1. 1374H / 1955M 8,
April - Perasmian Kolej Islam Malaya ( nama kolej
ketika itu ) oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan
Selangor, Al- Marhum Sultan Hishamuddin Alam
Shah. Bangunannya adalah sebuah istana hadiah
Baginda sultan.
2. 1386H / 1966M
Kursus Tertinggi Kolej Islam
Malaya dipindahkan ke Petaling Jaya sementara
Kursus Persediannya dikekalkan di Klang dan nama
kolej ketika itu telah diubah dengan
rasminyakepada 'Kolej Islam Kelang'. Pad ketika
yang sama Sijil Pelajaran Malaysia telah
diperkenalkan di sini.
3. 1387H / 1967M
Kursus Persedian tersebut
telah diambil alih oleh kerajaan pusat dan
diletakkan di bawah Kementerian Pelajaran
Malaysia. Kolej Islam Kelang dimajukan sebagai
sebuah sekolah menengah tinggi bantuan kerajaan.
4. 1389H / 1969M
Kursus Sijil Rendah Pelajaran
dihapuskan. Hanya calon yang mempunyai SRP dan
kepujian dalam matapelajaran Agama Islam serta
lulus Bahasa Arab diterima ke Kolej Kursus
Tingkatan Enam diperkenalkan.
5. 1391H / 1971M
Kelas Tingkatan Empat telah
dibuka untuk pelajar tingkatan empat.
6. 1392H / 1972M
Kolej Islam Kelang dijadikan
sebuah Sekolah Berasrama Penuh lengkap dengan
pelbagai kemudahan.
7. 1410H / 1989M
Perasmian nama baru kolej
dari Kolej Islam Kelang kepada Kolej Islam Sultan
Alam Shah ( KISAS ).
|