Assalamualaikum , Atteh ucapkan kepada semua pembaca ,
Atteh ada terbaca sebuah artikel bertajuk AHLUL SUNNAH ITU KRISTIAN DAN YAHUDI ,yang ditulis oleh selina .Tersentak Atteh apabila membacanya , tetapi apabila Atteh kaji kembali apa yang diluahkannya barulah faham punca yang menyebabkan penulis menjadi keliru .Biarlah Atteh ringkaskan seperti berikut :
1)Keliru bahawa Bible dan Hebrew Yahudi merupakan Injil dan Taurat yang telah di selewengkan
2)Gagal memahami bahawa As- Sunnah merupakan hujjah yang mentafsirkan kepada hujjah Al-Quran .
1) Untuk menjelaskan kekeliruan yang pertama marilah kita baca firman Allah di dalam surah As-Syura ayat 13 ;
Maksudnya : Dia telah mensyariatkan kepada kamu agama , sebagaimana telah diwasiatkan kepada Nuh , dan yang kami wahyukan kepada kamu , dan kami wasiatkan kepada Ibrahim , Musa dan Isa iaitu : Hendaklah kamu dirikan agama dan janganlah kamu berpecah belah .
Jadi di sini kita mendapati bahawa semua nabi-nabi dan kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka membawa tujuan yang satu iaitu membawa manusia kepada jalan yang terbaik .
Di antara kitab-kitab ialah Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s. , kemudian diubah menjadi Bible dan Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s. , kemudiannya diubah menjadi Hebrew Yahudi .
Bagi sesiapa yang mengkaji ilmu bahasa , ia akan mendapati bahawa bahasa Hebrew ataupun Ibrani merupakan bahasa yang telah dituturkan oleh orang Yahudi kuno dan termasuk di dalam kumpulan bahasa sematic .Di antara bahasa lain yang termasuk di dalam bahasa ini ialah bahasa Arab , bahasa Finiqi ,bahasa Yaman kuno dan bahasa Babylon .Jadi pengaruh bahasa di antara bahasa-bahasa yang berada di dalam satu keluarga ini adalah sangat jelas , samada daripada struktur ayat , penggunaan kata ganti diri dan vocabulary sendiri .Ini dapat dilihat dengan jelas di dalam pertuturan orang Yahudi yang sedang berada bersebelahan dengan Jordan . Umpamanya , kita menyebut Alhamdu mereka menyebut Al-Hamku , kita menyebut Assalamulaikum mereka menyebut Shaloum .
Oleh itu , apabila Al-Quran ada menyebut perkataan ÓáÇãdi dalam surah Al-Qadr , ayat 5 yang berbunyi: ÓáÇã åì ÍÊì ãØáÚ ÇáÝÌÑ , maka kita tidak boleh mendakwa bahawa Al-Quran telah menciplak perkataan salam daripada bahasa Hebrew .Begitu juga apabila Rasullulah s.a.w. bersabda di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan imam Al-Bukhari :
ÅÐÇ ÞÇá ÇáÃãÇã :ÛíÑ ÇáãÛÖæÈ Úáíåã æáÇ ÇáÖÇáíä ÝÞæáæÇ : Âãíä
Maksudnya : Apabila imam membaca :ÛíÑ ÇáãÛÖæÈ Úáíåã æáÇ ÇáÖÇáíä maka katakanlah : aminn
.Iadalah kerana perkataan amen merupakan perkataan yang dikongsi bersama oleh keluarga bahasa simestik Sama seperti perkataan salam yang bermaksud selamat.Di dalam nahu Arab ia dikenali sebagai ÃÓãÇÁ ÇáÃÝÚÇá iaitu kata nama untuk perbuatan.Terjemahan bagi perkataan amin ialah terimalah wahai tuhan .
MASALAH PERSAMAN HUKUM
Seperti yang telah dijelaskan oleh Al-Quran di dalam ayat tersebut , kitab-kitab diturunkan oleh Allah s.w.t .Walaupun orang-orang Yahudi dan Kristian telah merombak isi kandungannya , tetapi tidak semestinya semua isi kandungannya diubah .Perkara ini dapat dilihat dengan jelas bagi sesiapa yang mengkaji perbandingan di antara agama-agama .Sebagai contoh di dalam kitab Hebrew Yahudi , ÓÝÑ ÇáÎÑæÌ ( maaf kerana kitab Hebrew yang ada di sini diterjemahkan ke dalam bahasa Arab ) 3-7 , mengenai wasiat Moses (Musa a.s.) kepada Bani Israel yang berbunyi :
Janganlah kamu menyebut nama Tuhan secara dusta, kerana sesungguhnya Tuhan berlepas diri daripada sesiapa yang menyebut namanya secara dusta .
Sekarang mari kita lihat , makna yang sama juga terdapat di dalam Al-Quran :
æãä ÇÙáã ããä ÇÝÊÑì Úáì Çááå ÇáßÐÈ
Maksudnya : siapakah yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah ?
Begitu juga dengan cerita penyembelihan anak nabi Ibrahim seperti yang disebut oleh penulis .
Oleh itu apabila kita menerima adanya persamaan di antara kandungan Al-Quran dan Hebrew Yahudi ataupun Bible . mengapa kita mesti mempertikaikan persamaan hukum-hukum seperti menutup rambut bagi wanita kerana Allah berfirman :
æáíÖÑÈ ÈÎãÑåä ÚáìÌíæÈåä
Maksudnya :hendaklah mereka menutup dada mereka dengan tudung kepala mereka . Bukankah al-khimar tudung kepala yang menutup rambut ?
ataupun hukum khitan yang terdapat di dalam Hebrew Yahudi dengan apa yang ditunjukkan oleh Rasullullah .Bukankah Al-Quran ada berkata :
áÞÏ ßÇä áßã Ýì ÑÓæá Çááå Ã ÍÓäÉ
Maksudnya :Seungguhnya bagi kamu pada Rasullulah ada petunjuk yang baik .
Masalah perkataan Aqedah .
Sebenarnya masalah perkataan aqedah yang digunakan oleh ulama-ulama Ahli Sunnah sebenarnya merupakan masalah istilah untuk menunjukkan perkara-perkara yang berhubung dengan keimanan . Di antara perkataan lain yang digunakan ialah iman , usul , tauhid dan ada juga yang menggunakan perkataan Feqah Besar (ÇáÝÞå ÇáÃßÈÑ) .Janganlah cakap ulama kita ambil istilah ini daripada Bible , kerana di dalam Al-Quran sendiri ada ayat yang merujuk kepada makna akidah (ikatan ) di antaranya ialah :
æãä íÄãä ÈÇÇááå ÝÞÏ ÇÓÊãÓß ÈÇáÚÑæÉ ÇáæËÞì surah Al-Baqarah ayat : 256
Maksudnya :dan sesiapa yang beriman dengan Allah sesungguhnya ia telah berpegang dengan satu ikatan yang kukuh .
Perkataan akedah berasal daripada perkataan ÚÞÏ yang bermaksud ikat . Apabila ulama Ahlul Sunnah menggunakan perkataan ÚÞíÏÉ maka ia merujuk kepada ikatan hubungan kita dengan Allah . Apa ikatan ini ? Sudah tentu iman .
Lihat persamaan mantik ini :
Iman adalah hubungan yang mengikat manusia dengan Allah , Ikatan ini disebut juga sebagai akedah , Kesimpulannya : Iman adalah akedah . Jadi masalah ini adalah masalah penggunaan istilah semata-mata .Walaupun begitu Atteh bersetuju menggunakan perkataan IMAN untuk merujuk kepada ikatan yang Allah sebutkan di dalam ayat tadi , tetapi bukan perkataan PERCAYA , kerana IBLIS juga percaya kepada Allah tetapi ia tidak beriman kepada Allah .
Masalah kalimah ini wujud di dalam bahasa Hebrew adalah masalah yang sama seperti masalah amin dan salam .
KEKELIRUAN TERHADAP HUJJAH AS-SUNNAH YANG MERUPAKN PENTAFSIR KEPADA
HUJJAH AL-QURAN
Masalah-masalah lain yang dibangkitkan merupakan kesan daripada kekeliruan terhadap As-Sunnah sebagai hujah yang mentafsirkan hujjah Al-Quran .Perkara ini Atteh rasa telah ramai yang memahaminya , kerana Al-Quran ada menyebut di dalam surah Al -Baqarah :
ßãÇ ÃÑÓáäÇ Ýíßã ÑÓæáÇ ãäßã íÊáæÇ Úáíßã ÃíÇÊäÇ æíÒßíßã æíÚáßã ÇáßÊÇÈ æÇáÍßãÉ
Maksudnya : Sebagaimana kami mengutus seorang Rasul kepada kamu , iaitu salah seorang daripada kamu , yang membacakan ayat-ayat kami kepada kamu , membersihkan kamu dan mengajar kamu Al-Kitab ( Al-Quran ) dan Al-Hikmah ( As-Sunnah )
Jadi di dalam ayat ini Allah menurunkan kepada Nabi S.A.W untuk mengajar manusia dengan. dua benda iaitu Al-Kitab dan Al-Hikmah (As-Sunnah )Jadi mengapa ada yang menolak hujah as-Sunnah yang disebutkan oleh Al-Quran . Adakah sudah tidak percaya kepada Al-Quran lagi ?
Atteh harap , tulisan Atteh ini mampu menjelaskan kekeliruan penulis .Dan nasihat daripada Atteh buat saudara-saudara yang sangat-sangat Atteh kasihi , kajilah Al-Quran dengan cara yang ditunjukkan oleh Al-Quran , bukannya dengan merujuk kepada karya-karya musuh Islam . Sekiranya ada masalah rujuklah kepada mereka yang mengetahui , kerana syaitan akan sentiasa mencari peluang untuk menyesatkan umat manusia .
Sekian , sambutlah salam sayang daripada Atteh dengan ucapan :
Wallahuaklam
## Kami meminta maaf atas kesilapan teknikal yang ada dalam artikel ini ( ayat al-Quran) Insya Allah akan kami perbaiki pada keluaran hadapan##