Peringkat-Peringkat Zaman Nubuwwah
1.0 Pembahagian Zaman Nubuwwah.
1. Peringkat Mengasaskan Darul Islam.
2. Peringkat Mengangkat Senjata untuk Mempertahankan Did.
3. Peringkat Mengembangkan Da’wah dan Menghancurkan Kemungkanan dengan Kekuatan.
Peristiwa-Peristiwa Penting zaman Al-Makki
1.0 Tiga Tahun Pertama Selepas Nubuwwah.
1. Da’wah Kepada Keluarga dan Teman yang Paling Dipercayai
3. Penyusunan Muminin di Darul Arqam.
4. Berita Kegiatan Da’wah mula Tersebar di Kalangan Pemimpin-pemimpin Quraisy.
1. Tahun Pertama hingga Tahun Ketiga Dawah Terbuka.
Peristiwa-Peristiwa Penting zaman Al-Madani
BAHAGIAN 1
PERINGKAT-PERINGKAT ZAMAN NUBUWWAH
1.0 Pembahagian Zaman Nubuwwah
Zaman nubuwwah bermula dengan perlantikan Muhammad ibn Abdullah sebagai nabi ketika baginda berusia empat puluh tahun. Zaman nubuwwah ini dibahagikan kepada dua peningkat utama, iaitu Zaman al-Makki dan Zaman al-Madani. Permngkat pertama bermula sejak Rasulullah s.a.w menenima wahyu pertama hingga penghijrahannya ke Madmnah. Peringkat kedua pula bermula daripada sampainya baginda ke Madmnah hingga kewafatannya. Zaman al-Makki berlangsung selama tmga belas tahun, manakala Zaman al-Madani pula berlalu selama sepuluh tahun.
Di peringkat Makki, Rasulullah s.a.w menumpukan tenaganya untuk menyampaikan dan mengaj ankan al-Qur’an, memurnikan jiwa, membersihkan flkiran dan menghapuskan ‘adat-’adat jahiliyyah di kalangan masyarakat Quraisy. Pokok kepada risalahnya ialah pengasasan ‘aqidah tauhid dalam jiwa orang-orang yang beriman kepada da’wahnya.
Pada peningkat Madani pula, Rasulullah s.a.w menumpukan perhatiannya dalam membina masyarakat Islam melalui peraturan bernegara, mengukuhkan identiti Islam sebagai syari’ah dan daulah, merencanakan tindakan-tindakan yang berkesan untuk menghapuskan kemungkaran, melatih kaum muslimin sebagai pemimpin-pemimpin manusia sejagat dan menyebarkan risalah Islam di serata pelusuk dunia.
2.0 Zaman al-Makki
Zaman al-Makki ialah peringkat pengenalan risalah Islam, gugatan permulaan terhadap sistem jahiliyyah, persediaan kepada pendukung-pendukung rmsalah dan proses penapisan awalan terhadap keimanan jati orang-orang yang mengaku mendukung nisalah tersebut. Di peringkat ini Rasulullah s.a.w menumpukan perhatiannya untuk membetulkan konsep dan pandangan hidup manusia di sekitarnya. Rasulullah s.a.w beijuang menyampaikan risalah yang bertonggakkan tauhidullah kepada seluruh manusia. Risalah perjuangan Rasulullah s.a.w, dan awal perjuangan hingga kepada akhirnya, bersumberkan wahyu rabbani.
Kepada orang-orang yang beriman, Rasulullah s.a.w memperkukuhkan ‘aqidah mereka. Baginda meneguhkan lagi asas-asas Islam ke dalam jiwa mereka dengan keimanan yang sahih, konsep hidup yang bersih, ‘amal-amal yang betul dan ketabahan yang berterusan.
Peringkat al-Makki sendiri terdiri daripada beberapa peringkat yang digambarkan oleh ayat-ayat al-Qur’an yang turun ketika itu. Sifat atau bentuk ayat-ayat Makkiyyah menjelaskan peringkat-peringkat yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w dan kaum muslimin di Makkah.
Berpandukan kepada surah-surah yang diturunkan di Makkah selama tigabelas tahun tersebut, maka perjuangan di peringkat al-Makki boleh dibahagikan kepada tiga peringkat utama.
1. Peringkat Makki Pertama
Peringkat ini dimulakan dengan Rasulullah s.a.w menerima nubuwwah dan risalah. Sebaik sahaja risalah Islam diterimanya, baginda melaksanakan dawah kepada orang-orang yang paling dipercayainya secara senyap-senyap. Apabila bilangan orang yang menyokongnya telah mula bertambah maka baginda pun merancangkan pentarbiyyahan mereka secara yang lebih terencana. Pada masa ini segala-galanya dilakukan secara rahsia. Beberapa tahun kemudian. baginda diperintahkan Allah untuk mengisytiharkan risalahnya kepada orang ramai secara terbuka. Reaksi awal terhadap risalahnya adalah penentangan golongan almala' di kalangan Quraisy. Peringkat pertama ini kemudiannya menyaksikan penyeksaan kaum muslimin. Pada mulanya daripada kalangan hamba sahaja, tetapi kemudian melarat kepada kalangan sahabah-sahabah yang lain. Apabila penyeksaan menjadi terlalu berat, Rasulullah s.a.w mengizinkan sebahagian danipada sahabahnya berhijrah ke Habasyah. Penghijrahan pertama ini berlaku pada bulan Rejab tahun ke-5 nubuwwah. Penghijrahan tersebut juga dilihat sebagai tindakan untuk mencapai kemaslahatan pengembangan nisalah Islam ke kawasan di luar Makkah.
Rentak perjuangan al-Makki ditetapkan oleh surah-surah Makkiyyah yang diturunkan di peringkat ini. Ayat-ayat al-Quran ketika ini berkisar di sekitar perkara-perkara berikut:
Pembicaraan berkenaan wahyu dan aqidah
Gambaran mengenal kekuasaan Allah dan kesan rahmat-Nya
Menegaskan keyakinan bahawa manusia akan dibangkitkan kembali pada Yaumul Qiyamah
Menggambarkan peristiwa yang akan berlaku pada Hari Kiamat
Memberi amaran kepada kaum musyrikin bahawa mereka akan menerima ‘azab di dunia sebagaimana yang menimpa umat dahulu yang telah mendustakan Allah
Meneguhkan konsep tanggungjawab kerana setiap perbuatan akan disoal oleh Allah kelak
Menghiburkan hati Rasulullah s.a.w akibat siksa dan penmndasan yang dilakukan oleh kaumnya sendiri dengan menceritakan segala seksaan dan penderitaan yang telah dialami oleh sekahan rasul tendahulu
Menjelaskan bahawa ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dan ajaran-ajaran yang dibawa oleh rasul-rasul sebelumnya adalah aqidah yang satu
Menerangkan secara tidak langsung bahawa Islam adalah seruan sejagat, ia bersifat alamiyyah, merangkumi seluruh umat manusia di atas muka bumi ini.
Tajuk-tajuk ini merupakan perkara asasi bagi semua surah yang diturunkan di peningkat al-Makki pertama. Perkara-perkara di atas diolah dan dibicarakan dengan cara yang berbeza mengikut pelbagai rentak irama agan ia dapat memberi kesan yang mendalam kepada pendengarnya.
2. Peringkat Makki Pertengahan
Peringkat Makki pertengahan adalah tahap pertembungan di antana haq dan batil mengambil pelbagai bentuk. Di antara perkara-perkana yang berlaku dalam peringkat ini ialah penyeksaan tenhadap kaum muslimin yang berkedudukan tinggi dilakukan oleh kaum kerabat mereka sendiri yang masih musyrik, Rasulullah s.a.w disakiti dengan kata-kata yang pedih, Rasulullah s.a.w mempergiatkan da’wahnya kepada pemimpin-pemimpin Quraisy, tawar menawar yang dilakukan oleh Quraisy agar Rasulullah s.a.w mengendurkan prinsip-prinsipnya, bibit kekuatan kaum muslimin dengan kemasukan Hamzah ibn Abdul Muttalib dan ‘Umar ibn al-Khattab ke dalam Islam yang mencemaskan kaum musyrikin, serta sokongan Abu Talib dan seluruh Banu Hashim kecuali Abu Lahab. Peringkat ini akhirnya menyaksikan kebuntuan golongan musyrikin yang terpaksa mengambil tindakan memulaukan seluruh Bani Hashim. Pemulauan ini bermula daripada tahun ke-7 nubuwwah dan berakhir pada tahun ke 10 nubuwwah.
Pedngkat al-Makki pertengahan berjalan di atas dasar penerusan asas-asas risalah yang telah dikemukakan lima tahun tendahulunya, ataupun dua tahun selepas bermulanya da’wah terbuka. Kandungan risalah dalam pedngkat ini adalah penegasan asas-asas Islam serta prinsip-pdnsip hidup kaum muslimin serta perjuangan mereka.
Pada peringkat al-Makki pertengahan juga semua hakikat mengenai tujuan kejadian alam, kehidupan dan manusia yang telah dibicarakan dalam peningkat pertama juga dibicarakan sekali lagi dengan lebih meluas dan mendalam. Segala bahagiannya diperkatakan dengan lebih terperinci. Segala butirnya dijelaskan dengan lebih terang dan nyata. Di antara penekanan yang digambarkan dalam surah-surah yang diturunkan di pedngkat ini ialah:
Menghujani kaum musyrikin dengan amaran dan ancaman tentang azab yang akan menimpa mereka di Akhirat kelak.
Membentangkan secara bertubi-tubi kepada kaum musyrikin gambaran bagaimana Allah membinasakan setiap umat yang zalim.
Menerangkan secara terperinci dalil-dalil yang menunjukkan ke- Esaan Allah, kebenaran wahyu, kepastian berlakunya Yaumul Qiyarnah, kepastian berlakunya hari kebangkitan, kepastian berlakunya hari perhimpunan dan kepastian balasan baik serta balasan buruk.
Menggambarkan syurga dan neraka dengan pelbagai gambaran. Menggambarkan pemandangan syurga yang menggembirakan dan menggambarkan pemandangan neraka yang menakutkan.
Mengingatkan tentang ni’mat-nimat Allah yang tidak terhingga di bumi dan di langit, di dalam diri manusia dan di setiap pelusuk 'alam.
Menggalakkan manusia melakukan amal saleh.
Menekankan bahawa semua ajaran rasul-rasul itu adalah sama dalam masalah asas keimanan.
Menerangkan bagaimana kejadian pertama alam ini dan bagaimana Adam dan Iblis dijadikan. Menjelaskan segala rahsia keimanan dan kekufuran agar pendengarnya dapat memusatkan perhatian terhadap perihal pentingnya membina ‘aqidah yang kukuh.
Ayat-ayat al-Quran yang diturunkan pada masa ini mengukuhkan asas-asas keimanan kaum muslimin yang selama ini telah sedia terbukti tahan diuji. Iman yang sedia kukuh ini dikuatkan lagi dengan mengaitkan perjuangan kaum muslimin dengan perjuangan Nabi Ibrahim. Allah menenangkan hati kaum muslimin dengan menceritakan bagaimana Allah menggembirakan hati Nabi Ibrahim yang telah lanjut usianya dengan kelahiran Nabi Ishaq. Nabi Ishaq sendini dijanjikan oleh Allah bersama-sama dengan Nabi Ismail akan meneruskan perjuangan tauhid. Allah juga memberi ketenangan kepada kaum muslimin ketika itu yang sedang dilanda penyeksaan dan tekanan yang pedih, agar sentiasa berharap kepada Allah dan jangan sekali-kali berputus asa akan kejayaan dan kemenangan danipada Allah.
Dalam surah al-Hijr, Allah berfirman dalam menggambarkan keimanan Nabi Ibrahim yang mafhumnya:
“Mereka berkata: ‘Janganlah kamu merasa takut, sesungguhnya kami memberi khabar gembira kepadarnu dengan (kelahiran) anak laki-laki yang akan menjadi orang yang ‘alim.’ Berkata (Ibrahirn) : ‘Apakah kamu memberi khabar gembira kepadaku padahal usiaku sudah lanjut, maka dengan cara bagairnanakah (terlaksananya) berita gembira yang kamu khabarkan itu ?.‘ Mereka menjawab: ‘Kami menyampaikan khabar gembira kepadamu dengan benar, maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang berputus asa.’ (Ibrahim,) menjawab: ‘Tidak ada orang yang berputus asa akan rahmat Tuhannya, kecuali orang-orang yang sesat” (Al-Hijr: 53-56)
Semua persedian ini dilaksanakan agar kaum muslimin dapat menangani tekanan yang lebih hebat pada masa-masa akan datang.
Peningkat al-Makki pentengahan diakhiri dengan surah al-Hijr, iaitu surah yang paling panjang diturunkan sehingga peringkat ini. Ia dimulakan dengan huruf fawatih dan disudahi dengan perintah agar Rasulullah s.a.w terus berjuang menegakkan risalah Islam sehingga datang ajalnya kelak.
Fmrman Allah di akhir surah ini yang mafhumnya:
“Dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini” (Al-Hijr: 99)
3. Peringkat Makki Akhir
Peringkat Makki akhir bermula dengan tahun yang sangat menyedihkan kepada Rasulullah s.a.w kerana kematian bapa saudaranya, Abu Talib dan isterinya Khadijah. Dengan kematian kedua-dua pendukung perjuangan Rasulullah s.a.w ini pada tahun ke-10 selepas nubuwwah, maka kaum musyrikin Quraisy merasakan bahawa mereka dapat bertindak sesuka hati terhadap Rasulullah s.a.w. Ini kerana selama mana Abu Talib masih hidup, selama itulah Banu Hasyim akan sentiasa melindungi Rasulullah s.a.w. Dalam peringkat ini, penolakan Quraisy terhadap Islam makin menonjol. Pada masa ini juga tergambar jelas bahawa mereka telah menutup sama sekali hati mereka kepada risalah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Apabila hati penduduk Makkah tertutup terhadap risalah Islam, Rasulullah s.a.w mencari saluran lain agar risalahnya dapat terus berkembang. Sesuai dengan dasar yang telah ditekankan di peringkat Makki pertengahan, Rasulullah s.a.w tidak berputus asa mencani orang-orang lain untuk mendukung risalah tauhid yang dibawanya. Pada peringkat Makki akhir ini Rasulullah s.a.w berda'wah kepada penduduk-penduduk di luar Makkah, seperti Taif dan orang-orang dari Yathdb serta qabilah-qabilah Arab lain yang datang ke Makkah untuk mengerjakan haji. Peringkat Makkah akhir ini berakhir dengan hijrahnya Rasulullah s.a.w ke Yathrib pada tahun ke-13 selepas nubuwwah.
Isi kandungan risalah Rasulullah s.a.w pada peringkat al-Makki akhir berdasarkan kepada surah-surah al-Quran yang menekankan permasalahan-permasalahan berikut:
Memperincikan konsep wahdaniyyah Allah, dan sekaligus menghapuskan kepercayaan karut dan tahyul di kalangan orang-orang Arab dan membersihkan pemikiran mereka daripada sebarang unsun-unsur yang boleh membawa kepada syirik
Membetulkan ‘aqidah mumin terhadap perkara-perkara ghaib dengan cara menceritakan kisah-kisah yang dapat difahami dan dikaitkan dengan masalah aqidah
Memandang kecil dan rendah terhadap nilai-nilai kebendaan dan menerangkan bahawa dunia ini tidak kekal dan akan binasa dalam masa yang singkat
Menegaskan bahawa dengan kekuasaan segala perkara boleh dilakukan. Tetapi kekuasaan yang sebenar ialah kekuasan yang tunduk serta mengajak seluruh manusia tunduk kepada Allah. Kekuasaan bukan daripada kekuatan manusia, tetapi kekuasaan adalah daripada Allah. Kemuliaan manusia yang sebenar ialah apabila mereka dianugerahkan dengan kekuasaan yang berasaskan kepada keimanan dan taqwa
Merumuskan konsep ketunggalan risalah para rasul yang merangkumi segenap generasi manusia.
Peringkat Makki akhir disudahi dengan surah Ibrahim. Di dalam surah ini, Nabi Ibrahim ditonjolkan sebagai seorang peribadi yang tinggi akhlaqnya, luhur budinya, terbuka jiwanya untuk sentiasa benharap dan berdoa kepada Allah dan peka hatinya terhadap bahaya syirik penyembahan berhala daripada menjangkiti anak cucunya yang akan datang. Di dalam surah ini juga, Allah menggambarkan bagaimana Nabi Ibrahim menutup do’anya dengan meminta kepada Allah agar mencucurkan kemaafan kepadanya, kedua ibu bapanya dan kepada seluruh umat Islam pada hari hisab kelak.
Firman Allah yang mafhumnya:
“Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dari sekalian orang-orang rnu’min pada hari terjadinya hisab” (Ibrahim: 41)
Penutup doa Nabi Ibrahim itu sendiri menegaskan kepada kaum musyrikin Quraisy, bahawa Nabi Ibrahim yang mereka agung-agungkan itu sebenarnya berada di pihak kaum muslimin yang sedang mereka tindas. Ini bertambah jelas lagi, kerana sebelum Nabi Ibrahim menutup doanya lagi, beliau terlebih dahulu telah melepaskan tanggungjawabnya daripada golongan musyrikin.
Firman Allah yang mafhumnya:
“Ya Tuhanku, sesungguhnya berhala-berhata itu telah menyesatkan kebanyakan daripada manusia, maka barangsiapa yang mengikutiku, maka sesungguhnya orang itu termasuk golonganku, dan barangsiapa yang mendurhakai aku, maka sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Ibrahim: 36)
Peringkat Makki akhir juga menyediakan kaum muslimin untuk menghadapi medan dan sasaran baru di dalam dawah. Surah surah yang diturunkan di peringkat ini tendiri daripada surah surah yang panjang. Seruan yang terkandung di dalam surah-surah tersebut ditujukan kepada seluruh manusia, tidak lagi kepada penduduk Makkah sahaja. Kisah-kisah berkenaan Nabi Musa yang tidak diketahui oleh orang-orang Yahudi sendiri ditenangkan secara teratun dan tepat. Ini adalah satu persediaan untuk kaum muslimin terhadap sasaran baru dalam dawah mereka, iaitu kaum Yahudi di Madinah.
Di samping itu intipati penekanan ayat-ayat di peringkat ini ialah menyeru manusia agar taat kepada Allah dan taat kepada RasulNya. Di samping itu digambarkan juga kekuasaan Zulkarnain yang memenintah satu kawasan dunia yang sangat luas di atas dasar ‘aqidah. Penekanan-penekanan dalam bentuk-bentuk ini dilakukan untuk menyediakan fikiran dan jiwa kaum muslimin terhadap sebuah negara yang akan mereka tadbirkan sedikit masa lagi.
Peringkat Makki akhir adalah peringkat peralihan di antara perjuangan yang akan berlaku di Madinah dengan perjuangan tahap akhir kaum muslimin di Makkah. Ayat-ayat yang menegaskan identiti kaum muslimin sebagai umat yang unik, penisytiharan kesinambungan perjuangan seluruh para anbiya berakhir kepada mereka, permntah taat kepada Allah dan Rasul-Nya yang tidak putus-putus, adalah persediaan mental bagi kaum muslimin terhadap satu zaman perundangan yang sedang menanti di hadapan mereka.
3.0 Zaman al-Madani
Zaman al-Madani bermula dengan penghijrahan Rasulullah s.a.w ke Madinah. Sewaktu Rasulullah s.a.w tiba, keadaan kota Madinah terdiri daripada beberapa daerah yang didiami oleh kabilah-kabilah Arab, terutamanya daripada rumpun suku-suku Aus dan Khazraj, dan kabilah-kabilah Yahudi seperti Banu Nadir, Banu Quraizah dan Banu Qainuqa. Biasanya daerah-daerah ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu daerah pertanian dan rumah-rumah tempat tinggal, dan yang kedua ialah daerah yang terdid dadpada benteng atau pun kubu-kubu pertahanan.
Zaman al-Madani bukan sahaja merupakan era penghijrahan yang berbentuk pemindahan dari satu kota ke sebuah kota yang baru, tetapi ia juga menggambarkan kesulitan dan kerumitan dawah dan perjuangan yang mesti diharungi oleh kaum muslimin di atas beberapa perkiraan berikut:
Penyatuan hati, penyelarasan kefahaman dan pembulatan tekad perjuangan di
kalangan saff muslimin Makkah dan Madinah
Persediaan saff muslimin terhadap satu masyarakat yang kompleks di segi struktur kemasyarakatannya yang mudah berlaku peperangan sesama sendiri,
kepelbagaian agama dan budaya serta monopoli ekonomi yang berada di tangan
orangorang Yahudi
Kewujudan Madinah sebagal Darul Islam yang telah mendefinisikan satu bentuk pertembungan yang baru dengan negara musyrikin Quraisy di Makkah. Jika selama tiga belas tahun yang silam, pertembungan adalah di antara pihak yang berkuasa dengan satu kumpulan mmnoniti di dalam sebuah negara yang sama, tetapi kini ia merupakan satu pertembungan di antara sebuah negara dengan sebuah negara yang lain.
Dengan pertolongan Allah, Rasulullah s.a.w berjaya mengatasi kerumitan-kerumitan di atas dan sekali gus dapat menegakkan negara Islam yang pertama di Madinah. Rasulullah s.a.w dibantu dengan sokongan dan pengorbanan kaum Ansar dan Muhajirin yang telah lama ditarbiyyahnya.
Dalam peringkat perjuangan ketika mi, Rasulullah s.a.w dan para sahabahnya menghadapi satu suasana baru dan mereka bekerja bersungguh-sungguh untuk mengukuhkan negara Islam. Wujudnya negara Islam di Madinah merupakan satu tamparan yang hebat kepada pemerintahan musyrikin Quraisy di Makkah. Ini kerana sebelum itu tidak ada sebarang kuasa di Semenanjung Arab yang dapat menyaingi, apatah lagi mencabar kepemimpinan Quraisy terhadap seluruh bangsa Arab.
Kesan daripada wujudnya negara Islam di Madinah, maka berlakulah pergeseran yang akhirnya memuncak menjadi pertembungan bersenjata di antara Makkah dan Madinah. Pergeseran ini kemudiannya bukan hanya melibatkan musyrikin Makkah, tetapi mengheret seluruh golongan bukan Islam daripada kalangan kaum musynikin dan Ahiul Kitab untuk turut terbabit dan bersepakat memerangi Negara Islam di Madinah. Kemuncak kepada pertembungan ini berkesudahan dengan peperangan-peperangan atau ghazawat di antana kaum muslimin dengan golongan-golongan ini.
Setiap peringkat dawah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w di Madinah menyediakan kaum muslimin untuk satu peringkat dawah yang baru. Peringkat al-Madani merupakan zaman diturunkan ayat-ayat al-Qur’an yang berkaitan dengan undang-undang. Setiap peringkat ini pula dilsi dengan turunnya ayat-ayat al-Quran yang bersifat perundangan. Proses perundangan ini pula berlaku dengan turunnya ayat-ayat hukum yang sebahagiannya secara taddj, ijmal dan tafsil bagi memperkukuhkan asas-asas Islam sebagal syariat yang syumul. Dalam pedngkat ini juga tendapat penlaksanaan hukum-hukum dan perundangan yang merangkumi seluruh bidang kegiatan manusia. Sebahagian dadpada hukum-hukum itu pula timbul sebagai jawapan bagi masalah-masalah yang dihadapi oleh kaum muslimin dengan perkembangan ummah. Rentak perjuangan Islam yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w di Madinah juga ditentukan oleh ayat-ayat al-Qunan yang diturunkan mengikut peringkat-peningkat tertentu. Seluruh penjuangan di Madinah berpandukan kepada wahyu yang diturun secara berterusan.
Penmngkat penjuangan di Madinah adalah satu penjuangan yang luas ruang lingkupnya. Peringkat-peringkat dawah dan perjuangan di Madinah dapat dilihat secara kasar sebagai berikut:
1. Peringkat Mengasaskan Darul Islam
Perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dalam mengasaskan Darul Islam ialah dengan membina sebuah masjid sebagai pusat penyelarasan dan pengukuhan kefahaman dan ‘ilmu para sahabah. Pada masa yang sama masjid juga berperanan sebagai medan di mana kaum muslimin dapat bertaaruf dan
bermesra juga sebagai pusat pelancaran kegmatan dan aktiviti negara.
Perkara kedua yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w ialah mempersaudarakan kaum Muhajirin dengan Ansar. Dengan cara ini ukhuwwah dan mahabbah terjalin di kalangan saff muslimin dan masalah-masalah sosial dan ekonomi kaum Muhajirin dapat diselesaikan secara tabi’i.
Perkara ini dirakamkan oleh al-Quran sebagai:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan jiwanya pada jalan Allah, dan orang orang yang memberikan tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang muhajirin), mereka itu satu sama lain lindung-melindungi.”
Perkara ketiga yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w ialah mengikat penjanjian dengan kabilah-kabilah Yahudi. Baginda juga mengikat perjanjian dengan kabilah-kabilah musynikin ‘Arab yang tinggal di sekitar Madmnah. Hasil perjanjian di antana kaum muslimin dan qabilah-kabilah Yahudi dan musyrikin ini dijadikan sebagal piagam yang menjadi panduan bagi hubungan pihak-pihak yang terlibat di dalam piagam tersebut.
Perkara keempat yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w ialah menetapkan batas-batas sempadan Dar al-Islam. Dengan ini kedaulatan Madinah sebagai negara Islam diisytiharkan. Sebarang pencemaran terhadap kedaulatan daerah-daerah yang digariskan oleh Islam dianggap sebagal pencerobohan.
Kegiatan pengasasan Dar al-Islam ini berlaku pada tahun pertama dan sebahagian dadpada tahun kedua Hijrah.
2. Peringkat Mengangkat Senjata untuk Mempertahankan Diri.
Semenjak tertegaknya Dar al-Islam di Madinah, pemimpin-pemimpin musyrikin Quraisy semakin bertambah berang. Permusuhan bermula sejak awal lagi selepas peristiwa pembunuhan ‘Amr ibn al-Hadrami di sempadan jalan dagangan Syam-Madinah. Kaum Quraish menghasut Abdullah ibn Ubayy di Madinah agar membunuh Rasulullah s.a.w. Mereka juga menyemarakkan perasaan kabilah-kabilah di sekitar Madinah untuk melakukan kekacauan terhadap negara Islam. Namun demikian, dalam keadaan hubungan yang sangat tegang ini sekali pun, kaum muslimin belum diizinkan oleh Allah untuk mengangkat senjata.
Allah memerintahkan mereka agar menahan tangan-tangan mereka daripada mengangkat senjata, tetapi sebaliknya hendaklah mereka tetap mendirikan salat. Dengan perintah ini, kaum muslimin tetap ta’at, bersabar dan dapat mengendalikan perasaan marah mereka. Pada peningkat ini mereka hanya diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk mengawal sempadan-sempadan Darul Islam.
Akhirnya kemuncak kepada pergolakan-pergolakan yang sedang bengelojak tersebut, tercetuslah Gazwah al-Badar pada 12 haribulan Ramadan, tahun kedua Hijrah. Pada waktu memuncaknya permusuhan di antara kaum muslimin dengan kaum musynikin Makkah, dan sebelum tercetus Ghazwah al-Badr, Allah telah pun mengizinkan kaum muslimin mengangkat senjata.
Firman Allah yang mafhumnya:
“Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang dtperangi, kerana sesungguhnya mereka telah dianiayai. Dan sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Kuasa menotortg mereka itu.” (Al-Hajj: 39)
Walaupun demikian, ayat di atas hanyalah memberi izin kepada kaum muslimin untuk berperang, tetapi bukan mewajibkannya.
Selepas peperangan Badar kaum musyrikin Quraisy meneruskan serangan mereka terhadap Madinah dalam Ghazwah Uhud dan Ghazwah al-Ahzab. Semua peperangan yang berlaku di peringkat ini berbentuk serangan-serangan dan tindakan-tindakan yang dimulakan oleh pihak musuh terhadap Darul Islam. Kaum muslimin pula hanya mengangkat senjata untuk mempertahankan dirt. Daiam peringkat mi, kaum muslimin sentiasa benada dalam keadaan berjaga-jaga, bertahan dan sentiasa cemas terhadap setiap gerak-germ musuh-musuh mereka. Dengan pertolongan Allah kerana keteguhan iman dan kesabaran kaum muslimin, semua serangan tersebut dapat ditangkis. Bahkan, setiap kali kaum musyrikin datang menyerang Madmnah, setiap kali itu juga mereka kembali semula ke Makkah dengan membawa kekalahan yang teruk dan rasa malu yang tidak sudah-sudah. Selepas itu, apabila dad satu tahun ke satu tahun mereka gagal keluar untuk menyerang Madinah lagi, maka mereka akan memberi alasan bahawa pada tahun tersebut mereka belum bensedia dengan persiapan tentera yang cukup besar. Tetapi sebenarnya mereka menasa berat untuk keluar disebabkan rasa gentar yang telah Allah semaikan ke dalam hati-hati mereka terhadap kekuatan kaum muslimin.
Kaum musyrikin menyembunyikan perasaan gentar mereka terhadap kaum muslimin melalui satu perjanjian gencatan senjata. Namun demikian mereka tetap bersikap sombong dan bongkak. Mereka enggan menerima hakikat bahawa sebenarnya mereka telah dilemahkan oleh kaum muslimin. Dalam Perjanjian Hudaibiyah, untuk menunjukkan bahawa mereka itu masih perkasa, mereka telah memaksakan syarat-syarat yang ketat tenhadap kaum muslimin. Bagi kaum muslimin, perjanjian damai ini merupakan satu peringkat dalam perjuangan di Madinah di mana mereka dibed peluang yang secukupnya oleh musuh utama mereka untuk mengukuhkan diri.
3. Peringkat Mengembangkan Da'wah dan Menghancurkan Kemungkaran dengan Kekuatan
Di peringkat ini keutuhan Islam sebagai satu identiti umat dan daulah telah benar-benar teguh. Dan al-Islam di Madinah telah menarik perhatian umat-umat di dunia ketika itu. Quraisy yang gagah dan ditakuti oleh seluruh kabilah-kabilah di merata Semenanjung ‘Arab ketika itu, telah mula kelihatan kerdil kerana terperangkap dengan Sulhul Hudaibiyah yang mereka cipta sendiri dengan tangan mereka. Kejatuhan Quraisy hanya menunggu saat dan ketikanya sahaja lagi. Keadaan ini ditunggu-tunggu oleh kabilah-kabilah ‘Arab yang besar seperti Bani Thaqif dan Bani Hawazin. Tambahan pula ketika itu identiti Madinah sebagai negara yang bertaraf antarabangsa telah mula menarik perhatian kuasa-kuasa dunia. Surat-surat yang diutuskan oleh Rasulullah s.a.w. kepada raja-raja dunia pada masa itu serta perutusan-perutusan yang datang ke Madmnah tidak henti-henti daripada merata pelusuk Semenanjung Arab, yang selama ini berada di bawah pengaruh kerajaan-kerajaan Romawi dan Parsi, telah menjadikan Kaisar dan Kisra terasa terancam. Apabila Kaisar memutuskan untuk menyerang Madinah, belum pun sempat tentera Romawi menjejak ke bumi ‘Arab, Rasulullah s.a.w. telah terlebih dahulu berangkat dan menunggu di Tabuk.
Di peringkat ini juga Rasulullah s.a.w. tidak lagi memberi maaf kepada kabilah-kabilah yang curang dan mengkhianati piagam Madinah. Rasulullah s.a.w. memerangi kabilah-kabilah Arab musyrikin yang melanggan perjanjian tersebut secana habis-habisan. Rasulullah s.a.w. juga melancarkan serangan kepada benteng-benteng Yahudi di Khaibar sebelum mereka dapat melipatgandakan lagi kemungkaran mereka. Jika sebelum ini, berulang kali mereka telah dima’alkan oleh Rasulullah s.a.w, maka kini berakhin sudah pendirian Danul Islam yang berlembut hati kepada manusia yang ingkar dan khianat ini.
Terhadap musyrikin Quraisy yang mula mencari jalan untuk membatalkan Suhul Hudaibiyyah, Rasulullah s.a.w. memberi amaran awal kepada mereka. Apabila mereka bertindak melanggar perjanjian yang mereka lakukan dengan Darul Islam, maka Rasullullah s.a.w. pun berangkat dengan tenteranya seramai 10,000 untuk menawan Makkah.
Peningkat al-Madani akhir ini menyaksikan tahap kegagahan Islam sebagal kuasa dunia. Kaum muslimin tidak lagi terpaksa bertahan danipada serangan bertubi-tubi pihak musuh. Mereka juga tidak lagi terasa terancam malam dan siang. Sebaliknya mereka kini adalah satu identiti kenegaraan dan gerakan da’wah yang mempunyai kuasa mendesak, kuasa menuntut dan kuasa untuk mengarahkan kepemimpinan umat manusia sejagat.
Di peningkat ini kaum muslimin tidak lagi hanya mengangkat senjata kerana tujuan mempertahankan din, tetapi mereka mengangkat senjata sebagai jalan akhir untuk menegakkan ma’ruf dan menghancurkan kemungkaran setelah kuasa mendesak, nasihat dan amanan mereka tidak dihiraukan oleh musuh-musuh Islam.
PERISTIWA-PERISTIWA PENTING ZAMAN AL-MAKKI
1.0 Tiga Tahun Pertama Selepas Nubuwwah
Bentuk da'wah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w pada tahap awal nubuwwah adalah seruan tertutup. Rasulullah s.a.w berhati-hati dalam memilih individu-individu yang hendak diajaknya kepada Islam. Umumnya pada tiga tahun pertama nubuwwah, Rasulullah s.a.w dan segelintir para mu'min yang beriman, tidak mengutarakan sebarang penentangan terbuka terhadap cara hidup jahiliyyah yang berleluasa dalam masyarakat Makkah ketika itu.
Peringkat da’wah tertutup ini terdiri daripada beberapa peristiwa penting yang merupakan kerja-kerja awal dalam masyarakat Makkah bagi mengasaskan satu kumpulan yang mempunyai identiti ‘aqrdah tauhid yang suci.
Tiga tahun pertama selepas nubuwwah adalah sebahagian daripada perrngkat al-Makki permulaan. Peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam tempoh tiga tahun tersebut ialah:
1. Da'wah Kepada Keluarga dan Teman yang Paling Dipercayai
Pada mulanya Rasulullah s.a.w menjemput ahli-ahli rumah tangganya yang terdiri daripada Khadijah, Ali ibn Abi Talib, Zaid ibn Harithah dan Ummu Aiman untuk menganut Islam. Mereka tidak sedikit pun memberi tentangan terhadap seruan baginda dan terus beriman kepadanya. Orang pertama di luar rumah tangganya yang mula-mula sekali dijemput menganut Islam ialah Abu Bakr, iaitu teman rapat yang memang sudah lama dikenalinya. Jemputan Rasulullah s.a.w kepada Abu Bakr adalah kerana memang telah terbukti kesetian Abu Bakr kepada janji-janjinya. Sebelum Rasulullah s.a.w menjemput orang-orang di atas menerima Islam, baginda terlebih dahulu meminta agar mereka tidak memberitahu perkara tersebut kepada orang lain. Tindakan ini dilakukan oleh Rasulullah s.a.w kerana setiap perjuangan memerlukan pembantu. Oleh itu Rasulullah s.a.w memulakan usaha permulaannya untuk mendapatkan pembantu-pembantu dengan menjemput secara senyap-senyap orang-orang yang paling dipercayainya.
2. Da’wah melalui Perantaraan
Dalam peringkat dawah tertutup ini, seruan menjemput orang-orang lain kepada Islam dilakukan melalui perantaran Abu Bakr. Apa yang dilakukan oleh Abu Bakr ialah menerangkan risalah Islam kepada orang-orang yang dipercayainya secara senyap-senyap. Setelah mereka bersetuju untuk menerima Islam, maka Abu Bakr membawa pula mereka bertemu Rasulullah s.a.w untuk melafazkan syahadatain dan mendapatkan penerangan lanjut berkenaan Islam. Pada mulanya, Abu Bakr berjaya memasukkan ‘Uthman ibn Affan, Talhah ibn ‘Ubaidullah dan Saad ibn al-Waqqas ke dalam Islam. Selang tidak berapa lama kemudian, Abu Bakr berjaya lagi untuk menjemput al Zubair ibn Awwam, ‘Abdur Rahman ibn Auf, Abu Ubaidah al-Jarrah, ‘Umar ibn Anbasah dan Said ibn al-As untuk datang memeluk Islam di hadapan Rasulullah s.a.w. Abu Bakr juga menyeru ahli-ahli rumahtangganya memeluk Islam, kesemua mereka mendengar katanya dan memeluk Islam.
3. Penyusunan Mu'minin di Dar al-Arqam
Pada masa seruan Islam secara tertutup ini berlaku, ramai di kalangan pemuda-pemuda Quraisy yang bersifat mulia telah memeluk Islam secara diam-diam. Mereka ini termasuklah ‘Ammar ibn Yasir, Khabbab ibn al-Arat, al-Arqam ibn Abi al-Arqam, Said ibn Zaid, ‘Abdullah ibn Mas’ud, ‘Uthman ibn Maz’un dan Suhaib ar-Rumi. Bilangan yang kian meningkat ini memerlukan satu program pentarbiyyahan yang baik. Di mana dengan adanya program tersebut mereka dapat mengetahui wahyu-wahyu yang baru turun, bertemu dan belajar daripada Rasulullah s.a.w dan berkenal mesra di antana satu sama lain.
Untuk tujuan ini al-Arqam ibn Abi al-Arqam telah memberikan rumahnya yang agak terpencil sebagai markaz bagi kegiatan kaum muslimin.
Di Dar al-Arqam Rasulullah s.a.w memberikan perhatian yang sungguh-sungguh tentang pembentukan keimanan, kefahaman dan ‘amalan para sahabahnya. Dalam peringkat tiga tahun pertama nubuwwah inilah penyusunan para mu’minin di Dar al-Arqam merupakan kegiatan yang terpenting. Ini kerana memandangkan kegiatan kaum muslimin pada masa itu terhad kepada penyampaian dawah secara tertutup.
4. Berita Kegiatan Da'wah mula Tersebar di Kalangan Pemimpin-pemimpin Quraisy.
Setelah kegiatan da’wah tertutup melangkah ke tahun yang ketiga, berita tentang lahirnya agama baru yang telah diikuti oleh sejumlah pemuda-pemuda Makkah akhirnya sampai kepada pengetahuan pemimpin-pemimpin Quraisy. Namun demikian, mereka tidak menghiraukannya. Mungkin mereka menganggap bahawa Rasulullah s.a.w hanya salah seorang danipada golongan Hunafa’ seperti Waraqah ibn Naufal, Umayyah ibn Abi Salt, Zaid bn Amru ibn Nufail dan lain-lain. Sedangkan kewujudan golongan hunafa’ selama ini tidak sedikit pun membawa kesan kepada status quo mereka. Malah sebahagian mereka hanya membiarkan kegiatan tersebut kerana berpendapat bahawa sudah berapa ribu orang ‘Arab yang telah memeluk agama Nasrani di seluruh Semenanjung ‘Arab, malah ada yang telah menjadi Yahudi, namun sedikit pun tidak menjejaskan struktur sosio-politik yang diterajui oleh Quraisy. Oleh itu pemimpmn-pemimpin Quraisy hanya menunggu hari-hari yang akan menentukan nasib terhadap ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
Sikap apati pemimpmn-pemimpin Quraisy itu adalah lantaran uslub da’wah Rasululah s.a.w yang penuh hikmah. Sikap apati musuh pada peningkat awal da’wah sangat-sangat diperlukan bagi membolehkan kaum muslimin memperkukuhkan usaha pembinaan saff mereka. Mungkin inilah hikmahnya da’wah dilakukan secara tertutup agar kaum muslimin tidak berkokok lebih daripada kekuatan mereka yang sebenar. Tindakan-tindakan Rasuiullah s.a.w yang tidak menimbulkan sebarang gugatan kepada pemimpin-pemimpin Quraisy pada masa yang tidak diperlukan, telah memberi baginda peluang untuk menyediakan cukup pembantu bagi melaksanakan tugas-tugas penyebaran risalah seterusnya.
Da’wah di peningkat tiga tahun pertama nubuwwah, dalam konteks perjuangan Islam, merupakan penangguhan terhadap pengeseran di antara Islam dan kufr. Penangguhan ini memberi kekuatan yang diperlukan oleh saff Islam untuk menangani segala bentuk pukulan dan pentembungan daripada musuh-musuh Islam yang datang kemudian.
2.0 Da’wah Terbuka
Selepas tiga tahun nubuwwah, Allah memerintahkan Rasulullah s.a.w menyampaikan da’wah secara terbuka.
Firman Allah yang mafhumnya:
“Maka sampaikanlah olehmu secara terbuka segala apa yang dipertntahkan (kepadamu) dan berpalinglah daripada orang-orang musyrikin.” (Al-Hijr: 94)
Firman Allah yang mafhumnya:
“Dan berilah peringatan kepada kaum kerabatmu yang terdekat." (Al-Syu'ara': 214)
Isi kandungan risalah yang terdapat di peringkat da’wah terbuka adalah wahyu-wahyu yang diturunkan pada sebahagian daripada peringkat al Makki pertama, seluruh peringkat al-Makki pertengahan dan seluruh peringkat al-Makki akhir. Perjalanan da’wah terbuka yang berlangsung selama sepuluh tahun di Makkah dapat dilihat seperti berikut:
1. Tahun Pertama hingga Tahun Ketiga Da'wah Terbuka
Tahun pertama hingga tahun ketiga da’wah terbuka adalah bersamaan dengan tahun keempat dan keenam sesudah nubuwwah. Peristiwa peristiwa penting yang berlaku pada masa ini ialah:
Rasulullah s.a.w melakukan perisytiharan terbuka bagi menenangkan tujuan
perutusannya kepada kaum kerabatnya dan kepada kaum musynilcin Makkah seluruhnya
Quraisy melakukan penentangan pusingan pertama terhadap risalah
Rasulullah s.a.w dengan menggunakan para penyair seperti Abu Sufyan ibn Hanith,
‘Amr ibn al-’As dan ‘Abdullah ibn Zubaini bagi mengejek-ejek dan menghina
Rasulullah s.a.w dan kaum muslimin
Quraisy melakukan penentangan pusingan kedua dengan pemimpin-pemimpin
meneka mencabar Rasulullah s.a.w agar menunjukkan bukti kerasulannya dengan
perkara-perkara ‘ajaib
Rasulullah s.a.w mengisytiharkan secara keras dan lantang bahawa ‘amalan
penyembahan berhala adalah satu perbuatan syirik yang tidak akan diampunkan
Allah. Patung-patung berhala dan penyembah-penyembahnya akan sama-sama
dicampakkan ke dalam api neraka
Pemimpin-pemimpin Quraisy yang merasakan status quo meneka terancam, telah
melancarkan penentangan pusingan ketiga dalam bentuk memberi amaran perang
kepada Rasulullah s.a.w melalui bapa saudaranya Abi Talib
Abu Talib menegaskan sekali lagi jaminan perlindungannya dan Bani Hasyim
terhadap perjuangan Rasulullah s.a.w.
Kaum Quraisy melakukan penyeksaan terhadap kaum muslimin di mana para
hamba diseksa oleh tuan mereka, manakala pemuda-pemuda Quraisy pula diseksa oleh
kaum kerabat mereka sendiri
Pemimpin-pemimpin Quraisy menukar pendekatan untuk melunturkan
perjuangan Islam setelah pendekatan dengan cara penyeksaan tidak berhasil. Ini dilakukan dengan tawar menawar dan meminta Rasulullah s.a.w bertolak ansur
Kemuncak penyeksaan pada tahun kedua da’wah terbuka menggerakkan
Rasulullah s.a.w untuk mengizinkan sebahagian daripada sahabahnya untuk
melakukan hijrah pertama ke Habsyah
Cahaya cerah menyinari saff muslimin dengan kemasukan Hamzah ibn ‘Abdul Muttalib dan ‘Umar ibn al-Khattab ke dalam Islam. Islam bangkit menjadi satu identiti yang mencabar ketuanan Quraisy di Makkah.
2. Tahun Pembekuan Da’wah Terbuka
Selepas lebih dari tiga tahun melancarkan da’wah terbuka, perjuangan yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w telah berjaya melalui pelbagai cubaan dan ujian. Para hamba yang diseksa tetap bertahan dengan keimanan mereka, mereka telah dibeli dan dimerdekakan oleh para dermawan danipada kalangan kaum muslimin sendiri. Pemuda-pemuda yang diseksa oleh kaum kerabat mereka sendiri, tetap memilih iman daripada terus hidup dalam noda syirik jahiliyyah. Rasulullah s.a.w yang dilempar dengan bermacam-macam kata yang pedih tetap terus dengan da’wahnya. Tambahan pula dua orang tokoh Quraisy yang terkemuka, Hamzah dan ‘Umar telah berada dalam kumpulan kaum muslimin. Pemimpin-pemimpin Quraisy masih tergamam dengan kemasukan Hamzah dan ‘Umar yang telah merencatkan perancangan mereka untuk mengasak dan menekan kaum muslimin secara habis-habisan. Setiap hari yang berlalu dalam era da’wah terbuka, menambahkan kekuatan kepada kaum muslimin dan melemahkan status quo pemimpin-pemimpin Qunaisy. Hampir-hampir habis ikhtiar pemimpmn-pemimpmn Quraisy untuk menghentikan da’wah Rasulullah s.a.w. Ketika itu timbullah cadangan daripada sebahagian mereka untuk membunuh Rasulullah s.a.w. Tetapi perkara ini mustahil untuk dilakukan selagi Bani Hasyim berada di belakang baginda. Akhirnya mereka memutuskan untuk memulaukan Bani Hasyim. Mereka akan hanya menyambung semula hubungan dengan mereka sekiranya Rasulullah s.a.w diserahkan kepada kaum Quraisy untuk dibunuh.
Pemulauan kaum muslimin ini merupakan satu pembekuan kepada da’wah terbuka.
Peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada masa ini ialah:
Kaum Quraisy memutuskan semua bentuk hubungan dan memulaukan seluruh Bani
Hasyim beserta Rasulullah s.a.w dan kaum muslimin
Abu Talib dan Khadijah meninggal dunia pada tahun kaum Quraish
memansuhkan perjanjian memulau Bani Hasyim. Rasulullah s.a.w menamakan tahun
tersebut sebagai ‘Am al-Huzn atau Tahun Sedih
Rasulullah s.a.w bernikah dengan Sa’udah dan ‘A’isyah.
Tiga tahun akhir di Makkah adalah merupakan peringkat al-Makki akhir. Peristiwa-peristiwa yang berlaku pada masa ini lebih genting daripada peringkat-peningkat sebelumnya. Tindakan musuh-musuh Islam lebih ganas dan buas. Apa yang tersirat dalam fikiran mereka hanyalah memikirkan cara-cara untuk menghancurkan Islam dan menghapuskan Rasulullah s.a.w.
Peristiwa-pedstiwa penting yang berlaku di peringkat ini ialah:
Pemimpin-pemimpin Quraisy mula menyakiti Rasulullah s.a.w secara fizikal
Rasulullah s.a.w melakukan lawatan ke Ta’if bagi tujuan mencari saluran baru bagi penyebaran da’wah
Rasulullah s.a.w menyampaikan risalah Islam kepada masyarakat jin di Nakhlah dalam perjalanannya kembali ke Makkah dari Ta’if
Rasulullah s.a.w meminta perlindungan daripada Mut’im ibn Adi untuk masuk kembali ke Makkah
Rasulullah s.a.w melakukan da’wah kepada kabilah-kabilah bukan Quraish
Rasulullah s.a.w menyampaikan Islam kepada enam orang para hujjaj suku Khazraj dan Yathrib. Mereka menganut Islam dan apabila kembaii ke Yathnib, menyampaikan Islam dan menceritakan berkenaan Rasulullah s.a.w sehingga tiada sebuah rumah pun di Yathrib yang tidak mendengar nama Muhammad s.a.w.
Isra’ dan Mi’raj Rasulullah s.a.w
Al-Tufail ibn ‘Amr al-Dausi, penya’ir dan pemimpin Bani Daus dari Yaman memeluk Islam. Tufail menjadi penyambung da’wah Islam di Yaman
Sekumpulan dua puluh orang beragama Knistian dari Habsyah bertemu Rasulullah s.a.w dan menganut Islam di Masjidil Haram. Apabila mereka dihasut oleh pemimpin-pemimpin Quraisy untuk kembali kepada agama asal mereka, mereka tidak sedikit pun melayani cakap-cakap kosong pemimpin-pemimpin Quraisy tersebut
Rasulullah s.a.w mengambil bai’ah dua belas orang yang datang daripada Yathrib. Bai’ah ini dikenali sebagai Bai’ah al-’Aqabah al Ula atau Bai’ah al-Nisa’
Rasulullah s.a.w mengutuskan Mus’ab ibn ‘Umayr ke Yathrib bersama-sama kaum Ansar yang baru berbai’ah untuk menjadi mu’allim mereka. Mus’ab juga merupakan da'i yang sangat bekerja keras untuk menyampaikan Islam kepada semua kabilah di Yathnib
Sad ibn Mu’adh dan Sa’d ibn ‘Ubadah menganut Islam dan berjaya mempengaruhi kabilah mereka masing-masing agar menganut Islam secara besar-besaran
Rasulullah s.a.w mengambil bai’ah kedua daripada kaum Ansar yang dipanggil sebagal Bai’ah al-’Aqabah al-Thani atau Bai'ah al Qital
Rasulullah s.a.w mengarahkan sahabahnya mula berhijrah sedikit demi sedikit
Seluruh kabilah-kabilah Quraish bersepakat untuk membunuh Rasulullah s.a.w
PERISTIWA-PERISTIWA PENTING ZAMAN AL-MADANI
1.0 Tahun Pertama.
Rasulullah s.a.w tiba di Yathrib pada hari Juma’at 12 Rabi’ al-Awwal. Sebelum itu baginda menetap beberapa hari di Quba’, iaitu sebuah perkampungan kecil tidak jauh dari kota Yathrib. Di Quba’, Rasulullah s.a.w telab mendirikan sebuah masjid. Kedudukan masjid ini dirakamkan oleh al-Qur’an yang mafhumnya:
“Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa adalah lebih patut kamu salat di dalarnnya. Di dalamnya ada orang-orang yang ingin membersihkan dirinya. Dan Allah menyukai orang-orang yang bersih." (At-Taubah: 108)
Setibanya Rasulullah s.a.w di Yathrib, baginda disambut dengan meriah oleh penduduk-penduduk di situ. Nama Yathrib ditukar kepada al Madinah al-Nabi atau al-Madinah al-Munawwarah. Rasulullah s.a.w kemudian menumpang di rumah Abu Ayyub al-Ansani. Baginda tinggal di rumah Abu Ayyub selama tujuh bulan. Setelah masjid disiapkan baginda pun berpindah ke rumahnya yang dibina di sebelah masjid tersebut. Dengan siapnya masjid tersebut, Rasulullah s.a.w pun bersabda yang mafhumnya:
“Inilah rumahku, tempat ‘ibadahku dan tempat aku beristirahat untuk selama-larnanya.”
Di antara kegiatan awal yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w setibanya di Madinah ialah menjadikan masjid sebagai tempat ‘ibadah dan juga tempat berkumpul bagi sahabah-sahabahya. Melalui perjumpaan-perjumpaan selepas salat, majlis bersama mendengar ta’alim daripada Rasululiah s.a.w dan perbualan sesama sendiri inilah Rasulullah s.a.w dapat mewujudkan suasana ukhuwwah di kalangan para sahabahnya. Selain daripada itu. Rasulullah s.a.w juga secara rasmi dan teratur telah mempersaudarakan para sahabahnya melalui ikatan mu’akhat.
Rasulullah s.a.w juga tidak lupa untuk menyelesaikan masalah kemiskinan sebahagian daripada para muhajirin yang berhijrah ke Madinah tanpa membawa sedikit pun harta. Pada peringkat permulaan kehidupan di Madinah, golongan yang dinamakan ahlus-suffah ini, hanya tinggal di serambi Masjid Nabawi. Mereka tidak mempunyai sesuatu sumber pendapatan yang tetap, tetapi sebaliknya meneka melakukan apa sahaja pekerjaan yang ada demi untuk menyara kehidupan mereka. Rasulullah s.a.w menggalakkan sahabah yang mampu untuk memberi mereka makanan atau pakaian. Selain daripada itu, Rasulullah s.a.w juga memulakan kutipan daripada sahabah yang mampu sebagai sebuah baitul mal bagi membantu golongan ahlus-suffah.
Pada masa ini juga Rasulullah s.a.w membuat beberapa perjanjian dengan kabilah-kabilah bukan Islam daripada kalangan bangsa ‘Arab dan Yahudi. Perjanjian ini ditulis sebagai piagam negara yang dinamakan sebagai al Sahifah al-Madinah. Al-Sahifah al-Madinah mengandungi perjanjian-perjanjian yang mewajibkan setiap pihak yang menyertainya untuk melaksanakan tanggungjawab dan memenuhi hak pihak-pihak lain demi kepentingan bersama.
Dalam tempoh satu tahun, pada umumnya seluruh penduduk Madinah kecuali kabilah-kabilah Yahudi telah menganut Islam. Pada masa ini juga bibit-bibit nifaq telah mula tumbuh di Madinah. Perkara ini berlaku kerana golongan munafiqun tidak mempunyai piiihan lain untuk menyembunyikan kekufuran mereka selain daripada mengaku menganut Islam kepada kabilah-kabilah ‘Arab yang lain. Sifat ini jelas disebutkan oleh al-Quran yang mafhumnya:
“Dan di antara manusia ada yang menyembah Allah dengan berada di tepi (tidak dengan penuh keyakinan), hingga jika ia mernperoleh kebajikan tetaplah ia dalam keadaan itu, dan jika ia ditimpa oleh suatu bencana, berbaliklah ia ke belakang (kembali kafir). Rugilah ia di dunia dan di akhirat, yang demikian itu adalah kerugian yang nyata." (Al-Hajj: 11)
Meneka juga termasuk golongan yang disebutkan Allah sebagai:
“Mereka dalam keadaan antara yang demikian (irnan atau kafir), tidak masuk dalam golongan inl (mu’minin) dan tidak pula kepada golongan itu (kafir).” (An-Nisa’: 143)
2.0 Tahun Kedua
Perkembangan yang berlaku di Madinah diperhatikan dengan rasa benci dan dendam oleh kaum musyrikin Quraisy di Makkah. Kaum Quraisy berazam untuk menghancurkan Darul Islam di Madinah.
Pada peningkat ini juga kedengkian golongan munafiqin yang dipimpin oleh ‘Abdullah ibn ‘Ubayy telah mula menonjol. Di samping itu, kabilah kabilah Yahudi yang mengikat perjanjian dengan Rasulullah s.a.w juga mula menunjukkan kebenciannya kepada baginda dan umat Islam. Oleh itu boleh dikatakan, pada peringkat yang masih awal tentegaknya Danul Islam lagi, ma telah berhadapan dengan musuh daripada tiga penjuru. Pertama, Quraisy di Makkah dan sekutu-sekutunya. Kedua, kabilah-kabilah Yahudi yang menetap di Madinah sendini. Ketiga, golongan munafiqun yang bergaul bersama-sama di dalam sail muslimin.
Pada masa ini Allah telah mengizinkan Rasulullah s.a.w mengangkat senjata sebagai membalas serangan-serangan musuh.
Firman Allah yang mafhumnya:
“Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang berirnan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai tiap-tiap yang khianat lagi mengingkari ni’mat. Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguh-nya mereka telah dianiayai. Dan sesungguhnya, Allah benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu, (iaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan, kecuali kerana mereka berkata: ‘Tuhan kami hanyalah Allah’. Dan sekiranya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain tentulah telah roboh biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rurnah ‘ibadat orang-orang Yahudi dan rnasjid-masjid yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (Din)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa. (laitu) orang-orang yang Kami teguhkan kedudukan mereka di muka burni nescaya mereka rnendirikan salat, menunaikan zakat, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan kepada Allah kembali segala urusan.” (Al-Hajj: 38-41)
Dengan turunnya ayat ini, umat Islam menjadi jelas akan pendirian mereka yang sebenar terhadap musuh. Dengan turunnya ayat ini juga, Rasulullah s.a.w mula merencanakan pensediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan ancaman yang akan dihadapi oleh Danul Islam.
Untuk tujuan berjaga-jaga, Rasuluilah s.a.w telah mengambil dua tindakan berikut:
Mengutuskan sarayah dalam bilangan yang kecil untuk mengawasi pergerakan kaum Quraisy di kawasan-kawasan sekitar Madinah. Pada tahap ini, arahan yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w kepada pemimpmn-pemimpin sarayah adalah hanya untuk memerhatikan pergenakan musuh dan bukan untuk memulakan sebarang serangan terhadap mereka. Sekiranya berlaku pertempuran, punca pertempuran tersebut mestilah bukan daripada pihak muslimin. Tindakan menghantar sarayah yang sentiasa sahaja berada di kawasan-kawasan sempadan Darul Islam adalah juga merupakan tindakan pencegahan daripada sebarang serangan pihak musuh
Mewujudkan hubungan persahabatan dengan kabilah-kabilah di sekitar kota Madinah yang tidak terikat dengan Sahifah al Madinah. Tujuan utama langkah ini adalah agar kabilah-kabilah yang tinggal berjauhan daripada ibu negara Darul Islam tidak menyebelahi kaum Quraisy sekiranya Madinah diserang. Selain daripada tujuan tersebut, untuk mengukuhkan tali persahabatan. Rasulullah s.a.w juga memberi jaminan keselamatan dan bantuan ketenteraan daripada Darul Islam sekiranya kabilah-kabilah ini diserang oleh musuh-musuh mereka. Persetujuan bersama ini dituliskan sebagai penjanjian yang mesti dihormati oleh kedua dua pihak
Dalam saryah yang dipimpmn oleh ‘Abdullah ibn Jahsy, pertempuran kecil berlaku di antara pasukan Islam dengan kafilah Quraisy. Dalam pertempuran tersebut ‘Amr ibn al-Hadrami telah terbunuh. Peristiwa ini merupakan kesilapan ‘Abdullah ibn Jabsy kerana Rasulullah s.a.w tidak mengarahkan mereka untuk bentempur. Oleh kerana penistiwa ini berlaku pada bulan Rejab, iaitu salah satu daripada empat bulan Haram bagi bangsa ‘Arab pada zaman dahulu, maka kaum Quraisy menggunakan peluang yang sepenuhnya untuk memburuk-burukkan kaum muslimin. Berikutan dengan itu, Allah menurunkan ayat al-Qur’an untuk membersihkan kaum muslimin danipada tuduhan-tuduhan buruk terhadap mereka. Pembunuhan ‘Amr ibn al-Hadrami menjadi sebab utama tercetusnya Ghazwah al Badr.
Firman Allah yang mafhumnya:
“Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram. Katakanlah: Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar, tetapi menghalang (manusia) daripada jalan Allah, kafir kepada Allah, (rnenghalangi masuk) Masjidil Haram dan mengusir penduduknya daripada sekitarnya, lebih besar (dosanya) di sisi ALlah. Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh. Mereka tidak henti-henti memerangi kamu hingga mereka (dapat) mengembalikan kamu daripada Din kamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup. Barangsiapa di antara kamu murtad daripada Din-nya, lalu dia mati dalarn kekafiran, maka mereka itulah sia-sia ‘amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, rnereka kekal di dalarnnya.” (Al-Baqarah: 217)
Umat Islam bergembira dengan turunnya ayat ini. Namun demikian peristiwa ini menambahkan kemarahan musyrikin Quraisy. Pada masa yang sama juga, Allah memerintahkan pertukanan qiblat dari Masjidul Aqsa di Baitul Maqdis ke Masjidil Haram di Makkah. Perintah ini berlaku pada pertengahan bulan Rajab.
Firman Allah yang mafhumnya:
“Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab (Taurat dan Injil) mengetahui bahawa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar daripada Tuhannya, dan Allah sekali-kali tidak berlengah daripada apa-apa yang mereka kerjakan.” (Al-Baqarah: 144)
Dengan turunnya ayat ini makin bertambah marahlah orang-orang Yahudi yang selama ini merasakan bahawa merekalah bangsa yang mulia dijadikan Allah untuk emminpin manusia.
Hakikat sebenar turunnya ayat ini menandakan bahawa kepimpinan umat manusia telah dipindahkan daripada bangsa Yahudi kepada kaum muslimin. Perkara ini secara jelas dinyatakan oleh al-Qur'an yang mafhumnya:
"Dan demikianlah (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat wasat (umat yang 'adil dan pilihan) agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. Dan Kami tidak menjadikan qiblat yang menjadi qiblatmu (sekarang) melainkan agar Kami mengetahui (supaya nyata) siapa yang mengikut Rasul dan siapa yang belot. Dan sesungguhnya (pemindahan qiblat) itu terasa amat berat, kecuali bagi orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, dan Allah tidak akan mensia-siakan imanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia." (Al-Baqarah: 144)
Dengan pemindahan kepimpinan umat manusia ini, bertambahlah kebencian golongan Yahudi terhadap Rasulullah s.a.w dan kaum muslimin. Melalui hubungan ekonomi mereka yang kuat dengan musyrikin Quraisy serta sokongan kabilah-kabilah Yahudi yang lain, mereka bersepakat untuk merancang sesuatu bagi menghancurkan Islam.
Inilah suasana dan latar belakang yang dihadapi oleh Dar al-Islam menjelang Ghazwah al-Badr. Segala pergolakan ini berlaku dalam masa lebih kurang dua bulan sahaja sejak peristiwa saryah "abdullah ibn Jahsy hingga turunnya ayat berkenaan pemindahan qiblat. Perkembangan yang pesat ini adalah memandang kepada tekad musuh-musuh Islam untuk menghancurkan Darul Islam. Oleh itu mereka mencari apa sahaja alasan yang membolehkan mereka berhadapan dengan kaum muslimin di medan pertempuran. Pada masa itu mereka mempunyai keyakinan bahawa sekiranya berlaku pertempuran di antara mereka dengan kaum muslimin, sudah pasti kaum muslimin akan dapat dihancurkan sama sekali dari muka bumi ini.
Ghazwah al-Badr berlaku pada bulan Ramadhan. Kemenangan yang diperolehi oleh umat Islam dengan nyata membuktikan ianya adalah pertolongan Allah terhadap mereka. Ini dijelaskan oleh Allah dalam firman-Nya:
"Sesungguhnya telah ada tanda bagimu pada dua golongan yang telah bertemu (bertempur). Segolongan berperang di jalan Allah dan (segolongan) lain kafir yang melihat dengan mata mereka sendiri (seakan-akan) orang muslimin dua kali sebanyak mereka. Allah menguatkan dengan bantuan-Nya siapa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai penglihatan mata hati." (Ali-Imran: 13)
"Sungguh Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badr, padahal kamu adalah (ketika itu) orang-orang yang lemah. Kerana itu bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuri-Nya. Ya (cukup), jika kamu bersabar dan bersiap sedia, dan mereka menyerang kamu dengan seketika itu juga, nescaya Allah menolong kamu dengan tiga ribu malaikat yang memakai tanda." (Ali-Imran: 123-124)
Kemenangan kaum muslimin dalam Ghazwah al-Badr merupakan satu peristiwa yang terpenting dalam sejarah Islam. Ini kerana jika umat Islam tewas pada hari tersebut, sudah pasti Islam akan luput sama sekali dari muka bumi ketika itu juga. Tetapi Allah mengatur apa sahaja yang dikehendaki-Nya.
Selepas kekalahan kaum musyrikin Quraisy, hampalah harapan musuh-musuh Islam di Madinah untuk melihat kehancuran kaum muslimin. Perasaan hampa ini mendorong salah satu daripada kabilah Yahudi diMadinah, iaitu Bani Qainuqa' untuk memecahkan perjanjian mereka dengan Rasulullah s.a.w. Malahan bukan setakat itu sahaja, Bani Qainuqa' dengan perkataan yang mereka ucapkan telah mencabar Rasulullah s.a.w dengan perisytiharan perang terhadap kaum muslimin.
Dua bulan selepas Ghazwah al Badr, Abu Sufyan dan 200 orang tentera berkuda Quraisy menghampiri kota Madinah. Setibanya mereka di Uraid, mereka membakar pokok pokok tamar, beberapa buah rumah dan timbunan rumput makanan ternakan serta membunuh seorang muslim. Tindakan mereka ini adalah sebagai langkah untuk menyalurkan dendam serta perasaan malu mereka di atas kekalahan mereka di Badr. Setelah mendapat berita itu, Rasulullah s.a.w dan beberapa orang sahabahnya terus mengejar Abu Sufyan tetapi beliau sempat lari. Tentera Abu Sufyan meninggalkan bekalan makanan mereka yang berupa sawiq, iaitu bali yang telah dihancurkan. Oleh kerana itu peristiwa tersebut dikenali sebagai Ghazwah al Sawiq. Peristiwa ini berlaku pada bulan Zulhiijah tahun ke 2 Hijrah.
3.0 Tahun Ketiga
Setelah pengusiran Banu Qaninuqa', satu lagi kabilah Yahudi memainkan peranan untuk menghancurkan Darul Islam. Kali ini peranan ini dimainkan pula oleh Banu Nadir. Ketika ini ketua ketua mereka mula mengadakan lawatan lawatan untuk berjumpa dengan pemimpinpemimpin Quraisy, Bani Ghatafan dan Bani
Quraizah. Tujuan lawatanlawatan ini adalah untuk menghasut golongan golongan tersebut agar meneruskan usaha mereka bagi menghancurkan kaum muslimin.
Salah seorang pemimpin Yahudi yang bernama Ka'ab ibn Asyraf sering menyerang dan mempermain mainkan kaum muslimin dengan sya'ir-sya'ir yang kotor dan lucah. Rasulullah s.a.w telah memberi amaran kepadanya, tetapi beliau berdegil dan meneruskan kegiatan menyebarkan sya'ir sya'irnya yang keji terhadap beberapa orang sahabiyah. Oleh kerana itu Rasulullah s.a.w meminta sahabahnya untuk membunuh Ka'ab ibn Asyraf. Tugas ini telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Muhamamd ibn Maslamah pada bulan Rabi ul Awwal tahun 3 Hijrah. Pembunuhan Ka'ab ibn Asyraf adalah merupakan hukuman Darul Islam terhadap warga negaranya yang khianat.
Pada bulan Ka'ab ibn Asyraf dibunuh, Bani Ghatafan mula mengumpulkan tenteranya untuk menyerang Madinah. Mendengar berita ins, Rasulullah s.a.w berserta 450 tentera segera keluar untuk menentang mereka sebelum mereka sempat berbuat apa apa. Apabila mereka melihat Rasulullah s.a.w tiba dengan tenteranya, maka mereka pun bertempiaran lari ke kawasan kawasan pergunungan.
Bagi pihak Quraisy, kekalahan mereka di Badr menjadikan mereka lebih berazam untuk menghancurkan kaum muslimin. Oleh itu setelah kekalahan mereka di Badr, persiapan mereka untuk menyediakan barisan perang yang lebih kuat dilakukan secara besar besaran. Untuk tujuan ini semua keuntungan yang didapati oleh Abu Sufyan daripada kafilah dagangannya disalurkan bagi menyediakan barisan perang untuk menentang Islam. Setelah jalan perdagangan ke Syam disekat oleh kaum muslimin, maka Abu Sufyan mengalihkan pula perdagangannya ke Iraq.
Rasulullah s.a.w cuma mengetahui persiapan kaum Quraisy dua atau tiga hari sebelum ketibaan tentera Quraisy di Uhud. Selepas bermusyawarah dengan sahabahnya, Rasulullah s.a.w berserta 1.000 orang tentera berangkat keluar daripada Madinah menuju Uhud. Selepas satu hari perjalanan, 'Abdullah ibn Ubayy berserta 300 orang munafiqin keluar daripada barisan dan meninggalkan tentera Islam serta terus kembali ke Madinah.
Ghazwah Uhud berlaku pada hari Sabtu 15 haribulan Syawwal. Al Qur'an merakamkan peristiwa peristiwa dalam pertempuran Uhud dalam surah Ali 'Imran. Dalam Ghazwah Uhud Rasulullah s.a.w cedera di mukanya dan patah dua batang giginya. Hanya dalam Qhazwah Uhud sahaja seumur hidupnya, Rasulullah s.a.w membunuh manusia.
Sehari selepas Ghazwah Uhud, pada paginya Rasulullah s.a.w mengambil keputusan untuk berangkat keluar dan memburu tentera Quraisy yang bermalam di Rawha, iaitu sebuah tempat yang tidak jauh dari Uhud. Rasulullah s.a.w mengambil keputusan tersebut adalah bagi mengelakkan kemungkinan tentera Quraisy melakukan serangan balas terhadap Madinah. Apabila Abu Sufyan mendapat berita Rasulullah s.a.w mengejar mereka dan telah tiba di sebuah tempat yang bernama Hamra al Asad, maka beliau segera memerintahkan tentera Quraisy kembali ke Makkah. Peristiwa ini dinamakan sebagai Ghazwah al Hamra al Asad.
4.0 Tahun Keempat
Selepas Ghazwah Uhud, beberapa kabilah musyrikin yang selama ini menyembunyikan kebenciannya terhadap umat Islam mules berani mengambil tindakan untuk menentang Islam secara terbuka. Pada bulan Muharram tahun 4 Hijrah, kabilah kabilah Qatan, Tulaihah dan Khuwailid bergerak menuju Madinah. Rasulullah s.a.w segera mengutuskan Abu Salamah bersama 150 tentera Islam untuk menentang mereka. Mendengar kedatangan tentera Islam, ketiga tiga kabilah tadi lari bertempiaran.
Dalam bulan yang sama juga sepasukan tentera daripada Bani Lihyan menyerang Madinah. Tetapi serangan ini dapat dipatahkan oleh pasukan 'Abdullah ibn Unais yang diutus oleh Rasulullah s.a.w. Pada masa ini juga kabilah kabilah musyrikin yang lain mula menunjukkan kejahatan mereka secara terbuka terhadap Darul Islam. Mereka menggunakan pelbagai cara untuk menghancurkan kaum muslimin. Ada kalanya mereka berpura pura menunjukkan minat untuk memahami Islam clan meminta Rasulullah s.a.w mengutuskan para mu'allimin ke perkampungan mereka. Tetapi apabila para mu'allimin ini tiba ke perkampungan mereka, maka mereka sambut tetamu tetamu mereka itu dengan sepasukan tentera berpanah yang besar dan membunuh mu'allimin tersebut. Peristiwa yang menyayat hati ini berlaku di Bi'r Mau'nah dan Raji' dalam bulan Safar tahun ke 4 Hijrah.
Pada tahun ini juga golongan Yahudi Bani Nadir telah meningkatkan usaha mereka untuk menjatuhkan umat Islam. Tindakan ini memuncak lagi apabila mereka ingkar untuk memenuhi perjanjian mereka dengan Rasulullah s.a.w dan pada masa yang sama cuba membunuh Rasulullah s.a.w. Melihat perbuatan mereka yang jahat ini, Rasulullah s.a.w pun memerintahkan mereka untuk meninggalkan Madinah. Tetapi mereka enggan mematuhi perintah Rasulullah s. a.w kerana menyangkakan benteng benteng di perkampungan mereka akan dapat menyelamatkan mereka. Mereka juga merasa bertambah kuat apabila kaum musyrikin Quraisy di Makkah sentiasa memberi dorongan. Di samping itu dari dalam kota Madinah sendiri, golongan munafiqin di bawah pimpinan 'Abdullah ibn Ubayy memberi jaminan sokongan yang penuh kepada mereka. Sikap golongan munafiqin ini dirakamkan oleh al Qur'an yang mafhumnya:
"Apakah kamu tidak memperhatikan orang orang munafiq berkata kepada saudara saudara mereka yang kafir di kalangan Ahlul Kitab: ' Sesungguhnya jika kamu diusir, nescaya kami pun akan keluar bersama kamu, dan kami selama lamanya tidak akan patuh kepada siapa pun untuk (menyusahkan) kamu, dan jika kamu diperangi pasti kami akan membantu kamu.' Dan Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya mereka benar benar pendusta." (Al Hasyr: 11)
Oleh kerana kedegilan mereka, Rasulullah s.a.w mengepung perkampungan Bani Nadir selama dua minggu. Semasa Bani Nadir dikepung tiada satu bantuan pun yang mereka perolehi sama ada daripada Banu Quraizah atau golongan munafiqin. Akhirnya mereka menyerah kalah dan diusir keluar dari Madinah. Sebahagian mereka pergi ke Khaibar manakala sebahagian yang lain berpindah ke Syam. Kisah pengusiran Bani Nadir dirakamkan oleh al Qur'an dalam surah al Hasyr.
Pada akhir tahun keempat, Rasulullah s.a.w mendapat berita bahawa Abu Sufyan akan datang lagi ke Badar untuk menentang kaum muslimin. Rasulullah s.a.w keluar bersama 1,500 tentera untuk menghadapi tentera Quraisy. Apabila Abu Sufyan mendapat maklumat bahawa tentera Islam berjumlah 1,500 orang, maka beliau pun berpatah balik dengan memberi alasan bahawa beliau tidak membawa cukup bekalan makanan. Rasulullah s.a.w menunggu di Badr selama lapan hari. Apabila Abu Sufyan dan tentera Quraisy tidak muncul, maka baginda pun kembali ke Madinah. Peristiwa ini dikenali sebagai Badar al Sughra atau Badar al Akhira.
5.0 Tahun Kelima
Tahun kelima Hijrah merupakan tahun pergabungan usaha semua golongan yang selama ini menentang Islam. Usaha ini didalangi oleh Quraisy dan golongan Yahudi. Mereka menghasut beberapa kabilah yang menetap di antara Makkah dan Madinah untuk menentang Darul Islam. Pada awal tahun kelima ini, kabilah kabilah Anmar dan Tha'labah mula mengumpulkan pasukan untuk menyerang Madinah. Apabila Rasulullah s.a.w mendapat berita tentang persiapan mereka, baginda berserta 400 tentera Islam segera menyerang mereka. Tentera Islam membuat serbuan mengejut di sebuah tempat bernama Dhat al Riqa'. Melihat kedatangan tentera Islam, musuh musuh pun bertempiaran lari.
Selang beberapa ketika kemudian, Rasulullah s.a.w sekali lagi mendapat berita tentang perkumpulan kabilah kabilah musyrikin yang besar di Daumatul Jandal. Tanpa berlengah lengah, Rasulullah s.a.w segera berangkat beserta 1,000 orang tentera Islam. Kali ini pasukan musyrikin terlebih dahulu lari bersurai setelah mendapat benta kedatangan Rasulullah s.a.w dan tentera Islam.
Dalam bulan Sya'ban, Banu Mustaliq, sekutu kaum Quraisy membuat persediaan untuk menyerang Madinah di atas hasutan kaum Quraisy. Rasulullah s.a.w segera berangkat untuk berhadapan dengan mereka. Sampai sahaja Rasulullah s.a.w ke sebuah tepat yang bernama Muraisi', iaitu sebuah tempat yang berhampiran dengan perkampungan Bani Mustaliq, pasukan tulang belakang Bani Mustaliq bertempiaran lari. Namun penduduk penduduk Muraisi' mengambil keputusan untuk menentang tentera Islam. Selepas sedikit pertempuran, penduduk penduduk Muraisi' dapat ditundukkan. Peristiwa ini dinamakan sebagai Ghazwah Bani Mustaliq atau Ghazwah Muraisi'.
Sehingga kini, seluruh rancangan kabilah kabilah musyrikin untuk menghancurkan kaum muslimin dapat digagalkan. Kegagalan demi kegagalan kabilah kabilah yang cuba menghancurkan Islam ini disaksikan oleh kabilah kabilah lain dengan perasaan marah yang sangat membara. Golongan munafiqin di Madinah sendiri tidak senang dengan kejayaan kaum muslimin. Mereka tidak henti henti mencari jalan untuk menjatuhkan kaum muslimin dengan cara cara lain.
Akhirnya kaum musyrikin mendapat satu jalan yang mereka anggap sebagai tindakan yang paling berkesan untuk melemahkan kaum muslimin. Pada pemerhatian, mereka yakin bahawa kekuatan umat Islam terletak pada keta'atan dan kecintaan para sahabah terhadap Rasulullah s.a.w. Keta'atan ini pula melahirkan kesatuan yang padu di kalangan kaum muslimin. Oleh itu mereka berpendapat cara untuk melemahkan kekuatan ini ialah dengan menimbulkan keretakan dalam kesatuan kaum muslimin. Pada pandangan mereka keretakan ini boleh diwujudkan dengan menimbulkan kecurigaan dan kesangsian mereka terhadap pemimpin mereka, iaitu Rasulullah s.a.w sendiri. Dalam rancangan ini mereka telah mencipta dan menyebarkan fitnah yang keji terhadap rumahtangga Rasulullah s.a.w dengan melibatkan salah seorang isteri Rasulullah s.a.w. Tanpa segan silu, mereka menuduh bahawa 'A'isyah telah melakukan perbuatan curang bersama seorang sahabah Rasulullah s.a.w yang bernama Safwan ibn Mu'attal al Salami. Fitnah terhadap 'A'isyah telah mengganggu ketenangaan Rasulullah s.a.w dan menimbulkan kegelisahan kaum muslimin, malah peristiwa ini hampir hampir menimbulkan perpecahan di kalangan saff Islam. Peristiwa ini berlaku sebaik sahaja tamat Ghazwah Bani Mustaliq.
Kemuncak kepada kerjasama kabilah kabilah musyrikin untuk menentang Darul Islam adalah dalam Ghazwah al Ahzab. Dalam Ghazwah al Ahzab seluruh kabilah yang selama ini menunjukkan permusuhannya terhadap Islam berhimpun di bawah pimpinan Quraisy untuk menghacurkan Darul Islam. Inilah pasukan tentera yang terbesar yang pernah disaksikan oleh Semenanjung 'Arab ketika itu. Matlamat tentera Ahzab ialah untuk inenghapuskan Darul Islam sama sekali dari permukaan bumi.
Tentera Ahzab menyerang Madinah dari setiap penjuru. Oleh kerana kaum muslimin telah membina khandaq, kelancaran serangan mereka telah terbantut. Namun mereka terus mengepung kota Madinah selama satu bulan penuh. Kaum muslimin tetap istiqamah menjaga khandaq yang dibina daripada diseberangi oleh tentera Ahzab. Pada saat saat yang genting ini pun, golongan munafiqin dan Bani Quraizah yang berada di dalam kota Madinah tidak henti henti menimbulkan kerumitan kepada saff Islam.
Akhirnya Allah mengirimkan angin kencang lagi sejuk yang menjadikan tentera Ahzab kucar kacir. Setelah mereka tidak bertahan lagi, maka mereka pun meninggalkan Madinah clan kembali ke daerah mereka masing masing.
Berkenaan dengan pertolongan Allah ini, Alah berfirman yang mafhumnya:
"Hai orang orang yang beriman, ingatlah akan ni'mat Allah (yang telah dikurniakan) kepadamu ketika datang kepadamu tentera tentera, lalu kami kirimkan kepada mereka angin taufan dan tentera yang tidak dapat kamu lihat. Dan adalah Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan'' (Al-Ahzab: 9)
Selepas tentera Ahzab kembali ke tempat mereka masing masing, Rasulullah s.a.w pun segera berangkat ke perkampungan Bani Quraizah untuk menghukum mereka di atas tindakan khianat mereka semasa Madinah dikepung oleh tentera Ahzab. Rasulullah s.a.w mengepong mereka di benteng benteng mereka lebih dari dua puluh hari. Akhirnya mereka menyerah dan meminta Sa'd ibn Mu'adh untuk menghakimkan kedudukan mererka. Mereka memilih Sa'ad ibn Mu'adh dengan sangkaan bahawa beliau akan bersikap lembut terhadap mereka, memandangkan bahawa Sa'd pernah mengikat perjanjian persahabatan dengan Bani Quraizah sebelum kedatangan Islam dahulu. Tetapi Sa'd memutuskan menurut hukum yang terdapat di dalam kitab mereka sendiri. Hukumannya ialah: Semua orang yang terlibat secara aktif dengan mengangkat senjata hendaklah dibunuh, wanita dan anak anak ditawan sebagai orang orang tawanan dan harta benda mereka dirampas.
Dengan pembunuhan orang orang daripada Bani guraizah ini bersihlah kota Madinah daripada kabilah Yahudi.
6.0 Tahun Keenam
Dalam tahun keenam tidak terdapat sebarang peperangan besar yang dihadapi oleh Darul Islam. Cuma terdapat di sana beberapa sarayah yang r dilancarkan oleh Rasulullah s.a.w dari masa ke semasa dengan tujuan untuk membersihkan Darul Islam daripada kabilah kabilah musyrik yang kecil, para perompak dan penyamun. Dalam bulan Zulqa'edah berlakulah Bai'ah al Ridwan dan kemudian Perjanjian Hudaibiyah yang bersejarah di antara kaum muslimin dengan kaum musyrikin Makkah.
Selepas perjanjian ini dimaktubkan, sekumpulan kaum muslimin yang tidak terikat dengan Perjanjian Hudaibiyyah telah melancarkan kegiatan menyerang kafilah kafilah yang melalui kawasan yang mereka diami. Kumpulan ini diketuai oleh Abu Basir dan Abu Jandal dan bilangan mereka ini makin bertambah dari hari ke hari. Akhirnya setelah mereka tidak tahan lagi dengan serangan serangan kumpulan ini terhadap kafilah kafilah mereka, kaum Quraisy datang kepada Rasulullah s.a.w dan merayu agar baginda masuk campur dan memanggil kumpulan ini datang ke Madinah. Mereka berharap dengan cara ini kumpulan Abu Basir dan Abu Jandal yang diikat dengan syarat syarat Perjanjian Hudaibiyah tidak akan lagi menyerang kafilah kafilah Quraisy. Harapan kaum musyrikin ini sangat besar kerana dengannya kafilah kafilah tersebut boleh meneruskan kegiatan perdagangan mereka. Rasulullah s.a.w menerima rayuan kaum Quraisy dan memanggil kaum muslimin yang bersama sama dengan Abu Basir dan Abu Jandal datang ke Madinah. Kedatangan kaum muslimin ini membawa keuntungan kepada Darul Islam. .
Selepas Perjanjian Hudaibiyyah, Rasulullah s.a.w menyediakan duta dutanya untuk menyampaikan Islam kepada raja raja dan pemerintah r pemerintah di seluruh dunia ketika itu. Inilah masanya ketika Rasulullah s.a.w dapat menjalankan da'wahnya dengan lebih luas kerana tidak disibukkan oleh peperangan peperangan menentang Quraisy dan sekutu sekutunya.
7.0 Tahun Ketujuh
Selepas pengusiran kabilah kabilah Yahudi dari Madinah, golongan ini memusatkan tenaga mereka di Khaibar. Khaibar terletak lebih kurang 300 km di utara Madinah. Permusuhan dan dendam mereka terhadap Rasulullah s.a.w clan kaum muslimin masih belum reda. Mereka bekerjasama dengan 'Abdullah ibn 'Ubayy yang sentiasa membekalkan mereka dengan maklumat berkenaan pergerakan dan kegiatan kaum muslimin di Madinah.
Apabila golongan Yahudi ini makin bertambah kuat, mereka mula menyerang kafilah kafilah dari Madinah yang melalui kawasan yang berhampiran dengan Khaibar, membunuh orang orang Islam di kawasan perkampungan yang terpencil dan berani merampas harta harta orang orang Islam yang tinggal di sekitar Madinah. Mereka juga menghasut kabilah kabilah 'Arab di sekitar Khaibar agar menyertai mereka bagi menyerang Madinah.
Rasulullah s.a.w mengikuti segala tingkah laku mereka dan akhirnya mengambil keputusan untuk melakukan serangan mengejut ke atas Khaibar Pada bulan Muharram. Strategi serangaa mengejut yang dilancarkan oleh Rasulullah s.a.w menyebabkan kebanyzkan kabilah kabilah lain terpaksa tinggal di dalam kota kola mereka dan tidak sempat keluar untuk membantu kaum Yahudi di Khaibar. Kaum Yahudi terpaksa mempertahankan diri mereka bersendirian di dalam benteng benteng mereka yang kukuh. Tentera Islam pula diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w untuk menyerang dan menawan benteng benteng tersebut. Selepas pertempuran yang sengit, kaum muslimin berjaya menembusi satu demi satu benteng benteng Yahudi Khaibar. Akhirnya benteng mereka yang terkuat pun jatuh ke tangan kaum muslimin dan mereka menyerah kalah serta meminta perjanjian damai. Walaupun Rasulullah s.a.w tahu bahawa mereka tidak akan memenuhi janji mereka, baginda tetap menerima permintaan mereka.
Selepas jatuhnya Khaibar, sebuah perkampungan Yahudi yang berhampiran dengannya, iaitu Fadak, menyerah pula kepada Rasulullah s.a.w. Perjanjian dibuat di antara kaum Yahudi Fadak dengan Rasulullah s.a.w. Seluruh ghanimah Fadak iaitu hasil hasilnya diperuntukkan khusus kepada Rasulullah s.a.w kerana ia menyerah tanpa sebarang pertempuran.
Dalam perjalanan pulang ke Madinah dari Fadak, ketika Rasulullah s.a.w sampai di Wadi al Qura, iaitu sebuah perkampungan Yahudi, satu pertempuran kecil berlaku di antara tentera Islam dengan penduduk tempatan. Akhirnya penduduk Wadi al Qura menyerah. Rasulullah s.a.w mengikat perjanjian dengan mereka sama seperti yang dilakukannya dengan penduduk Khaibar.
Sekembalinya Rasulullah s.a.w dari Khaibar, baginda disambut oleh para sahabah yang baru kembali dari Habsyah. Mereka telah berhijrah ke sana dengan izin Rasulullah s.a.w untuk menyelamatkan diri daripada seksaan kaum Quraisy di Makkah. Kumpulan ini diketuai oleh Ja'far ibn Abi Talib. Rasulullah s.a.w sangat bergembira dengan kepulangan mereka.
Tidak ada peperangan yang besar berlaku sejak Khaibar hinggalah ke akhir tahun ketujuh. Cuma terdapat beberapa sarayah kecil yang dilancarkan oleh Rasulullah s.a.w untuk menghalang kabilah kabilah musyrikin daripada mengumpul dan menyusun tentera mereka.
Dalam bulan Zulqa'edah Rasulullah s.a.w bersama sama dengan 2,000 orang sahabahnya pergi ke Makkah bagi menunaikan umrah yang dihalang pada tahun sebelumnya oleh kaum Quraisy melalui Perjanjian Hudaibiyyah. Dalam umrah ini, kaum musyrikin Makkah yang selama ini menentang kaum muslimin dapat menyaksikan keadaan kaum muslimin yang penuh khusyu' dan tawadhu' melaksanakan salah satu daripada 'ibadah mereka kepada Allah.
Sekembalinya umat Islam daripada umrah tersebut, Khalid ibn al Walid mengisytiharkan kepada kaum Quraisy di Makkah bahawa dia telah meyakini kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Berikutan itu, Khalid ibn al Walid, 'Amr ibn al 'As dan 'Uthman ibn Talhah berpindah ke Madinah dan menganut Islam. Mereka bertiga adalah merupakan pemimpin pemimpin dan anak anak kepada pemimpin pemimpin Quraisy yang sangat dihormati oleh penduduk Makkah pada masa itu.
8.0 Tahun Kelapan
Dalam tahun ini juga Rasulullah s.a.w mengutuskan pasukan tentera Islam seramai 3,000 orang di bawah pimpinan Zaid ibn Harithah, sebagai tindakan balas kepada gabenor Rom di Ghassan yang membunuh perutusan yang dikirimkannya ke sana. Tentera yang diutuskan oleh Rasulullah s.a.w bertemu dengan tentera Ghassan dan Rom di Mu'tah. Pertempuran yang sengit berlaku di Mut'ah dan ketiga tiga panglima tentera Islam yang ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w terkorban pada hari itu. Akhirnya, tentera Islam bersetuju agar Khalid ibn al Walid yang baru sahaja memeluk Islam ketika itu memimpin mereka. Khalid berjaya menggunakan tipu helah perang bagi menyelamatkan tentera Islam daripada dihancurkan oleh tentera Ghassan dan Rom yang jauh lebih besar bilangannya daripada tentera Islam.
Selepas Mu'tah, Rasulullah s.aw mengutuskan beberapa sarayah dengan tujuan untuk menyuraikan kabilah kabilah musyrikin yang mula mengumpulkan tenaga mereka untuk merancang sesuatu yang buruk terhadap Darul Islam.
Dalam tahun yang sama kaum Quraisy telah melanggar syarat terhadap Sulhul Hudaibiyyah. Oleh itu Rasulullah s.a.w mengambil keputusan untuk berangkat menyerang Makkah. Rasulullah s.a.w menyiapkan tenteranya seramai 10,000 orang. Sebelum Rasulullah s.a.w masuk ke Makkah baginda telah memberi jaminan selamat kepada sesiapa yang tinggal di dalam rumah mereka, di sekitar Ka'bah atau di dalam rumah Abu Sufyan. Walau bagaimanapun, ketika tentera Islam memasuki Makkah terdapat beberapa orang daripada kalangan Quraisy yang dipimpin oleh Safwan, Suhail dan Ikrimah telah memanah sepasukan tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid ibn al Walid. Dua orang tentera Islam terbunuh kerana dipanah oleh pihak Quraisy. Melihat keadaan tersebut, Khalid pun memerintahkan pasukannya bertindak balas. Pertempuran kecil berlaku di antara kedua dua pihak. Akhirnya pihak musuh melarikan diri dengan meninggalkan dua belas orang teman teman terbunuh di tangan pasukan Khalid ibn al Walid.
Selepas itu, Rasulullah s.a.w dan kaum muslimin memasuki kota Makkah dengan penuh tawaddhu' dan kesyukuran kepada Allah. Rasulullah s.a.w memasuki kawasan Ka'bah dan membersihkannya daripada berhala berhala di sekitarnya sambil berkata yang mafhumnya:
"Katakanlah: telah datang kebenaran dan telah hancur kebatilan. Sesungguhnya kebatilan itu pasti hancur. Kebatilan itu dapat muncul tetapi pasti hancur tidak akan kembali lagi."
Pada pandangan kabilah kabilah 'Arab yang lain, jatuhnya Makkah di tangan kaum muslimin merupakan tamatnya kepemimpinan Quraisy dalam memimpin seluruh kabilah 'Arab menentang Islam. Oleh itu sebahagian mereka merasakan bahawa mereka sendiri mesti meneruskan usaha untuk menghancurkan umat Islam. Usaha ini dimulakan oleh Bani Thaqif clan Bani Hawazin iaitu satu qabilah yang gemar berperang. Bani Thaqif ialah qabilah yang memerintah Ta'if, sedangkan Bani Hawazin menetap di antara Makkah clan Ta'if.
Sebulan selepas Fath al Makkah, setelah mendapat tahu bahawa Bani Thaqif clan Bani Hawazin telah mengumpulkan kabilah kabilah di sekitar Ta'if, maka baginda pun mengatur tentera Islam untuk menentang mereka. Rasulullah s.a.w berangkat ke Ta'if dengan tentera seramai 12,000 termasuk 2,000 daripada kalangan golongan tulaqa', iaitu penduduk Makkah yang telah dima'afkan oleh Rasulullah s.a.w ketika Fath al Makkah clan kemudian menganut Islam.
Setibanya angkatan Islam di lembah Hunain, mereka dihujani dengan anak anak panah Bani Hawazin clan Bani Thaqif. Akibat daripada kehebatan anak anak panah musuh, tentera Islam menjadi kucar kacir.
Bilangan mereka yang besar tidak dapat membantu mereka pada saat itu. Allah menegur sikap angkuh sebahagian daripada kaum muslimin yang berasa bangga dengan bilangan mereka yang besar. Walau bagaimanapun, Rasulullah s.a.w berjaya mengatur semula barisan kaum muslimin dan menyusun serangan yang berkesan terhadap musuh. Akibat daripada penyusunan semula ini, tentera Islam dapat mematahkan barisan musuh, sebahagian mereka ditawan dan sebahagian lagi sempat melarikan diri.
Rasulullah s.a.w dan tenteranya mengejar saki baki tentera Hunain sehingga menewaskan mereka di Awtas. Namun demikian sebahagian daripada mereka, terutama Bani Thaqif, sempat juga lari ke Ta'if. Sekali lagi RasuluLah s.a.w beserta tenteranya memburu mereka hingga ke Ta'if.
Apabila tentera Islam tiba, Bani Thaqif memasuki benteng benteng mereka clan bertahan daripada dalam. Rasulullah s.a.w mengepung mereka selama satu bulan. Baginda menggunakan manjanik bagi merobohkan benteng benteng mereka. Mereka tetap bertahan dari dalam dengan melepaskan anak anak panah seumpama hujan yang lebat ke arah kaum muslimin. Oleh kerana pertahanan penduduk Ta'if terlalu kukuh, maka Rasulullah s.a.w bermusyawarah dengan sahabah sahabahnya sama ada hendak terus mengepung Ta'if atau tidak. Hasil daripada musyawarah tersebut, Rasulullah s.a.w mengambil keputusan untuk meninggalkan penduduk Ta'if clan pulang bersama tenteranya ke Madinah.
Sebahagian sahabah meminta agar Rasulullah s.a.w melaknat penduduk Ta'if. Rasulullah s.a.w enggan melakukannya, tetapi sebaliknya baginda berdo'a.
"Ya Allah, bimbinglah kabilah kabilah Thaqif clan kirimkanlah mereka kepadaku."
Ternyata beberapa bulan kemudian penduduk Ta'if menghantar wakil wakil mereka ke Madinah bertemu Rasulullah s.a.w untuk menganut Islam. Dalam sejarah Islam kemudian terbukti bahawa Bani Thaqif adalah kabilah yang paling banyak menyumbangkan tenaga dan jiwa dalam menentang ahlur-riddah dalam peperangan Yamamah pada zaman pemerintahan Abu Bakr al Siddiq.
Tewasnya Quraisy serta tunduknya Bani Thaqif dan Bani Hawazin merupakan kemuncak kejayaan umat Islam di Semenanjung 'Arab. Pada masa inilah kabilah kabilah 'Arab yang lain mula menumpukan perhatian mereka untuk memahami Islam. Sebelum ini mereka menunggu nunggu apa yang akan dilakukan oleh kaum guraisy. Tetapi apabila kaum Quraisy kalah di tangan kaum muslimin, maka mereka mengaku bahawa Rasulullah s.a.w adalah Rasul yang sebenar. Oleh itu mereka menganut Islam secara beramai ramai .
Dengan peristiwa ini, Allah berfirman yang mafhumnya:
"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu Iihat manusia masuk Din Allah secara beramai ramai, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat." (An-Nasr: 1-3)
Sebahagian ahli sejarah menyebut siri kempen ini sebagai tiga gh_azwah yang berasingan iaitu Ghazwah al Hunain, Ghazwah al Awtasdan Ghazwah al Ta'if. Namun sebahagian besar ahli sirah hanya menganggapnya sebagai satu, iaitu Ghazwah al Hunain, atau dipanggil juga sebagai Ghazwah al Ta'if.
9.0 Tahun Kesembilan
Sejak bulan Muharram lagi Rasulullah s.a.w telah melancarkan sarayah untuk menghancurkan saki baki usaha kabilah kabilah musyrikin yang masih merencanakan untuk menyerang Madinah. Selepas Rasulullah s.a.w berjaya menundukkan kabilah kabilah Yahudi dan musyrikin, Madinah bukan sahaja merupakan pusat kepada kegiatan kaum muslimin, tetapi ia juga merupakan pusat pelancaran da'wah Islamiyyah bagi seluruh dunia.
Kejayaan kaum muslimin diperhatikan dengan perasaan cemas oleh kuasa kuasa dunia pada masa itu. Bagi menyekat kelancaran da'wah Islamiyyah ke wilayah wilayah lain, maka Kaisar Rom mengambil keputusan untuk menghantar tenteranya menyerang clan menghancurkan Madinah sebelum is berkembang lebih luas lagi. Apabila Rasulullah s.a.w mendapat berita tentang serangan yang akan dilakukan oleh tentera Rom, maka baginda pun membuat persiapan yang teratur. Tidak pernah sebelum ini Rasulullah s.a.w menyatakan secara jelas musuh yang hendak diperangi clan tempat yang hendak dituju. Tetapi kali ini Rasulullah s.a.w membuat persediaan secara terbuka bagi mendapatkan seluruh sumbangan clan pengorbanan umat Islam bagi menghadapi tentera Rom.
Dalam bulan Rejab, Rasulullah s.a.w dengan 30,000 tentera Islam serta 10,000 ekor kuda keluar dari Madinah untuk berdepan dengan tentera Rom. Setelah dua minggu dalam perjalanan, tentera Islam berkhemah di Tabuk.
Apabila tentera Rom mendapat maklumat berkenaan kehebatan tentera Islam, mereka pun berpatah balik clan mengelakkan pertembungan dengan tentera Islam. Rasulullah s.a.w menunggu selama dua puluh hari di Tabuk akan kedatangan tentera Rom. Apabila baginda. past bahawa tentera Rom tdak akan datang, maka baginda clan tentera Islam pun kembali ke Madinah.
Peristwa Tabuk ini membawa kesan yang mendalam kepada seluruh kabilah kabilah 'Arab ketka itu. Bagi mereka peristwa tersebut menunjukkan kehebatan kaum muslimin daripada segala segi. Selepas peristwa Tabuk, bertambah banyaklah perwakilan daripada pelbagai kabilah dari seluruh ceruk rantau Tanah 'Arab datang ke Madinah untuk mendapat penjelasan berkenaan Islam atau untuk memeluk Islam. Ini termasuklah perwakilan daripada Thaqif yang datang menemui Rasulullah s.a.w untuk menyatakan keislaman mereka.
Selepas peristiwa Tabuk ini juga Allah menurunkan wahyu memerintahkan Rasulullah s.a.w membakar masjid yang dibina oleh golongan munafiqin sebagai tempat mereka menjalankan kegiatan memecah belahkan kaum muslimin. Tidak lama selepas pembakaran Masjid al Dirar tersebut, 'Abdullah ibn Ubayy meninggal dunia. Dengan hancurnya markaz dan pemimpin mereka, lama kelamaan masalah nifaq menjadi kurang dan hinggalah Rasulullah s.a.w menghembuskan nafasnya yang terakhir, masalah tersebut dikatakan sudah reda sama sekali di kota Madinah.
Pada musim haji tahun ini, Rasulullah s.a.w memerintahkan Abu Bakr mengetuai 300 orang Islam dari Madinah untuk mengerjakan haji. Pada masa itu juga ALlah menurunkan wahyu melarang kaum musyrikin memasuki Masjid al Haram. Oleh itu Rasulullah s.a.w mengirimkan 'Ali ibn Abi Tahb berserta jama'ah haji tersebut untuk mengisytiharkan haram bagi kaum musyrikin untuk menetap atau memasuki Masjid al Haram. Perisytiharan ini juga menyatakan perihal mansuhnya segala perjanjian di antara kaum muslimin dan kaum musyrikin selepas tamat tempoh empat bulan perisytiharan tersebut dilakukan. Dengan ini, pada penghujung tahun kesembilan Hijrah, hampir semua musuh musuh yang selama ini memerangi Dar al Islam, sama ada dari luar ataupun dari dalam telah dapat ditundukkan.
10.0 Tahun Kesepuluh
Selepas Tabuk, Rasulullah s.a.w tidak lagi mengutuskan angkatan bersenjata yang besar. Boleh dikatakan pada awal tahun kesepuluh Hijrah, r seluruh Semenanjung Tanah 'Arab tunduk kepada pemerintahan dan kekuasaan Islam. Pada tahun ini juga Rasulullah s.a.w menyatakan niatnya untuk mengerjakan hajj. Rasulullah s.a.w mengirimkan perutusan ke seluruh ceruk rantau Semenanjung 'Arab meminta umat Islam yang mampu agar menyertai baginda dalam tahun haji tersebut.
Rasulullah s.a.w meninggalkan Madinah pada 26 haribulan Zulqa'edah bersama sama sahabahnya. Pada 5 Zulhijjah, baginda sampai dan memasuki Makkah. Pada tengah hari 9 haribulan Zulhijjah, RasuluLah s.a.w menyampaikan khutbahnya yang masyhur dan bersejarah di hadapan lebih daripada 100,000 umat Islam. Setelah menyelesaikan 'ibadah haji, RasuluLah s.a.w pun bertolak kembali ke Madinah pada 14 haribulan Zulhiij ah.
Selepas Hajjatul Wida', Rasulullah s.a.w mendapat berita berkenaan Musailamah yang mengaku dirinya sebagai rasul. Musailamah mengutus surat kepada Rasulullah s.a.w yang di dalamnya disebut:
"Daripada Musailamah Rdsuiullah kepada Muhammad Rasulullah. Kemudian daripada itu, separuh bumi ini kepunyaan kami, dan separuh lagi kepunyaan Quraisy, tetapi Quraisy tidak adil, Wassalam"
Rasulullah s.a.w menjawab surat tersebut dengan: .
"Dengan nama ALlah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Daripada Muhammad Rasulullah kepada Musailamah al Kadhdhab. Kemudian daripada itu, bumf adalah kepunyaan Allah yang dipusakakan kepada siapa sahaja yang dikehendaki Nya di antara hamba hamba Nya. dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa. Keselamatan bagi orang yang mengikut hidayah."
Selain daripada Musailamah, Za'im ibn Asad dari Najd dan Aswad 'Awsi dari Yaman juga mengaku menjadi nabi. Tetapi kegiatan kegiatan mereka mencapai kemuncaknya hanya selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Oleh kerana gejala riddah ini belum meluas pada masa hayat Rasulullah s.a.w, tindakan tidak diambil terhadap mereka.
Beberapa hari sebelum kewafatannya, Rasulullah s.a.w mendapat berita dari wilayah wilayah di Syam bahawa tentera Rom sedang bersiap sedia untuk menyerang Madinah. Oleh itu, Rasulullah s.a.w segera memerintahkan satu pasukan di bawah pimpinan Usamah ibn Zaid untuk berangkat menentang mereka. Tentera Islam yang baru sahaja meninggalkan Madinah terpaksa menghentikan perjalanan mereka kerana mendapat berita kewafatan Rasulullah s.a.w. Mereka kemudian meneruskan perjalanannya pada masa pemerintahan Abu Bakr al Siddiq.
Selepas dua bulan Rasulullah s.a.w mengerjakan Hajj al Wida', baginda jatuh sakit. Tetapi baginda meneruskan tugas tugas memimpin negara dan memimpin salat. Rasulullah s.a.w juga pada masa sakitnya pergi ke Uhud untuk melakukan salat jenazah bagi para syuhada' Uhud. Di Uhud baginda menyampaikan khutbah ringkas yang dalamnya terkandung kekhuatirannya terhadap umat Islam selepas peninggalannya.
Rasulullah s.a.w berkata yang mafhumnya:
"Aku tidak khuatir kamu menyernbah berhala selepas peninggalanku. Tetapi aku khuatir kamu terlalu ditarik oleh kehidupan dunia ini, sehingga kamu berbunuhan di antara satu sama lain. Jika ini berlaku, maka kamu akan luput di dunia ini sebagaimana luputnya orang orang sebelurn kamu."
Rasulullah s.a.w terus menjadi imam salat jama'ah di Masjid al Nabawi untuk beberapa hari. Tetapi apabila baginda tidak berdaya bangun, maka baginda memerintahkan Abu Bakr untuk menjadi imam di situ.
Empat hari kemudian, Rasulullah s.a.w pulih semula dan datang ke masjid. Baginda menjadi imam semula bagi salat zuhur hari tersebut. Selepas salat tersebut, baginda memberi khutbah peringatan yang terakhir kepada para sahabah. Selepas khutbah tersebut, baginda jatuh sakit semula.
Rasulullahlah s.a.w wafat pada hari Isnin, 12 haribulan Rabi'ul Awwal, iaitu selepas dua bulan baginda menunaikan Hajj al Wida'. Baginda dikebumikan pada hari yang berikutnya oleh Fadal ibn 'Abbas, 'Ali ibn Abi Talib dan Usamah ibn Zaid di dalam rumahnya yang menjadi tempat kediaman isterinya, 'Aisyah binti Abu Bakr.
Tempat itu kini dipanggil sebagai Raudah al Nabi.
Semoga ALlah mencucuri rahmat sebanyak banyaknya ke atas rohnya yang sangat mulia. Amin.