TAJUK: JALAN MENUJU KE SYURGA
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah;
Langkah kita yang seterusnya dalam menuju Iyyaaka Na'budu wa Iyyaka Nastai'iin ialah mengenali kelebihan-kelebihan yang Allah kurniakan kepada mereka yang mentauhidkan Allah dan tidak menyekutukannya didalam ibadat. Firman Allah Taala dalam surah Al-An a'aam:ayat 82:
maksudnya: Dan mereka yang beriman dan tidak mensyirikkan Allah.
Oleh itu kita mestilah belajar Tauhid yang diajar oleh baginda Nabi SAW, barulah kita tahu bahawa meminta perlindungan daripada jin, menyembelih binatang untuk ahli sihir,memohon hajat kepada kubur dan bernazar bukan kerana Allah adalah syirik.
Seorang ayah yang memahami Tauhid akan menghantar anaknya ke sekolah-sekolah agama. Seorang anak yang memahami Tauhid akan mentaati kedua ibu-bapanya. Seorang pemimpin yang memahami tauhid dan takut akan azab Allah akan melaksanakan hukum jenayah Islam, sistem ekonomi Islam, Mewajibkan umat Islam menutup aurat, mengaharmkan penjualan arak, disko, bohsia dan lain-lain lagi. Inilah kesan-kesan tauhid yang kita inginkan dalam menuju Iyyaaka Na'budu wa Iyyaka Nastai'iin.
Ikhwah...
Ketahuilah bahawa barang siapa yang mentauhidkan Allah dan telah sampai ke Iyyaaka Na'budu Wa Iyyaaka Nastai'iin, maka Allah Taala akan memasukkannya kedalam syurga. Dan tidak syak lagi mereka yang akan masuk kesyurga ialah mereka beraqidah dengan aqidah nabi SAW dan para sahabat. Oleh itu, nabi SAW bersabda dalam sebuah hadis yang soheh:
maksudnya: Barangsiapa yang beriman dan menunaikan tuntutan Laa Ilaaha Illa-Allah (tiada tuhan yang berhak diabdikan diri kepadanya melainkan Allah yang tiada sekutu baginya) dan beriman bahawaMuhammad SAW hamba Allah dan utusannya, serata Isa itu hamba Allah dan rasulnya, dan beriman bahawa Isa itu dijadikan oleh Allahdengan kalimah: KUN (jadilah ) dan roh yang dicipta Allah, serat beriman bahawa syurga dan neraka adalah benar, Allah akan memasukkannya kedalam syurga berdasarkan amalannya.
[ Soheh Bukhari (3435), Soheh Muslim (28), Jamik Tarmizi (2640), Musnad Ahmad (5/314) ]
Subhaanallah ! Inilah ganjaran yang Allah kurniakan kepada golongan Muwahhiduun yang merealisasikan Tauhid. Tetapi sedihnya umat Islam hari ini lalai dan leka. Ramai yang mengucap dua kalimah syahadah tetapi tidak sembahyang,minum arak, tidak pakai tudung, berzina, menolak pelaksanaan hukum jenayah Islam, mencari alasan berlapik untuk menolak Daulah Islamiah, menjadi ulamak Suuk, mensyirikkan Allah, murtad dan membuang anak dalam longkang. Layakkah mereka ini masuk ke syurga ? Oleh itu kembalilah kita kepada Aqidah Salafussoleh,barulah Allah akan memberikan kebahagiaan kepada kita di dunia dan di akirat.
Dengan mentauhidkan Allah, kita akan dapat memperolehi hati yang sejahtera, iman yang kuat, ibadah yang sempurna, keluarga yang bahagia, negara yang aman damai, ekonomi yang maju, teknologi yang canggih dan syurga Allah.
Berkata Syaikhul Islam Ibnul Qayyim di dalam kitab Miftaah Daar As-Saa'aadah;jilid 1, ms. 200
" Hati yang sejahtera ialah hati yang terselamat dari azab Allah dan taat akan perintah tuhannya serta tidak melanggar suruhan tuhannya. Hati yang sejahtera juga bebas dari segala yang disembah selain dari Allah. Ia tidak menghendaki melainkan keredhaan Allah dan tidak melakukan malainkan apa yang disuruh oleh Allah.
Oleh itu hati yang sejahtera itu terselamat dan jauh dari syirik, bida'ah, kesesatan dan kebatilan. Ia juga cinta Allah, takut akan azab Allah, tamak melakukan ibadah serta mengharapkan rahmat Allah. Dia hanya cinta pada Allah, takut hanya kepadanya, mengaharapkan hanya redhonya, membenarkan dan mentaati suruhan Allah dan Rasulnya SAW dan beriman kepada Qadak dan Qadar. Ia juga menyerahkan dirinya kepada Allah dengan penuh rasa kehinaan dan kehambaan kepada Allah. dan hati yang murni juga memerangi golongan-golongan yang mengengkari petunjuk al-Quraan dan Sunnah Nabi SAW".
Sekian dahulu buat kali ini, kita akan mengorak langkah kita yang seterusnya dalam perjalanan kita menuju Iyyaka Na'budu Wa Iyyaaka Nastai'iin dalam ruangan yan akan datang. Wassalam.