1.0 Konsep Syari'ah Islamiyyah
2.0 Asas Binaan Syari'at Islam
Al Qur'an
Al-Sunnah
Al Ijma'
Al Ijtihad
Melindungi Al Din
Melindungi Jiwa
Melindungi 'Aqal
Melindungi Kehormatan
Melindungi Harta Benda.
3. Methodologi Pembinaan Hukum dalam Islam
Meneliti Dalil dalil qat'i daripada Al Qur'an dan Al Sunnah
Meneliti Ijma' yang telah Berlaku
Berijtihad
1.0 Konsep Syari'at Islamiyyah
Di segi bahasa, perkataan syari'ah atau syir'ah bermakna jalan menuju ke tempat air dan tempat tumpuan peminum. Orang 'Arab menggunakan perkataan ini khusus kepada jalan menuju ke tempat air yang kekal dan jelas kelihatan. Al Qur'an menggunakan perkataan syari'ah atau syir'ah dengan maksud al Din. Firman Allah yang mafhumnya:
"Untuk tiap tiap umat di antara kamu, Kami berikan aturan (syir'ah) dan jalan yang terang (minhaj)." (Al Ma'idah: 48)
"Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang Din apa yang telah diwasiatkan Nya kepada Nuh dan apa yang yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan 'Isa; iaitu: Tegakkanlah Din dan janganlah kamu berpecahbelah tentangnya." (As Syura: 13)
"Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syari'at dari urusan (at Din) itu, maka ikutilah syari'at itu dan janganiah kamu ikuti hawa nafsu orang orang yang tidak mengetahui." (Al Jathiyah: 18)
Dalam pengertian yang sepenuhnya syari'at boleh diertikan sebagai alDin. Di mana dengan al Din ia bermaksud satu cara hidup, penyerahan dan ketundukan serta kepatuhan kepada sesuatu jalan yang terang. Oleh itu syari'at merangkumi kedua dua bidang, iaitu iman dan 'aural. Syari'at . meliputi 'ibadah, sikap dan tindakan seseorang individu, peraturan peraturan kemasyarakatan dan undang undang; sama ada ia menyangkut dengan urusan urusan politik, ekonomi, kekeluargaan, jinayah atau pun sivil. Secara yang terbatas syari'at juga boleh diertikan sebagai undang undang yang menetapkan halal ataupun haram terhadap sesuatu tindakan manusia di dalam kehidupannya.
De.ngan pengertian yang syumul ini, dapat disimpulkan bahawa syari'at Islam adalah peraturan dan undang undang yang bersumber dari Allah bagi mengatur seluruh kehidupan manusia. Untuk membuktikan penerimaan sebenar terhadap 'aqidah Islam, untuk berpegang teguh kepada syarat syarat 'ibadah Islam ataupun secara ringkasnya, untuk menta'ati Allah, seseorang itu mestilah mengikuti syari'at Islam sepenuhnya. Seseorang itu wajib mengatur hidupnya menurut syari'at Islam sekiranya ia mahu hidup menurut cara hidup Islam. Meninggalkan syari'at Islam, keseluruhannya atau sebahagiannya, bererti melucutkan ikatan 'aqidah Islam. Oleh itu menerima 'aqidah Islam bererti berpegang teguh kepada syari'atnya. Firman Allah yang mafhumnya:
"Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan. Dengan Kitab itulah Allah menunjukkan orang orang yang mengikut keredaan Nya ke jalan yang selamat (subulassalam), dan (dengan Kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang orang itu dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin Nya, dan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus." (A1 Ma'idah: 15-16)
2.0 Asas Binaaan Syari'at Islam
1. Asas Asas Hukum Islam
Hukum hukum Islam dibina di atas asas asas yang kukuh. Dua daripada asas tersebut datang langsung daripada sumber rabbani, satu daripadanya merupakan kesepakatan di kalangan orang orang yang terbaik dalam ummah, dan satu lagi merupakan satu proses penetapan hukum yang memberi ruang yang luas bagi umat Islam mengatur kemaslahatan mereka. Asas asas pembinaan hukum yang disepakati oleh para 'ulama' Islam terdiri daripada:
i. Al-Qur'an.
Al Qur'an merupakan asas hokum yang pertama dan utama dalam Islam. Kandungan al Qur'an ialah hidayah, hukum, dan pengajaran bagi mengatur kehidupan manusia demi kebahagian mereka di dunia dan akhirat. Kandungannya yang sempurna dan cukup lugs membolehkan ia mengatur dan menyelesaikan persoalan persoalan dan permasalahan permasalahan yang dihadapi oleh manusia pada pelbagai zaman. Dasar dasar dan pendekataan dalam pembinaan hukum yang terkandung dalamnya selaras dengan fitrah manusia dan 'alam sejagat hinggakan menjadikan ia dapat memenuhi keperluan manusia pada pelbagai masa dan tempat.
ii. As-Sunnah
As Sunnah adalah asas hokum yang kedua dalam Islam. la mempunyai kedudukan selepas al Qur'an kerana ia berperanan dalam menghuraikan, mentafsir dan menterjemahkan sebahagian daripada ayat ayat al Qur'an kepada perbuatan perbuatan yang 'amali.
Keluasan ruang lingkup yang diliputi oleh as Sunnah terhadap seluruh kegiatan hidup manusia menjadikan ia sebagai somber yang mudah diruju' secara langsung ataupun sebagai somber daripada mana sesuatu pengajaran yang lebih umum dapat dikaitkan dengannya.
iii. Al Ijma'
Ijma' ialah kesepakatan seluruh 'ulama' Islam pada suatu masa sesudah wafat Rasulullah s.a.w terhadap sesuatu hukum syara' yang berlaku di atas sesuatu perkara yang berkaitan dengaw al Din. Ijma' adalah hujjah atau dalil dalam pembinaan hukum Islam. Malah ia merupaka asas yang ketiga dalam pembinaan hukum Islam. Kedudukan ijma' di segi ketetapan hukum adalah sama seperti hukumhukum yang ditetapkan oleh al Qur'an dan al Sunnah. Ini berdasarkan kepada dalil dalil daripada al gur'an dan alSunnah sendiri.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Hai orang orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul dan ulil amri di kalangan kamu." (An Nisa': 59)
Ulil amri dalam Islam adalah para 'ulama', sama ada mereka memegang tugas tugas pemerintahan secara langsung atau tidak. Ini adalah kerana dalam Islam para pemerintah mesti terdiri daripada kalangan orang orang yang mahir dalam selok belok al Din. Islam tidak menerima pemisahan dengan memberikan tugas tugas al Din kepada segolongan yang dipanggil 'ulama' dan tugas tugas pemerintahan kepada orang orang tidak tahu menahu tentang al Din.
Oleh itu menta'ati ulil amri adalah sama seperti menta'ati Allah dan Rasul dalam hal hal yang berkaitan dengan Islam dan urusan orang orang yang ber'iman. Sabda Rasulullah s.a.w yang mafhumnya:
"Tidaklah berkumpul (sepakat) umatku atas kesalahan"
Berkumpulnya para 'ulama' Islam yang mukhlisin dan salihin tidak mungkin dengan tujuan maksiat. Tetapi sebaliknya adalah dengan tujuan kebaikan dan taqwa. Firman Allah yang mafhumnya:
"Dan tolong menolonglah kamu dalam kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong menotong dalam berbuat dosa dan pelanggaran." (A1 Ma'idah: 2)
iv. Al Ijtihad
Ijtihad ialah pencurahan daya pemikiran secara bersungguh sungguh dan habis habisan untuk mendapatkan suatu hukum syara' mengenai suatu masalah yang tidak terdapat hukumnya secara qat'i atau secara putus daripada al Qur'an dan al Sunnah. Ijtihad dilakukan dengan berpandukan kepada dasar dasar umum dan ruh yang terkandung di dalam al fur an dan al Sunnah. ,
Ijtihad adalah asas keempat dalam pembinaan hukum Islam kerana melaluinya beberapa hukum baharu di sekitar dasardasar umum yang ditetapkan oleh al Qur'an dan al Sunnah dapat ditetapkan. Dengan ada keluasan yang begini, umat Islam akan terus dapat menghadapi segala perkara perkara baru yang timbul dalam kehidupan mereka.
2. Tujuan Hukum Islam
Tujuan utama hukum Islam adalah untuk melindungi lima perkara utama yang menjadi tunjang bagi keamanan dan kebahagiaan seluruh umat manusia sebagai individu, keluarga, masyarakat, negara dan seluruh dunia. Tujuan tujuan ini tetap dan tidak boleh diubah. Lima perkara tersebut terdiri daripada:
i. Melindungi Ad Din
Tidak ada yang lebih utama bagi manusia selain daripada hidayah untuk hidup berpegang kepada Islam. Oleh itu tujuan yang paling utama ditetapkan undang undang, hukum atau syari'at di dalam Islam adalah untuk melindungi al Din itu sendiri. Terselamatnya al Din daripada pencemarahan golongan jahat dan kekaburan golongan jahil akan menyelamatkan manusia daripada kesesatan hidup tanpa berpegang kepada Islam. Hukum Islam menetapkan peraturan peraturan bagi melangsungkan perjalanan manusia di atas jalan untuk meng'amalkan Islam tanpa sebarang gangu gugat.
ii. Melindungi Jiwa
Hukum Islam menempatkan jiwa manusia dan setiap makhluq yang bernyawa di satu kedudukan yang dihormati. Sekiranya nilai yang tinggi tidak diberikan khususnya kepada nyawa manusia, maka akan berlanjutanlah kerosakan berlaku di atas dunia ini.
Hukum Islam menetapkan peraturan peraturan yang rapi bagi memastikan tidak ada satu pun jiwa dihapuskan tanpa sebarang hak. Syari'at Islam menetapkan bahawa nyawa hanya dihapuskan sekiranya dengan cara itu sahaja, kelangsungan yang lebih .menyuruh kepada umat manusia dapat terjamin.
iii. Melindungi 'Aqal
'Aqal mempunyai tempat yang istimewa di dalam hukum Islam. Ini adalah kerana dengan 'aqal manusia dapat membuat penilaian dan pilihan bagi kebaikan diri dan masyarakatnya. Syari'at Islam melindungi 'aqal kerana dengan melindunginya manusia mempunyai peluang untuk mengembangkan masyarakat mereka ke arah taqwa dan kebaikan. Hukum Islam menetapkan peraturan peraturan yang bertujuan untuk membersihkan 'aqal manusia dari sesuatu yang boleh mengganggu potensinya sebagai alat yang paling berharga bagi manusia.
iv. Melindungi Kehormatan
Melindungi kehormatan manusia dari sesuatu yang mencemarkannya adalah di antara tujuan penting disyari'atkan hukum hukum Islam. Dengan melindungi kehormatan manusia Islam dapat mengekalkan nama baik dan kesucian setiap anggota dalam masyarakat. Dengan cara ini, masyarakat selamat daripada sebarang gangguan yang boleh mengganggu ketenteraman dan kedamaiannya. Melalui perlindungan ini juga terjaminlah kesejahteraan dan kesucian zuriat di dalam masyarakat sehingga ia dapat berkembang seterusnya dengan jayanya.
v. Melindungi Harta Benda
Hukum Islam melindungi harta benda manusia kerana ia adalah hak yang tidak boleh dirampas darinya tanpa alasan yang baik. Dengan hartabenda manusia dapat membangunkan dirinya dan masyarakatnya kearah pembangunan bagi kebaikan manusia bersama. Dengan terlindungnya hak manusia di atas harta bendanya adalah diharapkan ia dapat menjayakan seluruh seluk beluk hidupnya menurut apa yang digariskan al Din demi kepentingan pertumbuhan manusia seluruhnya.
3. Methodologi Pembinaan Hukum dalam Islam
Dengan asas asas yang kukuh dan tujuan yang jelas Islam membina hukum hukumnya melalui satu methodologi yang kemas dan teratur. Pembinaan hukum di dalam Islam mengambil langkah langkah berikut:
i. Meneliti Dalil dalil Qat'i daripada Al Qur'an dan Al Sunnah
Penetapan sesuatu perkara bagi mendapatkan hukumnya .hendaklah pertama sekali dilakukan dengan meneliti dalildalil al Qur'an dan al Sunnah. Sekiranya nyata terdapat dalil dalil yang qat'i berkenaan nya, maka ketetapan hukum terhadap perkara tersebut adalah menurut ketetapan yang dibuat oleh al Qur'an dan al Sunnah. Tidak ada sebarang perubahan boleh dilakukan sekiranya al Qur'an dan al Sunnah telah menetapkan hukum terhadap sesuatu perkara.
ii. Meneliti Ijma' yang Telah Berlaku
Sekiranya perkara itu tidak terdapat hukumnya dari dalildalil al Qur'an dan al Sunnah, maka hendaklah diteliti hukum hukum terhadap perkara perkara yang telah menjadi ijma' di kalangan 'ulama' Islam sejak dahulu hingga sekarang. Sekiranya di sana terdapat ijma' sarih, maka perkara itu dianggap sebagai hukum yang wajib dipatuhi. Sekiranya di sana terdapat ijma' sukuti maka hujjah hujjah disekitar membahaskan perkara tersebut boleh dijadikan salah satu daripada bahan untuk membuat ijtihad.
iii. Berijtihad
Setelah diteliti ketiga tiga sumber di atas dan tidak terdapat sebarang ketentuan hukum terhadap perkara yang dihadapi, maka jalan yang terakhir ialah dengan melakukan ijtihad. Dasar kepada ijtihad adalah untuk mencari hujjah yang bersesuaian serta tidak terkeluar daripada ruh syari'at Islam secara keseluruhannya.
Ini bererti jalan jalan ijtihad perlu melalui:
Memahami alasan alasan bagi penetapan hukum yang dilakukan oleh al Qur'an dan al Sunnah terhadap sesuatu perkara dan Cuba mencari persamaannya dengan perkara yang hendak diijtihadkan hukumnya
Berusaha memahami kemaslahatan dan kemudaratan sesuatu perkara dan menetapkan sesuatu ketetapan berdasarkan kepada perkara yang paling besar maslahatnya kepada tujuan melindungi al Din, jiwa, 'aqal, kehormatan dan harta benda orang ramai
Memahami adat kebiasaan manusia dan masyarakat dan menetapkan sesuatu yang bersesuaian dengan 'adat kebiasan manusia tanpa mencanggahi mana mana sudut syari'at.
Menilai semua hujjah hujjah yang diberikan oleh para 'ulama daripada kalangan sahabah dan lain lain yang berkaitan dengan perkara perkara yang tidak mencapai perkara yang diijma'kan. Kemudian menetapkan hukum berlandaskan hujjah yang terkuat di antara hujjah hujjah tersebut
Mengkaji hujjah hujjah, latar belakang atau pengajaran pengajaran umum dari syari'at nabi nabi sebelum Rasulullah s.a.w dan kemudian menetapkan keputusan secara umum atau secara terperinci dari syari'at syari'at tersebut yang tidak dimansukh kan dan tidak pula disebut sesuatu apapun berkenaannya secara qat'i oleh syari'at Rasulullah s.a.w.
Landasan utama kepada methodologi pembinaan hukum yang ditetapkan oleh Islam adalah dengan tujuan agar hukum hukum Islam sentiasa tegak di atas dalil dalil dan hujjah yang jelas dan kuat. Melalui cara ini Islam terus kukuh berdiri di zaman Rasulullah s.a.w ataupun selepas kewafatannya. Penerusan Islam tidak bergantung kepada hadirnya Rasulullah s.a.w bersama sama umat manusia di setiap zaman yang mereka lalui. Tetapi bei terusnya Islam adalah dengan menghidupkan dalil dalil dan hujjah hujjah yang telah diasaskan panduan dan pendekataannya oleh Rasulullah s.a.w.
Ruh ini bersandarkan kepada apa yang diperakui sendiri oleh Rasulullah s.a.w.
Sabda Rasulullah s.a.w kepada Mu'adh ibn Jabal ketika dia diutus untuk menjadi Wali di Yaman
"Bagaimana kamu memutuskan apabila datang kepadu sesuatu perkara?". Mu'adh menjawab: "Aku putuskan berdasarkan Kitabullah, jika aku tidak memperoleh (hukumnya daripada Kitabullah), maka aku putuskan berdasarkan kepada Sunnah Rasulullah, jika aku tidak menemukan (hukumnya dalam Sunnah Rasulullah), maka aku berijtihad dan aku tidak akan mengabaikannya". Lalu Rasulullah s.a.w menggosok gosok dada Mu'adh seraya berkata: "Segala puji bagi Allah yang memberi tauftq kepada utusan Rasulullah kepada sesuatu yang diredai oleh Rasulullah." (Ahmad, Abu Dawud)