BERIMAN KEPADA KITAB KITAB ALLAH
BERIMAN KEPADA KITAB KITAB ALLAH
Rukun Iman yang keempat ialah beriman kepada kitab kitab Allah iaitu: Beriman dengan kitab kitab yang diturunkan kepada para Nabi dan Rasul- Nya. Sebagaimana Allah menurunkan al Qur'an kepada Nabi Muhammad s.a.w. maka diturunkan juga kitab kitab lain kepada Rasul rasul yang sebelumnya.
Kitab kitab yang diturunkan itu ada yang disebutkan di dalam al Qur'an dan ada yang tidak disebutkan. Kitab yang disebut di dalam al Qur'an ialah:
AL-TAURAH
Al Taurah ialah kitab yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s. Firman Allah yang mafhumnya:
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan at-Taurah, yang di dalamnya ada petunjuk dan cahaya, yang dengannya kitab itu dihukumkan bagi orang orang Yahudi oleh nabi nabi yang menyerah diri kepada Allah dan oleh orang orang alim mereka dan pendita pendita mereka sebab mereka diperintah memelihara kitab Allah dan mereka itu menjadi saksi terhadap kebenarannya." (Al-Ma'idah: 44)
AL-INJIL
Al Injil ialah kitab yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s. Firman Allah yang mafhumnya:
"Dan Kami iringkan jejak Langkah nabi nabi Bani Israil dengan Isa putera Maryam, membenarkan kitab yang sebelumnya iaitu al-Taurah dan Kami telah memberikan kepadanya (Nabi Isa) kitab al-Injil sedang di dalamnya ada petunjuk dan cahaya dan membenarkan kitab yang sebelumnya iaitu kitab al-Taurah dan menjadi petunjuk serta pengajaran bagi orang orang yang bertaqwa." (Al-Ma'idah: 46)
AL-ZABUR
Al-Zabur ialah kitab yang diturunkan kepada Nabi Daud a.s. Firman Allah yang mafhum:
"Dan Kami telah kurniakan kepada Nabi Daud kitab Zabur." (Al Isra': 55)
SUHUF IBRAHIM DAN MUSA
Firman Allah yang mafhumnya:
"Atau apakah belum diberitakan apa yang ada pada suhaifah suhaifah (lembaran) Musa dan suhaifah suhaifah Ibrahim yang selalu menyempurnakan janji? (iaitu) bahawa seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Dan bahawa seorang manusia tidak memperolehi selain dari apa yang is usahakan. Dan bahawa segala usaha akan dilihat kemudian akan dibalaskan kepadanya dengan balasan yang lebih sempurna. Dan bahawa kepada Tuhan engkaulah tempat kesudahan." (An Najm: 36-42)
Dan firman Allah lagi yang mafhumnya:
"Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri (dengan beriman) dan dia ingat nama Tuhannya maka dia mendirikan solat, tetapi kamu (orang orang kafir) memilih kehidupan dunia, sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal. Sesungguhnya ini benar terdapat dalam kitab kitab yang dahulu (iaitu) suhuf Ibrahim dan suhuf Musa." (Al A'la: 16-19)
Ada pun kitab kitab yang diturunkan kepada para nabi yang lain, Allah tidak menerangkan nama namanya kepada kita, cuma menerangkan bahawa tiap tiap orang nabi utusan Allah diturunkan kepada mereka risalah untuk disampaikan kepada kaum mereka seperti di dalam firman Allah yang mafhumnya:
"Manusia itu adalah umat yang satu: (setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutuskan nabi sebagai pemberi khabar gembira dan pemberi peringatan. Dan Allah menurunkan bersama mereka kitab dengan benar untuk memberi hukuman di antara manusia tentang r perkara yang mereka berselisih." (Al-Baqarah: 213)
Dengan demikian wajiblah kita beriman kepada kitab kitab yang tidak disebutkan nama. Dan kita tidak boleh menisbahkan mana mana kitab kepada Allah Azza wa Jalla kecuali kitab kitab yang Allah nisbahkan kepada Nya sendiri di dalam al gur'an.
Wajib kita beriman bahawa kitab kitab yang diturunkan itu membawa kebenaran, cahaya yang menerang dan membawa hidayah, mengesakan Allah pada Rububiyyah Nya, Uluhiyyah Nya, nama nama Nya dan sifat sifatNya. Dan mana mana perselisihan pada perkara perkara tersebut yang dinisbahkan kepada kitab kitab itu adalah hasil dari pengubahan manusia dan perbuatan mereka sendiri, bukan dari Allah. Firman Allah mengenai kitab al Taurah yang mafhumnya:
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab al Taurah, ada padanya petunjuk dan cahaya (yang menerang)." (Al-Ma'idah: 44)
Firman Allah mengenai al-Injil yang mafhumnya:
"Dan Kami iringkan jejak nabi nabi Bani Israil dengan Isa putera Maryam, membenarkan kitab yang sebelumnya iaitu al Taurah. Dan Kami telah memberikan kepadanya (Isa bin Maryam) kitab al Injil sedang di dalamnya ada petunjuk dan cahaya dan membenarkan kitab yang sebelumnya iaitu al Taurah, dan menjadi petunjuk serta pengajaran bagi orang orang yang bertaqwa." (Al Ma' idah: 46)
BERIMAN KEPADA AL-QUR'AN
Kita beriman bahawa al-Qur'an al-Karim adalah kitab yang terakhir diturunkan dari sisi Allah, serta Allah mengutamakan kebenarannya dengan beberapa ciri yang membezakannya dari kitab kitab yang sebelumnya. Ciri ciri itu di antara lain:
1. Al-Qur'an mengandungi intisari ajaran Ilahi
Kerana al Qur'an menguat dan membenarkan ajaran ajaran yang termaktub di dalam kitab kitab dahulu, dari segi mentauhidkan Allah, kewajipan beribadah dan taat kepada Nya. AI Qur'an menghimpunkan segala jenis hasanat dan fadha'il yang terkandung di dalam kitab kitab tersebut. Dan ia juga sebagai Muhaimin (Penguasa, Penjaga) dan Raqib (Pemerhati, Penyaksi) dengan mengaku kebenaran isi kandungan yang termuat di dalam kitab kitab sebelumnya. Serta menerangkan penyelewengan dan pengubahan yang berlaku. di dalamnya. Firman Allah Ta'ala yang mafhumnya:
"Dan Kami telah menurunkan kepadamu kitab (al Qur'an) dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya (semak) (yang diturunkan sebelumnya) dan penyaksi terhadap kitab kitab yang lain." (Al Ma'idah: 48)
Al Qur'an juga membawa syari'at yang menyeluruh, mengandungi setiap perkara yang mesh dilakukan oleh manusia untuk mencapai keamanan di dunia ini dan kebahagiaan di akhirat nanti. Ia mengubah sekalian syari'at amaliah yang diuntukkan kepada umat umat yang dahulu serta menggantikan dengan syari'at baru yang terakhir, kekal lagi sesuai di setiap zaman dan tempat.
2. Al Qur'an adalah kitab Allah yang dijamin Terpelihara
Dalilnya ialah firman Allah yang mafhumnya:
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan al Qur'an dan sesungguhnya Kamilah yang menjaganya" (Al-Hajr: 9)
Dan firmanNya lagi yang mafhumnya:
"Dan sesungguhnya al Qur'an itu adalah kitab yang mulia, yang tidak datang kepadanya oleh kebatilan, baik dari hadapan mahu pun dari belakangnya, yang diturun dari Tuhan Yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji." (Fussilat: 41-42)
Selain dari itu, ada satu ciri lagi bagi al Qur'an iaitu:
3. Al Qur'an diturunkan untuk Manusia Seluruhnya
Diturunkan al Qur'an untuk manusia seluruhnya, bukan untuk suatu kaum yang tertentu sebagaimana sifat kitab kitab yang terdahulu. Maka al Qur'an yang terpelihara dari pengubahan, terpelihara dari sebarang permainan manusia adalah menjadi suatu hujah Allah ke atas manusia, hujah yang akan berkekalan hingga ke alam akhirat.
Kitab kitab yang diturunkan sebelum al Qur'an tiap tiap satunya ditujukan kepada suatu umat yang tertentu, bukan seluruh umat manusia. Kitab kitab itu meski pun dasar agama di dalamnya satu, tetapi syari'at dan hukum hukum adalah tertentu kepada suatu zaman dan suatu kaum sahaja, sebagaimana firman Allah yang mafhumnya:
"Untuk tiap tiap umat dari kamu Kami berikan satu syarfat dan manhaj (jalan yang terang)." (Al-Ma'idah: 48)
Dengan demikian, kitab kitab dahulu tidaklah mendapat jaminan penjagaan dari Allah dalam sepanjang rrrasa sebagaimana jaminan penjagaan yang diberikan kepada al Qur'an, malah diterangkan di dalam al Qur'an sendiri mengenai pengubahan dan penukaran yang berlaku di dalam kitab kitab dahulu.
Mengenai pengubahan dan penukaran orang orang Yahudi akan kitab al-Taurah kita dapati firman Allah yang mafhumnya:
"Maka apakah kamu masih mengharapkan mereka (kaum Yahudi) akan percaya kepadamu, pada hal segolongan dari mereka mendengar firman Allah lalu mereka mengubahnya setelah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui." (Al Baqarah: 75)
Dan firman Nya lagi yang mafhumnya:
"Orang Yahudi, mereka mengubahkan kalam Allah dari tempatnya" (An-Nisa': 46)
Mengenai pengubahan dan penukaran yang telah dimasukkan oleh orang-orang Nasrani ke dalam kitab al Injil, firman Allah yang mafhumnya:
"Dan di antara orang orang yang mengatakan: "Sesungguhnya kami ini orang orang Nasrani", ada yang telah Kami ambil perjanjian mereka tetapi mereka sengaja melupakan sebahagian dari apa yang mereka telah diberi peringatan dengannya. Maka Kami timbulkan di antara mereka permusuhan dan kebencian sampai Hari Kiamat, dan kelak Allah akan memberitakan kepada mereka apa yang mereka telah kerjakan. Hai Ahlul Kitab! Sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami menjelaskan kepadamu banyak dari isi kitab yang telah kamu sembunyikan dan banyak pula yang dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah dan kitab yang menerangkan (yakni al Qur'an)." (Al-Ma'idah: 14-15)
Di antara pengubahan dan penukaran yang telah dimasuk oleh orang orang Yahudi dan orang orang Nasrani ke dalam agama mereka ialah: "Kepercayaan orang orang Yahudi mengatakan 'Uzair itu putera Allah dan kepercayaan orang orang Nasrani mengatakan Isa al Masih itu putera Allah."
Firman Allah yang mafhumnya:
"Dan orang orang Yahudi berkata: "Uzair itu putera Allah" dan orang orang Nasrani berkata "(Isa) a1 Masih itu putera Allah". Demikian itulah ucapan mereka dengan mulut mereka. Mereka meniru perkataan orang orang kafir yang terdahulu. Mereka dilaknati oleh Allah, bagaimana mereka sampai berpaling (dari kebenaran)?" (At-Taubah: 30)
Al Qur'an memperbetulkan penyelewengan yang telah dibuat buat oleh mereka sendiri dengan menerangkan bahawa Allah suci bersih dari mempunyai anak di dalam firman Nya yang mafhum:
"Katakanlah, Dialah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia" (Al-Ikhlas)
Allah menegaskan bahawa para Rasul sekalian adalah manusia yang dipilih untuk menerima wahyu dan menyampaikan ajaran Allah kepada manusia. Firman Allah yang mafhumnya:
"Katakanlah, sesungguhnya aku adalah manusia seperti kamu diwahyukan kepadaku bahawa sesungguhnya Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Esa." (Al-Kahf: 110)
Di antara pengubahan yang telah diada-adakan oleh orang orang Nasrani yang Allah terangkan kepada kita di dalam al-Qur'an iaitu mereka memesongkan hakikat kebenaran dan mempertuhankan Nabi Isa. Dan segolongan mereka mengaku bahawa Allah salah satu dari tiga tuhan. Firman Allah yang mafhumnya:
"Sesungguhnya kafirlah orang orang yang mengatakan: Allah itu ialah al Masih (Isa) putera Maryam." (Al-Ma'idah: 72)
Dan firman-Nya lagi yang mafhumnya:
"Sesungguhnya kafirlah orang orang yang mengatakan: Bahawasanya Allah salah seorang dari yang tiga, pada hal sekali kali tidak ada Tuhan selain dari Tuhan Yang Esa." (Al-Ma'idah: 73)
Kerana itu, maka datanglah al Qur'an menerangkan penyelewengan mereka serta menerangkan aqidah yang sebenar mengenai Nabi Isa dan ibunya sebagaimana firman Allah yang mafhumnya:
"Al-Masih putera Maryam itu hanyalah seorang Rasul, yang sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul. Dan ibunya seorang perempuan yang sangat benar. Kedua dua biasa memakarr makanan, perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan kepada mereka (AhLul Kitab) tanda tanda kekuasaan Kami, kemudian perhatikanlah bagaimana mereka berpaling (dari memerhati ayat Kami itu)?" (Al-Ma'idah: 75)
Di sini ternyatalah suatu hakikat yang tidak perlu disyaki oleh mereka yang insaf bahawa tidak ada sebuah kitab pun di hari ini yang boleh dinisbahkan kepada Allah selain daripada al Qur'an. Hakikat ini telah pun terbukti dengan beberapa dalil yang dapat disaksi, apa lagi dalil dalil yang disebut di dalam al Qur'an mengenai pengubahan yang berlaku di dalam kitab kitab yang ada di hari ini. Buktinya di antara lain:
Kitab kitab yang diturunkan sebelum al Qur'an telah hilang naskhah asalnya, tidak ada di tangan manusia sekarang. Yang ada hanya terjemahannya sahaja. Ada pun al Qur'an maka is tetap dijaga dan dipelihara, surah surahnya, ayat ayatnya, kalimah kalimahnya juga baris-baris sebagaimana yang dibaca oleh Jibril kepada Rasulullah s.a.w dan yang dibaca oleh Rasulullah kepada sahabat sahabat baginda r.a.hum.
Kitab kitab itu telah tercampur dengan kalam manusia yang terdiri dari pentafsiran ayat, catitan tarikh, sejarah hidup para nabi dan murid murid mereka, hukum yang diistinbat oleh para fuqaha, hingga tidak diketahui yang mana kalam Allah dan yang mana kalam manusia. Adapun al Qur'anul Karim, ia kesemuanya adalah kalam Allah, tidak bercampur dengan hadith hadith Rasulullah, kitab kitab sahabat dan lain-lain. Abu al Wafa Ali bin 'Aqil berkata: "Apabila engkau hendak tahu bahawa al Qur'an al Karim itu kalam Allah yang diwahyu kepada Nabi Muhammad, bukan kalam Nabi Muhammad maka perhatilah kepada hadith hadith Nabi bagaimana is berbeza dengan al Qur'an.
Dan renunglah perbezaan di antara kedua kalam ini dan kedua susunan bahasanya. Sebagaimana kita dapati bahawa kalam manusia sesama mereka ada penyerupaan atau seakan akan, tetapi kalam Nabi walau pun sepatah tidak menyerupai dengan kalam al Qur'an."
Abu al Wafa menegaskan lagi: "Di antara tanda tanda i'jaz al Qur'an iaitu tidak ada satu ayat pun yang boleh kita katakan bahawa ayat itu dipetik dari kalam orang orang dahulu. Manakala kita mengkaji kita dapati bahawa percakapan setengah manusia diambil dari percakapan orang lain umpama al mutannabi seorang penyair banyak is mengambil dari syair al Bukhturi."
Kitab kitab tersebut itu tidak sah kita nisbahkan kepada Rasulyang menerima kitab itu. Kerana satu satu ayat dalam kitab itu tidak punya sanad tarikh yang boleh dipercayai. Kitab al Asfar yang ada pada hari ini atau yang dipanggil juga kitab al 'Ahdul Qadim (kitab perjanjian lama) atau yang disebut secara umum kitab al Taurah. Kitab ini disusun selepas wafat Nabi Musa a. s. beberapa abad. Mengenai hal ini, al Ustadh Mohd. Farid Wajadi. telah menyalin dari ensaiklopedia Larus mengenai hal ini, ringkasnya: "Pengetahuan akademik, terutama sorotan dari Jerman, setelah melalui kajian yang menyeluruh tentang kesan kesan peninggalan lama, tarikh dan ilmu bahasa telah menetapkan bahawa kitab at Taurah yang ada di hari ini bukanlah ditulis oleh Nabi Musa a.s., malah ia adalah hasil dari karya paderipaderi yang tidak diterangkan nama mereka. Mereka menyusun secara beransur ansur, dengan bersumber kepada riwayat riwayat yang diterima dan didengar dari orang orang tawanan dari bangsa Babylon, bahkan setengah ahli kaji berpendapat bahawa kelima lima Asfar (kitab yang dipegang oleh orang orang Yahudi dan mendakwa sebagai isi al Taurah) itu, di dalamnya bukanlah mengandungi semua riwayat riwayat Israiliat, akan tetapi mengandungi isyarat isyarat, hikayat hikayat dan ringkasan ringkasan sahaja."
Ada pun al Qur'an al Karim, ia adalah sebuah kitab tunggal yang sabit nisbahnya secara qat'i kepada Nabi Muhammad s.a.w,. yang diwahyukan kepadanya. Al Qur'an ini setelah tamat masa turunnya telah dinukil surah surahnya, ayat ayatnya, penyusunannya dan caracara membacanya kepada masa kebelakangan dengan cara mengatur, yang tidak ada sebarang syak bahawa kitab al Qur'an yang kita baca di hari ini ialah kitab yang diturun dari Allah kepada Rasul Nya s.a.w.
Di antara dalil dalil yang membuktikan berlakunya pengubahan di dalam
kitab kitab tersebut iaitu didapati banyak nasakhnya, serta berselisih pula
sesama naskhah itu sendiri pada lafaz dan pendapat.
Dan di antara qarinah tepat yang membuktikan pengubahan di dalam kitab kitab tersebut iaitu kitab kitab itu mengandungi 'aqidah yang batil dan gambaran serta fahaman yang salah mengenai Tuhan dan para rasulullah. Kerana kita dapati di dalamnya ada ayat ayat yang menyerupakan Tuhan dengan manusia, ke'aifan dan kecacatan para Rasul yang menjatuhkan kemuliaan mereka serta menafikan asmah (kebersihan dari dosa) mereka.
Nota: Sebahagian dari isi kandungan yang termaktub di dalam kitab "at Taurah" sekarang iaitu di dalam Safar at Takwin 3/22 berunyi: "Dan Tuhan berkata: Tuhan ialah manusia ini, sesungguhnya is telah jadi salah seorang dari kami, is mengetahui kebaikan dan kejahatan" di dalamnya juga mengandungi: ' Maka Tuhan berdukacita kerana menjadikan manusia dan merasai kesal dalam hati' juga mengandungi cerita cerita menyentuh kemuliaan nabi nabs dan menafi sifat asmah mereka, di antaranya mengatakan Nabi Ibrahim a. s. adalah seorang pendusta, Nabi Lut telah berzina dengan dua orang puterinya, Nabi Harun mengajak bani Israil menyembah anak lembu, Nabi Daud pernah berzina dan Nabi Sulaiman pernah beribadah kepada berhala kerana memenuhi kehendak isterinya.Tidakkah ini dalil yang terang terang membuktikan pengubahan yang berlaku dalam kitab tersebut?
Berdasarkan pengubahan dan penukaran yang berlaku pada kitab kitab dahulu, maka kita beriman bahawa ia pada asalnya diturun dari sisi Allah kepada rasul rasul Nya, yang tujuannya samalah dengan tujuan diturunkan kitab al gur'an. Kita tidak beriman kepada sesuatu pun dari kandungannya mengatakan datangnya dari Allah, kecuali kepada apa yang disebut oleh alQur'anul Karim wajiblah kita beriman bahawa is adalah kalam Allah yang sebenar, tidak bercampur dengan kalam manusia. Tiap lafaz di dalamnya terpelihara, wajib mengikuti suruhan Nya, menjauhi larangan Nya, membenarkan isi ceritanya serta menolak apa apa sahaja yang menyalahinya.
BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT
Rukun Islam yang kelima ialah beriman kepada Hari Akhirat.
Pengertian secara ringkas
Beriman kepada Hari Akhirat bererti beriman kepada:
Apa yang diceritakan oleh Allah di dalam al Qur'an
Dan apa yang dicerita oleh Rasul Nya s.a.w. berhubung dengan perkara yang akan berlaku setelah mati yang terdiri dari:
fitnah dalam kubur,
azab dan nikmat di dalam kubur
kebangkitan semula dan perhimpunan di Padang Mahsyar,
kitab amalan manusia, perhitungannya dan al Mizan, al Hudh (kolam), as Sirat (titian) dan as Syafa'ah,
Syurga dan Neraka,
nikmat di dalam Syurga dan azab di dalam Neraka.
Al-Qur'an menitikberatkan hal beriman kepada Hari Akhirat
Kitab al Qur'an berisi penuh dengan sebutan mengenai Hari Akhirat, di samping menekannya pada trap tiap tempat, mengingatkan Hari Akhirat pada tiap munasabah, malah menetapkan berlakunya dengan berbagai gaya bahasa Arab.
Di antara bukti yang menunjukkan penekanan al Qur'an tentang Hari Akhirat yang agung ini ialah: Mengikatkan beriman kepada Hari Akhirat dengan beriman kepada Allah Azza wa Jalla. Contohnya seperti di dalam ayat:
1. yang mafhumnya,
"Tetapi al-Bir (kebaikan) itu ialah orang orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat." (Al-Baqarah: 177)
2. yang mafhumnya,
"Siapa yang beriman kepada Allah dan kepada Hari Akhirat dan beramal soleh maka bagi mereka itu pahala mereka di sisi Tuhan mereka dan tidak ada ketakutan ke atas mereka dan mereka pula tidak berdukacita." (Al-Baqarah: 62)
3. yang mafhumnya,
"Demikianlah diberi peringatan dengannya kepada mereka yang beriman kepada Allah dan (kepada) Hari Akhirat." (Al-Baqarah: 232)
4. yang mafhumnya,
"Perangilah kamu akan mereka yang tidak beriman kepada Allah dan (kepada) Hari Akhirat." (At-Taubah: 29)
5. yang mafhumnya,
"Beribadahlah kamu kepada Allah dan harapkanlah (balasan) Hari Akhir dan janganlah kamu mengadakan kebinasaan di bumi ini." (Al-Ankabut: 36)
Ayat ayat yang seperti ini terlalu banyak disebut di dalam al Qur'an. Dan di antara buktinya lagi, al Qur'an selalu menyebut hal Hari Akhirat. Kita dapati hampir tiap lembaran mashaf ada sebutan mengenai Hari Akhirat, mengenai huru hara, kejadian kejadian yang ngeri pada hari itu dengan berbagai bagai gaya bahasa. Demikian juga kita dapati al Qur'an menggambarkan kejadian kejadian di Hari Akhirat itu dengan penjelasan yang panjang, yang jarang jarang kita dapati penjelasan seperti itu pada perkara perkara ghaib yang lain.
Di antara buktinya lagi, Allah menamakan Hari Akhirat ini dengan berbagai bagai nama, yang mana tiap tiap nama itu menggambar atau melambangkan kejadian ngeri yang akan berlaku. Di antara nama nama yang disebut di dalam al Qur'an:
(Hari Kebangkitan Manusia)
(Hari Agama/Pembalasan)
(Hari Penghitungan Amalan)
(Hari Perceraian antara Mukminin dengan Kafirin)
(Hari Pertemuan)
(Hari Perhimpunan)
(Hari Kerugian Orang orang Kafir)
(Hari Yang Kekal)
(Hari Keluar Manusia dari Kubur)
(Hari Penyesalan Manusia yang berdosa)
(Hari Panggilan)
(Hari Akhir)
(Saat berlaku huru hara)
(Hari Yang Hampir)
(Hari Huru hara yang melebehi segala kejadian ngeri)
(Hari Yang Memekakkan Telinga)
(Hari yang benar benar berlaku)
(Hari yang menutupkan manusia dengan huru hara)
(Hari Yang Tetap Berlaku)
Tersebut dengan nama nama yang lain lain lagi.
Hikmat al Qur'an mengambil berat mengenai berirnan kepada Hari Akhirat
Di antara hikmatnya ialah:
Beriman kepada Hari Akhirat dapat mengesankan dalam hidup manusia, kerana beriman kepada Hari Akhirat dan perkara perkara yang berhubung dengannya yang terdiri dari syurga dan neraka, hisaban amalan, siksa dan pahala, keberuntungan dan kerugian, kesemuanya itu berperanan dalam mengarahkan manusia supaya iltizam dan sentiasa beramal soleh, taqwa kepada Allah. Dan memang berbeza jauh di antara dua orang berikut:
Seorang tidak percaya adanya Hari Kebangkitan, hisaban di atas amalan dan perkataan manusia, segala amalannya berdasarkan semata mata untuk kepentingan dan kesenangannya, tidak terikat dengan mana mana ikatan kebenaran kecuali ikatan hawa nafsunya. Tujuan hidupnya ialah kepentingan diri yang mengharuskan apa cara, apa tindakan dan amalan, walau bagaimana kemudaratan sekali pun.
Seorang percaya adanya Hari Akhirat, yang akan dihitung segala amalan dan perkataan manusia di hadapan Allah Yang Maha Adil, yang akan dibalas baik di atas amalan baik dan disiksa di atas amalan jahat. Dia terikat dengan garisan kebenaran, kebaikan dan kesolehan, di mana ketiga tiga perkara ini mempunyai nilai dan pertimbangan di sisi Allah pada Hari Akhirat, kerana firman Allah yang mafhumnya:
"Timbangan pada hari itu adalah kebenaran (keadilan) maka siapa yang berat timbangan kebaikannya mereka itulah orang orang yang beruntung. Dan siapa yang ringan timbangan kebaikannya mereka itulah orang orang yang merugikan dirinya sendiri, disebabkan mereka selalu mengingkari ayat ayat Kami." (Al-A'raf: 8-9)
Beriman kepada Hari Akhirat terikat.dengan amal soleh, kerana kita dapati uslub/susunan al Qur'an mengikatkan di antara beriman kepada.Hari Akhirat dengan amal soleh pada beberapa seperti:
a. yang mafhumnya,
"Tahukah kamu orang orang yang mendustakan agama? Itulah orang orang yang mengherdikkan anak yatim dan tidak menganjurkan memberi makan akan orang orang miskin." (Al Ma'un: 1-3)
b. yang mafhumnya,
"Hanyalah orang orang yang memakmurkan masyid masjid Allah ialah orang orang yang beriman kepada Allah dan (kepada) Hari Akhirat." (At-Taubah: 18)
c. yang mafhumnya,
"Orang orang yang beriman kepada Allah dan (kepada) Hari Akhirat tidak akan meminta izin kepadamu untuk (tidak ikut) berjihad dengan harta dan diri mereka. Dan Allah mengetahui orang orang yang bertaqwa. Sesungguhnya yang akan meminta kepadamu hanyalah orang orang yang tidak beriman kepada Allah dan (kepada) Hari Akhirat dan hati mereka ragu ragu, kerana itu mereka selalu bimbang dalam keraguannya." (At-Taubah: 44-45)
d. yang mafhumnya,
"Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat saling berkasih sayang dengan orang yang menentang Allah dan Rasul Nya." (Al-Mujadalah: 22)
e. yang mafhumnya,
"Sesungguhnya pada mereka itu (Nabi Ibrahim dan pengikut pengikutnya) ada contoh teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang orang yang mengharap (pahala) Allah dan (keselamtan) pada Hari Akhirat." (Al-Mumtahanah: 6)
f. yang mafhumnya,
"Demikianlah diberi pengajaran dengan itu akan orang orang yang beriman kepada Allah dan (kepada) Hari Akhirat." (At-Talaq: 2)
g. yang mafhumnya,
"Dan orang orang yang beriman kepada Allah dan (kepada) Hari Akhirat tentu beriman kepadanya (al-Qur'an) dan mereka selalu memelihara solat mereka." (Al-An'am: 92)
Dan banyak lagi ayat yang lain.
Oleh kerana manusia diciptakan dengan tabiat semula jadinya ingin kepada kemaslahatan untuk dirinya dan mengelakkan kemudaratan dirinya maka beriman kepada Allah dan kepada Hari Akhirat adalah penguat bagi semangat dan dorongan jiwanya, iaitu semangat ingin kepada kebaikan dan benci kepada kejahatan. Oleh yang demilkian, al Qur'an menitikberatkan dan selalu mengingatkan Hari Akhirat, serta menggambarkan tentang Hari Akhirat dengan berbagai bagai uslub bahasa yang berlainan, agar semangat kejiwaan manusia termeterai di dalam hati dan kuat pula pengaruhnya.
Kerana tabiat manusia banyak lupa dan lalai yang disebabkan oleh keinginan mereka kepada dunia ini dan kecintaan mereka kepada kemewahannya maka. al Qur'an banyak mengingatkan tentang Hari Akhirat. Kerana keyakinan kepada Hari Akhirat dan kepada balasan nikmat dan siksa boleh mengurangkan kecintaan mereka kepada dunia. Dengan demikian is menyedari bahawa kelazatan hidup di dunia dalam semua bentuknya tidak perlu berlumba lumba mencarinya, malah yang perlu berlumba lumba mencarinya ialah balasan nikmat yang disediakan di Hari Akhirat. Ayat al gur'an yang menganjurkan demikian ialah firman Allah yang mafhumnya:
"Wahai orang orang yang beriman! Apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah, kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempat kamu? Apakah kamu sudah puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat, pada hal kenikmatan hidup di dunia ini hanya sedikit kalau dibandingkan dengan kehidupan di akhirat." (At-Taubah: 38)
Aqidah yang menegaskan adanya Hari Akhirat telah dan sedang menjadikan manusia merasai pelik, yang disebabkan oleh fikiran mereka yang singkat, memandang hari kebangkitan tidak mungkin berlaku kerana jasad manusia telah berpindah menjadi tulang yang rapuh setelah mati. Kerana inilah barang kali al Qur'an selalu mengingatkan hal Hari Akhirat.
Firman Allah mengenai mereka yang mafhumnya:
"Qaf, Demi al Qur'an yang sangat mulia. (Mereka tidak menerimanya), bahkan mereka tercengang kerana telah datang kepada mereka seorang pemberi peringatan dari (kalangan) mereka sendiri. Maka berkatalah orang orang kafir "Ini adalah suatu yang amat ajaib, apakah kami setelah mati dan setelah manjadi tanah (kami akan kembali lagi)? Itu adalah pengembalian yang tidak mungkin". (Qaf: 1-3)
Perasaan begini dalam menghadapi hakikat kematian adalah perasaan yang lemah, kerana contoh benda benda yang mati kemudian hidup semula dalam kehidupan dunia ini memang banyak. Sebenarnya mata mereka tidak buta tetapi penglihatan hati yang menjadi buta.
Dalil beriman kepada Hari Akhirat dan Hujah orang orang yang mengingkarinya.
Al Qur'an dan al Sunnah juga akal yang waras membuktikan wajib beriman kepada Hari Akhirat. Di dalam al Qur'an acap kali Allah mengulangi pembicaraan mengenai Hari Akhirat, menyebut dalil dalil dan menolak hujah atau kekeliruan orang orang yang mengingkarinya pada beberapa tempat di dalam al Qur'an.
Begitu juga Allah menyebutkan kejadian kejadian yang berlaku di Hari Akhirat dengan panjang lebar yang tidak pernah disebut dalam kitab kitab yang diturunkan sebelumnya. Dan setiap Rasul yang diutus oleh Allah masing masing menyukakan kaum mereka dan menakutkan mereka dengan Hari Akhirat dan hukuman kufur kepada mereka yang mengingkarinya atau merasai ragu ragu. Firman Allah yang mafhumnya:
"Allah, tidak ada Tuhan selain Dia. Sesungguhnya Dia akan mengumpulkan kamu di Hari Kiamat, yang tidak ada keraguan padanya." (An-Nisa': 87)
Dan firman-Nya yang mafhumnya:
"Bukanlah menghadapkan wajah kamu ke arah timur dan barat itu suatu kebaktian, akan tetapi sesungguhnya kebaktfan itu iaiah beriman kepada Allah dan Hari Akhirat." (Al-Baqarah: 177)
Dan firman-Nya lagi yang mafhumnya:
"Barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat malaikat-Nya, kitab kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan Hari Akhirat maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh jauhnya." (An-Nisa': 36)
Al Qur'an menerangkan kepada kita tentang Nabi Nuh, dia berkata kepada kaumnya yang mafhumnya:
"Dan Allah menumbuhkan kamu dari tanah (maka tumbuhlah kamu) sebaik baiknya, kemudian Dia mengembalikan kamu ke dalam tanah dan mengeluarkan kamu (daripadanya) pada Hari Kiamat dengan sebenar-benarnya." (Nuh: 17-18)
Mengenai Nabi Ibrahim, dia berkata kepada kaumnya yang mafhumnya:
"Dan (iaitu Tuhan) yang amat ku inginkan untuk mengampuni kesalahanku pada Hari Akhirat." (Ta Ha: 15-16)
Dan khutab Allah kepada Nabi Musa yang mafhumnya:
Sesungguhnya Hari Kiamat itu akan datang, Aku sengaja merahsiakan (waktunya) agar supaya tiap tiap diri itu dibalas dengan apa yang dia usahakan. Maka sekali kali jangan kamu dipalingkan dari (memperingatinya) oleh orang yang tidak beriman kepadanya dan orang yang mengikuti hawa nafsunya, yang menyebabkan kamu menjadi binasa.
Dan Allah memerintahkan nabi-Nya Muhammad s.a.w supaya bersumpah dengan Allah mengenai Hari Akhirat pada beberapa tempat di dalam alQur'an seperti dalam ayat yang mafhumnya:
"Orang orang yang kafir mengatakan bahawa mereka sekali kali tidak akan dibangkitkan. Katakanlah (kepada mereka), tidak demikian, demi Tuhanku, pasti kamu akan dibangkitkan." (At-Taghabun: 7)
Dan orang orang yang mengingkari Hari Kebangkitan, mereka adalah mengingkari para Rasul Allah kesemuanya, sedang mereka disaksi benar oleh dalil aqli dan hasi (pancaindera). Mendustakan apa apa berita yang disampaikan oleh para Rasul Allah bererti menentang, mendustakan akal fikiran yang yang mengaku kebenaran mereka dan semata mata berdegil.
Orang orang yang mengingkari Hari Kebangkitan, sebenarnya mereka tidak mempunyai dalil. Kerana Hari Kebangkitan merupakan perkara ghaib yang tidak diketahui kecuali Allah sahaja. Dan aqidah tetap mengenai perkara perkara ghaib ialah tidak ada jalan untuk meyakini sesuatu perkara atau mengingkarinya kecuali melalui perkhabaran Allah Ta'ala. Para Rasui Allah yang mempunyai hujah hujah qat'i menerangkan bahawa mereka menerima wahyu itu dari Allah, mereka adalah orangorang yang benar pada menyampaikan sesuatu berita ghaib. Merekalah yang dibantukan dengan mukjizat mukjizat dan diperlihatkan ke ada mereka sebahagian dari perkara perkara ghaib dan para Rasul telah bersepakat mengisbatkan adanya Hari Akhirat.
Tetapi orang orang yang mengingkari Hari Kebangkitan menimbulkan beberapa syubhat/kekeliruan tentang Hari Akhirat ini berdasarkan pandangan mereka yang merasai tidak mudah untuk hidup semula setelah mati dan berubah menjadi tulang dan tanah, lalu mereka berkata sebagaimana Allah menceritakan di dalam finnan Nya yang mafhum:
"(Maka berkata orang orang kafir) apakah kami setelah mati dan setelah' menjadi tanah (kami akan kembali lagi)? Itu adalah pengembalian yang tidak mungkin." (Qaf: 3))
Dan firman-Nya yang mafhumnya:
"Dan mereka (orang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhan) berkata: "Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan dunia sahaja, kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang membinasakan kita selain dari masa." Dan mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah rnenduga duga sahaja." (Al-Jathiyah: 24)
Semua hujah dan kekeliruan yang mereka timbulkan itu tidaklah bernilai dan diperhitungkan. Kerana Allah telah menolak hujah dan kekeliruan itu serta menjelaskan kelemahan hujah hujah itu pada beberapa tempat dalam al Qur'an dan menerangkan bahawa beriman kepada kebangkitan adalah kepercayaan yang tidak diingkari oleh akal, malah meyakininya, kerana is tidak menyalahi tabiat, malah mempunyai contoh dalam kehidupan manusia dan ada tanda pada makhluk ciptaan Allah. Di antara contoh dan tanda tanda yang Allah sebutkan ialah:
1. Firman Allah yang mafhumnya:
"Dan (orang orang kafir) berkata: "Apakah bila kami telah menjadi tulang belulang dan benda benda yang hancur, apa benarkah kami akan dibangkitkan kembali sebagai makhluk yang baru? Katakanlah (kepada mereka): Jadikanlah kamu batu, atau besi, atau satu makhluk dari makhluk yang tidak (mungkin) hidup menurut fikiran kamu". Maka mereka akan berkata: "(Iaitu Allah) yang telah menjadikan kamu pada kali yang pertama". Lalu mereka akan menggeleng geleng kepala mereka kepadamu dan berkata: "Bilakah kita (akan terjadi)?" Katakanlah (kepada mereka):"Mudah mudahan waktu berbangkit itu dekat." (Al-Isra': 49-52)
Cubalah renung hujah dan kekeliruan yang mereka bawakan. Hujah dan kekeliruan yang akan dibawa oleh orang orang yang mengingkari Hari Akhirat di setiap zaman adalah sama dan tidak lebih dari kekeliruan yang disebut itu, kerana mereka merasai berat bagi Allah mengembalikan tubuh badan manusia yang telah berubah menjadi tulang yang rapuh kepada satu kejadian baru yang hidup dan mempunyai perasaan. Mereka merasai tidak mungkin berlakunya hal ini, kerana mereka tidak mengetahui bila akan berlaku hal demikian.
Syubhat dan kekeliruan yang disebut itu adalah berpunca dari:
kejahilan mereka tentang tabiat hidup dan mati,
kejahilan mereka tentang hikmah kekuasaan Allah dalam menciptakan makhluk yang dahulu tidak ada kemudian baru ada,
dan ketidakyakinan mereka kepada kudrah Allah, tetapi sebenarnya kalau merenung lebih mendalam adalah cukup bagi mereka untuk menyedari tentang kekuasaan Allah yang menciptakan mereka di mana dahulu mereka tidak ada, supaya mereka meyakini kebenaran Hari Kebangkitan manusia, hisaban amalan, nikmat dan siksa. Kerana masalahnya adalah mudah dan jawapannya adalah mudah juga iaitu: Manusia, dahulunya tidak ada kemudian is mendapati dirinya ada. Oleh yang demikian:
mestilah ada zat yang mencrptakannya dari tidak ada kepada ada, kemudian dirinya pula berubah dari suatu hal kepada hal yang lain dengan sebab mati,
maka mestilah ada zat yang berkuasa mengubahkan hal ini,
dan zat itu tidak lain kecuali Allah yang mula menciptakannya.
Kalau bukan Allah yang menciptakan tentu sekali tiap tiap orang berkuasa menahankan dirinya dari mati. Apabila Allah yang menciptakan makhluk ini, menghidupkan dan mematinya telah menegaskan bahawa Dia akan menghidupkan manusia semula sekali lagi, maka mengingkarinya adalah merupakan degilan dan takabbur.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Katakanlah, Allahlah menghidupkan kamu kemudian mematikan kamu, setelah itu la menghimpunkan kamu pada Hari Kiamat yang tidak ada keraguan padanya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Al-Jathsiyah: 26)
Firman Allah yang mafhumnya:
"Dan dia (orang kafir) membuat perumpamaan bagi kamu dan dia lupa akan kejadiannya, dia berkata: "Siapakah yang dapat menghidupkan tulang temulang yang telah hancur?" Katakanlah, dia akan dihimpunkan oleh Tuhan yang menciptakannya kali yang pertama dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhlukNya, (iaitu) Tuhan yang menjadikan untukmu api dari kayu yang hyau, maka tiba tiba kamu nyalakan (api) dari kayu itu. Dan tidakkah Tuhan yang menciptakan langit dan bumf itu berkuasa menciptakan yang serupa dengan itu? Benar, Dia berkuasa dan Dialah Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui" (Yasin: 78-81)
Pengarang berkata, "Syarah al Aqidah al Tahawiah ketika mentafsirkan ayat ayat itu beliau menjelaskan: "Sekiranya ada manusia yang paling mengetahui, paling sahih dan cekap berbahasa bercita cita membawa suatu hujah yang lebih baik dari susunan bahasa ayat ayat itu atau seumpama dengannya dari segi pada susunan dan jelas pengertian nescaya dia tidak berkuasa. Kerana Allah telah memulakan hujah dalam ayat itu dengan pertanyaan yang dibawa oleh orang yang mengingkarinya dan pertanyaan itu memerlukan jawapan.
Maka ayat ini yakni manusia itu lupa akan kejadiannya adalah jawapan bagi pertanyaan itu dan merupakan hujah terhadap mereka dan penghilang kekeliruan. Manakala Allah bertujuan menguatkan hujah itu dan menetapkannya, Allah berfirman yakni: "Katakanlah (wahai Muhammad kepada mereka): la akan dihimpunkan oleh Tuhan yang menciptakannya kali yang pertama" kerana tiap orang yang berakal meyakini dengan jazam bahawa zat yang berkuasa menghidupkan kali yang pertama berkuasa pula menghidupkan semula kali yang kedua, dan sekiranya la tidak berkuasa menghidupkan semula kali yang kedua maka menghidupkan kali yang pertama adalah lebih lemah atau lebih tidak kuasa lagi.
Bila masalah penciptaan bergantung kepada kekuasaan Pencipta terhadap makhlukNya dan pengetahuanNya yang meliputi segala makhluknya, Allah menyusuli ayat tadi dengan yakni "Allah Maha Mengetahui dengan segala sesuatu" maka Dia mengetahui segala pentafsilan penciptaanNya yang kedua.
Apabila sempurnanya kudrah Allah dan ilmuNya, maka apakah Allah tidak berkuasa menghidupkan tulang temulang yang telah rapuh dan hancur?
Kemudian Allah menguatkan lagi dengan dalil dan hujah yang terang, yang merupakan jawapan bagi pertanyaan orang yang mengingkari kebangkitan yang mengatakan "tulang temulang apabila telah hancur berubah menjadi suatu madah yang beku dan kering, sedang benda yang hidup mestilah mengandungi madah yang panas dan basah" dengan firman Nya yang mafhum:
"Allah yang menjadikan untukmu api dari kayu yang hijau, maka tiba tiba kamu nyalakan (api) dari kayu itu."
Allah menjelaskan bahawa Dialah yang mengeluarkan api atau unsur yang paling panas dan kering dari kayu yang hijau yang penuh dengan unsur beku dan basah. Maka Tuhan yang dapat mengeluarkan dari suatu perkara akan suatu unsur lain yang menyalahinya, Tuhan yang patuh kepadaNya leh semua madah dan unsur-unsur makhluk dan unsur-unsur itu tidak pula menyalahi ketentuan Allah, maka Allah-lah akan meluluskan hal kebangkitan dan hidup semula yang orang kafir menafi dan mengingkarinya.
Kemudian Allah menguatkan hujah tadi dengan berdalil kepada perkara yang lebih besar terhadap perkara yang lebih kecil, kerana setiap orang yang berakal telah mengetahui bahawa siapa yang berkuasa melakukan sesuatu yang besar maka terhadap yang kecil dan ringan adalah lebih berkuasa. Siapa yang berkuasa memikul seberat seratus kilo maka memikul barang yang seberat satu kilo adalah lebih ringan. Oleh yang demikian firman Allah yang mafhumnya,
"Dan tidakkah Tuhan yang menciptakan langtt dan burnt itu berkuasa menciptakan yang serupa dengan itu?"
Maka Tuhan yang menciptakan langit dan bumi yang tersergam dengan kebesaran, keluasan, kehebatan dan keajaibannya lebih berkuasa menghidupkan kembali tulang temulang manusia yang telah rapuh dan hancur
2. Firman Allah yang mafhumnya:
"Hai rnanusia! Jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur) maka (ketahuilah) bahawasanya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis mani, kemudian dari segurnpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sernpurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepadamu. Dan Kami rnenetapkan (sesudah itu) dalam rahim apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan. Kemudian. Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian. (dengan beransur-ansur) kamu sampailah kepada (umur) kedewasaan. Dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pegun hingga ia tidak mengetahui lagi sesuatu pun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila Kami turunkan air ke atasnya hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai-bagai macam turnbuhan yang indah. Sesungguhnya Hari Kiarnat itu mestilah datang, tak ada keraguan padanya, dan bahawasanya Allah mernbangkitkan semua orang di dalam kubur." (A1-Hajj: 5-7)
Ayat-ayat ini mengandungi dalil-dalil yang jelas membuktikan kekuasaan Allah dalam menghidupkan kembali apa yang telah mati, di mana dalil-dalil itu dapat menghilangkan keraguan, kekeliruan dan kehairanan tentang kebangkitan kembali di Hari Kiamat, laitu:
Ayat tadi menunjukkan kekuasaan Allah menciptakan makhluk. Dan penciptaan
manusia adalah dari zat tanah yang tidak kelihatan sedikit pun tanda-tanda
hidup.
Ayat tadi juga menjelaskan kekuasaan Allah menciptakan manusia dari suatu proses kepada satu proses lain yang ternyata berlainan.
Proses kejadian manusia dan titisan air mani kepada segumpal darah, kemudian kepada segumpal daging, kemudian dibukakan pendengaran dan penglihatan, diperlengkapkan dengan pancaindera dan kekuatan, tulang temulang, urat saraf dan lain-lain kemudian disempurnakan penciptaannya sesempurna-sempurnanya hingga lahirlah manusia dalam bentuk dan rupa paras yang sebaik-baiknya seperti firman Allah yang maihurnnya:
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam sebaik penciptaan." (At-Tin: 4)
Dengan penciptaan demikian apakah Allah tidak berkuasa menghidupkan kembali setelah manusia mati? Menghidupkan manusia kembali adalah merupakan pemindahan dari suatu proses kepada suatu proses yang lain, di mana orang-orang yang mengingkarinya dapat melihat contoh-contoh proses itu pada dirinya dan pada setiap manusia di permukaan bumi ini.
A1-Ustadz Sayyid Qutb telah menarik perhatian kita kepada suatu pengertian yang sangat dalam yang terkandung dalam ayat-ayat itu, katanya:
Proses penciptaan bayi dalam rahim dan perkembangan hidup kanak-kanak setelah mencelik mata melihat dunia ini menunjukkan adanya iradah yang mentadbirkan proses-proses tersebut, yang bertujuan mengangkatkan manusia supaya sampal kepada sesempurna peringkat di alam akhirat, kerana apabila manusia tidak dapat mencapal kesempurnaan sejati dalam hidup di dunia ini, kerana setelah sampai kepada peringkat sempurna penciptaan tubuh badannya, dia pun mulai patah turun dan mulai lemah hingga dia tidak mengetahui lagi sesuatu pun yang dahulunya telah diketahuinya. Maka pastilah ada alam lain iaitu alam akhirat yang akan menyampaikan manusia kepada kesempurnaan yang sejati.
Maka kejadian manusia yang melalui beberapa proses itu menunjukkan kepada kebangkitan kembali di Hari Kiamat dari dua segi iaitu:
Di segi zat yang berkuasa menciptakannya berkuasa pula menghidupkannya
kembali.
Di segi iradah Allah yang mengurus segala-gala akan menyempurnakan kesempurnaan sejati bagi manusia di alam akhirat.
Dan demikianlah berhimpunnya undang-undang penciptaan kali pertama dan pembangkitan kembali kali kedua, undang-undang hidup dan bangkit semula, undang-undang perhitungan amalan dan balasan. Semua undang-undang itu menyaksikan adanya Tuhan yang mengurus hal makhluk ml. Dan kewujudan Allah itu tidak perlu diragu-ragu dan diperbahaskan lagi.
Ketika menyebut hal proses penciptaan manusia dan perubahan dalam hidupnya mengandungi satu pengertian iaitu menarik perhatian orang-orang yang mengingkari kebangkitan manusia di akhirat dan orang yang degil dan mengakui bahawa kekuasaan Allah berlaku pada diri mereka, malah berlaku pada tiap-tiap insan. Kerana sebelum ía menjadi seorang manusia yang sempurna, ia adalah setitis air mani yang lemah, tidak berharga, ia adalah segumpal darah dan segumpal daging yang tidak berbentuk apa-apa.
Perubahan itu dalam semua prosesnya adalah lemah, lebih menyerupai dengan manusia yang dalam keadaan mati, di samping itu Allah menjadikannya hidup, berupa paras serta membekalkan padanya sebab-sebab yang membolehkan mereka hidup, hingga akhirnya jadilah ia seorang manusia yang sempuma, pandai memikir, berbahasa, berbantah dan mempunyai perasaan. Penciptaan Tuhan akan demikian lebih menyerupai dengan cara menghidupkan manusia yang telah mati yang manusia mengingkarinya. Oleh yang demikian firman Allah yang mafhumnya:
Bukankah rnanusia dahulu setitis mani yang diturnpahkan (ke dalam rahim) kemudian mani itu menjadi segumpal darah lalu Allah menciptakannya dan menyernpurnakannya, Lalu Allah menjadikan daripadanya sepasang lelaki dan perempuan. Bukankah (Allah yang berbuat) dernikian berkuasa (pula) rnenghidupkan orang-orang mati?" (Al-Qiyamah: 37-40)
3. Ayat-ayat tadi menunjukkan adanya Hari Kebangkitan manusia dan meyakinkan kekuasaan menghidupkan yang telah mati iaitu bumi yang kita lihat kering kontang, tidak ada tanda-tanda hidup, tidak ada tanaman yang tumbuh, bila turun air hujan lahirlah tanda-tanda hidup dan tumbuhlah berbagai-bagai tumbuhan yang berlainan warna, bentuk, buah, rasa dan faedahnya. Pengertian ini samalah dengan firman Allah yang mafhumnya:
"Sesungguhnya Tuhan yang menghidupkan bumi yang kering itu tentu dapat menghidupkan (manusia) yang mati. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa di atas segala sesuatu." (Fussilat: 39)
Pernah ditanya baginda Rasulullah s.a.w. bagaimana Allah dapat menghidupkan manusia yang telah mati. Dan manakah tanda-tanda penghidupan semula di alam dunia ini?
Baginda bertanya : Apakah engkau pernah melalui suatu wadi yang kering dan mati?
Dia menjawab : Ya, pernah.
Baginda bertanya : Kemudian selepas itu tidakkah engkau melihat wadi itu juga subur dan hidup?
Dia menjawab : Ya, pernah lihat ia subur.
Baginda berkata : Demikianlah Allah menghidupkan yang mati dan itulah tanda-tandanya di alam dunia mi.
Firman Allah yang mafhumnya:
“Maka apakah karnu menyangka bahawa sesungguhnya Kami mencipta kamu secara sia-sia (main-main sahaja)? Dan bahawa kamu tidak akan kembali kepada Kami?” (Al-Mu'minun: 115)
yang mafhumnya,
"Apakah rnanusia menyangka bahawa dia akan dibiarkan begitu sahaja (tanpa dipertanggungjawabkan)?" (Al-Qiyamah: 36)
Dua ayat di atas dan ayat-ayat lain yang seumpamanya mengingatkan bahawa beriman dengan kebangkitan di akhirat, hisaban amalan dan balasan adalah di antara tuntutan mentauhidkan Allah pada sifat-sifatNya yang sempurna dan nama-nama-Nya yang mulia. Beriman dengan demikian adalah ekoran dari rukun iman yang pertama iaitu beriman kepada Allah. Siapa yang mengingkani bererti ia tidak beriman kepada Allah. Kerana sikap demikian:
bererti mengingkar hikmah dan kekuasaan Allah menciptakan makhluk i,
mengingkari keadilan Allah terhadap makhluk-Nya dan membekukan sifat-sifat
Allah
bererti manusia menghinakan dirinya sendiri, kerana ia beri’tiqad bahawa:
ia dijadikan dengan sia-sia, tanpa ada tujuan yang mulia,
hidupnya di bumi itu terbatas pada umurnya yang pendek dan dalam kehidupan yang penuh dengan kegelisahan, kerisauan, kesusahan dan kezaliman,
ia dibiarkan hidup di dunia ini dengan sia-sia. Orang yang menzalimi tidak dibalas dengan sebab kezalimannya, onang yang adil tidak dibalas dengan sebab keadilannya, orang yang berbuat baik tidak dibalas dengan sebab kebaikannya dan orang yang berbuat jahat juga tidak dibalas dengan sebab kejahatannya.
Berdasarkan yang demikian, maka beriman kepada kebangkitan semula di Hari Akhirat:
Itulah yang sesual dengan keadilan dan Maha Bijaksanaan Allah
Itulah yang diimani oleh akal
Itulah yang disenangi oleh fitrah yang sejahtera.
Pentafsilan beriman kepada Hari Akhirat
Manakala beriman kepada Hari Akhirat merupakan sepenting-penting asas iman, maka ia tidak sempurna melainkan dengan berhimpunnya dua perkara ini:
1. Beriman dengan adanya Hari Akhirat secara ijmal. Dan inilah garisan yang paling rendah untuk mencapai satu rukun dari rukun-rukun iman
2. Beriman dengan segala berita yang diceritakan oleh Rasulullah s.a.w. mengenai perkara-perkara ghaib yang akan berlaku selepas mati.
Kami bentangkan di sini perkara-perkara yang diterangkan oleh aI-Qur’an dan hadith-hadith sahih dalam konteks beniman dengan Hari Akhirat.