Kepentingan berkata kalimah hak(benar)
Segala pujian-pujian untuk Allah tuhan sekelian alam.Yang berfirman di dalam kitab-Nya Al-Mubin (maksudnya).:"Wahai orang-orang yang beriman !Patuhlah kepada Allah dan ucapkan lah perkataanyang benar!Allah nanti akan memperbaiki pekerjaan kamu dan mengampuni dosamu.Dan siapa yang mematuhi RasulNya, sesungguhnya dia akan memperolehi keuntungan yang besar."Al Ahzab70,71
Selawat dan salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. yang bersabda :
"Sebaik-baik jihad itu berkata kalimah adil di hadapan pemerintah yang zalim"
Serta sahabat-sahabat dan para tabien yang diredhoi Allah.	Mereka yang memelihara
kalimah hak(benar) luaran dan dalaman(bentuk dan isi).Mereka berkata kepada manusia dengan kalimah yang baik.Allah jua meredhoi sesiapa yang menuruti mereka dengan "ehsan-Nya"hinggalah ke Hari Qiamat.
Sesungguhnya kalimah hak(benar) menyandang kedudukan yang tinggi di dalam Islam.Mempunyai keistimewaan yang tersendiri.Setiap kalimah yang dikeluarkan mempunyai matlamat yang mulia.Mempunyai jalan-jalan(manhaj) yang kukuh.Mempunyai cara-carayang berhikmah.Mempunyai ciri-ciri dan kaedah-kaedah tertentu menjadikannya selari dan sejajar dari segi luaran dan dalaman(bentuk dan isi).Jika berlaku sebarang kecacatan terhadap keseimbangan ini(keistimewaan kalimah hak) mungkin menyebabkan hak bertukar menjadi batil.Dan batil bertukar menjadi hak.Oleh ituberkata kalimah hak(dengan ciri-ciri dan kaedah-kaedahnya di tempat,masa dan suasana yang sesuai) merupakan satu jenis dari jenis-jenis jihad.Inilah salah satu jenis jihad yang dituntut dari setiap orang-orang mukmin.Dan kadang kala jihad ini dikenali dengan nama"jihad kalimah"atau"jihad dakwah"atau "jihad lisan"dan lain-lain istilah.
Kebanyakan manusia yang merosakkan jihad ini terbahagi kepada 3 golongan:
1)Manusia yang lupa akan kepentingannya(kalimah hak) atau takut dengan tindak balas yang akan diterima lalu mendiamkan diri.
2)Manusia yang terkeluar dari ciri-ciri,jalan-jalan,cara-cara (mengeluarkan kalimah hak)yang telah ditetapkan.Mereka menimbulkan gangguan tentang gambaran sebenarkalimah hak dan akhirnya menghapuskan kesan-kesan kalimah yang utuh itu.
3)Manusia yang mempermain-mainkannya .Mereka menyerupakan hak dengan kebatilan.Mereka menggunakannya bukan di tempat yang sesuai seumpama mereka berkata
"Aku mahu kalimah hak(benar) ini menjadi batil".
Dari satu segi, 3 golongan yang telah disebutkan di atas telah menyumbangkan saham kejahatan masing-masing bagi merosakkan jihad tersebut.Dan dari satu segi yang lain, mereka telah memudaratkan diri mereka sendiri dan ahli keluarga mereka.
Saya ingin mengangkat martabat "berkata kalimah hak/benar".Dan saya akanbertanggungjawab serta mengambil berat terhadap perkara ini secara khusus.Oleh sebabitulah saya menulis tentang "jihad kalimah".Saya menerangkan pengertiannya dan bentuk rupanya.Hukumnya dan ciri-ciri serta kaedah-kaedahnya.Berbekalkan cahaya petunjukdari Al Quran,Sunnah Rasulallah s.a.w.dan berbekalkan peristiwa sebenar serta ujian-ujian yang dilalui oleh para pendakwah dahulu dan sekarang.Saya mengharapkan agar hakikat "kalimah hak" akan teserlah.Dan menerangkan kepada manusia jalan-jalannya,cara-caranyadan ciri-cirinya.Dari satu segi,para pendakwah akan bersifat dengan sifat(basirah) bijaksana,tajam-fikiran,pintar,panjang akal dan lain-lain perkataan yang seumpamanya.Dandari sudut yang lain pula, para pendakwah dapat memetik hasil "berkata kalimah hak/benar" yang berhikmah yang telah dijanjikan Allah.Mereka para pendakwah berhakmendapatkan apa yang telah dijanjikan.Iaitu, Allah akan memperbaiki amalan-amalanmereka, dosa-dosa mereka akan diampunkan dan mereka akan tergolong di kalangan orang-orang yang taat dan berjaya.Allah s.w.t.telah berfirman(maksudnya):
"Wahai orang-orang yang beriman!Patuhlah Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar. Allah nanti akan memperbaiki pekerjaanmu dan mengampuni dosamu.Dan siapa yang mematuhi Allah dan RasulNya,sesungguhnya dia akan memperolehi keuntungan yang besar"Al Ahzab70,71
Erti kalimah hak dan jenis-jenisnya.
Secara am kalimah hak diertikan kepada kalimah yang berlawanan dengan kalimah batil.allah s.w.t. telah berfirman(maksudnya):" Tetapi,kami akan melemparkan kebenaran kepada yang palsu,lalu dipecahnya kepala kepalsuan,lantas yang palsu itu menjadi hilang lenyap." Al-Anbiyak 18. Dan Allah telah berfirman (maksudnya):" Dan janganlah kamu campurkan kebenaran dengan kepalsuan,dan kamu sembunyikan kebenaran itu, sedangkan kamu mengetahuinya".
Dari segi bahasa lafaz "hak" dan "hakikat" membawa maksud segala apa yang sahih, sabit dan benar.Dan "hak" merupakan satu nama dari nama-nama Allah.Dan sabit adalah tidak syak atau tidak menimbulkan keraguan.Allah telah berfirman (maksudnya):
"Sesungguhnya ini suatu kebenaran,sebagai apa yang kamu katakan".
Lafaz "sabit' juga boleh dijadikan sifat.
Melihatkan kepada keluasan erti kalimah"hak" dan jenis-jenisnya yang berlainan, maka kalimah "hak"membawa maksud:
1)Nasihat
2)Dakwah ke arah kebaikan
3)Seruan mengerjakan yang makruf dan mencegah yang mungkar
4)Menerangkan tentang ilmu dan hukum syarak serta tidak menyembunyikannya(ilmu)
5)Menghapuskan "syubahat" yang melanda Agama Islam dan orang-orang Islam serta membatalkan hujah-hujah yang digunakan oleh musuh Islam.
6)Mengiktiraf "hak' di dalam diri dan bersetuju dengannya.
7)Penyaksian (bersaksi) yang benar terhadap orang lain.
8)Mempertahankan saudara ketika ia ada dan tiada.
9)Lain-lain maksud yang tergolong di dalam istilah"hak
Apa yang menjadi bahan perbincangan kita dalam tajuk ini adalah 3 pengertian "hak"yang pertama(nasihat,dakwah ke arah kebaikan dan seruan mengerjakan yang makruf dan mencegah kemungkaran.).Perbincangan kali ini berkisar melalui 3 penini kerana 3 Pengertian ini mengandungi "kesatuan pembahagi" menjadikan ia berada pada 3 anak tangga teratas martabat"kalimah hak"dan jihad "kalimah".Danjuga 3 pengertian ini berkehendakkan kepada serba sedikit tambahan keterangan mengenai jalan-jalannya
(manhaj),penjelasan lanjut tentang hukum-hakamnya danciri-cirinya. .
Bertitik-tolak dari sini "Agama Itu Adalah Nasihat"
Ciri-ciri berkata dengan kalimah hak(benar)
1. Kalimah hak(benar) mestilah " berhikmah"
2. Kalimah hak(benar) mestilah menggunakan cara (uslub) dan ibarat yang "baik"
3. Kalimah hak(benar) mestilah "ringan" dan mampu diikuti.Tidak menjemukan dan
tidak menyebabkan pendengar melarikan diri dari diri si pendakwah.
4. Kalimah hak(benar) mestilah bersifat "lembut" ,"toleransi"dan "sayang"(belas kasihan).
5. Kalimah yang tepat masuk(memberi kesan ) ke dalam jiwa dan aqal lalu diiringi
perubahan selepas itu..
6. Kalimah yang bersesuaian dengan taraf kehidupan manusia seperti anutan agama,
taraf umur,kedudukan pangkat atau jawatan pihak yang hendak didakwah itu.
7. Kalimah yang bersesuaian dengan keadaan atau situasi pihak yang hendak
didakwah itu.
8. Kalimah yang bersesuaian dengan taraf kehidupan manusia(seperti yang disebutkan
di atas) dan bersesuaian dengan keadaan atau situasi pihak yang hendak didakwah.
9. Kalimah yang bersesuaian dan munasabah dengan tajuk yang sedang dipercakapkan,
munasabah dengan arahan atau suruhan untuk dilaksanakan dan munasabah dengan
kemungkaran yang ingin dicegah.
10Kalimah yang hendah dikeluarkan dari pendakwah seeloknya dikaji terlebih dahulu
. sehingga jelas ia berada samada di dalam kategori kebaikan atau kejahatan.Dan mem-
pertimbangkan kalimah itu samada ia berada di dalam kategori "kemaslahatan" atau
"keburukan".Apabila pendakwah merasa "syak" untuk melaksanakan pertimbangan
di atas, seelok-eloknya ia diam dan biarkan kalimah itu terpendam di dalam dirinya.
11.Kalimah hak(benar)yang dikeluarkan mestilah diikhlaskan kerana Allah semata-mata. Begitu juga matlamat,tujuan,objektif,niat dan cita-cita pabila kalimah itu dikeluarkan
semuanya mestilah diikhlaskan kerana Allah jua.
12.Kalimah hak(benar) mestilah bercirikan"keadilan yang seimbang", bersesuaian atau
munasabah dengan apa yang dikatakan, jauh daripada kezaliman dan pendurhakaan serta jauh dari memikirkan tindak balas yang akan diterima selepas berbuat demikian.
13. Janganlah "perbuatan" si pendakwah(orang yang berkata dengan kalimah hak/benar)
menyalahi apa yang telah diperkatakannya.
14.Tidak takut kepada cemuhan atau tuduhan pabila berkata kalimah hak(benar).