Hajat kepada permainan
Semua manusia mengetahui bahawa seni muzik merupakan halwa bagi telinga , seni lukis dan gambar merupakan nikmat untuk mata dan seni lawak jenaka adalah untuk bergelak-ketawa . Walaupun begitu di sana terdapat seni-seni lain yang bertujuan untuk menjauhkan perasan dukacita daripada kehidupan dan mengelakkan perasaan jemu daripada bersarang di dalam jiwa .Walaupun seni yang meliputi semua jenis sukan dimainkan untuk mengisi masa lapang ia juga mengandungi banyak faedah yang lain .
Bentuk-bentuk permainan di kalangan masyarakat .
1)Sebahagian daripada permainan ini di kenali pada zaman sekarang sebagai riadah badan . Ini adalah seperti berenang , berlari , semua jenis lompat , olahraga dan permainan-pemainan yang menggunakan bola dan permainan ski .
2)Permainan-permainan yang hampir kepada pengunaan teknik-teknik ketenteraan seperti memanah , bermain pedang dan lembing dan menunggang kuda .
3)Permainan- permainan yang dimainkan untuk memenuhi masa lapang di antaranya:
a)Permainan yang dapat menajamkan akal fikiran seperti catur dan dam dan domino.
b)Permainan yang bergantung kepada nasib semata-mata seperti Al-Nard ( buah dadu) .
4)Permainan-permainan ajaib yang bergantung kepada teknik-teknik silap mata dengan menggunakan tangan-tangan tersembunyi ataupun sihir .
5) Permainan sarkas seperti yang ditunjukkan di sarkas-sarkas . Ia merupakan sejenis permainan yang sangat menakjubkan kerana kebolehan dan kemahiran yang ditunjukkan hampir-hampir tidak dapat diterima oleh akal .
6)Permainan-permainan yang menggunakan binatang seperti bermain dengan merpati , laga ayam , laga kambing dan laga lembu .Termasuk juga di dalam bahagian ini , permainan yang menggunakan kera ,beruang dan gajah dengan cara melatihnya melakukan kerja-kerja yang menakjubkan . Begitu juga dengan melatih kuda menari dan yang lebih menakjubkan permainan menjinakkan binatang yang sangat buas seperti singa , harimau kumbang dan harimau belang .
Bentuk-bentuk permainan-permainan ini ada yang di mainkan secara berseorangan dan ada yang dimainkan secara berdua seperti gusti dan tinju serta ada yang dimainkan secara berpasukan seperti permainan tarik tali , salah satu daripada permainan tradisi dan begitu juga dengan permainan yang menggunakan bola . Ia adalah berdasarkan kepada pertandingan di antara dua pasukan ataupun pertandingan di antara pasukan-pasukan .
Pada pesta-pesta budaya sempena perayaan perayaan dan sambutan-sambutan tertentu di negara-negara seperti Mesir , orang ramai boleh menyaksikan pelbagai jenis permainan yang ditunjukkan di dalam bergagai ragam dan ia merupakan permainan warisan turun-temurun . Setiap masyarakat mempunyai permainan-permainan seperti ini , sesetengahnya merupakan permainan warisan dan sesetengah yang lain merupakan permainan yang dihasilkan sendiri .
Pintu untuk melakukan perubahan dan mencipta permainan terbaru terbuka luas untuk bidang ini . Ini seperti permainan yang dimainkan oleh kelab-kelab tertentu di Jerman yang disiarkan di kaca-kaca television dan sebahagian daripada permainan ini adalah terlalu menarik dan melucukan sehingga membuatkan penonton berketawa .Permainan ini kemudian disaingi oleh orang-orang Jepun dan mereka mencipta permainan yang hampir sama dengan permainan yang dimainkan oleh kelab-kelab di Jerman .
Jadi pertanyaan yang penting di sini ialah apakah pandangan Islam terhadap perkara ini ?
Permainan-permainan yang diharuskan oleh Islam .
Islam tidak menegah kita berhibur melalui pelbagai jenis sukan , malahan ia merupakan sesuatu yang terdapat di dalam syarak . Ia merupakan satu unsur yang diperlukan oleh individu dan masyarakat walaupun ia tidak bertujuan selain daripada berhibur ,berehat ataupun untuk berketawa . Kami telah menjelaskan bahawa ketawa dan nyanyian merupakan di antara perkara-perkara yang dibenarkan oleh syarak dan kami juga telah membawa pendapat Imam Al-Ghazali dan Ibnu Hazm tentang perkara tersebut . Jadi ia tidak perlu diulang lagi di sini .
Lebih daripada itu di sana juga terdapat sebahagian permainan yang digalakkan oleh Islam seperti sukan-sukan yang mengandungi unsur-unsur riadah badan ataupun sukan-sukan yang mengandungi unsur latihan ketenteraan .Ini adalah kerana ia memberi faedah kepada individu untuk kekuatan tubuh badan serta boleh melatih seseorang di dalam kemahiran tertentu . Di dalam As- Sunnah terdapat galakkan untuk menceburi sukan memanah dan menunggang kuda dan orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi oleh Allah s.w.t. daripada orang mukmin yang lemah .
Islam mensyariatkan hari raya Aidil Fitri dan hari raya Aidil Adha sebagai ganti kepada dua hari yang digunakan oleh orang-orang Ansar untuk bermain-main di zaman Jahiliyah .Rasullulah s.a.w telah mengizinkan kepada orang orang Habsyah untuk bermain dengan lembing dan senjata mereka di Masjid Nabi yang mulia pada hari raya dan baginda sendiri memberi kata-kata semangat kepada mereka . Dan semua ini telah pun kami sebut sebelum ini .
Jenis-jenis sukan yang ditegah oleh Islam adalah seperti berikut:
Permainan yang sangat merbahaya tampa ada unsur dharurat kepadanya seperti sukan tinju kerana ia sangat merbahaya kepada jiwa dan orang lain tampa ada sebarang hajat yang menyeru kepadanya .
Permainan-permainan yang mendedahkan tubuh wanita ( iaitu bahagian anggota yang haram didedahkan di hadapan lelaki yang bukan muhrimnya .) Ini adalah seperti yang terdapat di dalam sukan renang , olahraga dan sebagainya .Sepatutnya perlu ada kolam-kolam renang dan padang permainan yang khusus untuk mereka dan ia tidak boleh dimasuki oleh lelaki .
Permainan-permainan yang bergantung kepada sihir , kerana sihir merupakan salah satu daripada tujuh perkara yang membinasakan serta diharamkan mengajar dan menyebarkannya di kalangan orang ramai .
Permainan-permainan yang menggunakan helah dan penipuan untuk memakan harta orang ramai secara batil . Ini adalah seperti sejenis permainan yang terdapat di Mesir yang dikenali sebagai " Tiga Kertas".
Permainan-permainan yang mendedahkan haiwan-haiwan ataupun burung-burung kepada bahaya seperti permainan laga ayam ataupun laga kambing . Ini adalah kerana terdapat nas yang mengharamkan melaga haiwan . Manusia tidak sepatutnya menjadikan darah yang mengalir daripada pertempuran haiwan ini sebagai satu hiburan . Sesungguhnya sesiapa yang tidak merahmati , dia tidak akan dirahmati .
Permainan-permainan yang bergantung kepada nasib semata-mata . Ini adalah seperti permainan Al-Nard ataupun apa yang dinamakan oleh orang Mesir sebagai At-Tawilah (sejenis permainan yang menggunakan bola dan daun terup).Walaupun begitu ,permainan-permainan ini berbeza dengan permainan yang bergantung kepada ketangkasan dan kemahiran berfikir seperti catur kerana pendapat yang rajih mengenainya adalah harus beserta dengan beberapa syarat yang perlu dijaga . Perkara ini telah saya sebut di dalam kitab "Al-Halal Wal Haram" begitu juga di dalam kitab "Al-Fatawa Al-Muasarah" secara detail .
Permainan-permainan yang terdapat di dalamnya unsur-unsur perjudian kerana ia merupakan perkara yang keji seperti arak dan ia juga merupakan najis daripada amalan syaitan seperti mana yang telah disebutkan di dalam Al-Quran .
Permainan yang merendahkan ataupun mempersendakan kemulian manusia .Ini adalah dengan menjadikannya sebagai bahan ketawa kepada orang lain samada ke atas individu ataupun kelompok mesyarakat tertentu seperti orang buta , tempang , berkulit hitam ataupun ke atas pekerja-pekerja di dalam sektor pekerjaan tertentu kecuali di dalam skop yang boleh diterima oleh adat secara am . Allah s.w.t. berfirman :
Maksudnya : " Wahai orang orang yang beriman , janganlah kaum lelaki mengh kaum lelaki ( yang lain ) kerana mungkin kaum yang dihina lebih baik daripada kaum yang menghina ."
Melampau-lampau di dalam permainan sehingga mengorbankan perkara-perkara lain .Ini adalah kerana permainan hanyalah merupakan "hiasan hidup" jadi ia tidak boleh berlebih-lebih sehingga megorbankan perkara-perkara yang menjadi kehendak dan keperluan di dalam hidup apatah lagi jika perrkara tersebut merupakan keperluan asasi . Semua perkara yang diharuskan disertakan bersamanya syarat tidak keterlaluan . kerana Allah s.w.t. tidak menyukai golongan yang melampau dan berlebih-lebihan .Begitu juga disyaratkan supaya permainan ini tidak melalaikan daripada tuntutan agama dan kewajipan dunia . Individu dan masyarakat muslim dituntut supaya mempunyai keseimbangan di antara kehendak dan kewajipan . Mereka hendaklah menunaikan setiap sesuatu yang berhak haknya .
Oleh itu , sesuatu yang tidak dapat diterima di dalam neraca Islam sifat melampau di dalam sesuatu permainan seperti bolasepak dengan mengetepikan permainan dan riadah yang lain dan apa yang lebih membimbangkan sifat melampau di dalam permainan ini sehingga mengabaikan tanggujawab yang penting seperti beribadat kepada Allah , memakmurkan muka bumi dan menyempurnakan hak-hak manusia . Lebih daripada itu pada waktu tertentu di sesetengah negara , kita mendapati ia bagaikan berhala yang disembah , manakala pemainnya dijual dengan harga beratus ribu bahkan berjuta ringgit bahkan di dalam masa yang sama terdapat sebahagian daripada intelektual dan cendiakawan hampir tidak mendapat makanan yang mengenyangkan mereka . Semua ini berlaku kerana kemahiran kaki dianggap lebih penting daripada kemahiran berfikir dan akal fikiran dan seseorang itu seolah-olah diiktiraf dengan bahagian bawahnya dan bukannya daripada bahagian atasnya .