SOALAN: PERASAAN MALAS , SUKA BUANG MASA DAN KEBUDAK BUDAKAN

Assalammua'laikum

 Bagaimana nak lawan rasa malas dan hawa nafsu. Kadang-kadang walau

pun kita tahu sesuatu itu adalah dosa dan bisikan hati melarang

membuatnya, tapi saya tetap buat.

hamba Allah


Tuan doktor..

Saya ada masalah psychology ni.. saya adalah pelajar dan sudah berumur 20'an , tetapi masalah saya adalah malas dan suka membuang masa..juga perangai saya kebudak-budakkan dan suka mengarut walaupun saya sudah pun berumur lebih 20 tahun (tapi saya masih juga seperti belasan tahun) maka apakah dia cara cara mengatasi masalah ni??? ni saya nak tau nih..Bagaimanakah nak hilangkan Penyakit malas, suka membuang masa dan kebudak-budakan.?

Hamba Allah...

JAWAPAN

  A ) Rawatan penyakit malas.

  1 ) Mengingati syurga dan neraka.

Cuba anda fikir. Layakkah anda masuk ke syurga Allah, sedangkan anda malas solat berjemaah di masjid, membaca al-Quran dan zikrullah? Sesungguhnya kita adalah hamba Allah yang lemah lagi hina. Kita tidak layak masuk ke syurga Allah! Oleh itu, ubahlah sikap anda dan ikutlah jejak langkah Solafus Soleh.

2) Membaca doa ini :

Bermaksud : ((Ya Allah, Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari perasaan sedih dan risau, lemah, malas, kedekut, pengecut, bebanan hutang dan dari dianiaya oleh golongan yang zalim))

[Soheh al-Bukhari (7/158), Fathul Baary : al-Hafiz Ibnu Hajar (11173)]

 

  A ) Rawatan penyakit suka membuang masa :

  1 ) Mengingati mati. Cuba anda fikirkan, jika anda mati dalam keadaan anda melakukan maksiat, membuang masa, tidak sempat bertaubat dan memohon ampun daripada Allah! Tidak takutkah anda terhadap api neraka? Oleh itu, jangn buang masa! Rajin-rajinlah solat berjemaah di masjid, membaca al-Quran dan menghadiri kuliah-kuliah agama.

  2 ) Menghayati tafsiran surah al-Asr setiap hari. Amalkan tuntutan-tuntutannya, nescaya anda tidak akan mebuang masa anda dengan sia-sia.

 

  A ) Rawatan penyakit kebudak-budakan.

  1 ) Kurangkan bergurau senda dan bergelak-ketawa, kerana ia mematikan hati dan mengurangkan kematangan.

  2 ) Serius dan bersungguh-sungguh dalam ibadah.

  3 ) Berkawan dengan golongan yang matang berfikir dan beramal dengan ilmu mereka.

  4 ) Selalu meminta nasihat orang tua.

  5 ) Sedar akan tanggungjawab anda di dunia, iaitu mentauhidkan Allah serta menegakkan Daulah Islamiah! Seorang berperangai seperti budak-budak tidak mampu berjihad melawan golongan kuffar! Insaflah!

  6 ) Mengkaji sejarah hidup Nabi Muhammad SAW, para Sahabat, Solafus Soleh dan Ulamak Muktabar seperti ; Imam Syafie, Malik, Ahmad, Abu Hanifah, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim, al-Ghazali, az-Zahabi, al-Mizzy, al-Bukhari dan Muhammad al-Fateh. Kaji akhlak-akhlak mereka yang mulia dan ubahlah perangai anda. Nescaya anda akan menjadi matang dengan izin dan taufik Allah! Amin!


This page hosted by Get your own Free Homepage