*

*
Konsep yang diutamakan oleh EasyMelodyStudio adalah jelas terpapar pada nama itu sendiri. Easy Melody atau dalam bahasa melayunya bermaksud "Melodi Mudah" merupakan penjurusan ke arah seni lagu yang senang untuk dinyanyikan oleh sesiapa jua.

Tinjauan telah mendapati bahawa lagu lagu yang berciri beginilah yang berpotensi mendapat gelaran lagu evergreen iaitu tak lapok dik hujan dan tak lekang dik panas.

Penyampaiannya tidaklah memerlukan kualiti penampilan vocal yang terlalu hebat. Ini ialah kerana kebanyakkan taburan nadanya tidaklah terlampau tinggi dan tidak juga terlampau rendah. Justeru itu, maka kuranglah tekanan terhadap aspek nada. Bahkan terdapat beberapa lagu begini yang boleh cukup selesa disampikan oleh seseorang dengan menggunakan lebih daripada satu kunci nada. 

Memang ada yang berpandapat bahawa lagu lagu bermelodi mudah lebih layak dikelaskan sebagai lagu lagu berkualiti rendah dan ketinggalan zaman. Ianya sering dikaitkan dengan faktor kurangnya aspek cabaran samada bagi pemuzik maupun vocalist. 

Namun jika nak diukur dari segi definisi "kualiti"  itu sendiri, maka lagu lagu yang bercorak klasik seperti konsep muzik Beethovan dan Goth adalah yang paling layak diiktiraf sebagai unggul. Hanya pemuzik dan penyanyi terbilang sahaja yang mampu mempersembahkannya dengan sempurna. Tetapi pada hakikatnya lagu lagu sebegitu sebenarnya tidak sedap dan tak ada sesiapapun yang akan bersiul ke sana ke mari mendendangnya...!

Kelazimannya kita akan cepat meminati lagu lagu yang bermelodi mudah disamping lebih selesa mendengar dan juga mengalunkannya. Ini hanyalah dari sudut pandangan saya sebagai seorang peminat, pemerhati dan penganalisa yang mungkin tak setara mananya pun ilmu dan pengalaman muzik di dada. 

Bak kata pepatah "rambut sama hitam tapi hati lain lain". Menepok dada bertanyakan selera itu adalah lebih seronok daripada bertepok dahi bertanyakan akal. Bila hati seronok barulah jiwa pun terasa bahagia...! 

JOMERO

*
TERBARU...!

INILAH ALBUM TERBARU TERBITAN EasyMelodyStudio SEGERALAH BUAT TEMPAHAN
2004 Easy Melody Studio