Sebahagian daripada lelaki di dalam masyarakat Arab bersikap tidak wajar terhadap wanita . Ini adalah disebabkan kefahaman yang salah terhadap hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud : " Wanita adalah kurang dari segi akal dan agama ." Mereka memperlakukan wanita seoalah-olah ia adalah sebahagian daripada perkakas-perkakas rumah ataupun salah satu daripada kelengkapan rumah dan berbagai lagi bentuk daripada diktator yang berlaku di dalam masyarakat . Dia tidak dibenarkan bercakap melainkan dengan keizinan , tidak bersama-sama menyertai sesuatu melainkan setelah mendapat perintah dan pendek kata semua perkara-perkara yang dilakukannya seperti makan dan minum dan sebagainya tidak dilakukan melainkan di dalam keadaan terpaksa .Dia seolah-olah tidak dicipta melainkan untuk menyediakan makanan , mengemas , membasuh pakaian , mencuci pingan mangkuk , membersihkan bilik-bilik dan menjaga anak-anak sahaja . Apabila ia cuba membincangkan sesuatu perkara , suaminya akan menengkingnya , memperkecil- kecilkannya pendapatnya , menyalahkan kata-katanya . Dan apabila ia cuba menunjuk arah dengan menasihatnya didapati terdapat penghalang . Mereka menganggap mesyuarat wanita membawa kerosakan selama setahun seperti kata peribahasa harian orang Arab.
Malangnya , pemahaman yang salah terhadap cara bergaul bersama wanita ini didapati tersebar dikalangan sesetengah masyarakat kita hari ini samada Masyarakat Arab atau Masyarakat Islam. Walaupun Islam telah memelihara kemulian dan kewibawaan wanita lebih empat belas kurun yang lampau , disamping itu Islam juga telah memberi saksiah kepadanya serta membezakannya daripada kaum lelaki. Harus diketahui, wanita adalah saudara kepada golongan lelaki. Islam tidak membezakan diantara lelaki dan wanita dalam ganjaran pahala dan balasan seksa , tetapi berbeza dari segi pengkhususan dan tanggungjawab dan dituntut daripadanya. Ini adalah fitrah Allah dalam kejadian alam semesta. Apabila sifat kemanusian semakin jauh dengan tidak menghormati bidang pengkhususan , meletakkan wanita ditempat lelaki dan sebaliknya. Disini kita melihat pelbagai kerosakan, keazaban, pergolakan insani dan jiwa raga.
Wanita terdiri daripada ibu,kakak, isteri , kekasih dan anak perempuan. Oleh itu mereka adalah tempat keluarnya lelaki dan pendidik ummah . Mereka mempunyai tanggujawab yang besar di dalam membangunkan masyarakat dan ummah . Wanita merupakan saparuh daripada masyarakat dari segi bilangannya . Oleh itu ia bertanggujawab terhadap separuh yang lain , bertanggujawab terhadap pendidikan pemimpin , penguasa dan semua orang yang bertanggujawab terhadap negara . Di belakang setiap lelaki yang berjaya , bertakwa kepada Allah di dalam hidup dan kerjanya , kita akan mendapati seoarang perempuan yang berjaga malam unutk mendidik dan membentuknya . Ia membentuk dengan pembentukan yang sempurna dan menyediakan dengan sebaik-baik penyediaan untuk kepentingan agama dan ummahnya .
Saya yakin orang-orang yang memperlakukan wanita dengan fahaman yang salah terhadap hadis Rasullullah s.a.w. adalah orang-orang yang tidak memahami sirah Nabi dengan kefahaman yang betul , tidak beriltizam dengan tunjuk ajar daripada Al-Quran dan As-Sunnah . Ini adalah kerana petunjuk daripada Al-Quran dan As-Sunnah telah menghasilkan wanita-wanita Islam yang merupakan pahlawan-pahlawan yang unggul , disebut di dalam sejarah dengan penuh penghoramatan , pengiktirafan dan kemegahan . Sejarah mereka ditulis dengan kata-kata daripada cahaya yang menerangi perjalanan orang yang terkemudian daripada mereka .
Maksud kekurangan dari segi akal di dalam hadis tersebut ialah penyaksian perempuan adalah sama dengan penyaksian setengah orang lelaki di dalam masalah kehakiman . Manakala kekurangan dari segi agama pula ialah wanita di datangi darah haid dan bersalin , maka dia terhalang daripada mengerjakan solat sepanjang tempoh haid dan nifas tampa perlu menqada hari-hari yang ditinggalkan solat . Jadi inilah maksud kekurangan dari segi agama yang merupakan kehendak Allah s.w.t yang tersembunyi hikmah di sebaliknya .Wanita dikhususkan dengan sesuatu yang sesuai dengan tabiat semula jadinya . Orang-orang yang memahami maksud kekurangan dari segi akal dan agama di dalam hadis tersebut dengan makna tidak mempunyai pertimbangan akal ataupun kekurangan dari segi pembentukan , kecerdikan ataupun tidak mampu untuk memberikan pendapat , sebenarnya merupakan golongan yang kurang memahami ajaran Islam dengan fahaman yang betul . Sesungguhnya sejarah Islam telah mencatatkan di dalam lipatannya yang abadi tentang kepahlawanan wanita-wanita agung yang meminum air yang terpancar daripada mata air Islam , lantas mereka melonjak tinggi ke puncak gunung-gunung tinggi yang tidak mampu sampai kepadanya mana-mana wanita sepanjang sejarah manusia .
Sesungguhnya masyarakat Islam tidak akan mampu untuk kembali kepada kegemilangan dan keagungannya , sekiranya wanita tidak memberi perhatian yang sewajar , penghoramatan yang sewajib , peluang yang ada untuk melaksanakan tanggujawab , bangun membawa risalahnya dan tangujawab yang penting di dalam mendidik ummah , menyemai di dalam diri anak-anaknya perasan cinta terhadap tanggujawab mendakwah manusia kepada Allah , berusaha , berkorban dan menghasilkan kemajuan di dalaam bidang ekonomi dan masyarakat . Wanita-wanita Islam merupakan asas kepada kemajuan masyarakat Islam . Sekiranya kita benar-benar menginginkan kemajuan dan ketinggian di bawah bayangan ketaatan kepada Allah , maka kita perlu memberi kepada kepada wanita supaya ia terdidik dan terbentuk di dalam keadaan yang sebaik-baiknya .
Sesungguhnya jalan yang bakal dilalui untuk sampai kepada semua hak-haknya tidak dihiasi dengan bunga-bunga mawar . Ini adalah kerana orang ramai masih dibelengu dengan adat dan fahaman yang diwarisi . Fahaman-fahaman ini yang menutup hakikat sebenar agama .Walaupan permulaan hujan adalah butiran-butiran yang halus , perjalanan yang jauhnya seribu batu bermula dengan selangkah .Jadikan ia sebagai cara di dalam mendidik anak-anak dengan kefahaman ini . Begitu juga bersungguh-sungguh di dalam menyebarkannya , berusaha memulakan di dalam pelaksanaanya . Ini semua adalah untuk kebahagian hidup di bawah kefahaman Islam yang betul . Adakah masa telah tiba untuk wanita-wanita Islam memainkan peranannya di dalam pembentukan masyarakat yang selari dengan tuntutan agamanya yang mulia ?