Oleh: Mohd Zamri Abdul Halim
Firman allah Taala : " Telah hampirnya hari qiamat" ( Al-Qo : 1) Demikianlah apa yang telah termaktub dalam al-Quran yang menjelaskan kepada kita tentang hampirnya kedatangan hari qiamat . Perkhabaran ini telah diwahyukan lebih daripada 1400 tahun yang lampau ini bermakna kita benar-benar berada disaat-saat kemunculan hari yang amat digeruni itu. Kekadang kita lupa perkara ini dan mengambil sikap tidak endah. Hal ini berlaku disebabkan kita dilalaikan dengan perkara duniawi yang tidak berkesudahan. Rasulullah SAW juga pernah bersabda : " Aku diutuskan dan jarak antara kebangkitan dan hari qiamat.adalah seperti dua ini. ( lalu baginda memberi isyarat 2 jari, jari telunjuk dan jari tengah. )) Hadith ini menunjukkan kepada kita bahawa pengutusan Nabi Muhammad SAW adalah salah satu petanda saat tibanya kehancuran alam maya ini. Kalau kita mengkaji serta meneliti hadith-hadith dalam kitab-kitab hadith , maka kita akan dapati disana banyak petanda-petanda yang telah digariskan oleh rasulullah dan tidak akan berlakunya hari qiamat selagi petanda-petanda ini belum muncul dan berlku. Antaranya ada yang telh berlku , yng sedng berlaku dan yang akan berlaku .
Ramai dikalangan kita yang tidak mengambil berat dan tidak mengkaji tentang petanda-petanda hari kiamat , bagi penulis pengkajian tentang hari kiamat amat penting kerana ianya berkait langsung dengan kita dan suasana sekitar serta keadaan dunia yang penuh dengan pergolakan . Sepanjang penelitian penulis , setiap fakta yang terdapat dalam hadith jika kita bandingkan dengan alam realiti maka kita akan menyakksikan kesahihan fakta tersebut.. Sebagai contoh : rasulullah pernah bersabda : Akan datang satu zaman dimana semua orang akan mengambil riba dalam urusan meraka dan kalaupun mereka tidak mengambilnya mereka akan terkena tempuisnya", Realitinya perkara ini memang benar-benar berlaku , seolah-olah masyarakat sekarang ini tidak dapat lari daripada sistem riba. Secara khusunya , di Malaysia boleh dikatakan keseluruhan bank-bank kearah bank-islam mengamalkan sistem ini dengan menawarkan khidmat-khidmat seperti pinjaman , simpanan dan sebagainya. Perkara ini telah lama diberitahu oleh Rasulullah dan sekarang ini telah benar-benar berlaku keatas umatnya. Inilah salah satu daripada mukjizat Nabi Muhammad SAW , baginda memberitahu perkara yang belum berlaku dan bila tiba masanya , iabenar-benar berlaku Antara lain perkara ini juga , boleh menguatkan keimanan kita kepada Allah dan mendorong kita untuk lebih mendekati tuhan kerana kita yakin bahawa dunia ini hanya persinggahan untuk sampai kedestinasi yang sebenar iaitu syurga allah.
Begitu juga dengan pengkajian poetanda-petanda hari qiamat, menambahakan lagi keyakinan tentang kebenaran setiap apa yang dilafakan oleh nabi Muhammad SAW , penulis amat bimbang dengan fenomena kritikal yang sedang melanda umat islam malaysia yang boleh merosalkan aqidah dan dibimbangi terjerumus kekancah murtad. Timbulnya golongan Anti-Hadith Yang hanya mahu berpegang kepada al-Quran dan menolak segala anasir selain daripada al-quran , Fahaman ini kalau tidak dibendung boleh menyesatkan umat islam, terutama mereka-mereka yang tidak memahami islam dengan kefahamam yang mendalam.
Kenapa penulis mengaitkan isu anti hadith dengan petanda hari qiamat, tentu pembaca pembaca sekalian dapat mengagaknya, pernolakan terhadap hadith dan hanya berpegang kepada isi Al-Quran adalah satu penyelewngan aqidah dan ianya salah satu petanda akhir zaman yang telah dikhabarkan oleh Rasullullah bersabda : Bahkan akan ada pemuda yang duduk bersandar pada tempat duduknya lalu , dia mendengar hadith-hadith ku seraya berkata : Antara kami dan kamu adalah kitab allah , apa yang dihalalkan oleh al-Quran , maka kami menghalalkannya dan apa yang diharamkan oleh al-Quran maka kami mengharamkannya.dan sesungguhnya apa yang diharamkan oleh Rasulullah adalah sama dengan apa yang diharamkan oleh Allah" ( Riyawat Tirmizi) Golongan ini berpandangan bahawa Nabi Muhammad tidak membawa sesuatu yang baru apa yang dibawa oleh nabi SAW adalah serupa dengan kandungan al-Quran , Oleh itu apa faedahnya kita mengikut dan mengamalkan hadith-hadith nabi kerana kedua-duanyna membawa perkara yang sama , sebenarnya mereka membawa fikrah ini adalah mereka yang buta sejarah dan tidak mengkaji hadith-0hadith serta sirah hidup Rasullullah , saranan unhtuk golongan yang jahil ini usah pandai-pandai memberanikan diri bercakap soal agama kalau tidak berkemampuan . contohilah sirah ulama'-ulama' kita yang silam yang takut untuk berfatwa kerana mereka tahu mereka akan dipersoalkan di hari kemudian kelak. Cukuplah untuk menakutkan kita tentang bahayanya berfatwa tampa memiliki ilmu. Hadith Rasulullah SAW yang berbunyi : " orang yang mudah dan berani berfatwa adalah orang yang mudah masuk neraka" Contohilah imam Malik apabila beliau ditanya 40 persoalan agama, beliau hanya menjawab 4 daripadanya. Adakah beliau tidak mengetahui dan tidak faqeh ? tentu pembaca kenal siapa dia imam Malik ? pengasas kepada mazahab maliki . Ini menunjukkan betapa ulama' perlu menghayati sifat tawadhu' ( rendah diri ) , jesteru kalau hanya membelek satu dua buah buku/kitab tolong jangan pandai-pandai nak membina fikrah-fikrah yang bertentangan dengan aqidah kerana dikhuatiri terjatuh ke lembah murtad.
Isu ini bukan satu perkara baru bagi penulis, kerana penulis pernah terbaca satu fatwa yang menyatakan bahawa telah wujudnya fenomena ini pada zaman Abdul Rahman bin Yazid dimana beliau melihat seorang pemuda berihram dengan memakai pakaian yang berjahit , lalu Abdul Rahman bin Yazid cuba memahamkan pemuda tersebut bahawa waktu berihram m,emakai pakaina kecuali pakaian yang tidak berjahit, Lalu pemuda tersebut pun berkata : tunjukkan kepadaku satu ayat dalam Al-Quran yang menyatakan bahawa tidak boleh memakai pakaian berjahit sewaktu lalu Abdul Rahman membaca ayat : ( Dan apa yang dibawa oleh Rasul maka kamu hendaklah menerimanya dan apa yang dilarang oleh Rasul maka hendaklah kamu meninggalkannya )) surah al Hasyar :7)
Renungilah cerita ini wahai orang- orang yang mengaku jamaah al-quran , tidak ada dalam Al-Quran ayat yang menyebut supaya berihram dengan pakaian yang tidak berjahit , perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah di dalam hadithnya : (( Ambillah daripadaku cara-cara ibadah haji kamu )) dan baginda berihram dengan pakaian yang tidak berjahit , jesteru saranan penulis kepada golongan ini , sila buka dan rujuk kitab ulum hadith dan kitab usul feqah dan buka bahagian sunnah, anda akan dapati sunnah adalah sumber perundangan kedua selepas Al-Quran , perkara ini telah disepakati oleh ulama' dan telah menjadi ijma' ulama' . Kalau ditanya pelajar-pelajar tingkatan pun mereka pasti mengetahuinya. Sila rujuk kedudukan sunnah pada al-quran , maka anda akan dapati banyak peranan yang dimainkan oleh sunnah , antaranya :-
1) Menguatkan lagi hukum yang terdapat di dalam Al-Quran seperti hadith-hadith yang menyuruh supaya mengerjakan ibadah solat dan zakat.
2) Menerangkan dengan lebih jelas hukum-hukum di dalam Al-Quran , sebagai contoh Al-Quran hanya mewajibkan sembahyang, cara dan bagaimana mendirikan sembahyang diajar oleh Rasulullah Saw.
3) Sunah mensabitkan hukum yang tidak terdapat di dalam Al-Quran seperti : Hukum rejam bagi penzina yang muhrim , hukum ini tidak terdapat dalam Al-Quran bahkan ianya diterang secara terperinci oleh sunnah dan lain-lain.
Penulis rasa tidak ada hujjah lagi bagi golongan anti-hadith untuk mengabaikan hadith dalam persoalan agama. Kalaupun mereka terus berpegang dengan pandangan mereka yang terseleweng itu maka benarlah sebagaiman yang disebut dalam Al-quran (( Sesungguhnya bukannya mata yang buta tetapi yang buta adalah hati-hati yang terdapat didalam dada )) surah al-hajj 46.
Sedarlah , dalam situasi Malaysia yang gawat ini , bukan persoalan ini yang harus digembar-gemburkan , apa yang lebih manyayat aqidah umat islam yang kian hari diragut , harapan penulis agar golongan ini kembali kepangkal jalan dan bertaubat selagi pintu taubat masih lagi terbuka dan selagi hayat dikandung badan.
Sekiranya mereka benar-benar beriltizam dengan Al-Quran sebagaimana yang dilaung-laungkan , sepatutnya merekalah orang pertama yang mempertahankan sunnha daripada dipermainkan, tidakkah mereka membaca ayat : (( dan dia ( Nabi Muhammad ) tidak bercakap mengikut hawa nafsu percakapannya itu tidak lain hanyalah wahyu yang diturunkan )) surah An-Najmu 3-4. Segala pertuturan Nabi pada hakikatnya merupakan panduan daripada Allah Taala sebab itu kalau kita buka buku ulum quran ulama' membahagikan percakapan nabi kepada dua keadaan iaitu ijtihad ( Taufiki) daripadanya yang sememangnya tidak salah kerana nabi bersifat bersifat maksum ( tidak melakukan kesilapan ) dan keduanya ilham daripada Allah ( Tauqifi ) . Pendek kata segala pertuturan nabi SAW dijaga oleh Allah ta'ala , dan tidaklah juga mereka membaca ayat yag telah saya sebut sebelum ini ( Al-Hasyr 7) Dengan ini jelaslah kepada kita mereka ini bukanlah pejuang Al-Quran yang sebenar , berapa ramai orang membaca Al-Quran sedang Al-Quran melaknatnya di hari akhirat. Sebab itulah kita dituntut supaya membaca Al-Quran dan mentadabur makna yang ingin disampaikan , Firman Allah : (( Maka apakah mereka tidak mentadabbur Al-Quran ataukah hati mereka yang terkunci )) surah Muhammad 24.
Oleh yang demikian , perhatilah kepada ayat-ayat al-Quran dan kalau perlu buka buku-buku tafsir untuk pemahaman ayat mengikut cara yang betul dan jangan cuba mentafsir Al-Quran mengikut pandangan kita yang cetek . Rasullah pernah bersabda : (( Sesiapa yang mentafsir al-Quran mengikut pandangannya , maka didapati pandangannya betul, sesungguhnya pandangan itu salah )) . Hadith ini merupakan satu amaran yang keras daripada Rasulullah yang melarang kita daripada mentafsir Al-Quran berdasarkan pada pandangan akal yang singkat .
Cukup dulu untuk kali ini, Insya Allah kita akan berjumpa di lain kesempatan.