Bil (8) : Siri Pemurniaan Aqidah dan Pemurniaan Hati.

Daarij Madarijus Saalikin Bayna Manazili Iyyaka Nakbudu Wa Iyyaka Nastaiin

 

Tajuk : Mutiara Tauhid di Lautan al-Fatihah (3)

 

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualikum WMT;

Muslimin dan muslimat yang dikasihi Allah sekalian;

Kita telah pun mengetahui dalam siri yang lepas tiga aspek yang mengiktirtafkan kenabian Muhammad saw. di dalam surah al-Fatihah. Oleh tiu, kita akan sambung pada ruangan kali ini aspek-aspek seterusnya.

Berkata Sheikhul Islam Ibnul Qayyim di dalam kitab Madaarijus Saalikiin :

Aspek (4) : Maaliki Yaummiddiin, maksudnya : [Tuhan yang memiliki hari pembalasan]. Hari pembalasan ialah hari di mana Allah Taala akan membalas dan menghisab amalan manusia di dunia. Sesiapa yang melakukan kebaikan akan beroleh pahala. Siapa yang melakukan kejahatan akan menerima hukuman yang setimpal. Allah Taala tidak akan mengazab seseorang hamba melainkan setelah mendirikan hujah di atasnya. Dan hujah tersebut ialah perutusan para rasul dan kitab-kitan wahyu. Manusia akan dihisab kerana Allah telah mengutuskan nabi-nabi dan rasul-rasul. Sekalian manusia akan berhimpun di padang mahsyar dan dihisab. Golongan yang baik akan dimasukkan ke syurga, manakala golongan yang jahat, nerakalah tempat yang disediakan baginya.

Ikhwah sekalian; sedarlah daripada kelalaianmu. Bertaubatlah. Kembalilah kamu kepada Islam yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW. Berusahalah untuk mengikuti jejak langkah Solafus Soleh. Dengan itu, anda akan merealisasikan tuntutan-tuntutan Iyyaka Nakbudu Wa Iyyaka Nastaiin.

Aspek (5) : Iyyaka Nakbudu, maksudnya [kepada Engaku sahajalah kami megabdikan diri]. Sesungguhnya ibadah kita kepada Allah mestilah berdasarkan kepada apa yang Allah suka dan redha. Ibadah ialah menyuburi nikmat Allah dan cinta Allah serta takut kepadanya. Ibadah ini adalah perkara yang logik dan fitrah bagi mereka yang memiliki akal yang waras. Tetapi cara mengerjakan ibadah tidak mungkin diketahui melainkan melalui rasul-rasul yang menerangkan cara tersebut. Ini menunjukkan bahawa perutusan rasul-rasul adalah merupakan perkara yang diterima oleh akal. Mustahil di dalam alam ini tiada rasul-rasul dan mustahil juga bagi Allah unyuk tidak mengutuskan rasul-rasul di alam ini. Barang siapa yang mengingkari rasul, maka dia telah megingkari pengutusnya iaitu Allah dan tidak beriman dengannya. Oleh itu, Allah menjadikan siapa yang kufur (tidak percaya) dengan rasul-rasul, kufur kepada Allah.

Ikhwah sekalian, Allah Taala Maha Adil. Diutusnya kepada kita nabi-nabi supaya kita melaksanakan suruhan Allah dan meninggalkan larangannya. Tetapi malangnya ramai manusia yang melanggar perintah Allah. Oleh itu, kembalilah anda kepada Islam yang sebenar dan beribadatlah.

Aspek (6) : Ihdinas Sirotol Mustaqim, maksudnya [Tunjukkanlah kami jalan yang lurus] Hidayah terbahagi kepada dua :-

1) Hidayah Bayan Wa Dilalah : [inilah hidayah yang dibawa oleh rasul-rasul]

2) Hidayah Taufiq Wa Ilham : [hidayah ini hanya dimiliki oleh Allah. Islamnya seseorang itu adalah hidayah Taufiq]

Dakwah nabi-nabi dan rasul-rasul di dunia adalah Hidayah Bayan Wa Dilalah. Hidayah ini hanya dibawa oleh nabi-nabi dan rasul-rasul sahaja. Setelah datang Hidayah Bayan Wa Dilalah, barulah datang Hidayah Taufiq Wa Ilham daripada Allah. Hidayah Taufiq-lah yang meresapkan Iman di hati dan menjadikan hati suka kepada iman. Ia juga menghiasi hati, menjadikannya redha dan cinta kepadaNya.

Muslimin dan muslimat;

Laksanakanlah segala suruhan Allah dan pohonlah hidayah Taufiq daripadaNya. Dakwahlah golongan kuffar agar mereka memeluk Islam dan bersabarlah serta menyerahkan hidayah Taufiq dan Ilaham kepada pemilikNya iaitu allah Taala.

Berkata Ibnul Qayyim : ((Hidayah Bayan dan Hidayah Taufiq adalah berbeza. Kejayaan yang sebenar ialah dengan memiliki kedua-dua hidayah ini. Kedua-duanya mengandungi kebenaran yang kita tidak ketahui hakikatnya baik secara umum atau khusus. Tersirat pada kedua-duanya ilham yang diberikan oleh Allah yang membantu kita beroleh kebenaran. Hidayah Allah menjadikan kita berminat untuk mengikuti kebenaran yang zahir dan batin. Hidayah yang mambantu kita untuk taat kepada Allah melalui kata-kata, amal dan azam. Ia juga membantu kita untuk terus taat kepada Allah dan menetapkan kita di atas kebenaran sehinggalah tiba ajal kita.

Oleh itu, keperluan manusia yang paling penting sekali ialah memohon hidayah daripada Allah. Adalah salah dan batil kepada sesiapa yang megatakan : Jika kita telah pun mengikut peutunjuk Allah,mengapa perlu memohon hidayah lagi daripadanya?. Sesungguhnya banyak lagi perkara-perkara yang kita jahilli. Kadang-kadang perkara yang tidak ingin kita lakukan disebabkan oleh malas atau lalai, sama sahaja seperti apa yang ingin kita lakukan, lebih sedikit atau kurang. Berapa banyak kebaikan yang kita ketahui tetapi kita tidak mengamalkannya secara detail dan sempurna. Oleh yang demikian, kita berhajat kepada petunjuk yang sempurna daripada Allah. Walaupun kita sudah memeluk Islam, tetapi kita tetap memohon hidayah daripada Allah, agar Allah menetapkan hati-hati kita di atas jalan kebenaran dan memberikan kekuatan agar terus taat kepada Allah, Tuhan Yang Maha Esa!!!))

Ikhwah; Demi Allah! Sesungguhnya kata-kata Imam Ibnul Qayyim ini sangat menyentuh perasaan dan hati. Sesungguhnya roh dan jiwa Ibnul Qayyim ketika mengarang kitab ini dalam keadaan yang suci, bersih lagi murni. Kitabnya adalah cahaya! Agamanya adalah cahaya. Kata-katanya adalah cahaya. Tetapi malangnya umat Islam kini hidup dalam kegelapan. Kebanyakkan orang Islam di Malaysia hanya tinggal nama Islam sahaja. Namanya Islam tetapi tidak solat, minum arak, mendedahkan aurat, menyokong perjanjian damai dengan Israil dan sebagainya lagi. Ada juga yang memegang tampuk pemerintahan tetapi malu melaksanakan hukum hudud, qisos, hukuman mati terhadap orang yang murtad, hukum potong tangan kepada para pencuri dan sebagainya lagi. Kenapa? Kerana mereka rasa sudah cukup jadi orang Islam dan tidak perlu memohon hidayah daripada Allah. Oleh itu, bertaubatlah. Kembalilah anda kepada Islam yang sebenar.

Berkata Sheikul Islam : ((Martabat hidayah yang terakhir ialah hidayah yang membawa kita ke syurga di Hari Qiamat. Siapa yang diberi petunjuk oleh Allah di dunia dengan melalui jalan yang lurus (Islam) yang dibawa oleh rasul-rasul dan diwahyukan oleh Allah di dalam kitab-kitab wahyu, maka Allah akan memberi hidayat kapadanya agar dia mengikut jalan ke syurga di akhirat. Jika seseorang hamba berjaya melalui titian sirat ke syurga dengan selamat, maka dia juga akan terselamat daripada api neraka. Kepantasan setiap orang ketika melintasi titian sirat tidak sama. Ada yang melintasinya seperti kilat. Adapula yang melintasi dengan sekelip mata sahaja. Ada yang laju seperti angin. Ada juga yang melintasi seperti seorang penunggang binatang. Ada yang berjalan laju dan ada yang berjalan perlahan. Dan ada juga yang merangkak. Ada pula yang terkena duri tajam ketika berjalan. dan ada yang diheret ke neraka dalam keadaan digari kedua kaki dan tangannya. Jika seseorang hamba berjaya melepasi titian ke syurga maka dia tidak akan jatuh ke dalam neraka. Balasan yang Allah berikan adalah setimpal dengan amalan manusia di dunia. Firman Allah di dalam surah Assooffaat; ayat 39 yang bermaksud :

[Dan kamu tidak diberi pembalasan melainkan terhadap kejahatan yang kamu lakukan].

Lihatlah syubuhat-syubuhat dan hawa nafsu (syahawat), yang melambatkan perjalanan seseorang muslim di atas jalan yang lurus. Sesungguhnya perkara tersebut merupakan anjing-anjing yang menyalak di kiri kanan jalan. Anjing-anjign itu cuba mengganggu dan menghalang perjalanannya. Jika hawa nafsu dan syubuhatnya kuat dan banyak di dunia, begitulah juga keadaannya di akhirat nanti. Firman Allah di dalam surah Fussilat; ayat 46; maksudnya [Dan Allah sekali-kali tidak berlaku zalim terhadap hamba-hambanya]

Oleh itu, marilah kita memohon hidayah daripada Allah agar Allah memberikan segala kebaikan kepada kita dan menjauhkan kita daripada segala kejahatan)).

Sekian, Wassalam.

 


This page hosted by Get your own Free Homepage