TIDAK FASIH MEMBACA

SOALAN

assalamualaikum,

Saya mempunyai seorang adik yang berusia 10 tahun tetapi masih tidak fasih membaca.Saya risau dgn masalahnya dan berharap agar dia segera berubah.Untuk pengetahuan Dr,dia agak nakal,tidak mendengar kata ibu tetapi adakalnya dia lembut hati.Berilah panduan yang boleh saya gunakan apabila saya pulang utk cuti summer nanti,insya Allah.

terima kasih.

Nur..Eire

JAWAPAN

Waalaikumsalam wbt;

Rawatan :

1) Memperbanyakkan latihan membaca.

2) Utamakan latihan membaca al-quran khususnya surah al-Fatihah kerana ia adalah rukun solat.

3) Menggunakan sistem [talaqqi]. Minta adik saudari membaca kitab di hadapan saudari selama 2 jam setiap hari. Jika dia salah ketika membaca, betulkan kesalahannya serta merta. Kemudian, jika ada perkataan-perkataan yang sukar difahami ,terangkan kepadanya. Dengan kaedah inilah ulama'-ulama' kita belajar dan memperolehi kemahiran membaca dengan fasih. Cara ini akan berkesan dengan izin Allah.

4) Hidupkan budaya membaca di rumah khususnya membaca al-Quran. Persekitaran yang baik akan memberi kesan yang baik denga izin Allah.

5) Apabila saudari melihat adik saudari telah meningkatkan prestasi pembacaannya, doakanlah dia dengan doa-doa yang baik seperti; "Semoga Allah memberkatimu wahai adikku" dan berikanlah hadiah kepadanya. Gembirakan hatinya selalu dan tanamkan minat membaca dalam dirinya.

6) Sentiasa membawa adik saudari ke perpustakaan negeri dan kedai-kedai buku. Ini akan memupuk minat membaca di dalam dirinya.

7) Sentiasa menasihatinya agar berubah. Ucapkan kata-kata yang lembut. Jangan sekali-kali anda memarahinya, kerana ia akan menyebabkan adik saudari benci kepada kitab-kitab.

8) Ajarkan kepada adik saudari agar membaca doa penerang hati ini setiap kali ingin membaca. Kalau boleh suruh dia hafaz dan faham maknanya. Jadikan perbuatan membaca doa ini sebagai tabiatnya. Doa tersebut ialah :

((Rabbi Isyrahli Sadri Wa Yassirli Amri Wahlul Ukdatan Min Lisani.))

Maksudnya : Ya Tuhanku! Lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku supaya mereka mengerti perkataanku. [Surah Toha; ayat 25-28]

9) Ambil sebotol air masak dan bacakan di dalamnya jampi-jampi dibawah:-

a) Bismillah

b) Surah al-Fatihah

c) Baca doa ini : Allahumma La Sahla Illa Maa Jaa'ltahu Sahla Wa Anta Taja'lul Huzna Izaa Syi'ta Sahla

Maksudnya : Ya Allah! Tidak ada perkara yang mudah malainkan apa yang engkau permudahkan, dan Engkau menjadikan sebuah bukit kepada kawasan yang rata jika Engkau kehendaki.

[ Hadis diriwayatkan oleh Ibnu HIbban di dalam Soheh Ibnu Hibban no: 2427, dan Ibnu Assinny no: 351, dan berkata Al-Hazif Ibnu Hajar bahawa hadis ini soheh, dan disohehkan oleh Abd. Qadir Al-Arnaut didalam takhrij Al-Azkar: An-Nawawi ms.106 ]

d) Kemudian berdoa kepada Allah agar diterangkan hati adik daudari dengan Iman dan taqwa.

f) Berikan Air tersebut kepadanya untuk diminum setiap hari. Insya Allah ia akan berkesan. Amiin.

10) Shaikhul Islam Ibnu Qayyim didalam kitab Zaadul Maad( jilid 4) memberikan beberapa contoh makanan yang boleh menguatkan ingatan dan mencergaskan otak serta melancarkan bacaan dengan izin Allah.

Makanan yang di syorkan oleh Nabi Muhammad S.A.W ialah seperti berikut:

a) Buah Tamar (kurma)

b) Madu. Ianya menguatkan ingatan.

c) Daging Ayam. Ianya menguatkan akal dan mencergaskan otak.

Dari hadis Abu Musa sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W memakan daging ayam.

[ Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari di dalam Soheh Bukhari (9/556/557) dan MUslim di dalam Sohehnya ( 9) ( 1649)]

11) Bersiwak: Siwak (bersugi) mencerahkan penglihatan dan mengaktifkan pembacaan.

Akhirnya Dr. Muhazzibun Nufuss bertawassul kepada Allah dengan Asmaullah Al Husna dan sifat-sifatnya yang Maha Tinggi agar Allah menjadikan adik saudari fasih membaca seterusnya menjadikannya daripada golongan alim ulamak yang mengikuti jejak langkah Salafus Soleh serta memperolehi ilmu yang bermanafaat di dunia dan di Akhirat. Amiin.

Sekian. Wassalam


This page hosted by Get your own Free Homepage