DEWAN PERWAKILAN MAHASISWA DAMANHUR 

 

  Utama Sejarah Damanhur Universiti Al-Azhar Cawangan Damanhur Sejarah DPMD
Organisasi  Informasi DPMD Galeri Gambar

 

DPMD Info  


Pihak Dewan Perwakilan Mahasiswa Damanhur mengucapkan Ahlan Wasahlan kepada seluruh Mahasiwa-mahasiwa baru sesi 2004/2005
 
 

Kandungan


Utama
Sejarah Damanhur
Universiti Al-Azhar   Cawangan Damanhur
Sejarah DPMD
Organisasi  
Informasi DPMD
Galeri Gambar    
   

E-mail




Dpmdamanhur@yahoo.com  


TUGAS-TUGAS AJKT

TUGAS AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI

Pengerusi (Unit Perhubungan Luar)
a. Mempengerusikan setiap mesyuarat Ahli Jawatankuasa tertinggi DPMD.
b. Mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Tergempar.
c. Bertanggungjawab di atas perjalanan DPMD dan hubungan dengan pihak keselamatan Mesir.
d. Menggunakan budi bicaranya di dalam memutuskan sebarang masalah yang memerlukan tindakan segera.
e. Berhak menghadiri mana-mana mesyuarat Jawatankuasa Unit.
f. Bekerjasama dengan PMRAM.

Timbalan Pengerusi (Unit Tugas-Tugas Khas)
a. Membantu kerja-kerja Pengerusi.
b. Memangku jawatan Pengerusi sewaktu ketiadaannya.
c. Memangku jawatan Pengerusi secara langsung semasa perletakan jawatan.
d. Bertanggungjawab terhadap seliaan tugasan dan portfolio unit-unit lain dalam DPMD.
e. Bekerjasama dengan PMRAM.

Setiausaha Agung
a. Mengendalikan urusan rasmi DPMD.
b. Bertanggungjawab di dalam urusan surat mesyurat rasmi DPMD
c. Mencatit dan menyimpan minit mesyuarat AJKT.
d. Meyediakan laporan kerja untuk dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
e. Memangku jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi ketika ketiadaannya.
f. Menguruskan pendaftaran anggota DPMD.
g. Bekerjasama dengan PMRAM.

Timbalan Setiausaha Agung (Ketua Unit Kebajikan dan Sambutan)
a. Membantu kerja-kerja Setiausaha Agung.
b. Membantu Setiausaha Agung dalam menyediakan laporan kerja untuk Mensyuarat Agung Tahunan.
c. Memangku jawatan Setiausaha Agung ketika keuzurannya.
d. Berusaha memberi khidmat kebajikan kepada anggota.
e. Mengadakan tabung kebajikan bagi DPMD.
f. Menyambut dan menyediakan makan minum untuk tetamu khas DPMD.
g. Bekerjasama dengan PMRAM.

Bendahari (Ketua Unit Ekonomi)
a. Bertanggungjawab terhadap perjalanan kedai DPMD.
b. Berusaha menambah kewangan DPMD.
c. Menyediakan laporan kewangan dan anggaran belanjawan untuk dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
d. Bekerjasama dengan PMRAM.

Ketua Unit Dakwah
a. Menyelaras dan menyelia muzakarah berkelompok DPMD.
b. Menyusun dan mengadakan program yang berkaitan dengan hari-hari bersejarah dalam Islam.
c. Mengeluarkan risalah dan makalah yang berkaitan dengan hari-hari kebesaran dalam Islam.
d. Mengadakan nadwah bersiri kepada mahasiswa baru.
e. Menyelenggara program-program pengisian jiwa dan tarbiah.
f. Bekerjasama dengan PMRAM.

Ketua Unit Pengetahuan dan Pendidikan
a. Menguruskan setiap permasalahan yang berlaku di imegresen dan kuliah.
b. Membantu meningkatkan akademik ahli-ahli DPMD.
c. Mengadakan forum, seminar dan sebagainya untuk meningkatkan thaqafah ahli.
d. Bekerjasama dengan PMRAM.

Ketua Unit Penerangan dan Penerbitan
a. Menerbitkan risalah atau Suara Kampus edisi Damanhur.
b. Menjadi lidah rasmi DPMD.
c. Bekerjasama dengan PMRAM.

Ketua Unit Perumahan
a. Mengedalikan perjalanan markaz dan rumah DPMD.
b. Berusaha mengatasi masalah penempatan ahli.
c. Menjaga harta benda dan kebersihan markaz.
d. Memberi kemudahan tempat tinggal sementara kepada tetamu-tetamu DPMD.
e. Menyediakan rumah atau tempat tinggal untuk mahasiswa baru DPMD.
f. Bekerjasama dengan PMRAM.

Ketua Unit Hal Ehwal Kemasyarakatan
a. Menyusun program, aktiviti dan khidmat sosial di kalangan ahli.
b. Menyelenggara dan mengadakan aktiviti di kalangan ahli berkeluarga.
c. Mengatur rehlah dan lawatan berdasarkan ketetapan dan keizinan PMRAM.
d. Bekerjasama dengan PMRAM.

Ketua Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan
a. Mengadakan pertandingan-pertandingan sukan untuk ahli-ahli DPMD.
b. Mengajurkan aktiviti-aktiviti kebudayaan dan kesenian Islam untuk ahli-ahli DPMD.
c. Bekerjasama dengan PMRAM.

 

 

Alamat 


Malaysian Student House, El Tabah Building, Umar Tusun Street, Damanhur, Behira, Arab Republic Of Egypt.

No tel : 045-3358066

 

Jaringan


PMRAM
Universiti Al-Azhar
Al-Islam
Falaq Syarie
Yayasan Dakwah
Belajar Bahasa Arab|
Belajar Bahasa Arab2  
Al-Quran MP3
 

Renungan

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud :
Demi masa sesungguhnya manusia itu benar-benar didalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan perbuatan baik , dan mewasiatkan satu sama lain dengan kebenaran serta mewasiatkan satu sama lain dengan kesabaran┘..

Surah Al-Asr ayat 1 - 5


DPMD Website ® Upgrade February 2005