Mungkin kita pernah terdengar satu ketika dulu tentang seorang pejuang Islam yang menjadi sebuatan di dada-dada akhbar yahudi, Nama beliau masyhur di corong-corong polis-polis internasional Israel.."Yahya Ayyash" seorang pemimpin gerakan jihad di Palestin akhirnya menemui tuhannya dengan tenang dan gembira. Beliau syahid setelah sekian lama dikejar bayangan maut yang sentiasa menghampirinya.
Dua tahun selepas kematiannya, dunia Islam tertunggu-tunggu siapakah pula wira Islam yang mampu mengantikannya untuk melancarkan serangan berani mati terhadap tentera Israel durjana. Sesungguhnya kita hanya mendengar letupan-letupan yang berlaku di Israel meranapkan kereta dan bangunan, menghancurkan infrastruktur asas di negara itu dan seterusnya melumpuhkan jentera komunikasi ke destinasi berkenaan. Natijahnya wajah Netanyahu masam mencuka, Perez pula hanya mampu mengalirkan air mata tak mampu berbuat apa-apa. Memanglah kerja ini bukanlah satu kerja yang mudah, tapi ianya satu gerakan yang licik yang tidak mampu dikesan oleh radar pengesan tercanggih di Israel. Gerakan ini bergerak licin menghentam dan memusnahkan pertahanan Israel di kawasan yang dijajah satu persatu. Namun yang menghairankan siapakah dalang di sebalik kekacauan ini. Siapakah pemberontak yang cuba bermain api itu?. Siapakah pengganti Yahya Ayyash? Atau dengan kata lain siapakah dia Al-Muhandis Ath Thani ( jurutera kedua) itu?
Patah tumbuh hilang berganti, begitulah perumpamaan yang bermain-main di pemikiran ini setelah terdengar ratapan jutaan Yahudi menangisi kemusnahan dunianya, hanya dengan gelaran jihad yang bersenjatakan iman dan pertolongan ilahi, pejuang-pejuang Islam terus melakukan serangan dan pengeboman ke tempat-tempat yang lebih stategik dan berbahaya. Dibawah kpimpinan seorang pemuda yang hidup kerana Allah, gerakan ini berjaya diterjemahkan sebagai berjaya setelah di sunun atur dengan susunan yang begitu licik dan fleksibel. Kemusnahan yang berlaku tidak diketahui pangkal puncanya. Itulah kerja-kerja pejuang muda ini hinggakan waran tangkap kelas pertama di keluarkan di seluruh Palestin untuk menangkapnya hidup ataupun mati. Beliaulah penjenayah yang paling dikehendaki pada kaca mata dan hawa jahat Israel. Siapakah beliau itu? Dialah Muhyiddin Syarif, pemimpin sayap kanan dalam gerakan jihad di dalam ketumbukan Hamas. Beliaulah pakar rancang yang telah meranapkan banyak impian pemimpin-pemimpin Israel. Beliaulah yang berjaya mengesat sedikit air mata rakyat Palestin yang tumpah ekoran pembunuhan kejam zaman berzaman.
Namun fenomena ini tidak lama bertahan, beliau akhirnya dikesan oleh anjing-anjing Yahudi yang menyebabkan beliau ditangkap dan ditembak bertubi-tubi bagi melepaskan kemarahan mereka di atas gerakan licik yang dilancarkan oleh beliau. Pun begitu keadaan ini masih belum mencukupi bagi musuh-musuh Allah ini untuk menebus kemarahan mereka. Mayatnya pula diletakkan di dalam kereta yang penuh dengan bahan letupan untuk diledakkan sekaligus menghilangkan bukti kematian beliau. Tetapi, walaubagaimana licik pun perancangan manusia, takdir dan kuasa Allah yang menentukan segala, Sisa syahid dan jasad suci pejuang di jalan Allah tidak akan lebur begitu saja dan akhirnya keajaiban menjadi saksi. Kereta tersebut hancur berkecai tidak meninggalkan sisa, stereng, tayar, cermin tidak dapat dipastikan lagi, tapi mayat Asy-syahid jurutera kedua itu bagai tidak terusik sedikitpun ekoran letupan tersebut. Jenazahnya hanya melecur sedkit sahaja akibat bakaran api letupan dan bukannya hancur tidak bersisa. Besitulah tanda kebesaran Ilahi, setiap pejuang di jalannya pasti di ganjari sesuatu kemenangan atau syahid. Benarlah kata allah " In tansurullah yansurkum wayuthabbit aqdaamakum"
Wassalam.