Doktor yang saya hormati
Saya seorang remaja perempuan berusia 19 tahun dan masih menuntut. Masalah saya ialah saya cepat marah, jadi bagaimana saya dapat mengatasi masalah ini.
Jawapan : JANGAN MARAH NESCAYA KAMU AKAN BEROLEH SYURGA
Saudari,
Nabi SAW ada bersabda
Yang bermaksud:Jangan marah nescaya kamu akan beroleh syurga
( hadis riwayat Attabrani)
Ada dua cara untuk mengatasi penyakit marah sebagaimana yang dinyatakan oleh Said b. Ali Al-Qahtani di dalam kitabnya (Jampi dari Quran dan Sunnah)
Cara yang pertama : Pencegahan
Meninggalkan perkara-perkara yang boleh membawa kepada marah seperti takabbur, bangga dengan diri sendiri, bergurau dan lain-lain lagi.
Cara yang kedua : Rawatan ketika marah
1. Berlindung dengan Allah daripada kejahatan syaitan yang direjam.
2. Mengambil Wuduk.
3. Mengubah situasi anda ketika marah kepada situasi yang lain, seperti duduk atau baring atau senyap dan keluar ke tempat lain.
4. Menyedari ganjaran yang akan diperolehi jika dia menahan perasaan marah serta menyedari bahawa marah itu membawa kepada kehinaan.
Doktor,
Semenjak akhir-akhir ini saya selalu bermimpi benda-benda yang mengerikan . Oleh itu saya bangun dari tidur pada tengah malam dalam keadaan saya terkejut dan cemas . Bagaimanakah caranya saya dapat mengatasi perkara tersebut?
Jawapan : Saudara yang dirahmati Allah
Nabi Muhammad SAW mengajar kita apabila berlaku perkara tersebut agar membaca doa ini.
Maksudnya : Aku berlindung dengan Allah melalui nama -nama-Nya yang maha tinggi dari kemurkaan dan azab-Nya serta kejahatan makhluk-makhluk yang jahat, bisikan syaitan dan dari hadirnya syaitan kepadaku.
Sunan Abu Dawud 4/12, Sohih Jamik At-Tirmizi : Alalbany 3/171.
Doktor Muhazzibun Nufuus,
Saya ini seorang pelajar dalam bidang kejuruteraan di Swedeen. Apabila saya teringat kepada ibubapa saya di tanahair saya berasa sedih kerana saya keseorangan di sini . Bagaimanakah caranya untuk saya menghilangkan perasaan sedih dan ingat pada tanahair khususnya pada keluarga ?
Jawapan :
Kalau anda berubat dengan jampi-jampi dari Quran dan Sunnah, InsyaAllah perasaan sedih anda akan hilang, Bacalah doa-doa ini :
Maksudnya :
Tiada tuhan yang berhak di sembah melainkan Engkau ( Allah ) Maha suci Engkau , sesungguhnya daku ini dari golongan yang zalim
( Jami' At-Tirmizi ( 5/529 ) Mustadrak Al-Hakim (Disahihkan oleh Al-Hakim dan dipersetujui oleh Azzahabi) 1/505) Sohih Jamik At-Tirmizi : Al-albany ( 4/196 )
Dan hadis:
Maksudnya : Ya Allah, Ya Allah Ya tuhanku aku tidak menyekutukan engkau dalam beribadat dengan sesuatupun.
( Dikeluarkan oleh Abu Dawud (2/87) Sohih ibnu Majah : Alalbany ( 2/335) Zaadul Ma'ad : Ibn Qayyim ( 4/196)
SOALAN KEEMPAT
Doktor, Benarkah Al-Quran itu boleh mengubat segala penyakit-penyakit hati? Dan apakah syarat-syaratnya?
Jawapan: MENGUBAT PENYAKIT-PENYAKIT HATI DENGAN AL- QURAN.
Ya , memang benar tetapi dengan syarat anda memahami, menghayati serta beramal dengannya. Berkata Shaikul Islam Ibnu Taimiyyah di dalam kitab ( Attuhfah Al-'Iraqiyyah Fil 'akmal Al-Qalbiyyah m/s 117.
" Al-Quran merupakan penawar bagi hati. Al-Quran boleh menghapuskan penyakit-penyakit Shubahat, dan kebatilan. Di dalamnya juga ada hikmah-hikmah , kisah-kisah teladan dan pengajaran-pengajaran yang boleh menyucikan hati . Maka hati akan cinta kepada petunjuk allah SWT. Al-Quran juga boleh menghapuskan keinginan-keinginan yang tidak baik. Hati memperolehi makanan rohaninya daripada iman dan Al-Quran."