SOALAN
Doktor Muhazzibun Nufuus,
Saya ada 3 soalan.
1. Bolehkah doktor menerangkan bagaimana cara-cara sembahyang yang khusyuk.
2. Salah seorang daripada kawan saya telah mendapat kemalangan jalan raya dan patah tangan dan tangannya berbalut (keras). soalannya bagaimanakah cara beliau untuk menggangkat hadas besar (mandi Haid).
3. Bagaimanakah cara saya untuk melupakan seseorang dari ingatan saya setiap hari. Kerana saya mahukan ketenangan..
"umai ika" umii@hotmail.com
JAWAPAN
A) Khusyuk dalam solat.
1. Mengambil wudhuk dengan sempurna.
2. Mendirikan solat secara berjemaah pada awal waktunya di masjid.
3. Sempurnakan rukun-rukun solat dengan tertib.
4. Berlindung kepada Allah daripada was-was syaitan.
5. Tenangkan fikiran dan tumpukan perhatian anda.
6. Memahami ayat al-Quran yang dibaca di dalam solat.
7. Berimamkan imam yang membaca dengan tajwid yang betul.
8. Merapatkan bahu anda dengan makmum di sebelah.
9. Luruskan saf.
10. Merealisasikan tauhid.
11. Takut azab Allah.
12. Ikhlas.
13. Tidak melakukan ibadah dengan harapan mendapat pujian orang lain.
B) Caranya mudah sahaja. Mandi wajib seperti biasa. Kemudian ambil debu dan bertayammumlah untuk menggantikan bahagian berbalut yang menghalang air sampai ke kulit tangan.
Di dalam mazhab Syafiee, sebelum dibalut mana-mana anggota wudhuk, wajib diambil wudhuk terlebih dahulu. Kemudian barulah dibalut. Oleh itu apabila dia ingin mengambil wudhuk untuk solat atau mandi wajib, maka dia hendaklah melakukannya seperti biasa kemudian bertayammum. Solatnya sah dan tidak perlu diulang.
Jika tangannya dibalut keras tanpa mengambil wudhuk terlebih dahulu, maka tunaikanlah sembahyang seperti biasa. Kemudian, dia dikehendaki mengulang (qada') semula solat-solat yang lalu setelah balutan itu ditanggalkan.
Tetapi di dalam mazhab yang lain, tidak disyaratkan wudhuk sebelum membalut anggota wudhuk. Ini adalah pendapat para ulama'. Wallahu Aklam.
C) Jawapan masalah tersebut adalahsepaerti berikut :-
1) Lupakan orang tersebut dengan membanyakkan zikrullah. Zikrullah sahajalah ubat yang paling mujarab sekali. Dengannya hati akan tenang.
2) Banyakkan membaca al-Quran dan tafsirannya.
3) Tanamkan rasa cintakan masjid dan lazimilah solat berjemaah padanya.
4) Rajin-rajinlah menghadiri kuliah-kuliah agama.
5) Banyakkan membaca buku-buku agama.
6) Memdampingi kawan-kawan yang melazimi masjid dan mereka yang berakhlak mulia.
7) Merealisasikan tauhid dengan kembali kepada Aqidah Solafus Soleh.
8) Banyakkan qiammullail.
9) Menjauh dan meninggalkan maksiat sama sekali.
10) Menunaikan haji dan umrah jika berkemampuan.
11) Senantiasalah mendampingi para ulama', para ustaz-ustaz dan meminta nasihat daripada mereka.
12) Mengkaji sejarah Nabi Muhammad SAW dan akhlaknya, serta para ulama' terdahulu.
13) Eratkan hubungan silaturrahim sesama manusia.
14) Selalulah bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah.
15) Kyushuk di dalam solat.
16) Zuhud (redha dan membelanjakan harta dengan apa yang ada).
17) Tawadduk.
18) Menghormati kedua ibu-bapa.
19) Senantiasa memohon hidayah daripada Allah.
20) Jangan bergaul bebas.
21) Sabar dalam mentaati suruhan Allah.
Akhirnya Dr. Muhazzibun Nufus berdoa dan bertawassul kepada Allah dengan Asmaaullah al-Husna dan sifat-sifatnya Yang Maha Tinggi, agar Allah memberi ketenangan jiwa kepada anda. Yakinlah dengan zikrullah!!.
Sekian, wassalam.