Disediakan oleh : Atteh
Pengasas Gerakan Hamas ,Syeikh Ahmad Yassin , yang sedang di dalam rangka lawatan ke Suria , Lubnan , Yaman , Qatar dan beberapa lagi negara Arab menerima jemputan rasmi daripada Tehran . Pemimpin yang menjadi nadi kepada kebangkitan rakyat Palestin ini , , dijangka akan mengadakan perbincangan dengan pemimpin tertinggi Revolusi Iran , Ali Khamanei , Presiden Mohammad Khatami dan bekas presiden yang lalu Rafsanjani .
Pemimpin yang lumpuh hampir seluruh tubuhnya , merupakan harapan dunia Islam untuk melihat penentangan rakyat Palestin terhadap pendudukan Yahudi .
Pemilikkan Tanah Yahudi di Jordan
Beberapa peguam Jordan melahirkan kebimbangan mereka dengan tindakan beberapa Yahudi yang mula membawa ke mahkamah tuntutan pemilikkan tanah di Jordan dengan alasan bahawa pemiutang mereka daripada rakyat Jordan gagal melunaskan hutang yang tertonggak . Kebimbangan ini semakin meningkat apabila mereka menubuhkan badan bertindak terhadfap tuntutan pemilikkan Yahudi di Jordan .Ini adalah kesan daripada tindakan kabinet Jordan yang lalu meluluskan hak pemilikkan untuk orang asing di Jordan .
Tindakan yang sama pernah dilakukan oleh Yahudi di bumi Palestin . Ini adalah untuk merealisasikan cita-cita keji mereka , mengwujudkan negara Yahudi di antara Sungai Nil dan Sungai Furat .
Pembunuhan As-Syahid Mahyuddin Al-Syarif , satu perancangan jahat Kerajaan pimpinan Yasser Arafat dan rjim Israel ?
Sehingga kini , peristiwa kematian As-Syahid Mahyuddin As-Syarif masih menjadi misteri . Kerajaan PLO , menuding jari kepada HAMAS dengan menuduh mereka bertanggujawab terhadap peristiwa tersebut .Tuduhan tersebut lebih dilihat sebagai satu cubaan untuk memberi gambaran yang buruk terhadap gerakkan HAMAS yang semakin mendapat kepercayaan daripada dunia Islam dan rakyat Palestin sendiri .Ini dikuatkan dengan tindakan kerajaan P.L.O . melancarkan operasi menahan anggota HAMAS secara besar-besaran selepas pembunahan As-Syahid .
Tindakan ini dilakukan demi menunaikan permintaan Amerika Syarikat agar pihak P.L.O. mengawasi gerakan tersebut . Begitu juga dengan perancangan yang terhasil di antara kerajaan Israel dan P.L.O .untuk menghancurkan HAMAS dari dalam .Ini adalah kerana pihak Israel merasakan kedudukan mereka akan terus terancam sekiranya HAMAS terus wujud .