![]() |
|
| ![]() |
Tinta Sejarah Damanhur
Damanhur adalah ibu negeri bagi muhafazah
Buhairah yang terletak anggaran 161 km ke utara Kaherah dan 58
km dari bandaraya Iskandariah. Selain mempunyai masyarakat
yang ramah tamah, Damanhur juga terkenal dengan buminya yang
subur untuk pertanian.
Kalimah
Damanhur berasal dari rangkai kata ( оЦЛ- Д- мФя) yang
bermaksud 'kota suci ketuhanan', dimana penduduknya pada
ketika itu telah menjadikannya sebagai tempat peribadatan.
Disebutkan bahawa Damanhur adalah merupakan salah sebuah
bandar yang paling lama di negara Mesir dan telah dibina serta
diasaskan oleh raja-raja Mesir ( гАщяг зДЕ ) pada waktu itu,
di samping ianya sebagai tempat peribadatan.
Semenjak itu
nama Damanhur terus kekal sehingga sekarang dalam tempoh
selama 65 abad. Nama ini juga merupakan isyarat kepada
beberapa pengertian yang telah dibuat oleh penduduknya ketika
itu terhadap pengabdian mereka iaitu Madinah An Nur dan
Madinah An Nasr.
Di zaman гАгшяМч, Damanhur telah dijadikan sebagai ЕяЦр iaitu
tempat peribadatan. Apabila beralihnya ke zaman гАхрДьЛ,
barulah muncul sinaran Ilahi di celah-celah ufuk Damanhur yang
membawa seluruh penduduknya kepada penyembahan yang Maha Esa
dengan mengikut syariat Nabi Isa A.S berlandaskan mazhab
гАгякФпът dan didirikan sebuah tempat peribadatan yang masih
lagi wujud sehingga sehingga sekarang.
Manakala di
zaman kemunculan Islam, dunia dapat meyaksikan Damanhur telah
membuka luas segala pintunya untuk kemasukan khalifah Amru
Ibn. Al A'sh. Beliau telah menjadikan Damanhur sebagai tempat
laluannya dalam perjalanan menuju ke kota Alexandria (
гАсъДояМи) untuk memenuhi misi menghancurkan empayar Rom di
sana. Selain itu, mengikut cerita
daripada masyarakat tempatan, Damanhur bererti 'darah yang
mengalir' iaitu diambil bersempena kejadian yang berlaku pada
kurun yang ke 3 Hijrah (sekitar tahun 119 hingga 210 Hijrah).
Berlaku di atas sebuah bukit (tanah tinggi), kurun tersebut
menyaksikan pertumpahan darah yang tragis terjadi antara Al
Amin dan Al Makmun. Darah-darah pejuang yang gugur daripada
kedua-dua belah pihak mengalir bagaikan aliran sungai.
Lantaran itu, untuk lebih dikenali di serata tempat, tempat
itu dinamakan 'darah yang mengalir' oleh penduduk tempatan
ketika itu dan ianya kekal hinggalah sekarang.
Pada tahun 578
Hijrah, Damanhur telah dikunjungi oleh rombongan Ibnu Jubair.
Catatan beliau mengatakan bahawa Damanhur merupakan sebuah
bandar yang unik dan tenang serta banyak kemudahan ketika itu.
Pada kurun ke 7, Damanhur didatangi oleh deligasi bersejarah
pimpinan Ibnu Batutah.
Sementara itu
pada kurun yang ke 8 Hijrah, Ibnu Datmaq mengatakan bahawa
Damanhur memiliki ciri-ciri binaan yang unik dan pesat
membangun dengan bangunan-bangunan seperti institusi pengajian
peringkat rendah serta tinggi. Hotel yang terdapat di sini
pula menjadi mercu tanda bagi Buhairah.
| |
| ![]() |
Malaysian Student House, El
Tabah Building, Umar Tusun Street, Damanhur, Behira, Arab Republic
Of Egypt.
No tel : 045-3358066
|
Firman Allah Ta'ala yang bermaksud :
Demi masa sesungguhnya manusia itu benar-benar didalam kerugian
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan perbuatan baik , dan
mewasiatkan satu sama lain dengan kebenaran serta mewasiatkan satu
sama lain dengan kesabaran┘..
Surah Al-Asr ayat 1 - 5 |
|
|