MODUL 3 (Sambungan)

3.4 (iii)    Zuhud


1.0    Perspektif Zuhud

2.0    Qana'ah

3.0    Hidup Sederhana

4.0    Kuat Bekerja dan Membuat Persiapan Akhirat


1.0    Perspektif Zuhud

Suatu cara hidup yang dipilih oleh orang orang yang cenderung bertaqarrub kepada Allah ialah zuhud. Menurut bahasa zuhud bererti kurang kemahuan sesuatu.

Dalam istilah, ada beberapa pengertian yang dikemukakan oleh ahli tasawvuf yang lain:

  1. Benci kepada dunia dan berpaling daripadanya

  2. Membuang kesenangan dunia untuk mencapai kesenangan di akhirat

  3. Hati tidak mempedulikan kekosongan tangan

  4. Membelanjakan apa yang dimiliki dan tidak mengharapkan apa yang didapat

  5. Tidak menyesal atas apa yang tidak ada dan tidak gembira apa yang ada.

Tetapi apabila kita memperhatikan semangat syari'at Islam, maka di antara pengertian itu ada yang tidak tepat. Islam tidak menuntut manusia menolak kesenangan sama sekali dan tidak menuntut hidup menderita. Apabila ni'mat itu diberikan oleh Allah, maka hendaklah diterima dengan penuh kesyukuran, tidak rakus dan tidak meremehkannya.

Ni'mat ni'mat Allah hendaklah diterima dengan menyerahkannya kepada taqarrub. Kehidupan dunia mempunyai nilai khas yang patut disyukuri dan bagai ladang mempersiapkan bekal untuk clam baqa'.

Kerana itu maka zuhud bila diertikan sesuai dengan semangat syari'at Islam dapat dirumuskan seperti berikut:

"Menghindari perhambaan terhadap harta benda, tidak rakus terhadap kemewahan duniawi, menerima ni'mat Allah dengan perasaan qana'ah, cenderung dan mengutamakan ganjaran pahala akhirat, memilih hidup sederhana kerana percaya bahawa khazanah rezeki yang tidak terkira ada di tangan Allah, rajin bekerja dan berderma, sabar, menjauhi syubhat dan tidak meminta minta."

Dalam hubungan ini Rasulullah s.a.w bersabda:

"Zuhud di dunia tidak dengan mengharamkan yang halal dan tidak membuang harta, tetapi zuhud di dunia ialah engkau lebih percaya kepada apa yang ada di pegangan Allah daripada yang ada di tanganmu, dan apabila engkau kena bahaya dunia, engkau lebih senang dia kekal kepadamu supaya engkau dapat ganj arannya." (Tarmidhi, Ibn Majah)

Prinsip zuhud dengan menolak perhambaan terhadap hartabenda, tidak rakus kepada kemewahan dan kernegahan duniawi seperti yang telah ditegaskan di dalam al Qur'an yang mafhumnya:

"Harta dan anak anak itu perhiasan penghidupan dunia, dan aural saleh itulah yang tinggal tebih balk daripada sisi Tuhanmu ganjarannya dan sebaik baik pengharapan." (A1 Kahf: 46)

Dunia ini penuh dengan keindahan, perhiasan dan kemegahan yang banyak kali menyilaukan pandangan. Kerana itu hendaklah diterima dengan penuh kewaspadaan jarigan sampai diperbudak olehnya. Sehubungan dengan perbandingan dan ungkapan tersebut, hendaklah manusia berhati hati dan waspada seperti firman Allah yang mafhumnya:

"Janganlah kamu ditipu oleh penghidupan dunia dan janganlah kamu ditipu kepada Allah oleh penipu." (Luqman: 33)

Diriwayatkan bahawa Rasulullah telah mengutus Abu 'Ubaidah bin alJarrah ke Bahrain untuk menagih pajak penduduk. Kemudian is kembali dari Bahrain dengan membawa harta yang banyak. Kedatangan kembali Abu 'Ubaidah itu terdengar oleh sahabat sahabat Ansar, maka mereka sembahyang subuh bersama Rasululah s.a.w dan selesai sembahyang segera menghadap Rasululah s.a.w, lulu baginda s.a.w tersenyum melihat mereka sambil bersabda:

"Mungkin kalian telah mendengar kedatangan Abu Ubaidah dengan membawa harta yang banyak? Jawab mereka: Benar ya Rasulultah s.a.w! Bersabda Nabi s.a.w: Sambutlah khabar baik dan selalulah bersangka balk untuk mencapai semua harapanmu. Demi Allah bukan kemiskinan yang sangat saga khuatirkan atas kamu, tetapi saga khuatir kalau terhampar luas kepadamu dunia ini, sebagaimana telah terhampar pada orang orag dahulu kala, kemudian kamu berlumba lumba seperti mereka, sehingga kalian menjadi binasa seperti mereka pula." (Bukhari, Muslim)

Dalam suatu kesempatan, Nabi s.a.w berada di mimbar sementara para sahabat menunggu di sekelilingnya, beliau menjelaskan: "Sesungguhnya di antara saya khuatirkan atas peninggalan kamu sepeniggatanku nanti, ialah terbuka lebarnya kemewahan dan keindahan dunia ini pada kamu"

Dalam kesempatan lain dikemukakan: "Dunia ini sedap dan indah. Allah akan menyerahkan pengurusannya kepada kamu, dan Dia akan melihat betapa perbuatanmu. Maka berhati hatilah kamu daripada godaan dunia dan hati hatilah kamu dengan godaan wanita." (Muslim)

Nabi s.a.w pernah bersabda yang mafhumnya:

"Jangan membuat tempat timbunan kekayaan yang akan menyebabkan kamu cinta .kepada dunia. Setiap umat mempunyai cubaan, dan cubaan umatku ialah kekayaan harta benda" (I'armidhi)

"Celakalah penyembah dinar, dirham dan kain baldu. Jika diberi dia reda dan jika tidak diberi, ia reda." (Bukhari)

2.0    Qana'ah

Sebagai mata rantai daripada sikap zuhud ialah qana'ah. Perasaan cukup dan reda menerima pemberian Allah, sekalipun sedikit menurut pandangan orang lain. Hal ini sesuai dengan pernyataan Rasulullah yang mafhumnya: "Sungguh bahagia orang orang yang masuk Islam, rezekinya cukup dan Allah menjadikan dia qana'ah, berhati reda menerima segala pemberian Nya" (Muslim)

"Beruntunglah orang yang diberi petunjuk kepada Islam, penghidupannya sederhana dan merasa cukup (qana'ah) dengan apa yang ada"  (Muslim)

3.0    Hidup Sederhana

Sebagai natijah daripada hidup zuhud ialah memilih hidup sederhana, yakni sederhana dalam pakaian, sederhana dalam makanan dan sederhana dalam tempat tinggal sesuai dengan contoh kehidupan Rasulullah s.a.w.

Amru bin Harith meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w ketika wafat tidak meninggalkan dinar, dirham, hamba sahaya lelaki atau perempuan, dan tiada sesuatu apa pun, kecuali keldai yang putih yang biasa dikenderainya dan sebidang tanah yang disedekahkan untuk kepentingan orang rantau. (Bukhari)

Kesederhanaan hidup Rasulullah s.a.w itu adalah sesuai dengan pernyataan beliau sendiri: yang mafhumnya

"Tiada hak bagi seorang anak Adam dalam semua hal ini kecuali rumah tempat tinggal, baju yang menutup auratnya, roti kering dan air." (Tarmidhi)

Dalam kesempatan lain Nabi s.a.w menerangkan yang mafhumnya:

"Siapa yang pagi pagi merasa aman rumahtangganya, sihat badannya dan mempunyai makanan sehari itu, maka bagaikan telah terkumpul baginya dunia seisinya." (Tarmidhi)

Apa yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w adalah sesuai dengan kenyataan yang dipraktikkannya sendiri. Ibnu Abbas memberitakan bahawa kadang kala Rasulullah s.a.w beserta keluarganya tidak makan beberapa malam, kerana tiada yang akan dimakannya dan kebanyakan makanan mereka terdiri daripada roti dan tepung sya'ir.  (Tarmidhi)

Al Nu'man bin Basyir berkata:

"Saya teIah metihat Nabimu s.a.w kekurangan makanan dan tidak mendapatkan sekalipun korma yang buruk untuk mengisi perutnya" (Muslim)

Anas memberitakan bahawa Rasulullah s.a.w belum pernah makan pada meja makan hingga beliau meninggal dunia, juga tidak makan roti kuah sampai wafatnya. (Bukhari)

'A'isyah berkata kepada 'Urwah:

"Hai anak saudaraku, kami keluarga Nabi s.a.w ada kalanya melihat bulan berganti tiga kali dalam dua bulan, sedang di rumah Rasulullah s.a.w tidak pernah menyalakan dapur"

'Urwah bertanya:

"Apakah makanan kamu? Jawab Aisyah: Korma dan air. Dan ada kalanya tetangga Rasulullah s.a.w mengirimkan hadiah susu ternak mereka" (Bukhari, Muslim)

Kesederhanaan Nabi s.a.w dalam hal makanan dinyatakan pula bahawa pernah Nabi berpuasa kerana tiada makanan di rumah.

Kesederhanaan Rasulullah s.a.w dalam pakaian, ditunjukkan oleh Aisyah kepada Abu Musa al Asy'ari selembar kain dan sarong yang kasar sambil berkata:

"Rasulullah s.a.w ketika meninggai dunia sedang memakai pakaian ini" (Bukhari, Muslim)

Kesederhanaan tempat tinggal dinyatakan pula bahawa Rasulullah s.a.w mempunyai tilam dari kulit yang berisi sabut. (Bukhari)

Bahkan Abdullah bin Mas'ud pernah menemukan Rasulullah s.a.w. tidur di atas tikar, dan ketika bangun berbekaslah tikar itu di belakangnya. Kata Abdullah:

"Ya Rasulullah, bagaimana kalau kami membuatkan untukmu tilam yang empuk? lawab Nabi: Untuk apakah dunia bagiku, aku di dunia ini bagaikan seorang yang m:usafir, berhenti sejenak bernaung di awah pokok, .kemudian pergi meninggalkannya." (Tarmi dhi)

4.0    Kuat Bekerja dan Membuat Persiapan Akhirat

Kehidupan zuhud yang ditunjukkan Rasulullah s.a.w bukanlah manifestasi daripada kemalasan dan pengangguran. Beliau rajin bekerja tetapi basil pekerjaan itu tidak dini'matinya sendiri, melainkan hanya diambil seperlunya saja dan selainnya dibahagikan untuk kepentingan umat, sesuai dengan prinsip beliau di dalam al Qur'an yang mafhumnya:

"Dan bagi setup orang ada beberapa darjat lantaran perbuatan yang mereka kerjakan, dan tidaklah Tuhanmu lalai danpada apa yang mereka kerjakan." (Al-An'am: 132)

Nabi s.a.w pernah menyatakan bahawa tidak ada seorang makan makanan yang lebih baik selain dari hasil usahanya sendiri, sebagaimana Nabi Daud tidak makan melainkan daripada hasil dua tangannya sendiri. (Bukhari)

Nabi pernah mengemukakan bahawa Nabi Zakaria pekerjaannya adaah sebagai tukang kayu. (Muslim)

Keterangan ini menjelaskan bahawa sikap zuhud itu tidak melepaskan diri daripada pekerjaan dan kesibukan berusaha. Bahawasanya kerajinan orang orang yang zuhud itu bekerja bukan untuk menikmati sendiri, seperti orang orang kapitalis dan berkepentingan sendiri, bukan dimotivasi oleh sikap rakus dan tamak kepada harta benda. Sebaliknya kerajinan yang dikehendaki dalam zuhud adalah untuk mencapai produktiviti kerja yang semaksimum mungkin dan sekali gus memenuhi perintah amal demi bertaqarrub kepada Allah.


Back | Home | Next