SOALAN 2: SOLAT SUBUH
KLINIK HATI BERSAMA DR MUHAZZIBUNNUFUS
SOALAN MINGGU INI
assalamualaikum.....
doktor,
rasanya apa yang saya kemukakan ni terjadi kepada ramai pelajar di luar negara,saya berada di UK,masalah yang paling nyata bagi saya ialah solat,seringkali terlepas waktu solat subuh,kini waktu solat 4.20 pagi,terlalu berbeza dari bulan bulan yang lepas,saya menjadi tak senang duduk bila fikirkan masalah ini, ingin bertanya.. apakah yang harus saya lakukan apabila saya terlepas solat subuh,apa yang saya lakukan mengqadakan solat itu. apa yang saya tahu.. qada solat hanya pada musafir..dan ada juga saya dengar qada boleh dilakukan bila seseorang tidak terjaga walau sesaat pun semasa waktu subuh,, dan lagi pernah juga saya dengar.. apabila seseorang terlepas solat subuh maka apa yang dilakukan sepanjang hari tersebut.. menjadi haram..
doktor, tolonglah jelaskan kepada saya apa yang saya utarakan ini....
wassalam...
Daripada: smile smile always UK
Apakah dosa jika seseorang itu meninggalkan solat isya' dan subuh?
Daripada: Miss Nur H. Hassan UK
assalamualaikum.
Doktor yang saya hormati, Saya pelajar tahun akhir di sebuah universiti di UK. Masalah saya ialah payah menunaikan solat subuh. Selalunya saya lebih cenderung untuk tidur dari bangun mengerjakan solat subuh. Bagaimana saya dapat mengatasi masalah ini??
sekian, terima kasih.
wassalam.
Daripada: S. Sulaiman UK
JAWAPAN
Assalamulaikum&ldots;.
Saudara yang bertanya&ldots;
1 . Kalau anda tidak sedar pada waktu subuh, lalu anda mendapati waktu subuh sudah habis, maka bangunlah segera dari tidur, kemudian ambil wuduk dan sembahyang subuh tunai dan bukannya qadak kerana waktu subuh bagi orang yang tidak sedar ialah apabila ia sedar daripada tidurnya.
2 . Qadak solat hukmnya wajib bagi orang yang meninggalknnya dengan sengaja tidak kira samaada dia bermukim atau bermusafir.
3 . Ya.. Orang yang tidak sedar daripada tidurnya mestilah sembahyang dengan segera tunai dan bukannya qadak.
4 . Orang yang tidak sedar daripada tidurnya wajib menunaikan solat dengan segera. Tetapi mereka yang sengaja meninggalkan sembahyang, maka dia telah melakukan dosa besar dan hendaklah bertaubat dengan segera dan qadak solat-solat yang ditinggalkanya.
Wahai saudara, bagaimanakah caranya untuk anda tidak terlepas sembahyang subuh:
i . Ambil wuduk sebelum tidur dan tidur awal.
ii . Sebelum tidur baca Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah Al-Ikhlas, surah Al-Falak dan surah An-Nas.
iii . Duduk serumah dengan kawan-kawan yang berpegang teguh dengan islam agar anda mengikut jejak langkah mereka.
iv . Minta tolong kawan-kawan kejutkan anda.
v . Mengatahui balasan orang yang meninggalkan solat. Firman Allah dalam surah Al-Maauun ayat 4 maksudnya:
Maka celakalah bagi mereka yang lalai dan mengambil ringan tentang solat
Firman Allah dalam surah Al-Muddassir :
Apakah yang menyebabkan kamu masuk kedalam neraka? Mereka menjawab: Kami tidak menunaikan solat.
Mereka yang meninggalkan solat subuh adala sifat golongan munafiqin kerana waktu solat yang paling berat bagi mereka ialah Isyak dan Subuh. Oleh itu takutlah kamu azab Allah, malulah kamu kepadanya dan pohonlah hidayat daripadanya, nescaya anda akan menjadi hamba Allah yang soleh dan rajin menunaikan solat.
Wassalam&ldots;