Al -Jawab Al-Kafi Fi Masalah Ameen Wa Aqeedah(Jawapan yang lengkap pada masalah perkataan Ameen dan Aqidah)
Merujuk kepada masalah yang ditimbulkan tentangAqeedahdan sebutan Ameen.Really , this is not creed issues.Coz only orang-orang yang tak specialize dalam Islamic knowledge yang akan mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah seperti ini.Suspicious yang dilabelkan ke atas pegangan Ahli Sunnah wal Jammah langsung tidak berasas dan merupakan perancangan musuh Islam untuk menjatuhkan Islam coz 2/3 Islam yang terdapat di atas dunia ini belonging pegangan ahli sunnah wal Jamaah.Anyway , di sini I give you answers to take understandings about this matter.
A)Kata-kata pendakwa : Firman Allah : (Dan tidaklah orang-orang Yahudi akan berpuas hati dengan kamu dan tidak juga orang-orang Kristian sehingga kamu mengikuti anutan mereka)[2:120].Saudara pendakwa telah menggunakan ayat ini untuk mendakwa bahawa Ahli Sunnah wal Jamaah telah terpengaruh dengan ajaran Yahudi secara tak langsung dan tak disedari.
Jawapan :-
1)Saudara perlu mengenali siapakah yang dimaksudkan dengan Ahli Sunnah wal Jamaah menurut pandangan umat Islam sendiri iaitu dengan berasaskan sumber-sumber yang diakui oleh umat Islam bukan dengan merujuk kepada Bible-bible umat kafir kerana ianya tidak hanyalah menyesatkan saudara.
2)Saudara perlu mengenali siapakah Yahudi dan Nasrani/Kristian bermula daripada pegangan agama mereka sehinggalah kitab-kitab mereka serta perancangan-perancangan mereka untuk menghancurkan Islam.
3)So, conclusionnya, kalaulah saudara belum benar-benar mengerti apakah itu Islam dan perkara yang terkandung di dalamnya , lalu ingin mempelajari/membaca bahan-bahan agama lain , saudara pasti akan tersesat jalan coz saudara belum faham apakah dia agama yang saudara anuti sekarang.
B)Kata-kata pendakwa : Ada dua jenis sahaja dalam dunia ini.Satu ialah hujah Al-Quran, petunjuk yang benar dan satu lagi ialah hujah lain yang bukannya dari Al-Quran.Saudara pendakwa lalu mengaitkan perkara ini dengan kata-kata pengembara Eropah, In this world there are two types"&ldots;&ldots;
Jawapan :-
1)How did you relate between this and this ?there are no relation between kata-kata pengembara Eropah tentang Taj Mahal serta 2 hujah yang terdapat in this world.Saudara pendakwa perlu tahu bahawa 2 hujah , iaitu hujah kebenaran dan hujah kebatilan(untruth) merupakan sunnatuLlah(ketetapan Allah)dan tidak perlu susah-susah ambil pendapat orang kafir untuk relate with this matter.
2)If you are really taking Al-Quran as evidence , why saudara gunakan kata-kata pengembara Eropah untuk dijadikan asas kepada wujudnya 2 hujah tersebut?Bukankah saudara sendiri yang mengatakan bahawa hanya Al-Quran sahaja yang merupakan hujah yang benar ?Apakah salahnya jika saudara gunakan hujah Al-Quran yang menyatakan bahawa hanya ada 2 hujah di atas dunia ini samada kebenaran/kebatilan.Seperti firman Allah : (Apalagi selepas kebenaran melainkan kesesatan?)[Surah Yunus:32]. Ini menunjukkan yang saudara sendiri tak pakai hujah Al-Quran , tapi pakai hujah kepala otak Pengembara Eropah .
3)Tahu tak saudara apa itu hujjah-hujjah Al-Quran dan apa itu hujjah-hujjah bukan Al-Quran ?Kalaulah saudara tahu dan faham tentang kedua-dua hujah ini sebenarnya saudara tidak akan terperangkap dengan masalah ini.Al-Quran sebenarnya adalah kitab yang terkandung di dalamnya kalam Allah(firman allah)yang berbentuk perintah dan larangan.So, bila Allah Taala sebut dalam Al-Quran(Apa yang didatangkan oleh Rasulullah maka ambillah dan apa yang dilarang olehnya maka tinggalkanlah)[surah Al-Hasyr:7]Itulah sebabnya wajib kita sebagai umat Islam merujuk kepada kata-kata Rasul sebagai sumber kedua selepas Al-Quran. Kemudian Rasul pula menyuruh kita supaya berpegang kepada sunnahnya dan sunnah orang-orang yang berpegang atas jalan Allah dan rasulnya seperti para sahabat baginda, Khalifa-khalifah Ar-Rasyidin dan para ulama yang benar-benar memahami Islam.Itulah sebab Allah Taala sebut juga dalam Al-Quran(Soallah alim ulama sekiranya kamu tidak mengetahui)[An-Nahl:43].Maka lengkap tiga hujah yang menjadi tunggak kebenaran orang-orang mukmin , iaitu Al-Quran, As-Sunnah dan Ijma Ulama(persetujuan ulama) yang menjadi hujah mereka walaupun pada dasarnya semua ini kembali kepada Allah Taala dan pesuruhnya , Muhammad (SAW).
C) Kata-kata pendakwa : Kalimah Aqeedah langsung tidak ada dalam Al-Quran dan yang ada dalam Al-Quran hanyalah perkataan Iman. Manakala Aqeedah berasal dari Bible.
Jawapan :-
1)Sebelum itu, bahasa saudara yang ada menyebut Sami-sami Ahli Sunnah Wal Jamaah harap dapat diperbetulkan sekiranya saudara seorang muslim kerana dibimbangi ianya boleh membatalkan syahadah saudara.
2)Adapun alasan yang mengatakan Aqeedah tidak ada dalam Al-Quran adalah satu dosa besar tetapi sekiranya saudara membuat tanggapan dengan mengatakan perkataan Aqeedah tiada dalam Al-Quran, ianya masih boleh dimaafkan. Walaubagaimanapun , saudara perlu mengetahui apa itu maksud perkataan Aqeedah.Aqeedah adalah merupakan perkataan bahasa Arab yang bermaksud pegangan/kepercayaan.Hakikatnya perkataan ini wujud dalam Al-Quran tetapi dengan mengambil makna yang lain seperti firman Allah : (Wahai orang-orang yang beriman tunaikanlah janji-janji)[Al-Maidah:1].Janji di sini dimaksudkan dengan satu ikatan persetujuan yang dibuat diantara dua pihak.Ini hujah dari sudut makna Aqeedah dari sudut bahasa.
Manakala dari sudut istilah :
Aqeedah merupakan satu nama yang diberikan kepada kajian-kajian yang melibatkan kepercayaan/pegangan satu-satu agama beserta dengan dalil-dalilnya.Oleh itu , semua agama yang terdapat di dalam dunia ini ada aqidahnya yang tersendiri.Kalau Yahudi, dipanggil aqidah Yahudi , kalau Kristian di sebut aqidah Kristian , kalau Buddha dipanggil aqidah Buddha dan seterusnya.Cuma terserahlah kepada bangsa masing-masing untuk mentafsirkan makna aqidah.Kalau B.Melayu, dipanggilpegangan, kalau English dipanggil creed dan sebagainya.
3) Manakala hujah saudara yang mengatakan Aqeedah berasal dari Kristian dan terdapat dalam Bible:
Pertamanya, saudara perlu ingat , tidak ada agama yang dibawa oleh para nabi melainkan Islam hatta nabi Musa pembawa Taurat dan Isa pembawa Injil.Dan kedua-dua kitab ini(Taurat dan Injil) sudah tidak wujud lagi dan yang menjadi hujah yang paling haq sekarang adalah Al-Quran. Adapun kitab-kitab yang ada di tangan orang-orang kafir seperti Bible(kononnya Injil) semua ini telah diselewengkan oleh rahib-rahib yang menggunakan akal fikiran mereka sendiri dan banyak isi-isi yang terdapat di dalamnya cuba dicedok daripada Al-Quran dan fahaman umat Islam kerana tidak ada lagi agama yang terbaik dan selengkapnya melainkan Islam.
Kedua , mengapa saudara tidak merujuk sendiri kepada kitab-kitab ulama Islam yang membincangkan tentang Aqeedah , seperti kitab-kitab Imam Abu Hasan Al-Asyari, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim, Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam As-Syafie dan Imam Ahmad b.Hanbal dan lain-lain lagi ?Adakah saudara lebih mempercayai golongan kuffar dengan menjadikan kitab mereka sebagai sumber dan golongan Islam seperti saudara sendiri sebagai penciplak dan peniru!!! I think you dont know who are you now!
4)Whats the meaning of Aqeedah Ahlus Sunnah wal Jamaah ?
Kalau saudara baca hadis, saudara akan jumpa satu hadis yang mana Rasulullah SAW menyebut bahawa pada akhir zaman nanti umatnya akan tergolong kepada 73 golongan. Dan cuma satu golongan sahaja yang terselamat. Maka ulama pun berijtihad dan berpendapat bahawa golongan tersebut adalah orang-orang yang berpegang teguh kepada Al-Quran dan As-Sunnah dalam bab-bab yang berkaitan dengan tauhid dan keimanan serta syariat(undang-undang) allah serta menetang sekeras-kerasnya sebarang perkara yang menyalahinya. Lalu inilah yang dinamakan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
5)Berbalik kepada masalah Aqeedah , di dalam Bible , kalulah kita buat perkiraan menggunakan stupid thinking kita akan kata dengan mudah bahawa Aqeedah dalam Bible diceduk dari Islam kerana Bible pada asalnya adalah merupakan kitab Injil(mengikut fahaman Christ) dan Injil sebenarnya diturunkan dalam bahasa Ibraniah.So mana pula datangnya Aqeedah dalam kitab Bible kalau tak dicedok dari bahasa Arab dan b.Arab merupakan bahasa Al-Quran dan bahasa utama umat Islam dalam beribadat seperti solat , doa zikir dsb.
D) Kata-kata pendakwa : Kalimah Ameen tiada dalam Al-Quran dan ianya terdapat dalam Bible.
Jawapan:
1)Dakwaan ini tidak berasa langsung. Hakikatnya Ameendi dalam Al-Quran sememangnya wujud , dari sudut maknanya kerana ianya disebut dalam hadis-hadis Rasulullah. Selagimana ianya disebut di dalam hadis Rasulullah , ini bermakna kita wajib mengiktirafnya kerana itu adalah perintah Allah kepada kita di dalam Al-Quran, apatah lagi Rasulullah merupakan pentafsir bagi Al-Quran.
2)Di antara hadis yang ada menyebut persoalan Ameen sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :- Apabila Imammenyebut Amin maka sebutlah Amin(bagi makmum)[diriwayatkan oleh Jamaah].
Cuma yang menjadi perselisihan di kalanga ulama di dalam masalah ini , adakah sebutan Amin ini perlu dikuatkan atau diperlahankan di dalam solat.Adapun tentang mazhab Wahabi tidak menyebut Amin adalah salah fakta kerana gerakan Wahabiah bermazhabkan Hambali dan Mazhab Hambali membaca Amin secara kuat sebagaimana kalau saudara pernah solat di Saudi.Kalaupun sekiranya tidak kedengaran di telinga kita mereka menyebut Amin , di sana ada dua pendapat :
1-Samada mereka memperlahankan bacaan Amin dengn berdalilkan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibn Masud :empat perkara yang perlu diperlahankan oleh Imam , iaitu At-Taawwuz(auzubillah)Tasmiah(bismillah) ,Tamin(amin) dan Tahmid[Musnad Ibn Abi Syaibah]
2-Tidak menyebut langsung perkataan Amin dengan alasan Amin bukan sebahagian dari surah Al-Fatihah.
Adapun tentang perkataanAmeen di dalam Bible telahpun terjawab di dalam hujah-hujah yang sebelumnya.