PENGECUALIAN

EXCLUSIVE CONSORTIUM AGENCIES SDN BHD


 

l   HOME     l     KAD PERUBATAN MEDIC     l    AL-UMRAH WAL-ZIYARAH   l   WASILAH  ILAL-HAJ   l

 

PELAN & SUMBANGAN  l  FAEDAH  l  PANEL HOSPITAL  l  PENYAKIT KHUSUS  l  PENGECUALIAN  l

<< BACK

 

 

POLICI INI TIDAK MELINDUNGI

 

1)

Semua atau sebarang Penyakit Seia Ada selama (12) dua belas bulan pertama insurans.

 

 

2)

Semua Penyakit Khusus selama (12) dua belas bulan pertama insurans.

 

 

3)

Sebarang rawatan atau kemasukan tanpa rujukan atau kebenaran dari Pengamal Perubatan yang diiktiraf.

 

 

4)

Rwatan Pesakit Luar yang tiada kaitan dengan kemasukan ke hospital kecuali disebabkan oleh kemalangan.

 

 

5)

Pemeriksaan fizikal, pemeriksaan kesihatan atau sebarang pemeriksaan rutinlain yang tiada petanda objektif menunjukkan gangguan kesihatan atau sebarang rawatan yang berbentuk pencegahan termasuk penyuntikan vaksin akupuntur, rawatan khusus untuk pengurangan berat badan atau sebarang rawatan yang tidak perlu dari segi perubatan.

 

 

6)

Sebarang rawatan yang tidak berkaitan dengan penyakit atau rawatan yang diberikan oleh Hospital tidak seperti yang disarankan oleh Pengamal Perubatan.

 

 

7)

Sebarang percubaan mencederakan diri sendiri samada semasa siuman atau tidak siuman.

 

 

8)

Segala eawatan yang berkaitan dengan psikologi atau keadaan mental seperti neuropsychosis, schizophrenia dan lain-lain, atau rawatan pemulihan disebabkan keletihan mental di hospital, pusat rawatan mental atau rumah sakit jiwa, untuk tujuan penjagaan rehat.

 

 

9)

Segala rawatan atau prosedur pembedahan untuk kecacatan sejak lahir seperti sumbing, "club-foot", tanda lahir, kecacatan tulang atau kecacatan otot, palsi serebral dan lain-lain, atau sebarang pembedahan kosmetik untuk tujuan kecantikan.

 

 

10)

Rawatan pemantulan untuk kedua-dua jantina seperti pengkasian, vasektomi dan tubektomi, atau berkhatan, melainkan akibat jangkitan.

 

 

11)

Rawatan atau pemeriksaan mata untuk mendapatkan cermin mata dan kanta sesentuh atau proses lain untuk memperbetulkan kecacatan mata.

 

 

12)

Rawatan untuk ketagihan arak dan dadah.

 

 

13)

Kemasukan ke wad hospital atau rawatan berkaitan pencegahan hamil atau kesuburan, mengandung sehingga bersalin, keguguran atau sebarang kerumitan akibat mengandung.

 

 

14)

Penggunaan atau pembelian alatan protesrik, seperti anggota palsu, alat pendengaran, kerusi roda dan lain-lain.

 

 

15)

Rawatan untuk Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) atau Kompleks Berkaitan AIDS (ARC).

 

 

16)

Rawatan dialysis berpanjangan atau rawatan berpanjangan untuk penyakit jangka panjang atau penyakit nyanyuk atau sebarang keadaan geriatrik.

 

 

17)

Bayaran untuk telefon, televisyen, radio, suratkhabar dan perkhidmatan peribadi yang bukan berkaitan dengan perubatan. 

 

 

18)

Penerbangan atau sebarang aktiviti udara lain kecuali sebagai penumpang berbayar dalam penerbangan udara komersial berlesen atau syarikat berkanun yang diiktiraf.

 

 

19)

Menyertai atau terlibat dalam perkhidmatan angkatan bersenjata, tentera darat, laut atau udara atau operasi atau terlibat dalam operasi yang bersifat keganasan, terancang atau dijalankan oleh pihak berkuasa awam atau tentera ke atas penjahat, pengganas atau elemen seumpamanya.

 

 

20)

Rawatan yang berpunca daripada sebarang akibat, samada secara langsung atau tidak langsung daripada peperangan, pencerobohan, tindakan musuh asing (sama ada peperangan diistiharkan atau tidak), perang saudara, pemberontakan, revolusi, darurat, penyertaan langsung dalam rusuhan, mogok dan kekacauan awam, kebangkita atau ketenteraan atau perampasan kuasa.

 

 

21)

Penyakit atau kecederaan yang berpunca daripada sebarang sukan musim seju, pemain bolasepak profesional, polo, sukan ekuestrian, memburu, mendaki gunung, sukan motosikal (samada sebagai pemandu atau pembonceng), atau sebarang jenis pelumbaan (kecuali kaki), menggunakan mesin pertukangan kayu atau gergasi bulat, penyelaman aqualung, penyelaman skuba, tinju, hoki ais, pertandingan lumba kereta, sukan terjun udara, lompatanbungee, aktiviti berkaitan gua, perlumbaan bot berkuasa tinggi, ski air, gusti termasuk judo, karate atau seni mempertahankan diri yang lain dan berlayar di luar sempadan laut persisiran.

 

 

22)

Segala Penyakit Sedia Ada yang telah dinyatakan di dalam borang permohonan.

 

 

23)

Pemeriksaan dan rawatan untuk gangguan tidur dan dengkuran, dan terapi penggantian hormon untuk penyakit menopaus.

 

 

24)

Sesiapa yang tinggal di luar Malaysia selamalebih daripada tiga (3) bulan secara berterusan ketika polisi berkuatkuasa.

   
25) Perkara-perkara yang dilarang oleh undang-undang Sivik dan Syarak.
   
(Sekiranya terdapat kemusykilan, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai)

 

 

<< BACK

 

l   HOME  l   KAD PERUBATAN MEDIC   l   AL-UMRAH WAL-ZIYARAH   l  WASILAH ILAL-HAJ   l