Kesempitan dan kemerosotan ekonomi yang melanda masyarakat menyebabkan ramai daripada suami yang berkerja di negeri ataupun negara lain untuk mencari sumber rezeki yang lebih luas . Penghijrahan dan menghadapi keasingan di dalam masyarakat lain adakalanya memakan masa bertahun-tahun lamanya .Ini adalah faktor-faktor yang menimbulkan masalah-masalah di dalam sesebuah masyarakat dan keluarga . Sesungguhnya saya merasa sanagt terkejut apabila mendengar ada keluarga yang kehilangan tonggak keluarga semenjak lima tahun , sepuluh tahun dan mungkin lebih daripada itu .Semua perhatian suami ditumpukan untuk mengumpul harta dan menaggung kehidupan keluarga dan anak-anak dengan menyediakan kelengkapan kebendaan , tampa menyedari bahawa ketiadannya akan mengundang bahaya ke atas keluarga , samada dari segi kemasyarakatan dan pendidikan ataupun dari segi perasaan isteri dan anak-anaknya .
Memenuhi keperluan kebendaan di dalam kehidupan keluarga tidak sekali-kali untuk boleh mengorbankan keperluan jiwa dan pendidikan . Ketiadaan bapa di dalam keluarga boleh membawa berbagai permasalahan yang sangat sukar untuk diselesaikan .Di antaranya ialah kesan terhadap anak-anak . Mereka merasakan tiada siapa yang menjaga akhlak dan mengawal tingkah laku mereka , terutamanya di peringkat remaja . Ini juga boleh menyebabkan sebahagian daripada mereka menjadi menjadi liar dan hanyut di dalam kehidupan , sedangkan si ibu tidak mampu berseorangan di dalam memimpin rumah tangga dan mendidik anak-anak dengan sempurna . Kemungkinan juga akan timbul di dalam perasaan anak-anak bahawa tanggujawab utama bapa mereka terhadap mereka ialah mengumpul harta benda , membelanjakan dengan banyak untuk mereka tampa memperdulikan keadaan ataupun memberi nasihat kepada mereka . Begitu juga dengan si isteri . Ia memerlukan suaminya , memerlukan kepada pengawasan dan kasih sayang daripadanya . Oleh itu , jika tiada ada sebab-sebab yang benar-benar memaksa , maka harta-benda dunia bukanlah ganjaran setimpal dengan hidup berjauhan di antara suami dan isteri .Saya ingin bertanya : " Mengapakah si suami yang berada di perantauan tidak berusaha untuk membawa bersama-saman keluarganya ?" Jikalau mereka tidak mampu , maka mereka perlu pulang menziarahi sekurang-kurangnya dua kali setahun sehingga sehingga mereka habis tempoh di perantauan . Isteri yang cerdik ialah isteri yang tidak terlalu meminta daripada suaminya sesuatu yang tidak daripada perhiasan dunia . Begitu juga , ia perlu bijak di dalam berbelanja .Sesungguhnya kepahitan hidup berasingan di perantauan merupakan harga yang perlu dibayar oleh suami , isteri dan anak-anak . Kehancuran merupakan hasil yang lebih banyak daripada keuntungan apabila berlakunya perpisahan di antara suami dan isteri apabila si suami hidup di perantauan .