![]() |
![]() |
![]() |
MEMORANDUM RAKYAT 14 APRIL Perutusan [5] UNDANGAN DAN PEMAKLUMAN PENYERAHAN MEMORANDUM RAKYAT 14 APRIL Assalamu’alaikum dan Salam Reformasi, Sekalian warga Malaysia yang budiman, Dengan pengesahan daripada SUHAKAM untuk menerima delegasi bagi penyerahan Memorandum Rakyat 14 April, pihak Jawatankuasa telah membuat undangan serta pemakluman kepada pelbagai pihak tentang program tersebut. Undangan kepada Pemimpin-pemimpin Barisan Alternatif Surat jemputan telah dikirimkan melalui e-mel dan faks meminta kerjasama dan sokongan daripada YB Dato’ Fadzil Mohd Noor (Presiden PAS), Dr. Syed Husin Ali (Presiden PRM), YB Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Presiden keADILan) dan En. Lim Kit Siang (Pengerusi Kebangsaan DAP) untuk meminta ahli-ahli parti masing-masing turut serta mengiringi delegasi semasa penyerahan Memorandum Rakyat 14 April. Surat sokongan yang sama juga dikirimkan kepada Ketua-ketua Pemuda PAS, DAP, keADILan, PRM dan juga Ketua-ketua Wanita DAP dan keADILan serta Ketua Dewan Muslimat PAS. Mendapatkan Sokongan daripada NGO dan Jawatankuasa Aktivis Rakyat Surat rasmi meminta sokongan dan pengesahan memorandum rakyat juga telah dihantar kepada pelbagai NGO termasuk SUARAM, HAKAM, ALIRAN, JUST, ABIM, SOS Selangor, JIM, PUM, Tenaganita, FAC, Jawatankuasa Selamatkan Wang Rakyat, Jawatankuasa Kembalikan hak Rakyat, SOS Penang, Suqui dan Amnesty International Malaysia. Mendapatkan Sokongan daripada Badan-badan Mahasiswa Sokongan daripada badan-badan mahasiswa tempatan juga diminta termasuk PKPIM, Sekretariat Pelajar PUM, KARISMA, DEMA, Garisan Bertindak Mahasiswa Negara, Gerakan Mahasiswa Lantang Negara, PMI dan PMU. Memaklumkan kepada Kedutaan Negara Asing di Kuala Lumpur Sebagai langkah diplomasi, pemakluman melalui faks dan e-mel juga dilakukan kepada beberapa kedutaan besar dan suruhanjaya tinggi negara asing di Kuala Lumpur termasuk India, Hong Kong, Singapura, Denmark, Mexico, Jepun, Perancis, Jerman, Britain, New Zealand, Australia dan Amerika Syarikat bagi memberitahu tentang penyerahan Memorandum Rakyat 14 April kepada SUHAKAM. Memaklumkan kepada Media Tempatan dan Antarabangsa Sebagai langkah perhubungan awam pemakluman juga dilakukan melalui e-mel kepada agensi-agensi media dan akhbar-akhbar tempatan dan antarabangsa termasuk BERNAMA, AP, Reuters, AFP, Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian, Mingguan Malaysia, Berita Mingguan, The Star, Malay Mail, Tamil Nesan, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Jit Poh, Harakah, Berita keADILan, Rocket, Suara PRM, Malaysiakini, FAC dan lain-lain. Memaklumkan kepada Badan-badan Hak Asasi Tempatan dan Antarabangsa Beberapa badan hak asasi dan undang-undang juga dihubungi untuk memaklumkan tentang penyerahan memorandum pada 14 April 2001. Termasuk dalam senarai adalah Suruhanjaya Hak Asasi PBB di Geneva, Working Group on Arbitrary Detention di Geneva, Huma Rights Watch di New York, International Center for Dispute Resolution di New York, Phoenix dan London, The Kuala Lumpur Regional Centre for Arbitration di Kuala Lumpur, The law Society di London dan Brussels, Law Council of Australia dan Amnesty Internatioanl di Perancis, Faroe Islands, Finland, Ireland, Jepun, Mali, Mauritius, Belgian Flemish, Belgian French, Chile dan Costa Rica. Sekian. Terima kasih. “Pertahankan Hak Asasi” Yang benar, Hj. Saari Hj. Sungib, Pengerusi, Jawatankuasa Memorandum Rakyat 14 April 11 April 2001 Ahli-ahli Jawatankuasa: Abdul Malek Hussin, Tian Chua, Hishamuddin Rais, Norazimah Mohd Nor, Nasir Md Isa, Azwandin Hamzah, Tan Soi Kow, Fadil Hj. Abu Bakar Emel Pengerusi: saari_sungib@justice.com Emel Sekretariat: Memo14April@justice.com |
MEMORANDUM RAKYAT 14 APRIL Perutusan [6] MEMPERINGATI 14 APRIL SEBUTAN UMUM SEBAGAI “BLACK 14” Assalamu’alaikum dan Salam Reformasi, Sekalian warga Malaysia yang budiman, Sebagaimana yang disiarkan dalam Kenyataan Media pada 30 Mac 2001 yang lalu, satu delegasi akan bertemu dengan Tan Sri Musa Hitam atau wakilnya di Pejabat SUHAKAM pada pukul 11:00 pagi, hari Sabtu 14 April 2001. Black 14, 1999 Dalam Black 14, 2000 Memorandum Black 14, 2001 Sekian. Terima kasih. “Pertahankan Hak Asasi” Yang benar, Hj. Saari Hj. Sungib, Pengerusi, Jawatankuasa Memorandum Rakyat 14 April 11 April 2001 Ahli-ahli Jawatankuasa: Abdul Malek Hussin, Tian Chua, Hishamuddin Rais, Norazimah Mohd Nor, Nasir Md Isa, Azwandin Hamzah, Tan Soi Kow, Fadil Hj. Abu Bakar Emel Pengerusi: saari_sungib@justice.com Emel Sekretariat: Memo14April@justice.com |
![]() |
![]() |
![]() |
MEMORANDUM RAKYAT 14 APRIL Perutusan [1] PERHIMPUNAN AMAN 14 APRIL “PERTAHANKAN HAK ASASI” Assalamu’alaikum dan Salam Reformasi, Sekalian warga Malaysia yang budiman, Sebagaimana yang disiarkan dalam Kenyataan Media pada 30 Mac 2001 yang lalu, satu delegasi akan bertemu dengan Tan Sri Musa Hitam atau wakilnya di Pejabat SUHAKAM pada pukul 11:00 pagi, hari Sabtu 14 April 2001. Memorandum Utama dan Memorandum Sokongan Dalam pertemuan tersebut, satu himpunan memorandum dengan tema “Pertahankan Hak Asasi” akan diserahkan kepada SUHAKAM. Himpunan memorandum tersebut terdiri daripada memorandum utama yang terkandung di dalamnya sepuluh prinsip hak asasi serta disokong oleh beberapa memorandum terperinci perihal pencabulan hak asasi manusia di negara ini. Memorandum utama disediakan oleh Jawatankuasa Memorandum Rakyat 14 April dengan disokong oleh ratusan badan terdiri daripada parti-parti politik, NGO dan jawatankuasa-jawatankuasa aktivis rakyat. Memorandum sokongan pula disediakan oleh NGO, jawatankuasa-jawatankuasa aktivis rakyat dan pelbagai kumpulan orang perseorangan. Intipati Sepuluh Prinsip “Pertahankan Hak Asasi” Memorandum Rakyat 14 April mengandungi sepuluh prinsip utama berkisar di sekitar kebebasan bersuara, hak berhimpun, kebebasan media, kebebasan kehakiman, sosio-ekonomi rakyat tertindas, fahaman perkauman dan diskriminasi kaum, undang-undang zalim, kovenan hak asasi antarabangsa, kepincangan polis serta amalan rasuah, kronisme dan nepotisme. Delegasi Mewakili Pelbagai Lapisan Rakyat Delegasi yang akan bertemu dengan SUHAKAM pada 14 April ini terdiri daripada ahli-ahli daripada Jawatankuasa Memorandum Rakyat 14 April serta wakil-wakil NGO yang terlibat menyediakan memorandum sokongan. Dijangkakan kira-kira 50 orang akan menganggotai delegasi untuk bertemu dengan SUHAKAM pada hari tersebut. Adalah juga dijangkakan bahawa delegasi 50 orang ini akan terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat di kalangan peneroka desa, peneroka bandar, buruh dan pekerja, pelajar dan mahasiswa, golongan profesional, sarjana dan cendiakawan, artis dan karyawan, penulis dan penggiat media independen, aktivis parti-parti politik, wakil-wakil rakyat, pemimpin dan aktivis NGO, tokoh-tokoh masyarakat serta aktivis sosial dan reformasi politik dan ekonomi negara. Delegasi Diiringi oleh Penyokong dan Rakyat Memandangkan sebahagian daripada ahli-ahli delegasi mewakili beberapa NGO dengan bilangan keanggotaan yang besar dan juga wakil-wakil rakyat yang mewakili rakyat terbanyak, maka adalah dijangkakan bahawa delegasi yang bakal bertemu dengan SUHAKAM akan diiringi oleh para penyokong dan ahli-ahli NGO berkenaan. Jawataankuasa menjangkakan bahawa orang ramai juga akan turut serta mengiringi delegasi itu sebagai tanda sokongan terhadap penyerahan memorandum tersebut. Perhimpunan Aman Memandangkan tujuan orang ramai dan rakyat turun mengiringi delegasi adalah sebagai tanda sokongan mereka kepada penyerahan Memorandum Rakyat 14 April kepada SUHAKAM, Jawatankuasa berkeyakinan penuh bahawa rakyat akan berkumpul dan berhimpun secara aman pada hari itu. Jawatankuasa Memorandum Rakyat 14 April menyeru orang ramai untuk menunjukkan disiplin yan tinggi semasa mengiringi delegasi ke SUHAKAM. Jawatankuasa juga menyeru agar pihak polis tidak menimbulkan sebarang kesulitan kepada orang awam dan rakyat jelata yang sekadar berhimpun secara aman bagi menunjukkan sokongan mereka dalam usaha untuk “Pertahankan Hak Asasi”. Sekian. Terima kasih. “Pertahankan Hak Asasi” Yang benar, Hj. Saari Hj. Sungib, Pengerusi, Jawatankuasa Memorandum Rakyat 14 April 9 April 2001 Ahli-ahli Jawatankuasa: Abdul Malek Hussin, Tian Chua, Hishamuddin Rais, Norazimah Mohd Nor, Nasir Md Isa, Azwandin Hamzah, Tan Soi Kow, Fadil Hj. Abu Bakar Emel Pengerusi: saari_sungib@justice.com Emel Sekretariat: Memo14April@justice.com |
PENYERAHAN MEMORANDUM RAKYAT 14 APRIL Perutusan [2] SEPULUH PRINSIP PERTAHANKAN HAK ASASI Assalamu’alaikum dan Salam Reformasi, Sekalian warga Malaysia yang budiman, Memorandum yang disediakan oleh Jawatankuasa Memorandum Rakyat 14 April dan disokong oleh ratusan badan terdiri daripada parti-parti politik, NGO dan jawatankuasa-jawatankuasa aktivis rakyat terdiri daripada sepuluh prinsip seperti berikut: 1. Jaminkan Kebebasan Bersuara Menekankan prinsip kebebasan bersuara sebagai hak asasi rakyat dengan mendesak apa-apa bentuk sekatan dan halangan terhadap hak kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat dimansuhkan. 2. Jaminkan Hak Berhimpun Menekankan prinsip hak rakyat untuk berhimpun secara aman, seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan dikembalikan kepada rakyat dengan mendesak semua bentuk sekatan terhadap hak rakyat berhimpun secara aman dimansuhkan. 3. Jaminkan Kebebasan Media Menekankan prinsip menegakkan kebenaran melalui penyiaran dan penyebaran maklumat dan berita ditegakkan di negara ini dengan mendesak semua bentuk halangan dan sekatan terhadap kebebasan media cetak dan eletronik dimansuhkan. 4. Pertahankan Kebebasan Kehakiman Menekankan prinsip kebebasan kehakiman ditegakkan di negara ini dengan menggesa sebarang usaha yang dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kebebasan badan kehakiman dilakukan serta merta. 5. Martabatkan Sosio-Ekonomi Rakyat Tertindas Menekankan prinsip keadilan dan kesaksamaan ditegakkan dengan menggesa agar dimartabatkan pembangunan sosio-ekonomi seluruh lapisan rakyat tanpa sebarang bentuk diskriminasi. 6. Hapuskan Faham Perkauman dan Diskriminasi Kaum Menekankan prinsip persaudaraan manusia sejagat dan perpaduan kaum dengan menggesa agar sebarang langkah pemulihan berkesan dilakukan segera bagi menangani permasalahan perkauman dan diskriminasi kaum di negara ini 7. Mansuhkan Undang-Undang Zalim Menekankan prinsip menentang dan menghapuskan kezaliman dengan mendesak semua undang-undang zalim yang secara nyata mencabul hak asasi dihapuskan segera 8. Perakui Kovenan Hak Asasi Antarabangsa Menekankan prinsip kerjasama antarabangsa dihormati dengan mendesak kerajaan memenuhi semua kovenan antarabangsa dan suratcara Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai hak asasi. 9. Siasat Rasuah, Kronisme dan Nepotisme Menekankan prinsip menentang penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dengan mendesak semua amalan rasuah, kronisme dan nepotisme yang telah memburukkan imej rakyat dan negara ini disiasat dan diperbetulkan. 10. Siasat Kepincangan Polis Menekankan prinsip mempertahankan kewibawaan institusi awam dengan menggesa langkah penyiasatan bebas dan terbuka diambil untuk menangani kelemahan dan kepincangan institusi polis. Sekian. Terima kasih. “Pertahankan Hak Asasi” Yang benar, Hj. Saari Hj. Sungib, Pengerusi, Jawatankuasa Memorandum Rakyat 14 April 9 April 2001 Ahli-ahli Jawatankuasa: Abdul Malek Hussin, Tian Chua, Hishamuddin Rais, Norazimah Mohd Nor, Nasir Md Isa, Azwandin Hamzah, Tan Soi Kow, Fadil Hj. Abu Bakar Emel Pengerusi: saari_sungib@justice.com Emel Sekretariat: Memo14April@justice.com |
MEMORANDUM RAKYAT 14 APRIL Perutusan [3] PROGRAM-PROGRAM SEMPENA MEMPERINGATI 14 APRIL Assalamu’alaikum dan Salam Reformasi, Sekalian warga Malaysia yang budiman, Selain daripada program penyerahan memorandum anjuran Jawatankuasa Memorandum Rakyat 14 April, dua lagi program akan dianjurkan sempena 14 April ini. Keseluruhan program untuk memperingati tarikh 14 April adalah seperti berikut: Program Pertama Ceramah Perdana "HARI MEMPERINGATI KEZALIMAN" Tarikh : 13 April 2001 (Jumaat) Masa : 9.00 – 12:00 Malam Tempat : Markas Tarbiyyah PAS Taman Melewar, Batu Caves Selangor PEMIDATO : YB Dato’ Fadzil Noor (Presiden PAS) : YB Datin Dr. Wan Azizah (Presiden keADILan) : YB Kerk Kim Hock (Setiausaha Agung DAP) : Dr. Syed Husin Ali (Presiden PRM) Anjuran Sekretariat Pemuda Barisan Alternatif ------------------------------------------------ Program Kedua Penyerahan Memorandum Rakyat 14 April kepada SUHAKAM Tarikh : 14 April 2001 (Sabtu) Masa : 10:00 Pagi – 12:00 Tengahari Tempat : Ibu Pejabat SUHAKAM Penyerahan memorandum akan dilakukan oleh satu delegasi yang terdiri daripada ahli-ahli Jawatankuasa Memorandum Rakyat 14 April serta wakil-wakil NGO dan jawatankuasa-jawatankuasa aktivis rakyat yang turut menyediakan memorandum sokongan. Delegasi ini juga dijangka akan diiringi oleh penyokong dan rakyat yang akan berhimpun secara aman di kawasan sekitar Ibu Pejabat SUHAKAM, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Anjuran Jawatankuasa Memorandum Rakyat 14 April ------------------------------------------------ Program Ketiga Konvensyen Ekonomi Pemuda Barisan Alternatif "EKONOMI DAN MASA DEPAN NEGARA" Tarikh : 14 April 2001 (Sabtu) Masa : 1:00 Tengahari – 6:00 Petang Tempat : Auditorium ANGKASA Jalan SS6/3, Kelana Jaya, Selangor Pembentangan kertaskerja dengan tajuk “Ekonomi dan Masa Depan Malaysia” oleh Prof. Dr. Jomo K. Sundram, pensyarah Fakulti Ekonomi Universiti Malaya diikuti dengan perbahasan daripada wakil-wakil Pemuda PRM, PAS, keADILan, DAP serta wakil-wakil NGO dan reformis. Program dianjurkan oleh Sekretariat Pemuda Barisan Alternatif. Majlis akan diakhiri dengan ucapan penggulungan daripada Sdr Faizal Sanusi (Ketua Pemuda PRM), YB Teng Chang Khim (Ketua Pemuda DAP), Sdr Ezam Mohd Nor (Ketua Pemuda KeADILan) dan YB Haji Mahfuz Omar (Ketua Pemuda PAS). Sekian. Terima kasih. “Pertahankan Hak Asasi” Yang benar, Hj. Saari Hj. Sungib, Pengerusi, Jawatankuasa Memorandum Rakyat 14 April 10 April 2001 Ahli-ahli Jawatankuasa: Abdul Malek Hussin, Tian Chua, Hishamuddin Rais, Norazimah Mohd Nor, Nasir Md Isa, Azwandin Hamzah, Tan Soi Kow, Fadil Hj. Abu Bakar Emel Pengerusi: saari_sungib@justice.com Emel Sekretariat: Memo14April@justice.com |
![]() |
![]() |
MEMORANDUM RAKYAT 14 APRIL Perutusan [4] SAMBUTAN 14 APRIL 2001 KESINAMBUNGAN HASRAT DAN ASPIRASI RAKYAT Assalamu’alaikum dan Salam Reformasi, Sekalian warga Malaysia yang budiman, Jawatankuasa Memorandum Rakyat 14 April adalah satu kesinambungan usaha sejak Bulan Reformasi September 2000 lagi. Rentetan peristiwa sepanjang Bulan Reformasi 2000 telah mewujudkan kerjasama di kalangan aktivis parti-parti politik, NGO, reformis dan karyawan untuk berganding tenaga menggembleng sokongan rakyat ke arah reformasi politik dan ekonomi negara. Gabungan usaha ini telah menghasilkan kerjasama para aktivis dalam satu jawatankuasa untuk menganjurkan perhimpunan rakyat bersama pemimpin. Jawatankuasa Perhimpunan 100,000 Rakyat Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi meneruskan usaha yang tidak kesampaian semasa Bulan Reformasi 2000 untuk mengadakan perhimpunan aman di Stadium Bukit Jalil. Apabila percubaan kedua untuk menganjurkan pertemuan rakyat dengan pemimpin-pemimpin Barisan Alternatif di Stadium Bukit Jalil juga masih gagal, maka perhimpunan yang dihalakan untuk memobilisasi lebih daripada 100,000 rakyat telah dirancang untuk diadakan di Jalan Kebun, Shah Alam/Klang. Perhimpunan rakyat yang dinamakan sebagai Perhimpunan 100,000 Rakyat ini berkesudahan dengan perhimpunan raksasa di Lebuhraya KESAS pada 5 November 2000. Logo “R” yang melambangkan “Rakyat” dengan tema “Kembalikan Hak Rakyat” telah buat pertama kali digunakan ketika menganjurkan program ini. Jawatankuasa Kembalikan Hak Rakyat Kembalikan Wang Royalti Rakyat Terengganu 25 November 2000 Kementerian Kewangan, Kuala Lumpur Selepas berakhirnya Perhimpunan 100,000 Rakyat, jawatankuasa yang menganjurkan perhimpunan tersebut telah dikembangkan untuk menjadi Jawatankuasa Kembalikan Hak Rakyat. Pengerusi Jawatankuasa ini adalah Dr. Hatta Ramli dengan mengekalkan kesemua ahli-ahli jawatankuasa sebelumnya. Logo “R” masih kekalkan. Program utama yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kembalikan Hak Rakyat adalah perhimpunan aman bantahan rakyat pada 25 November 2000 di Kementerian Kewangan Kuala Lumpur serta penyerahan memorandum bantahan kepada Menteri Kewangan berkenaan royalti minyak kepada Kerajaan Negeri Terengganu. Jawatankuasa Perhimpunan Raya 100,000 Rakyat Perhimpunan Raya 100,000 Rakyat 20 Januari 2001 Telok Panglima Garang, Selangor Berikutan perayaan berganda sepanjang Disember 2000 dan Januari 2001, jawatankuasa di atas diwujudkan bagi menganjurkan sambutan Krismas, Hari Raya Aidil Fitri, Tahun Baru Cina dan Perayaan Hari Ponggal. Tujuan sambutan ini diadakan adalah bagi meneruskan hasrat rakyat berhimpun secara aman serta beramah mesra dengan seluruh lapisan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini. Tema sambutan Hari Raya tersebut adalah “Perhimpunan Raya Perpaduan Rakyat”. Jawatankuasa Selamatkan Wang Rakyat Jawatankuasa Selamatkan Wang Rakyat atau JUWARA telah dicetuskan oleh Pemuda BA dengan mendapat sokongan NGO dan reformis. Kempen utama JUWARA adalah untuk menerangkan kepada rakyat melalui siri ceramah ke seluruh negara tentang penyelewengan Kerajaan Barisan Nasional dalam menyalahgunakan wang rakyat bagi menyelamatkan syarikat-syarikat kroni. Fokus utama JUWARA adalah mendedahkan penyelewengan dan salahguna kuasa dalam kes menyelamatkan MAS, Sistem Penerbangan Malaysia. Siri ceramah seluruh negara sepanjang bulan Mac adalah antara lain bertujuan untuk menimbulkan kesedaran rakyat tentang hak-hak mereka menjelang sambutan memperingati tarikh 14 April 2001. Jawatankuasa Memorandum Rakyat 14 April Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi menganjur program sempena memperingati 14 April 2001 yang berbentuk telus dan terbuka. Pilihan program terbaik adalah penyerahan satu memorandum yang menyentuh isu hak asasi di negara ini kepada SUHAKAM. Memorandum ini dinamakan sebagai Memorandum Rakyat 14 April. Tema bagi memorandum adalah “Pertahankan Hak Asasi” Memandangkan usaha penyerahan memorandum ini adalah sebagai satu kesinambungan daripada usaha-usaha sebelum ini, logo “R” yang melambangkan “Rakyat” digunakan dengan pertukaran warna daripada warna merah hati (maroon) kepada oren (orange) dengan tema “Pertahankan Hak Asasi” melingkari di atas dan di bawah huruf “R”. Sekian. Terima kasih. “Pertahankan Hak Asasi” Yang benar, Hj. Saari Hj. Sungib, Pengerusi, Jawatankuasa Memorandum Rakyat 14 April 10 April 2001 Ahli-ahli Jawatankuasa: Abdul Malek Hussin, Tian Chua, Hishamuddin Rais, Norazimah Mohd Nor, Nasir Md Isa, Azwandin Hamzah, Tan Soi Kow, Fadil Hj. Abu Bakar Emel Pengerusi: saari_sungib@justice.com Emel Sekretariat: Memo14April@justice.com |
![]() |
![]() |
MEMORANDUM RAKYAT 14 APRIL 2001 |
MEMORANDUM RAKYAT OF 14 APRIL 2001 RECOGNIZING the sanctity of the voice of the rakyat and the rakyat as the decisive factor of our nation's future; CONSIDERING that a system that respects freedom of speech and human rights is a fundamental basis in upholding justice and truth; AFFIRMING that racial harmony, rakyat unity and national integration invoke a collective responsibility of all stratas of the society in the context of the struggle for defending human rights, upholding justice, maintaining peace and fostering liberty in our nation; REALIZING that the current state of the nation is gravely deteriorating with the present government's unrepentant acts of violating human rights and fundamental liberties as guaranteed by the Federal Constitution and tarnishing the integrity of various public institutions and also subjecting the nation towards a dictatorship, thus propelling the rakyat to struggle for the reformation of the governmental policies; THEREFORE, we, the citizens of Malaysia representing the various sectors of the rakyat and non-governmental organizations hereby submit a Memorandum Rakyat of 14 April 2001 which underlines 10 fundamental issues to the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) as follows: 1. Guarantee Freedom of Speech. We demand that all forms of restrictions against the right to freedom of speech and expression be abolished. 2. Guarantee Freedom of Assembly. We demand that all forms of restrictions against the right of the rakyat to assemble peacefully be abolished. 3. Guarantee Press Freedom. We demand that all forms of restrictions and prohibitions against freedom of the printed and electronic media be abolished. 4. Protect Independence of the Judiciary. We implore that effective effort be undertaken to restore the confidence of the rakyat towards the independence of the judiciary by ensuring the appointment of credible judges, ceasing all selective prosecutions and judgements and releasing those who have been persecuted immediately. 5. Dignify Socio-Economy of the Oppressed Rakyat. We demand that serious effort be taken to assist and advance the oppressed rakyat who have been deprived, marginalized and alienated, and to dignify their socio-economic development fairly and equitably without discrimination of any kind as to race, colour, sex, language, religion, sect, culture, territory and political opinion. 6. Eliminate Racism and Racial Discrimination. We urge that effective recovery measure be taken immediately to address the problems of racism and racial discrimination in Malaysia and to initiate a concerted process of consultation involving all parties and sectors gearing towards the elimination of racism and racial discrimination. 7. Abolish Tyrannical Laws. We demand that all legislations which are oppressive and evidently violate human rights namely the Internal Security Act, Emergency Act and Emergency Ordinance which allow arrest and detention without trial be abolished, and demand that the Official Secrets Act, Sedition Act, Police Act, Printing and Printing Press Act, Trade Unions Act and the University and University Colleges Act be repealed or amended of any provisions which infringe freedom of expression and human rights. 8. Ratify International Convenants On Human Rights. We demand that all international convenants and human rights instruments of the United Nations be ratified and adopted by the Malaysian Government in order to ensure that all legislations in this country are in accordance and conformity with the universal human rights standards. 9. Investigate Corruption, Cronyism and Nepotism. We urge that all forms of power abuses and malpractices involving corruption, cronyism and nepotism be investigated, exposed and rectified through the role of the institutions of investigation and indictment such as the Anti-Corruption Agency and the Attorney General's Office that serve with greater authority and independence in the interest of the rakyat and the nation. 10. Investigate Police Incompetence. We urge for an independent and transparent inquiry be undertaken to address the ineptitude and incompetence of the police force in the issues of police brutality and the police failure to act in a fair and just manner in handling reports on crimes, malpractices, abuses of power, corruption, cronyism and nepotism especially that involve high ranking leaders of the government. DEFEND HUMAN RIGHTS |
Perhimpunan aman dan penyerahan memorandum kepada Suhakam yang dijadualkan 14 April ini akan tetap diadakan walaupun beberapa pemimpin pro reformasi ditahan menurut ISA. Demikian menurut Ketua Penerangan parti Keadilan Ruslan Kassim berkata tiada sebab acara itu perlu dibatalkan keana ia adalah satu perhimpunan aman yang bertujuan menghantar memorandum kepada satu badan menjaga kepentingan hak asasi yang ditubuhkan oleh kerajaan sendiri. Suara Rakyat Malaysia ( Suaram ) mengutuk penanahan pemimpin pembangkang menurut ISA. Menurut kenyataannya,Suaram menegaskan penahanan itu adalah "satu lagi tamparan terhadap demokrasi dan satu tindakan memincangkan penentangan terhadap pemerintahan Mahathir yang semakin kuat ". Badan hak asasi manusia itu mendesak kerajaan membebas mereka yang ditahan serta merta.. |
![]() |
MEMORANDUM RAKYAT 14 APRIL Perutusan [7] MENGENANG PERISTIWA BLACK 14TAHUN 1999 Assalamu’alaikum dan Salam Reformasi, Sekalian warga Malaysia yang budiman, Sebagaimana yang disiarkan dalam Kenyataan Media pada 30 Mac 2001 yang lalu, satu delegasi akan bertemu dengan Tan Sri Musa Hitam atau wakilnya di Pejabat SUHAKAM pada pukul 11:00 pagi, hari Sabtu 14 April 2001. Memorandum Utama dan Memorandum Sokongan Dalam pertemuan tersebut, satu himpunan Sekian. Terima kasih. “Pertahankan Hak Asasi” Yang benar, Hj. Saari Hj. Sungib, Pengerusi, Jawatankuasa Memorandum Rakyat 14 April 11 April 2001 Ahli-ahli Jawatankuasa: Abdul Malek Hussin, Tian Chua, Hishamuddin Rais, Norazimah Mohd Nor, Nasir Md Isa, Azwandin Hamzah, Tan Soi Kow, Fadil Hj. Abu Bakar Emel Pengerusi: saari_sungib@justice.com Emel Sekretariat: Memo14April@justice.com |
![]() |
Thursday April 12 Six MPs to lead 'Black 14' event Zakiah Koya 5:07pm, Thu: Six opposition members of parliament (MPs) will lead a delegation to hand over a memorandum on human rights to the Human Rights Commission (Suhakam) this Saturday, Keadilan deputy president Dr Chandra Muzaffar said today. Chandra told malaysiakini that despite the Internal Security Act (ISA) arrests of seven reformasi activists over the past two days, the handing over of the memorandum will proceed. It will be led by six Barisan Alternatif (BA) MPs including Keadilan president and wife of jailed former deputy prime minister Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail, he added. Police said yesterday the ISA arrests were to stop the reformasi movement from toppling the government using militant tactics including the use of bombs and grenade launchers and the staging of mass street demonstrations. The seven reformasi activists had planned to be part of the delegation to hand over the memorandum on human rights to Suhakam on Saturday. The event, known as the ‘Black 14' gathering, is to mark the second anniversary of Anwar’s sentencing for abuse of power. While a small delegation will be handing the memorandum over to Suhakam, the organisers have encouraged the public to attend the event as a show of support. The seven arrested so far are Saari Sungib, organiser of the Saturday’s event, Keadilan vice-president Tian Chua, the party’s Youth leaders, Ezam Mohd Nor, N Gobalakrishnan and Abdul Ghani Harun, Free Anwar Campaign (Freeanwar.com) webmaster Raja Petra Kamaruddin and former student leader and malaysiakini columnist Hishammuddin Rais. Ten points Chandra said the proposal for the BA MPs to head the ‘Black 14' delegation was reached at an informal Keadilan meeting on Tuesday night attended by party leaders. “This proposal was then forwarded to other BA parties and in principle, it was agreed that each party will send two representatives. Non-governmental organisations (NGOs) have also agreed to send their representatives,” he said. Apart from Wan Azizah, the others in the delegation will be Keadilan’s Abdul Rahman Yusof, PAS’ Kamaruddin Jaafar and Dr Syed Azman Syed Ahmad, DAP’s Teresa Kok and Lim Hock Seng and Parti Rakyat Malaysia’s (PRM) Dr Syed Husin Ali and Dr Sanusi Osman. Suhakam has agreed to receive the ‘Black 14', memorandum at its headquarters in Menara Tun Razak, Kuala Lumpur. The commission has also called for the immediate release of the seven ISA detainees. Prior to his arrest, Saari Sungib had said the memorandum touched on 10 points including freedom of speech, assembly and the press. It also calls for the independence of the judiciary, the abolishment of draconian laws, an effective police force and the abolishment of cronyism, nepotism and corruption. The ‘Black 14' memorandum would be accompanied by supplementary memorandums from human rights organisation Suaram, environmental action group SOS Sungai Selangor, the Independent Media Activists Group (Kami) and various student bodies, he said. |
From: "Haji Ahmad Jamali bin Haji Sepihie" <jamali@j...> Date: Fri Apr 13, 2001 1:47am Subject: Re: [alternatif-net] BLACK 14' event to go-ahead: Dr Chandra Muzaffar Assalamu'alaikum dan Selamat Sejahtera, Rakan-rakan penyokong dan pejuang keadilan dan kebenaran, MARI kita ramai-ramai menyokong ahli-ahli parlimen kita di bawah untuk menyerahkan memorandum kepada SUHAKAM. Tahanan terhadap 7 orang pejuang reformasi oleh Norian Mai (atas arahan Babuci nya) dengan satu FITNAH dan MAKAR yang amat menjijikkan sebenarnya meningkatkan daya juang rakyat untuk menumbangkan Barisan Nasional pada pilihanraya 2004 ini. Semoga Norian Mai mendapat PETUNJUK yang setimpal dari Tuhan yang menciptanya. Lawan Tetap Lawan, Lawan Sampai Menang. Wassalamu'alaikum dan Selamat Sejahtera. Jamali |
From: CL Loo Sent: Thursday, April 12, 2001 8:02 PM Subject: [alternatif-net] BLACK 14' event to go-ahead: Dr Chandra Muzaffar Thursday April 12 ‘Black 14' event to go-ahead: Chandra Zakiah Koya 5:07pm, Thu: Six opposition members of parliament (MPs) will lead a delegation to hand over a memorandum on human rights to the Human Rights Commission (Suhakam) this Saturday, Keadilan deputy president Dr Chandra Muzaffar said today. Chandra told malaysiakini that despite the Internal Security Act (ISA) arrests of seven reformasi activists over the past two days, the handing over of the memorandum will proceed. It will be led by six Barisan Alternatif (BA) MPs including Keadilan president and wife of jailed former deputy prime minister Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail, he added. Police said yesterday the ISA arrests were to stop the reformasi movement from toppling the government using militant tactics including the use of bombs and grenade launchers and the staging of mass street demonstrations. The seven reformasi activists had planned to be part of the delegation to hand over the memorandum on human rights to Suhakam on Saturday. The event, known as the ‘Black 14' gathering, is to mark the second anniversary of Anwar’s sentencing for abuse of power. While a small delegation will be handing the memorandum over to Suhakam, the organisers have encouraged the public to attend the event as a show of support. The seven arrested so far are Saari Sungib, organiser of the Saturday’s event, Keadilan vice-president Tian Chua, the party’s Youth leaders, Ezam Mohd Nor, N Gobalakrishnan and Abdul Ghani Harun, Free Anwar Campaign (Freeanwar.com) webmaster Raja Petra Kamaruddin and former student leader and malaysiakini columnist Hishammuddin Rais. Ten points Chandra said the proposal for the BA MPs to head the ‘Black 14' delegation was reached at an informal Keadilan meeting on Tuesday night attended by party leaders. “This proposal was then forwarded to other BA parties and in principle, it was agreed that each party will send two representatives. Non-governmental organisations (NGOs) have also agreed to send their representatives,” he said. Apart from Wan Azizah, the others in the delegation will be Keadilan’s Abdul Rahman Yusof, PAS’ Kamaruddin Jaafar and Dr Syed Azman Syed Ahmad, DAP’s Teresa Kok and Lim Hock Seng and Parti Rakyat Malaysia’s (PRM) Dr Syed Husin Ali and Dr Sanusi Osman. Suhakam has agreed to receive the ‘Black 14', memorandum at its headquarters in Menara Tun Razak, Kuala Lumpur. The commission has also called for the immediate release of the seven ISA detainees. Prior to his arrest, Saari Sungib had said the memorandum touched on 10 points including freedom of speech, assembly and the press. It also calls for the independence of the judiciary, the abolishment of draconian laws, an effective police force and the abolishment of cronyism, nepotism and corruption. The ‘Black 14' memorandum would be accompanied by supplementary memorandums from human rights organisation Suaram, environmental action group SOS Sungai Selangor, the Independent Media Activists Group (Kami) and various student bodies, he said. Last modified:Thursday April 12, 6:11 pm |
From: "Wong, Hoy Cheong" <wonghc@p...> Date: Fri Apr 13, 2001 2:41am Subject: MEMO "BLACK 14" DARI KARYAWAN & SENIMAN SAUDARA SAUDARI SEPERJUANGAN: KUMPULAN KARYAWAN DAN SENIMAN "ARTISPROACTIV" AKAN TURUT MENGHADIR PERHIMPUNAN UNTUK MENYERAH MEMO KAMI. MEMO TERSEBUT DISUSUN OLEH HISHAMUDDIN RAIS SEHARI SEBELUM TAHANAN DIA. LAMPIRAN: MEMO KARYAWAN & SENIMAN SALAM PERJUANGAN, HOY CHEONG B/P ARTISPROACTIV |
INISIATIF MANIFESTO RAKYAT Jawatankuasa Penyelaras ERA Consumer, Bosses Group, Ex-ISA Detainees Group, Gabungan Rumah Panjang, Group of Concerned Citizens, Jawatankuasa Sokongan Peneroka Bandar, Majlis Graduan Malaysia, Persatuan Masyarakat Selangor & Wilayah Persekutuan, Persatuan Sahabat Wanita Selangor, Pusat Komunikasi Masyarakat,, SUARAM, Women's Candidacy Initiative. c/o- 21 Jalan Muhibbah 8, Taman Muhibbah, 43000 Kajang, Selangor Tel-fax: 60-3-87378380 April 12, 2001 Press Statement The Internal Security Act: License to make baseless accusations The People's Manifesto Initiative wishes to reiterate its total objection to the actions of the police in detaining people under the Internal Security Act. In addition we call on the Inspector General of Police of be more accountable for what he says. We question the need for the use of the Internal Security Act against legitimate activities of opposition political parties. Opposition political parties are very much part and parcel of a democracy. The police have no right to curtail this right by abusing their powers of preventive detention. The Internal Security Act should be abolished. However because it is still law in the country the ISA should be used with great care. In its current application this element is solely lacking. The Home Minister claims that he did not order the arrests and that the police are acting on their own. This situation is totally unacceptable. If an obnoxious law like the ISA has to be used it must be used with the few checks and balances that it makes provisions for. Otherwise we are not very far from being a police state. Secondly if the IGP has evidence against anyone he should let that evidence be judged in a court of law. His present public statements making wild allegations against people who do not have a right to defend themselves in a court of law, borders on lawlessness. This dangerous trend has to stop immediately. Since 1998 we have heard numerous wild allegations against a small group of Reformasi activists. We have yet to see concrete evidence that these allegations are true. We call on the police to produce evidence of all the allegations that they have made since 1998 before they go on to new allegations. Thirdly we call on the present Parliament to respond to the increasing harassment of legitimate political activity. A parliament that is elected and which sits while all around them the state continues to stifle democracy makes a mockery of this esteemed institution. We call on Parliament to respond and hold the Home Ministry accountable for the actions of the police. Irene Xavier Spokesperson |