Bil (9) : Siri Pemurniaan Aqidah dan Penyucian Hati.
Daarij Madarijus Saalikin Bayna Manazili Iyyaka Nakbudu Wa Iyyaka Nastaiin.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualikum WMT;
Muslimin dan muslimat yang dikasihi Allah sekalian;
Segala puji yang tidak terhingga bagi Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa. Selawat dan salam buat Rasul junjungan Nabi Muhammad SAW.
Kita sambung semula aspek yang seterusnya pada kali ini. Berkata Imam Ibnu Qayyim di dalam Madarijnya :
"Aspek (7) : ((Kita juga boleh mengiktiraf kenabian dengan mengetahui hakikat Sirotol Mustaqim (jalan yang lurus). Sirotol Mustaqim mengandungi 5 perkara :-
1) Istiqomah (jalan yang lurus tidak bengkang-bengkok)
2) Sampai ke destinasi yang dituju.
3) Jarak yang dekat.
4) Keluasan jalan.
5) Memastikan bahawa jalan yang kita lalui adalah jalan yang betul.
Jalan yang lurus menunjukkan bahawa jaraknya dekat, kerana garisan lurus merupakan garisan paling pendek yang menemukan dua titik. Semakin bengkok garisan itu, maka semakin panjanglah jaraknya dan jauh. Kemudian, jalan yang lurus menunjukkan bahawa ia akan menyampaikan kita ke destinasi yang kita tujui. Jalan yang kurus juga mestilah luas dan lebar agar ia memuatkan seberapa ramai pengguna jalan tersebut. Apabila Allah menerangkan di dalam surah al-Fatihah bahawa Sirotol Mustaqim adalah jalan yang diredhoinya, dan bukannya jalan golongan yang sesat dan dimurkainya, maka jelaslah kepada kita bahawa jalan yang ingin kita lalui ialah Sirotol Mustaqim (Islam)".
Ikhwah;
Subhanallah! Kata-kata Ibnu Qayyim ini sungguh hebat! Bertambah iman kita apabila membacanya. Bertambah keinginan kita untuk megikuti jejak langkah Solafus Soleh yang dididik oleh Nabi Muhammad SAW. Oleh itu, jangan tunggu-tunggu lagi! Ikutilah Sirotol Mustaqim dengan mendirikan Daulah Islamiyyah, hidup dengan cara hidup Islam dengan membuang segala sifat-sifat mazmumah (keji). Hiasilah hati-hati kita dengan zikrullah!! Dengan zikrullah kita akan berasa hina dan tunduk kepada keaguangan Allah. Realisasikanlah Aqidah Solafus Soleh di dalam diri anda!!
Berkata Sheikhul Islam : [Kadangkala perkataan 'Assirot' (jalan) di dalam al-Quran disandarkan kepada Allah Taala, kerana Allahlah yang menjelaskan kepada kita hakikat Sirotol Mustaqim. Allah berfirman di dalam surah al-An'aam; ayat 153 bermaksud [Ini adalah jalanku yang lurus]. Begitu juga di dalam surah as-Syuara; ayat 53 bermaksud [Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus (iaitu) jalan Allah].
Kadang-kadang perkataan Assirot disandarkan kepada hamba Allah, sebagaimana di dalam surah al-Fatihah kerana merekalah yang melaalui Sirotol Mustaqim dan berjalan di atasnya].
Ikhwah;
Inilah dia Islam yang kita inginkan. Islam yang diajarkan oleh baginda Nabi SAW dan diamalkan oleh para sahabat, tabiin dan tabi' tabiin. Oleh itu, ikutlah Sirotol Mustaqim dan janganlah anda mengikut jalan-jalan sesat sperti Kristian, Yahudi, Buddha, Komunisme,Sekularisme mahupun Sosialisme. Pastikan anda memiliki Aqidah yang mantap dan hati yang murni. Buangkan perasaan hasad dengki, buruk sangka dan irihati. Hiasilah hati-hati anda dengan iman yang kuat dan taqwa. Insya Allah kalian semua akan tergolong daripada golongan yang merealisasikan Aqidah Solafus Soleh.
Sekian