KALAM PIMPINAN


UCAP TEMA PENGERUSI DPMD
SESI 2004/2005
INTIMA' , ILTIZAM ,
MAHABBAH
Sambungan.....
INTIMA' ,
ILTIZAM , MAHABBAH.
Intima'
, Iltizam , Mahabbah tiga kata dasar yang dipilih untuk
pembawakan DPMD pada kali ini , memandangkan kepada keadaan dan
suasana yang berlaku.Gabungan tiga kata dasar ini sekiranya
dicerna dan digabung jalinkan dapat melahirkan satu kesatuan
yang kuat dan mampu berdaya saing disamping melahirkan
bakal-bakal pendakwah yang berketrampilan.
Intima' yang membawa maksud turut serta atau menggoongkan diri
amat perlu disematkan dalam diri setiap ahli-ahli Dewan
Perwakilan Mahasiswa Damanhur (DPMD) bagi menjayakan apa yang
telah dirancang.Keterlibatan semua pihak dalam program yang
telah dirancang menjadikan ianya lebih meriah dan lebih bermakna
, setiap program yang dirancang itu juga akan lebih berjaya jika
melibatkan lebih ramai tenaga untuk menggerakkannya dan lebih
mudah diuruskan.
Bak kata pepatah
melayu :
"Yang berat
sama dipikul , yang ringan sama di jinjing"
Iltizam pula yang membawa pengertian yang hampir seerti dengan
istiqamah juga merupakan salah satu elemen penting yang perlu
ada dalam diri setiap pendokong persatuan seperti DPMD itu
sendiri supaya tidak lahir golongan mereka yang berputus asa ,
atau mereka yang melemahkan semangat rakan-rakan yang thabat
dalam gerakan persatuan.Iltizam ini sangat penting dalam sesuatu
gerakan persatuan untuk memastikan kesinambungan yang telah
dimulakan oleh mereka-mereka yang terdahulu dapat diteruskan dan
adalah menjadi amanah kepada kita untuk memastikan langkah yang
telah dimulakan tidak terhenti selagi mana tidak bercanggah
dengan Al-Quran dan As-Sunnah.
Mahabbah antara faktor yang terpenting yang perlu ada dalam diri
setiap individu muslim.Ianya sangat ditekankan dalam agama
Islam itu sendiri seperti mana yang telah diriwayatkan dalam
Hadis-hadis Nabi S.A.W. sendiri.Konsep mahabbah ini jika dapat
dipraktikkan dengan baik dikalangan ahli Dewan Perwakilan
Mahasiswa Damanhur yang hidup dalam suasana seperti sebuah
keluarga dalam kelompok komuniti kecil ini akan melahirkan
generasi-generasi yang mempunyai tautan ukhuwah yang kuat
sebagai saudara seakidah.Seperti mana yang telah ditunjukkan
oleh Rasul S.A.W dan para sahabat , dimana mereka-mereka ini
mengasihi sahabat-sahabat mereka sama seperti mereka mengasihi
keluarga dan diri mereka sendiri.
Firman Allah Ta'ala:
Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang mu'min itu bersaudara┘┘.
AZHARI :
ILMU DAN TUNTUTANNYA
Sahabat-sahabat
yang dikasihi,
Tidak dapat dinafikan bahawa tugasan selaku penuntut ilmu Allah
amatlah berat , hal ini telah dirakamkan oleh Allah S.W.T
didalam Al-Quran melalui
firmannya yang
membawa maksud :
"Hendaklah ada
dikalangan mereka satu golongan yang keluar untuk memahami agama
agar dapat mengajar kaumnya apabila orang-orang itu kembali
kepada mereka , mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga daripada
melakukan larangan Allah"
Keberadaan kita di
bumi Mesir ini bukanlah semata-mata untuk pulang bersama
segulung Ijazah , tetapi memastikan tuntutan Tafaqquh Fid
Din perlu dilunaskan.Al marhum Said Hawa pernah
menyatakan bahawa :
"Sesugguhnya
kejayaan pengajian dan pentarbiyahan hanya akan benar-benar
terhasil apabila lahinya orang-orang alim beramal dengan ilmunya
mewarisi kebijaksanaan dan bersifat zuhud.Mereka itulah golongan
Rabbani."
Menyedari hakikat
inilah kita perlu meberi komitmen yang lebih terhadap pengajian
disamping persatuan bagi memastikan diri kita mampu menguasai
ilmu , memahami dan mengamalkanya , menyampaikan kepada
masyarakat seterusnya mengubah masyarakat untuk kembali kepada
Islam yang sebenar.Sebagai penuntut Al-Azhar di dalam bidang
Syariah maka menjadi tanggungjawab kita untuk mendalami ilmu ini
, kerana tugas yang akan kita pikul sebagai orang yang akan di
rujuk di dalam sesuatu masalah amatlah berat.
Untuk itu kita
perlulah menjadikan medan ilmu seperti menhadiri kuliah ,
kelas-kelas tafaqquh , program-program ilmiah dan halaqah
muzakarah sebagai suatu peluang untuk mengkoreksi kemampuan dan
melengkapkan bekalan untuk diri dan sebagai satu ibadah kepada
Allah S.W.T sekaligus berperanan untuk mengembangbiakkan
thaqafah dan fihrah islamiah.
Saidina Ali
Karramallahu Wajhah pernah menyebut :
"Ilmu tidak
akan dikecapi dengan kerehatan badan"
DPMD tahun ini akan cuba sedaya upaya untuk mengadakan sebanyak
mungkin kelas-kelas pengajian ilmu disamping bertujuan untuk
mengisi kelapangan yang ada juga untuk meningkatkan ketinggian
thaqafah di kalangan ahli.Kerjasama dari setiap ahli amatlah
diperlukan , apalah gunanya sekiranya DPM menganjurkan banyak
program tetapi tiada sambutan daripada ahli.Sumbangan dalam
bentuk tenaga mahupun buah fikiran amatlah kami harapkan , untuk
menjayakan lagi program yang dirancang.Oleh itu jadikanlah diri
kita insan pertama yang memulakan langkah untuk bergerak menuju
kecemerlangan tanpa menunggu orang lain memulakannya
TARBIAH
SYAKHSIAH DAN AQIDAH TUNJANG KEKUATAN UMMAH
Sahabat-sahabat
yang dirahmati Allah sekalian,
Masa depan DPMD
menunut kita meneliti kesungguhan dan keberkesanan program
tarbiah dalam membentuk generasi rabbani.Generasi seperti yang
diungkapkan oleh As-Syahid Hassan Al Banna mesti mempunyai
ciri-ciri harmoni kaum sufi , keberanian , ketangkasan , displin
, bijaksana , serta mempunyai kecerdasan akal dan kemahiran ilmu.
Agenda-agenda
tarbiah selepas ini perlu dimantapkan dan diperhebat sesuai
dengan perubahan masa dan suasana.Justeru itu hadaf mega ini
mengharuskan kita untuk memperkemas usaha tarbiah dengan
menampilkan skema dan modul terkini yang menepati kehendak
sejagat.Disamping pembinaan generasi melalui acuan rabbani
dari aspek kekuatan dalaman(aqidah) mahupun luaran gunamnghadapi
suasana kompleks dan cabaran keimanan yang semakin hebat.Dalam
masa yang sama , generasi dakwah perlu dilengkapkan dengan
variasi kemahiran (multiskills) sebagai komponen yang
mengukuhkan agensi dakwah.
Kita juga perlu
memikirkan formula terbaik menempa syakhsiah generasi kini
mahupun kemudian agar beriringan dengan kesucian hati dan akal ,
mantap serta padu aqidahnya.Kita perlu memahami baawa peribadi
muslim ialah peribadi yang mengimani bahawa islam dan jahiliyah
tidak boleh bersatu malah tidak akan bersatu
selama-lamanya.Apabila seorang muslim menjadikan islam sebagai
pegangannya , ini bermakna ia mesti membuag secara total segala
unsur-unsur jahiliyah dari bertapak dalam diri.
Justeru unsur
pertama dalam tarbiyah syakhsiah ialah mengislah diri yang
membawa maksud membaiki dan merubah diri daripada keadaan yang
sedia ada kepada keadaan yang lebih baik merupakan agenda utama
kepribadian muslim di mana alim ulama' meletakkanya sebagai
tindakan pertama yang mesti dilaksanakan oleh para pendakwah
islam itu sendiri.
Pengislahan diri
merangkumi dua proses penempaan utama yang mesti dilakukan
serentak iaitu membersihkan diri daripada sifat-sifat negatif
di samping menghias diri dengan sifat-sifat positif.Setelah
berlansungnya dua proses menempa diatas maka akan terlaksanalah
konsep pengislahan dan pentarbiahan yang disebutkan
oleh ulama sebagai yang membawa pengertian mencerai dan
melucutkan sifat keji dan buruk daripada diri dan kemudiannya
memakai dan menghiasinya dengan sifat-sifat yang terpuji
dan indah.Dalam ibarat yang lebih umum dapat kita nyatakan
bahawa proses pertama bertujuan membersih unsur-unsur jahiliyyah
dan mencabut akar umbinya daripada diri manusia.Manakala proses
kedua bertujuan melengkapkan diri dengan pakaian islam dan
menghiasinya dengan perhiasan islam yang cantik dan indah.
Kegagalan mendidik dengan acuan tarbiah islamiah yang tulen
sudah pasti akan melahirkan golongan penentang agama.Walaupun
mereka berpendidikan agama tetapi semngat dan fahaman
sekularisme dan metarialisme yang memuja benda , pangkat dan
harta mampu mengarah diri kepada perbuatan keji dan hina
lantaran kelemahan aidah dan sikap menurut hawa nafsu
semata-mata.
Pada masa yang
sama kita juga berhadapan dengan cabaran-cabaran yang bersifat
fundamental iaitu cabaran yang berkaitan dengan aqidah.Cabaran
ini tidak akan dapat diatasi oleh golongan yang keliru dan tidak
terarah dalam perjuangan dan kefahamannya.Generasi yang
ditarbiah dan sejahtera aqidahnya akan berkata benar dan
istiqamah berpegang kepada kebenaran.Golongan inilah yang mampu
merawat gejala kebobrokan syakhsiah dan akidah yang melanda masa
kini.
Untuk mengisi
matlamat mentarbiah syakhsiah dan akidah ini kesemua jentera
penggerak DPMD mesti membangunkan dan memperkemaskan institusi
pentarbiahan.Maka untuk mencapai matlamat ini , menuntut kepada
pengorbanan dan kebersamaan ahli dalam menyedari tanggungjawab
dan amanah yang perlu di lunasi bersama ini.Oleh itu marilah
kita menempa diri dengan segenap wibawa agar mampu lahir sebagai
golongan sofwatul mukhtarah yang mendapat rahmat dan keredhaan
Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W.
KECEMERLANGAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
Firman Allah
Ta'ala yang bermaksud :
Demi masa
sesungguhnya manusia itu benar-benar didalam kerugian kecuali
orang-orang yang beriman dan mengerjakan perbuatan baik , dan
mewasiatkan satu sama lain dengan kebenaran serta mewasiatkan
satu sama lain dengan kesabaran┘..
Surah yang
dinamakan Al-Asr (masa) mengajar kepada kita bagaimana caranya
menyelamatkan diri serta ummah dari pengaruh masa yang
menbinasakan.Berdasarkan kepada ayat di atas , kita mengetahui
bahawa antara faktor kecemerlangan seseorang itu adalah
bertitik tolak melalui pengurusan masa yang baik dan displin
diri yang tinggi.
Tidak dinafikan
realiti kita hari ini selaku mahasiswa Al-Azhar ,
pengurusan masa yang tidak cekap dan bijak merupakan penyumbang
besar kepada kegagalan kita sama ada dalam bidang
akademik mahupun persatuan.Namun kita terlupa , ianya adalah
berpunca dari kealpaan diri yang banyak membuang masa dengan
aktiviti yang tiada bermanfaat , bersuka ria tanpa tujuan dan
suka berlengah-lengah yang sememangnya mengundang
kesan negatif terhadap keberkesanan sesuatu tindakan.
Kita yakin ,
sekiranya semua ahli dapat menguruskan masa dengan baik , segala
akiviti yang dirancang sama ada pembelajaran ataupun aktiviti
persatuan sudah pasti akan berjalan dengan baik kerana
kedua-duanya adalah merupakan suatu tuntutan kepada kita.
Sabda Nabi S.A.W :
Seseorang
pekerja (pentadbiran) apabila dilantik kemudian ia menjalankan
tugas dengan betul (berdasarkan hak-hak yang digariskan oleh
oleh Allah S.W.T ) dan ia memberikan hak kepada orang yang
berhak maka ia samalah seperti mujahid yang berjuang pada jalan
Allah (fi sabilillah) sehinga ia pulang kerumahnya.
Yakinlah dengan
menceburkan diri dalam persatuan melalui perancangan yang baik ,
secara tidak langsung ilmu yang dipelajari dapat
dipraktikkan.Penglibatan dalam struktur DPMD , sama ada sebagai
Ahli Jawatankuasa Tadbir , AJK Pelaksana , Ahli Jawatankuasa
kecil dan seumpanya sememangnya mengajar kita mendisplinkan diri
dan masa dengan terancang agar matlamat kita selaku penuntut
ilmu dapat direalisasikan serta tidak meninggalkan tuntutan
berorganisasi.Ingatlah sesuatu kebenaran yang tidak terancang
akan dikalahkan dengan kebatilan yang terancang.
Firman Alah
Ta'ala :
Sesugguhnya
Allah menyukai orang-orang yang brperang dijalanNya dalam
barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan
yang tersusun kukuh┘┘
INTIMA'
MENONGKAH ARUS GLOBALISASI DAN PERDANA.
Sahabat-sahabat
ahli DPMD yang dikasihi sekalian,
Melihatkan kepada kepesatan dunia sekarang , serba sedikit
merangsang golongan agamawan untuk turut bersing merebut tempat
dalam pelbagai bidang.Kepelbagaian istilah dan pembawakan yang
di perkenalkan seperti Dunia Tanpa Sempadan , Dasar Pandang Ke
Timur , Dasar Langit Terbuka , Multimedia Super Corridor dan
seumpamanya membuktikan betapa pesatnya perkembangan tamadun
manusia pada alaf ini.
Firman Allah s.w.t
yang bermaksud :
"Dan
siapkanlah untuk menghadapi mereka (musuh) dari kekuatan apa
sahaja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang diikat untuk
berperang"
Pembangunan IT (Information Technology) dikalangan masyarakat
dunia pada masa kini begitu ketara sekali , boleh dikatakan
setiap peringkat lapisan masyarakat begitu peka terhadap
perkembangan teknologi ini.Golongan mahasiswa seperti kita
sememangnya tidak boleh ketinggalan untuk turut serta dalam
perkembangan-perkembangan teknologi yang berlaku , supaya tidak
digolongkan dalam kumpulan mereka yang berfikiran sempit dan
jumud.
DCC (Damanhur Computer Club) di bawah seliaan Unit Penerangan
Dan Penerbitan DPMD merupakan satu unit yang menyahut cabaran
globalisasi ini untuk melahirkan Azhari yang berdaya
saing.Keterlibatan ahli secara menyeluruh dan penuh komitmen
terhadap usaha ini amat kita alu-alukan , untuk merealisasikan
bersama apa yang telah kita rancang.Namun begitu walaupun
perkembangan masa kini makin mendapat tempat dikalangan kita ,
tapi jangan pula ianya menjadi penyebab untuk kita menjadi
semakin jauh dengan Allah S.W.T.
Ahli cerdik pandai ada berkata :
"Serangan IT adalah tunjang
utama bagi melumpuhkan seluruh gerakan pejuang islam dengan cara
yang paling mudah.■
Tidak dinafikan ia sememangnya berlaku dikalangan kita ,
lantaran banyak banyak program thaqafah yang dianjurkan tetapi
masih ramai lagi yang lebih cenderung kepada menyalah gunakan
perkembangan IT ini untuk memenuhi tuntutan nasfu.Sesungguhnya
Intima' dalam menongkah arus perdana dan globalisasi ini satu
impak yang begitu besar kepada kita dan kita tidak boleh
mengelak darinya , supaya kita dapat turut serta mengambil
bahagian untuk terus bersaing.
KEKUATAN
EKONOMI TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Sahabat-sahabat
yang dihormati,
Bila berbicara mengenai bab ekonomi, ianya berkait rapat dengan
harta, mata wang dan sebagainya. Dalam memusatkan kekuatan
ekonomi DPMD,tidak boleh tidak kerjasamadaripada sahabat-sahabat
ahli amatlah diharapkan. Untuk sama-sama mengembeling tenaga dan
mencari jalan memperkukuhkan kewangan persatuan yang kita dukung
ini. Sesebuah persatuan tidak akan teguh sekiranya hanya
mementingkan ketrampilan pemimpinnya sahaja tetapi tidak
mengendahkan kestabilan ekonomi.
Imbasan sejarah Islam dalam menakluki dunia bukan terletak pada
kekuatan bala tentera dan keimanan yang teguhkepada Allah
semata-mata tetapi ianya didasari oleh kekuatan ekonomi yang
mantap dan sistematik. Adakah kita sanggup melihat DPMD ini layu
dan lesu disebabkan ekonomi yang lemah? Marilah kita bersama
menjana kekuatan ekonomi demi kesinambungan dan keizzahan DPMD
yang kita pertahankan.
Lebarkanlah pengorbanan kita demi melihat DPMD terus maju dan
kukuh di bumi mesir ini. Adakalanya kita tidak mampu untuk
meluangkan masa bersama memerah tenaga dan fikiran namun
sebenarnya kita mampu untuk menyumbangkan maddiah sebagai
selitan kita intima' kepada DPMD yang kita cintai. Kita pikul
bersama amanah dan tanggungjawab ini bukan kerana terpaksa
tetapi semata-mata kerana Allah Ta'ala dan kematangan kita dalam
menuntut ilmu.
ILTIZAM
MEMPERTAHANKAN DAN MENDOKONGI PMRAM
Sahabat-sahabat
para pejuang agama Allah sekalian,
PMRAM adalah wadah perjuangan mahasiswa melayu di
Mesir.Ianya dibuktikan dengan sejarah kewujudannya untuk menjaga
kebaikan ahli.Golongan terdahulu daripada kita mampu untuk
memberikan komitmen dan dokongan padu kepada PMRAM.Adakah kita
yang sedang berada dalam era serba canggih ini sanggup
membiarkan keizzahannya hancur yang berpunca dari kita
sendiri.Kewujudannya yang menjangkau usia 74 tahun sebenarnya
memberi isyarat kepada kita bahawa kita tak selayaknya
membiarkan ianya berkubur begitu sahaja.Kini PMRAM sedang
diancam dengan dua
ancaman besar iaitu ancaman dalaman dan luaran.Cabaran
dalaman adalah berpunca daripada sikap ahli sendiri.Ada diantara
ahli kita yang sanggup menggadaikan prinsip semata-mata inginkan
habuan material yang tidak bernilai mana.Sifat sebegini
sebenarnya adalah diantara unsur-unur pemusnah yang amat
berbahaya kepada kesatuan sekiranya tidak dapat dibendung
bersama.Selain itu , sifat selalu menghujum pimpinan tanpa usul
periksa , kurang komitmen terhadap program serta mempertikaikan
keputusan pimpinan juga merupakan sifat yang perlu dikikis
demi memastikan kesinambungan wahdah PMRAM berterusan.
Selain cabaran dalaman , PMRAM sering dihimpit dengan ancaman
luaran yang semakin membiak.Ancaman-ancaman yang datang dari
Mesir dan tanahair kita sendiri.Isu bernanung di bawah Kedutaan
Malaysia yang diletakkan sebagai pra syarat untuk mendapatkan
kembali hak kita di ARMA(Asrama Rumah Melayu) atau kini dikenali
sebagai DMAK(Dewan Melayu Abassiah Kaherah) semakin diputar
belit.Isu terkini di dunia dan di Malaysia yang menggambarkan
golongan yang mendalami agama sebagai pengganas cuba
dikaitkan dengan PMRAM.
Kini adalah menjadi tugas kita bersama untuk mempertahankan
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir daipada segala ancaman
yang dihadapi.Diantara peranan tersebut ialah dengan
menjadi sumber maklumat dan penerangan kepada ahli mengenai
isu-isu terkini agar setiap ahli mendapat maklumat yang
jelas.Selain itu , kita perlu mempertahankan dan membersihkan
nama PMRAM ketika ianya di hina oleh pihak-pihak yang tidak
memahami perjuangan yang dibawa disamping memberikan
sepenuh komitmen terhadap program-program yang dilaksanakan ,
serta bersedia berkorban dari segala segi untuk menjayakan
program yang dirancang oleh PMRAM.Moga-moga dengan usaha kita
yang kecil ini mampu unutk mempertahankan PMRAM disamping kita
berdoa memohon bantuan daripada Allah S.W.T.
TAAKHI
PENYUBUR MAHABBAH
Taakhi satu program perancangan jangka masa panjang yang
diperkenalkan oleh Persekutuan Melayu Repilik Arab Mesir(PMRAM)
pada sesi kepimpinan awal alaf baru yang lalu kini telah
membuahkan hasil yang lumayan.Program yang mempersaudarakan
antara BKAN dan DPM terus di gerakkan kerana tanda-tanda positif
hasil daripada program tersebut begitu terserlah.Disamping dapat
mengeratkan hubungan sesama BKAN dan DPM ia juga dapat
menyuburkan mahabhah dikalangan ahli yang datang dari perlbagai
rumpun bangsa.
Seperti yang kita maklum kita rakyat Malaysia adalah antara
komuniti kecil yang telah dipilih oleh Allah S.W.T untuk datang
ke bumi Mesir ini.Walaupun kita datang dari satu negara yang
kecil berbanding Mesir tetapi kita tidak mungkin bertemu sesama
kita seperti mana kita sekarang jika kita tidak berpayung di
bawah satu payung iaitu PMRAM.Kerana itulah itulah PMRAM dan DPM
begitu menitik beratkan soal ukhuwah dan mahabbah dikalangan
ahli melalui program-program yang dirancang , untuk
mempergunakan sebaik mungkin kesempatan yang ada.
Allah ada
berfirman yang maksudnya :
"Maka
berpeganglah kamu semua pada tali Allah , dan jangan lah kamu
berpecah belah"
Pada tahun ini DPM Damanhur telah terpilih untuk menjadi taakhi
kepada SELANGOR , PERLIS , ISKANDARIAH , DAN
KELANTAN.InsyaAllah selepas ini program-program gabungan akan
dirancang , Idea , pandangan serta tenaga sahabat-sahabat amat
diperlukan untuk memeriahkan lagi program-program taakhi pada
kali ini.Semoga ukhuwah sesama kita dan ahli taakhi kita selepas
ini terus mekar walaupun kita sudah pulang ke tempat
masing-masing , kerana ukhuwah fillah itu indah apabila bertemu
dan berpisah itu kerana Allah.
PENUTUP
Sidang
Hadirin yang dirahmati Allah Sekalian,
Sesungguhnya kita tidak harus berbangga dengan memiliki misi dan
visi semata-mata.Setiap cadangan dan pandangan yang
dicanangkan memerlukan gemblengan yang bersepadu untuk
dijayakan.Muafakat dan kebersamaan perlu dipupuk agar setiap
cadangan tidak menjadi suatu retorik kosong yang tidak mampu
direalisasikan.
Kita harus yakin dan percaya bahawa suvival Islam bukanlah
bergantung kepada kita.Tetapi kita yang memrlukan Islam sebagai
nafas dan nyawa untuk terus kukuh dan utuh , dengan menjadikan
Islam sebagai dasar dan rujukan utama dalam setiap gerak kerja
berpesatuan , mudah-mudahan PMRAM , DPMD dan ahlinya sentiasa
berada dibawah lindungan dan rahmat Allah S.W.T.
Kita harus thabat dan teguh dalam meletakkan PMRAM dan DPMD
sebagai satu wadah kesatuan.Selaku generasi penerus dan
penyambung perjuangan orang-orang yang terdahulu , kita tidak
akan mengambil sikap dan keputusan yang mukhalafah dari
kehendak syara'.Berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah , kita akan
terus mempertahankan dasae-dasar murni disamping meningkatkan
ketqwaan dan keyakinan kepada Allah S.W.T dari semasa ke
semasa.
Untuk akhirnya ,
tiada yang lebih layak untuk diungkapkan selain harapan untuk
melihat kesatuan yang menyeluruh di kalangan setiap pendokong
DPMD.Mudah-mudahan pembawakan DPMD pada kali ini mngukuhkan lagi
pasak yang sedia ada melalui cernaan idea , cadangan bernas ,
kritikan yang mebina daripada semua ahli.
Apa yang baik itu
datang dari Allah S.W.T , apa yang kurang itu datang dari diri
hambaNya yang dhaif ini.Pada Allah jua kita memohon pertolongan.
Siru A'la
Barakatillah
Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh
INTIMA' ,
ILTIZAM , MAHABBAH
Salam Perjuangan
,
Akhukum Fillah ,
Muhamad
Atiullah b. Shaari
Pengerusi
Dewan Perwakilan
Mahasiswa Damanhur
2004/2005
|