BERSAMA DOKTOR: MUHAZZIBUN NUFUUS
SOALAN 1
Macamana kita nak menambahkan amal ibadat dan pahala kita setiap hari kepada Allah?
Nur Hayati Hasan
1st year Chemical Engineering Imperial College London
Jawapan,
Saudari,
Allah Taala menjadikan kita di dunia ini di atas suatu maksud yang sangat besar iaitu mengabdikan diri kita kepada Allah dan tidak menyekutukannya di dalam ibadat dengan sesuatu pun, Firman allah Taala dalam surah Az-Zariyat :56 :
Maksudnya : Tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada ku.
Apabila kita faham bahawa tugas kita di dalam dunia ini ialah beribadat kepada Allah, maka kita akan berusaha menjadi seorang yang berilmu dan rajin beribadat. Ilmu yang membawa kita untuk menuju ibadat yang di redhai Allah ialah Aqidah Salaful Soleh. Oleh itu kita mestilah memahami konsep Tauhid dan ibadah yang betul. Insya Allah kita akan menambahkan ibadah kita kepada Allah.
Allah Taala mengajar hamba-hambanya yang ingin menambahkan ibadah mereka dengan ISTIAANAH ( memohon pertolongan dan hidayah daripada Allah ) Kita memohon Istiaanah palin kurang lima kali dalam sembahyang setiap hari Firman Allah :
Maksudnya : Kami mengabdikan diri dan memohon pertolongan hanya kepadamu Ya Allah.
Berkata Shaikhul Islam Ibnul Qayyim di dalam kitab ( Tahzib Madarijis Saalikin ) ms. 91-92
" Golongan yang paling baik ialah ahli ibadat dan istiaanah. Tujuan mereka paling utama ialah beribadat kepada Allah . Mereka berdoa kepada Allah agar memberi kekuatan dan memberi taufiq-Nya di dalam beribadat.
Oleh itu doa yang paling baik ialah memohon keredhaan Allah. Nabi Muhammad SAW mengajar Mua'z bin Jabal agar sentiasa cintakan Istiaanah dalam sesebuah hadis yang sohih :
Maksudnya : Wahai Mua'z, demi Allah ! sesungguhnya aku menyukaimu maka janganlah kamu lupa untuk berdoa setiap kali selesai menunaikan solat ( Ya Allah ! berilah kekuatan kepadaku dan bantulah aku untuk mengingatiMu dan mensyukuri nikmatMu di dalam beribadat kepadaMu dangan ibadat yang sempurna.
( Hadis Sohih, diriwayatkan oleh Abu Daud (1522) dan Ahmad (5/245,247) dan Al-Hakim (1/273)
Maka doa yang paling bermanfaat ialah memohon keredhaan daripada Allah manakala sebaik-baik pemberian Allah ialah keredhaanNya buat seorang hamba.
Berkata Sheikhul Ibnu Taimiah :
Aku cuba merenung dan mencari doa yang paling baik Maka aku dapati bahawa doa yang paling baik ialah memohon keredhaan Allah, kemudian aku melihat doa ini terkandung di dalam ayat ( Iyyaka Nakbudu Wa Iyyaka Nastain )
Segala amalan zahir dan batin yang Allah redha dan suka adalah ibadah solat, zikir, puasa memakai tudung labuh, menutup aurat, tidak bergaul bebas, mencari kawan-kawan yang berakhlak mulia, menuntut ilmu, membuang penyakit-penyakit hati seperti hasad dengki dan sombong adalah ibadat. Oleh itu ikhlaskan niat dan pohonlah hidayat daripada Allah, nescaya anda akan dapat menambahkan ibadat anda kepada Allah.
Sekian Wassalam