1.0 Peringkat peringkat dan Faktor faktor yang Membawa Kejatuhan Umat Islam
1.2 Zaman peralihan Sistem Khilafah kepada Sistem Mulk (raja).
1.3 Zaman pemisahan di antara kepemimpinan din dengan kepemimpinan kenegaraan.
1.6 Zaman serangan serangan ketenteraan terhadap umat Islam dari kuasa kuasa asing.
1.7 Zaman Penjajahan negara negara umat Islam oleh kuasa kuasa Imperials Barat.
1.8 Zaman pertentangan Islam dengan ideologi- ideologi dan sistem sistem kuffar.
2.0 Usaha usaha tajdid dan bentuk bentuknya
2.1 'Umar ibn 'Abdul 'Aziz selepas satu abad tegaknya Negara ' Nubuwwah.
2.4 Nuruddin Zanki dan Salahuddin Al Ayyubi Dalam Menebus Maruah Umat Islam Dari Serangan Kristian.
1.0 Peringkat peringkat dan Faktor faktor yang Membawa Kejatuhan Umat Islam
1.1 Bibit-bibit Awal Kelemahan
Bibit-bibit awal perpecahan muncul pada zaman pemerintahan Khalifah 'Uthman bin 'Affan lagi. Ini disebabkan bilangan ummah yang jahil terhadap Islam lebih ramai dari mereka yang benar-benar memahaminya. Secara umumnya pendukung-pendukung din, syari'ah, ummah dan daulah ini semasa pemerintahan Khalifah 'Uthman dan kemudiannya Khalifah 'Ali, adalah tokoh-tokoh sahabah dan 'ulama' tabi'in yang berkalibar.
Dengan berlalunya masa, pengaruh bilangan yang ramai telah membawa kesan di dalam penghayatan ummah terhadap kefahaman dan 'amalan Islam yang sejati. Keadaan ini bertambah buruk apabila sebahagian daripada orang-orang yang tidak benar-benar menguasai 'ilmu dan akhlaq Islam diberi kedudukan penting di dalam sistem pemerintahan. Apabila orang-orang yang tidak layak ini campur tangan dalam urusan kenegaraan timbullah banyak kekacauan di dalam ummah. Ketika itu pengaruh manusia yang tidak benar-benar memahami Islam jauh lebih kuat dari pengaruh golongan yang benar-benar menguasai ajaran Islam yang suci.
Meletusnya Fitnatul Kubra dan pembunuhan Khalifah 'Uthman menggambarkan bibit-bibit kesepaduan din dan daulah tergugat. Ini kerana urusan daulah tidak benar-benar dijalankan menurut apa yang dikehendaki oleh al-Din. Manusia mengambil tindakan-tindakan di luar batas-batas yang telah ditetapkan oleh syari'ah. Keadaan seperti ini tidak pernah berlaku sebelumnya. Umat Islam sebelumnya benar-benar memahami Islam dan sentiasa memastikan bahawa daulah adalah sesuatu yang mesti dijaga oleh din dare syari'ah.
Fitnah pada zaman Khalifah 'Uthman berlarutan sehingga ke zaman Khalifah 'Ali. Walaupun Khalifah 'Ali berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya, namun arus kejahilan sebahagian besar ummah adalah begitu hebat sekali. Taraf keimanan sebahagian besar daripada ummah telah menjadi begitu rendah. Kalau dahulu Khalifah Abu Bakar dan Khalifah 'Umar al-Khattab memerintah orang-orang yang ber'ilmu dan bertaqwa seperti 'Ali, tetapi Khalifah 'Ali memerintah orang-orang yang pada umumnya tidak menguasai dan memahami Islam sebagaimana generasi sebelumnya. Semasa pemerintahan Khalifah 'Ali mula wujud perpecahan di dalam umat Islam dari segi tindakan memisahkan diri dari daulah yang selama itu mengikat seluruh umat Islam. Terdapat satu golongan muslim yang tidak mengiktiraf Khalifah yang sah di Madinah. Keadaan ini kemudiannya melahirkan puak-puak tertentu yang membawa aliran-aliran yang tersendiri di dalam umat Islam. Tidak pernah perkara seperti itu berlaku sebelumnya di dalam umat Islam. Sebelum itu umat Islam sentiasa bersatu dalam mendokong din, syari'ah dan daulah, tetapi kini ada satu fi'ah (ta'ifah) yang tidak bersedia untuk mendokong daulah bersama-sama Khalifah yang sah. Keadaan tersebut berkembang terus selepas kewafatan Khalifah 'Ali hinggalah munculnya golongan-golongan Syiah, Khawarij dan Murji'ah.
Perkembangan ini pada mulanya adalah semata-mata dalam bentuk perbezaan-perbezaan politik (yang berkaitan dengan masalah siapakah yang sepatutnya menjadi Khalifah), tetapi kemudiannya ia berkembang menjadi perbezaan-perbezaan dalam bentuk mazhab-mazhab keagamaan. Walaupun golongan ini masih merupakan golongan kecil jika dibandingkan dengan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah, namun ia tetap juga menjejaskan kesepaduan din, ummah dan daulah yang telah diwujudkan oleh negara Nubuwwah sebelumnya. Bibit ini dalam abad Hijriyah yang berikutnya telah menjadi satu perkara yang membawa berbagai-bagai kekeliruan di dalam kefahaman umat Islam terhadap Islam itu sendiri.
1.2 Zaman Perubahan Sistem Khilafah kepada Sistem Mulk
Tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w, Khalifah Abu Bakar dan Khalifah 'Umar adalah tindakan-tindakan yang berusaha untuk memadamkan kemungkinan sistem kenegaraan dijalankan di atas landasan sistem Mulk. Sistem yang diiktiraf oleh Islam dalam hal yang berkaitan dengan kenegaraan adalah sistem Khalifah.
Selepas sistem Khilafah tamat dengan Sayyidina Hasan bin 'Ali turun daripada jawatan Khalifah dan menyerahkannya kepada Mu'awiyah, maka bermulalah sistem Mulk di dalam Islam. Apa yang dimaksudkan dengan Sistem Mulk ialah kepemimpinan umat Islam bukan lagi merupakan maslahah 'ammah umat Islam yang diputuskan oleh syura, tetapi kepemimpinan adalah urusan sesuatu keluarga atau kelompok manusia tertentu di dalam umat Islam.
Pemerintahan menjadi satu warisan yang diperturunkan oleh pemerintah kepada salah seorang daripada anggota keluarga atau kabilahnya tanpa membuat syura dengan umat Islam terlebih dahulu. Dalam sistem Mulk penglibatan umat melalui syura untuk menetapkan pemimpin diketepikam. Malahan umat Islam ditetapkan oleh Khalifah sebelumnya.
Zaman pertukaran daripada sistem Khilafah kepada sistem Mulk banyak membawa kesan-kesan yang salbi di dalam umat Islam. Pertukaran ini sendiri bererti umat telah meninggalkan salah satu prinsip utama dalam urusan pemerintahan, iaitu musyawarah. Dalam keadaan yang sedemikian wujudlah perasaan tidak puas hati di kalangan anggota masyarakat dan berlakulah penindasan pihak pemerintah untuk mengekalkan kekuasaan mereka.
Timbullah sikap umat tidak mahu memberi kesetiaan terhadap pemerintah dan terpesongnya tumpuan mereka daripada tujuan 'ubudiyyah kepada. keadaan persengketaan sesama sendiri. Inilah zaman apabila umat Islam dipimpin oleh dua orang Khalifah; seorang di Hijaz, iaitu di-bawah 'Abdullah ibn Zubair ibn Awwam dan daerah-daerah lainnya lagi di bawah pemerintahan 'Abdul Malik ibn Marwan.
1.3 Zaman Pemisahan di antara Kepemimpinan Al-Din dengan Kepemimpinan Politik
Kesan daripada peralihan sistem Khalifah kepada sistem Mulk ialah berlakunya berbagai-bagai aliran pemikiran di dalam umat Islam. Di antaranya ada yang menolak penuh keadaan urusan umat Islam ketika itu, seperti pemikiran Khawarij. Ada juga yang bersifat berdiam diri terhadap kezaliman dengan bersikap menyerahkan segala yang berlaku itu kepada penentuan Allah. Golongan yang berpendirian begini adalah golongan Murji'ah. Ada juga golongan yang menolak seluruh sistem yang sah hanyalah sistem yang diwarisi dari Ahl al-Bayt dan mereka ini terdiri daripada golongan Syi'ah.
Perselisihan dalam bidang pemikiran ini membawa berbagai-bagai kekecohan di dalam umat Islam. Tiap-tiap golongan berusaha untuk mengembangkan pemikiran masing-masing. Pihak pemerintah pula ketika itu tidak keberatan untuk menghancurkan sebarang aliran yang cuba mencanggahi apa yang mereka tegakkan. Sikap kejam pemerintah ketika itu tidak merasa keberatan untuk menghukum dan membunuh sesiapa sahaja yang disyakki menentang kerajaan. Dalam keadaan ini, 'ulama' yang tidak tergolong dari mana-mana tiga golongan di atas, juga dihukum dan diseksa sekiranya mereka menegur perbuatan-perbuatan mungkar yang dilakukan oleh pemerintah.
Kesan daripada suasana yang ada dan ditambah pula dengan sikap pemerintah yang tidak mahu menerima sedikit pun teguran, menyebabkan golongan terbesar di kalangan umat Islam ketika itu bersikap tidak mahu melibatkan diri dengan pemerintah. Golongan ini dipimpin oleh para 'ulama' mujtahidin serta dibantu oleh pengikut-pengikut dan anak-anak murid mereka. Golongan ini menyibukkan diri dengan meningkatkan kegiatan ke'ilmuan, bebas daripada sebarang campur tangan kerajaan ketika itu. Suasana inilah yang telah mewujudkan dualisma di dalam kehidupan umat Islam. Segala urusan pemerintahan diserahkan kepada pemerintah yang lebih bersikap seperti raja-raja, dan urusan din dan ke'ilmuan Islam diserahkan kepada 'ulama'. Sebahagian besar 'ulama' tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan dan pemerintah pula bersikap zalim terhadap 'ulama' yang mencanggahi kepentingan-kepentingan mereka.
Pemisahan ini banyak membawa kerugian kepada umat Islam. Pada zaman inilah terungkainya ikatan padu di dalam pegarigan umat Islam terhadap din, syari'ah, ummah dan daulah. Pemerintah menzalimi rakyat, membataskan bidang mu'amalah hanya sesama puak-puak pemerintah dan hanya dapat menundukkan rakyat dengan kekerasan dan ketenteraan. Rakyat membenci pemerintah dan berusaha untuk menggulingkannya melalui pemberontakan. Para 'ulama' pula menyepikan diri dari bidang pemerintahan kerana sikap zalim yang amat sangat dari pemerintah. Para 'ulama' ini menumpukan perhatian mereka dalam mentarbiyyahkan umat Islam tanpa sebarang pertolongan dari kerajaan. Kegiatan-kegiatan yang terpancar-pancar di dalam umat Islam ketika itu tidak tersusun sehingga timbul sikap yang berbeza-beza terhadap Islam, 'ilmu-'ilmu Islam, konsep kenegaraan, pemerintahan dan sebagainya.
1.4 Zaman Sistem Kerajaan-kerajaan Kecil
Apabila wujudnya daulah Bani Umayyah di Andalusia pada tahun 138 H di samping daulah Bani 'Abbasiyyah di seluruh jajahan Islam yang lain, maka muncul pula kerajaan-kerajaan kecil (mulukut tawa'if) di dalam sistem pemerintahan di negara-negara umat Islam. Sistem mulukut tawa'if ini merupakan kemuncak perpecahan umat yang dilandaskan kepada semangat 'asabiyyah kalibah dan dinasti-dinasti. Satu kerajaan Islam sering bermusuhan, berperang dan berbunuh-bunuhan di antara satu sama lain. Pada sa'at itu jugalah umat Islam yang sepatutnya mendukung din dan syari'at melalui kesatuan atau penyelarasan urusan daulah benar-benar menghadapi keadaan yang sangat kusut. Keadaan yang wujud tidak mengizinkan para pemerintah menumpukan kekuatan pegangan umat Islam terhadap din dan syari'ah Islam. Tumpuan mereka hanyalah kepada bagaimana untuk menguatkan diri menghadapi serangan negara-negara jiran ataupun bagaimana dan bilakah hendak menyerang dan menjatuhkan negara-negara jiran mereka. Padahal negara-negara jiran tersebut adalah juga negara-negara saudara-saudara mereka seIslam.
1.5 Zaman Kemasukan Pemikiran-pemikiran Asing
Usaha untuk menyerapkan ajaran-ajaran asing ke dalam kefahaman umat Islam terhadap din mereka telah bermula sejak dari zaman Khalifah 'Uthman lagi. Walau bagaimanapun, penyerapan kefahaman-kefahaman ini tidak meluas kerana masih terdapat pemerintahan Islam dan juga para 'ulama di kalangan sahabah yang menghalang kelancarannya.
Berlakunya pemisahan di antara pemerintah dan 'ulama', kemudian diikuti dengan sistem mulukut tawa'if yang berbilang-bilang dan hilangnya penguasaan untuk mengarahkan umat mendukung din dan syari'ah, adalah merupakan faktor-faktor yang. memudahkan perkembangan berbagai-bagai pemikiran yang begitu meluas di dalam umat Islam.
Di antara pemikiran-pemikiran ini ialah penjelmaan ajaran-ajaran kuno Farsi. Ia menyerap masuk ke dalam kefahaman umat Islam melalui ajaran-ajaran Syi'ah yang digelar Batiniyyah. Kemuncak bagi pengaruh ajaran Batiniyyah ini ialah apabila tertegaknya Daulah 'Fatimiyyah' yang berselindung di sebalik ajaran Syi'ah Isma'illiyah pada tahun 355 H di Mesir.
Umat Islam pada masa itu juga diserang oleh kefahaman-kefahaman yang menyesuaikan pemikiran Islam dengan falsafah-falsafah kuno Yunani.
Pada peringkat ini walaupun umat Islam masih mengakui kedudukan Islam sebagai pegangan negara, namun kefahaman 'aqidah tauhid yang suci adalah sesuatu perkara yang begitu asing sekali di dalam pemikiran mereka. Pada peringkat ini jugalah umat Islam dan para pemerintah masih mengaku mendukung Islam, tetapi isi kepada`sistem pemerintahan mereka sebenarnya ialah kebatilan semata-mata.
1.6 Zaman Serangan Ketenteraan Asing
Kerajaan-kerajaan kecil (mulukut tawa'if) adalah benar-benar merupakan rangkaian perpecahan di dalam umat Islam. Pada awal abad ke 5 H, seluruh dunia Islam telah mengalami keruntuhan dan kelemahan. Ketika itu Kerajaan Saljuk yang merupakan kerajaan Islam yang terkuat telah kehilangan kekuatannya dan berpecah kepada beberapa kerajaan selepas kewafatan malik Syah. Kerajaan 'Fatimiyyah' yang merupakan lambang Islam di Mesir pula sedang tenat disebabkan kekacauan dan perpecahan sesama sendiri. Negeri Syam pula merupakan medan pertempuran di antara puak-puak Fatimiyyah dan Saljuk. Puak Saljuk menganut pegangan Syi'ah; masing-masing cuba menghancurkan puak yang lain. Selain dari itu negara-negara yang berpihak kepada puak Fatimiyyah dan puak Saljuk, berpecah-pecan sesama sendiri.
Pada masa itu Kerajaan Bani Umayyah di Andalusia sudah hampir-hampir lenyap dan terbahagi kepada beberapa rejim mulukut tawa'if di merata semenanjung Andalus. Peperangan sesama sendiri adalah satu kebiasaan bagi umat Islam di sana. Dalam keadaan sebeginilah, pada tahun 491 H umat Islam diserang oleh tentera-tentera Salib. telah berjaya menakluki kota Baitul Maqdis. Siri-siri pertempuran di antara Islam dan tentera-tentera Salib ini berlangsung selama dua ratus tahun.
Walaupun di sana sini umat Islam dapat mempertahankan maruahnya, namun gejala perpecahan sesama sendiri adalah begitu mendalam. Malahan di dalam tempoh berlangsungnya siri-siri peperangan Salib tersebut, masih terdapat negara-negara Islam yang kecil berperang sesama sendiri. Pada masa itu juga terdapat kerajaan-kerajaan Islam yang sanggup meminta bantuan dari tentera-tentera Salib demi untuk menewaskan kerajaan Islam yang lain.
Pada tahun 616 H, tentera Monggol pula datang melanda umat Islam. Satu demi satu kerajaan Islam dihancurkan hinggalah pada tahun 656 H, Khalifah Bani 'Abbasiyyah yang terakhir dibunuh dan kota Baghdad dihancurkan. Diperingkat inilah kedudukan umat Islam telah benar-benar tercabar. Mereka diserang dari dua penjuru oleh dua kuasa besar dunia ketika itu, iaitu tentera Monggol dan tentera Salib.
Di dalam Peperangan Salib, umat Islam masih menunjukkan ketahanan bagi mempertahankan kedaulatannya. Namun peperangan itu juga menunjukkan bahawa umat Islam ketika itu dilanda perpecahan sesama sendiri yang tidak sudah-sudah. Serangan Monggol pula menandakan kehancuran satu sistem berkhalifah yang berpusat di Baghdad. Sistem ini walaupun telah jauh tergelincir dari landasan negara Nubuwwah yang telah diasaskan oleh Khulafa' al-Rasyidun, namun ia tetap menjadi lambang sebagai Khilafah utama di kalangan kebanyakan mulukut tawa'if.
1.7 Zaman Penjajahan Kuasa-kuasa Imperialis Barat
Kesan-kesan kelemahan di dalam umat Islam berterusan walaupun tentera Monggol memeluk Islam dan adanya usaha-usaha di sana-sini untuk membangkitkan semula umat Islam daripada gejala perpecahan. Satu demi satu bangsa dari kalangan umat Islam telah bangkit untuk meneraju kepemimpinan umat ke arah kegemilangannya. Satu demi satu negara dikalangan negara-negara Islam telah menjadi pusat teraju perjuangan Islam. Namun kesepaduan 'aqidah, syari' ah, akhlak, fikrah dan daulah seperti yang telah diwujudkan oleh generasi sahabah dan tabi'in tetap sukar dihidupkan semula. Kesan dari gejala ini, musuh-musuh umat Islam telah menjadi bertambah kuat. Mereka telah berjaya untuk membangunkan tamaddun mereka dari sudut pemikiran, sistem-sistem pendidikan dan pembelajaran, sains, ketenteraan dan segala aspek yang boleh membawa kepada kekuatan kebendaan mereka. Di dalam keadaan perpecahan umat Islam serta kelunturan 'aqidah mereka, tamaddun Barat makin bertambah berani untuk meneruskan, usaha-usaha salibiyyah mereka dengan satu semangat baru dan dengan satu pendekatan yang lebih berkesan.
Kejatuhan Andalusia pada 1491M memberi semangat yang kuat kepada tamaddun Kristian untuk memerangi Islam. Seterusnya Kristian Barat melihat bahawa kelemahan umat Islam di Filipina dan Maghribi dari segi bekalan dan sumber-sumber bahan. Berlandaskan strategi ini maka mereka memulakan penaklukan negara-negara yang jauh dari pusat kerajaan Islam yang utama. Pada tahun 1511 Melaka ditakluk oleh Portugis. Selepas itu satu demi satu negara Islam jatuh ke tangan penjajahan negara-negara Barat.
Penjajahan terhadap umat Islam adalah di dalam berbagai-bagai bentuk. Ada yang melalui kekerasan dengan membunuh orang-orang Islam, membunuh 'ulama' dan membinasakan syi'ar-syi'ar Islam seperti masjid-masjid dan tempat-tempat pengajian. Telah banyak darah umat Islam yang mengalir melalui penjajahan yang begini.
Adapun bentuk penjajahan lain ialah satu bentuk penjajahan yang begitu halus dan tersusun. Masjid-masjid tidak dirobohkan dan 'ulama' tidak dibunuh tetapi usaha-usaha lain telah dibuat untuk memalsukan 'aqidah umat Islam, membawa kecurigaan umat Islam terhadap Islam sendiri, melemahkan semangat jihad dan menjauhkan ajaran-ajaran al-Qur'an dan al-Sunnah dari umat Islam. Segala-galanya diatur dan direncanakan melalui sistem pentadbiran dan sistem pendidikan yang berada di dalam penguasaan penjajah Barat.
Peraturan-peraturan dan undang-undang dikuatkuasakan beransur-ansur sehingga undang-undang ini sentiasa menjadi panduan dalam kehidupan umat Islam. Dalam bentuk penjajahan yang beginilah umat Islam telah menjadi kabur terhadap pengertian dan tuntutan wala'. Mereka telah kehilangan semangat jihad serta tidak lagi sensitif terhadap kufur.
1.8 Zaman Pertentangan Islam dengan Ideologi-ideologi Kuffar
Menjelang pertengahan abad ke-20 banyak negara umat Islam telah mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan bukan dalam erti yang sebenarnya menurut penilaian Islam. Ini kerana kemerdekaan cuma dalam bentuk peralihan para pentadbir negara dari penjajah-penjajah kepada anak-anak watan.
Peralihan ini tidak sedikit pun menjejaskan dasar-dasar penjajahan serta sistem kepercayaan atau ideologi yang dibawa oleh penjajah. Malahan kemerdekaan ini diperjuangkan oleh anak-anak watan yang telah dididik untuk berfikir, bercakap serta berkelakuan seperti tuan-tuan penjajah mereka.
Mereka telah direncanakan oleh penjajah untuk memimpin perjuangan memperolehi kemerdekaan. Apabila negara-negara umat Islam mencapai kemerdekaan, merekalah yang memegang tampuk pemerintahan negara. Golongan ini terdiri dari orang-orang yang telah melalui pendidikan Barat secara lengkap; berfikir dan mempunyali sikap terhadap hidup sama seperti tuan-tuan mereka sebelum kemerdekaan dahulu. Mereka adalah golongan yang tidak memahami Islam yang sebenarnya, tidak ber'amal dengan 'amalan-'amalan Islam dan tidak berakhlak dengan akhlak-akhlak Islam. Pandangan mereka terhadap Islam terlalu sempit. Merekalah orang-orang di kalangan umat ini yang memenjarakan Islam dan perundangannya. Mereka jugalah orang-orang di dalam umat ini yang menjadikan Islam diperintah dan bukan yang memerintah. Terdapat di kalangan mereka yang beranggapan bahawa kejayaan bangsa adalah melalui penerimaan penuh terhadap nilai-nilai Barat dan membuang langsung Islam dalam 'amalan kenegaraan dan siyasah. Golongan yang telah direncanakan untuk memimpin negara-negara umat Islam inilah sebenarnya menjadi agen-agen Westernism dan Modernism di dalam umat Islam. Melalui mereka inilah diperkenalkan manifestasi materialisme dalam bentuk ideologi-ideologi Liberalisme atau Sosialisme dalam kehidupan siyasah, pemikiran, pendidikran, ekonomi, kemasyarakatan dan kebudayaan umat Islam.
Bagi golongan yang mendukung ideologi liberalisma mereka mengasaskan politik mereka kepada nasionalisma menurut bentuk dan warna yang mereka fikirkan dapat mengekalkan kepentingan kedudukan dan kekuasaan mereka. Golongan inilah juga yang bertanggungjawab menyebarkan dan memperluaskan perlaksanaan sistem kapitalis dalam perjalanan ekonomi negara-negara umat Islam.
Bagi golongan yang memilih sosiolisme pula, mereka lebih senang sekiranya umat Islam boleh menerima bahawa Islam dan sosialisme adalah seiring dan sehaluan. Oleh kerana itu, mereka mencipta berbagai-bagai istilah untuk meyakinkan umat Islam bahawa terdapat ciri-ciri persamaan di antara Islam dan sosialisma, malahan keduanya tidak bercanggah.
Jika umat Islam dahulu telah diserang dengan pemikiran-pemikiran seperti Qadariyah, Jabariyah, Mu'tazilah, Mujassimah dan sebagainya, tetapi kini umat Islam telah diserang pula dengan ideologi-ideologi materialisme. Ideologi-ideologi tersebut menguasai seluruh dunia hari ini. Ideologi-ideologi tersebut berperanan membentuk sikap, pendirian dan pandangan manusia sedunia menurut telunjuknya.
Malangnya di saat umat Islam perlu bersatu bagi menghapuskan ideologi-ideologi kufur tajaan kuasa-kuasa Barat, pemimpin-pemimpin dari kalangan umat Islam sendiri memainkan peranan untuk mengukuh dan memperteguhkan ideologi-ideologi ini.
Di segi realiti, menentang ideologi-ideologi kufur yang didukung oleh pemimin-pemimpin umat Islam sendiri adalah jauh lebih berat daripada menentang pendokong-pendokong yang berasal dari Barat. Golongan yang terdiri dari kalangan umat Islam ini biasanya berselindung di balik keIslamannya, pengakuan Islam serta slogan-slogan Islam. Golongan ini biasanya dapat mengabui mata masyarakat umum yang tidak memahami pengertian Islam yang sebenar selepas beratus tahun diproses oleh sistem-sistem penjajah.
Kejahilan majoriti urnat Islam memudahkan mereka diumpan oleh pemimpin-pemimpin sekular ini dengan kata-kata yang manis, slogan-slogan kosong dan gula-gula pembangunan.
Golongan sekular ini sentiasa menyatakan kesetiaan mereka kepada Islam. Tetapi pada hakikatnya hari demi hari mereka melakukan tindakan-tindakan yang meruntuhkan 'aqidah Islam daripada umat serta menjauhkan mereka dari cara hidup Islam yang sebenar.
Dahulu umat Islam diperintah oleh pemerintah-pemerintah fasiq dan zalim, tetapi tetap memperakui bahawa asas sistem kenegaraan mereka adalah Islam. Tetapi sekarang umat Islam dipimpin oleh pemerintah yang tidak segan silu mengagong-agongkan perlembagaan negara yang ditegakkan atas landasan ideologi-ideologi kufur. Islam cuma merupakan agama istiadat. Peranan Islam ditentukan menurut peruntukan yang termaktub di dalam perlembagaan negara. Hukum-hukum Islam yang mencanggahi perlembagaan negara terbatal.
Peringkat kejatuhan umat Islam hari ini sedang berada di satu tahap pertentangan antara haq, iaitu Islam dengan batil dalam bentuk ideologi-ideologi kufur.
2.0 Usaha-usaha Tajdid dan Bentuknya
2.1 'Umar ibn 'Abdul 'Aziz selepas Satu Abad tegaknya Negara Nubuwwah
Zaman kegemilangan Islam berakhir dengan berakhirnya Khilafah alRasyidin. Kegemilangan ini adalah menurut ukuran kekuatan 'aqidah ummah serta kesungguhan umat dan Negara dalam melaksanakan Syari'at Allah. Selepas zaman ini, ciri-ciri kelunturan ini telah mula menular di dalam kehidupan umat Islam serta perjalanan pemerintahannya. Daulah Umayyah adalah merupakan kerajaan yang mengambil alih perjalanan pemerintahan umat dan Negara umat Islam. Dalam pemerintahan Daulah Umayyah inilah satu demi satu 'amalan Islam yang telah diasaskan oleh Rasulullah s.a.w serta diteguhkan oleh Khulafa' al-Rasyidin mula luntur dalam kehidupan umat Islam, penguasa-penguasa undang-undang. malahan di kalangan khalifah-khalifah sendiri.
Taraf keimanan sebahagian besar umat Islam ketika itu begitu rendah sehingga berbagai-bagai bentuk pengabaian terhadap perintah Allah telah dilakukan oleh mereka. Umat Islam ketika itu telah lalai dari melaksanakan perintah-perintah Allah seperti solat dan menjauhkan kemungkaran dan ma'siyat. Wanita-wanita pula sebahagian besarnya tidak menutup 'aurat dan berjalan di kota-kota dengan mendedahkan rambut mereka. Perbualan umum di kala itu adalah berkenaan arak, hiburan, wanita serta kemewahan-kemewahan dunia.
Punca kelemahan ini adalah dari pemerintah. Para khalifah cuai terhadap tanggungjawab mereka terhadap umat. Walaupun sistem pemerintahan yang wujud mengi'tiraf kedudukan al-Qur'an dan al-Sunnah sebagai undang-undang, tetapi kecuaian dan sifat fasiq sebahagian daripada para khalifah menjadikan sistem itu sendiri tidak menegakkan Islam. Penyelewengan berlaku dalarn hampir-hampir semua bidang hidup manusia seperti: politik, sosial, ekonomi, pendidikan dan perkembangan ke'ilmuan. Penyelewengan yang paling dasar sekali dalam sistem pemerintahan adalah tindakan para khalifah Bani Umayyah untuk meninggalkan musyawarah dan meneguhkan dasar sistem mulk di dalam sistem bernegara.
Dalam kekecuhan ini maka muncullah 'Umar bin 'Abdul 'Aziz sebagai mujaddid pertama dalam Islam.
Tempoh khilafah 'Umar bin 'Abdul 'Aziz yang hanya berlangsung selama dua tahun setengah, merupakan cahaya benderang di tengah-tengah kegelapan pemerintahan Bani Umayyah seluruhnya yang meliputi dunia Islam sebelum itu. Dalam menjalankan kekuasaannya itu, ia mencampakkan seluruh cara hidup para mulk seperti yang dilakukan oleh keluarga dan nenek moyangnya, dan memilih bagi dirinya kehidupan yang hampir menyerupai kehidupan para Khulafa' Rasyidun. Dia juga telah mengembalikan semua harta milik yang diwarisinya sendiri dengan cara yang tidak sah menurut syari'at kepada Bait al-Mal.
Selepas itu ia pun mula memperbaiki penyelewengan-penyelewengan di dalam sistem pemerintahan dengan melakukan proses pembersihan di kalangan kaum kerabat dan keluarganya. Katanya kepada rakyat: "Siapa sahaja yang memiliki keluhan terhadap salah seorang anggota keluarga yang sedang berkuasa atau para amirnya, maka hendaklah dia mengajukannya kepadaku, dan barangsiapa memiliki bukti atas terampasnya sesuatu miliknya, akan dikembalikan kepadanya."
Usaha-usaha tajdid yang dilakukan oleh 'Umar bin 'Abdul 'Aziz telah memperbaharui semula pegangan umat Islam dan Negara mereka terhadap syari'at Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Ketika itu apabila umat Islam bertemu di antara satu sama lain mereka akan memperkatakan sesuatu yang boleh meningkatkan taqwa mereka. Apabila mereka bertemu mereka akan bertanya antara satu sama lain; wazifah zikr manakah yang mereka baca di waktu malarn, berapakah ayat-ayat alQur'an yang telah mereka hafal, bila mereka akan tamatkan bacaan alQuran dan berapa hari dalam sebulan mereka berpuasa sunat.
Negara pula telah mendukung Islam sepenuhnya dengan pertamanya menegakkan semula asas bernegara menurut syari'at; iaitu Khalifah dipilih atas dasar keredaan rakyat dan 'amalan musyawarah dihidupkan semula .
Pembaharuan komitmen Negara terhadap Islam telah membolehkan umat Islam di masa itu menyaksikan 'amalan-'amalan politik, sosial, ekonomi, pendidikan; ke'ilmuan dan perhubungan antarabangsa kembah semula kepada dasar-dasar Islam yang sejati.
2.2 Imam-Imam Mazhab dan Usaha-Usaha Untuk Membetulkan Arah Kefahaman dan Penghayatan Islam dalam Umat Islam
Pada umumnya umat Islam tidak mempunyai masalah untuk memahami dan meng'amalkan Islam di zaman Khulafa' al-Rasyidun. Ini adalah kerana diwaktu itu ramai di kalangan sahabah dan tabi'in masih ada bersama mereka. Ini adalah kerana mereka boleh melihat sendiri qudwah para sahabah serta boleh meruju' secara terus kepada mereka dari segi 'ilmu. Tambahan di masa itu sistem pemeritahan secara khilafah melahirkan suasana 'ubudiyyah yang menyeluruh di dalam masyarakat hinggakan pada dasarnya masyarakat mereka adalah merupakan satu masyarakat yang dinaungi oleh suasana taqwa.
Beralihnya sistem pemerintahan kepada satu sistem yang berbentuk mulk menghasilkan berbagai kesan yang tidak baik di dalam.masyarakat. Berpunca dari isu khilafah dan pemerintahan, maka muncullah berbagai kumpulan di kalangan umat Islam yang akhirnya membentuk kefahamankefahaman yang berbagai-bagai berkenaan Islam. '
Penumpuan para mulk dalam meneguhkan kekuasaan mereka telah menyebabkan mereka cuai dalam mendidik.umat berkenaan Islam. Dalam banyak keadaan, para pemerintah memusuhi para 'ulama'. Hasil darinya maka terputuslah hubungan antara pemerintah dengan sumber tenaga yang memainkan peranan untuk mendidik umat. Apabila ini terjadi maka hilanglah pedoman umat secara yang terarah dan meluas untuk memahami pengertian Islam yang sebenar. Ini adalah kerana tidak meluas di kalangan para amir-amir mereka yang menghayati serta menonjolkan syaksiyyah.
'Abdul Malik, dia pun menunjukkan kepada rakyat perbezaan antara khilafah dan kerajaan. Pada pidatonya yang pertama setelah dibai'ah, ia berkata: "Saudara-saudara, sungguh aku telah ditimpa satu bala' dengan kedudukanku ini, yang telah ku perolehi tanpa dimusyawarahkan dengan diriku sebelumnya, tidak pernah ku minta dan tidak pernah dimusyawarahkan dengan kaum muslimin. Dari kini aku melepaskan bai'at kepadaku yang melingkungi leher kalian, maka pilihlah bagi diri kalian dan urusan kalian siapa sahaja yang kalian inginkan. "Maka berteriaklah para hadirin " Kami telah memilihmu bagi diri kami dan urusan kami, dan kami semua reda denganmu."
Islam yang dapat mereka jadikan ikutan. Dan juga tidak cukup meluasnya 'ulama' (hasil daripada sikap kerajaan terhadap 'ulama' dan juga sikap 'ulama' terhadap kerajaan), untuk menjadi tempat rujukan mereka.
Dalam suasana umat menghadapi gejala di atas inilah berbagai-bagai fahaman telah mula timbul di kalangan umat Islam. Sebahagian darinya terdiri dari permasalahan yang berkaitan dengan politik dan kedudukan umat Islam yang diperintah oleh system mulk. Sebahagian yang lain pula terdiri dari masalah bagaimana untuk kembali memahami Islam dalam bentuk yang sebenar dalam waqi' atau zaman tersebut.
Imam Abu Hanifah adalah Imam yang paling terkemuka di dalam membetulkan permasalahan yang pertama. Beliau berjaya meletakkan sikap yang tepat dan sebenar berkenaan sistem mulk serta menolak kefahaman Khawarij yang ekstrim dan kefahaman Murji'ah yang apologetik. Di samping beliau Imam Malik, Imam Syafi'i dan Imam Ahmad juga tidak ketinggalan di dalam menunjukkan sikap tidak mengi'tiraf pemerintahan khalifah-khali'fah Bani Umayyah ketika itu. Kesemua Imam-Imam mazhab ini tidak pernah mahu bekerjasama atau menyokong penyelewengan-penyelewengan pemerintah di masa itu.
Imam Abu Hanifah, Imam Abu Yusuf, Imam Muhammad Hasan al-Syaibani, Imam Malik, Imam Syafi'i, Imam Ahmad, Imam Auza'i dan lain-lain banyak memainkan peranan untuk menyelesaikan masalah kedua yang dihadapi oleh umat Islam di masa itu. Apa yang dilakukan oleh Imam-Imam ini adalah menetapkan qa'idah-qa'idah yang menyeluruh yang darinya dapat dikeluarkan hukum-hukum yang terperinci. Perincian hukum-hukum ini, atau 'ilmu fiqh , dapat memudahkan umat memahami dan mengamalkan Islam. Malahan dasar-dasar yang mereka gariskan, dapat dijadikan asas bagi mengembangkan Islam melalui ijtihad di mana-mana tempat dan zaman. Dalam zaman mereka inilah pembahasan serta pengumpulan hasil-hasil ijtihad dan hukum dilakukan. Kekuatan dasar-dasar 'ilmu, khususnya usulul fiqh, yang mereka telah mereka gariskan memudahkan perkembangan 'ilmu secara yang meluas serta telah melahirkan ratusan para imam dan mujtahid selepas mereka.
2.3 Imam Al-Ghazzali dan Usaha-usaha Memerangi Keserabutan Fikiran dan Kecelaruan 'Amalan Islam dalam Umat Islam
Pada abad ke lima Hijriyah kemasukan pemikiran Greek dan falsafah-falsafah asing telah menular masuk ke dalam umat Islam secara meluas. Ini adalah kerana di masa itu, di dalam keadaan Bani 'Abbasiyyah sedang menuju kehancurannya, para pemerintah telah secara resmi menerima dan mengakui sistem-sistem falsafah Greek serta telah menyebarkannya secara aktif di kalangan umat Islam.
Umat Islam serta sebahagian besar 'ulama'nya ketika itu telah tercabar dengan fahaman dan pemikiran asing yang melanda ketika itu. Tambahan para 'ulama' yang ketika itu tidak begitu kenal dengan sains-wins rasional, tidak berupaya menghadapi serta mematahkan kemaraan falsafah-falsafah Greek tersebut. Keadaan menjadi lebih buruk bila di waktu inilah usaha-usaha ijtihad telah dihentikan dan umat Islam lebih cenderung kepada sikap taqhd dalam meng'amalkan Islam.
Kekeliruan-kekeliruan yang sebeginilah yang telah menjadikan umat Islam ketika itu berada di satu tahap ketandusan 'ilmu dan akhlaq, perpecahan kepada puak-puak yang masing-masing mempunyai aliran pemikirannya sendiri dan penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan oleh para pemerintah.Usaha-usaha tajdid yang dilakukan oleh Imam al-Ghazzali adalah dalam satu rangka untuk memperbaharui pendekatan umat Islam dalam menghadapi cabaran-cabaran yang dihadapi oleh umat Islam ketika itu. Usaha ini mengambil bentuk:
Menghadapi dan menyekat kemaraan pemikiran dan falsafah
Greek dan pemikiran-pemikiran asing dari terus melanda umat Islam
Menggariskan dasar-dasar bagi menyatukan kumpulan-kumpulan
pemikiran di kalangan umat Islam di atas dasar kefahaman tauhid yang benar
Membangunkan kembali asas-asas 'ilmu Islam
Menyeru umat untuk kembali berusaha melakukan ijtihad
Melancarkan secara lantang kritik terhadap sistem pemerintahan dan pemerintah-pemerintah di masa itu..
Dalam masa inilah Imam al-Ghazali menulis bukunya yang terbesar, Ihya' Ulumiddin; yang bererti 'menghidupkan 'ilmu-'ilmu din'. Di dalam buku ini Imam al-Ghazali mengkritik secara keras keadaan akhlaq di dalam seluruh lapisan masyarakat. Beliau mengesan setiap penyelewengan akhlaq kepada sebab-sebab psikologi dan sosial, dan mengemukakan kriteria akhlaq yang sebenar menurut Islam. Usaha perubahan yang dilakukan oleh Imam al-Ghazali tidak begitu menonjol dari sudut perubahan
2.4 Nuruddin Zanki dan Salahuddin AI-Ayyubi dalam Menebus Maruah Umat Islam daripada Serangan Kristian
Pada abad ke-6 Hijrah, dunia Islam telah terbahagi kepada kerajaan-kerajaan kecil yang saling bermusuhan antara satu sama lain. Di saat itu kerajaan-kerajaan Kristian Barat melihat ini adalah satu peluang bagi mereka meneruskan segiatan salibiyyah secara besar-besaran.
Serangan tentera salib yang pertama telah membawa hasil yang memberangsangkan kepada tamaddun Kristian. Mereka telah berhasil merebut baitul Maqdis dari kaum muslimin dan mendirikan beberapa kerajaan di daerah Syam dan sekitarnya. Keadaan ini bagi umat Islam adalah merupakan satu tentangan yang berat selepas gejala riddah yang melanda umat Islam di zaman Abu Bakr al-Siddiq.
Pada saat-saat yang sedemikian kritis itu Allah mengirimkan pertolonganNya kepada umat Islam dan dunia Islam dengan Imaduddin Zanki, sultan Turki ketika itu. Dalam perjuangannya, ia berhasil mengalahkan pasukan salib di setiap medan pertempurannya. Sepeninggalannya, perjuangannya diteruskan oleh putranya Nuruddin Zanki. Ia berjaya mengusir tentera-tentera Kristian dari Syam. Sepeninggalan beliau, perjuangan itu diteruskan oleh Salahuddin al-Ayyubi.
Pertamanya, Salahuddin al-Ayyubi berjaya dalam mempersatukan kaum muslimin yang ketika itu sedang bercerai berai di bawah satu pimpinan dalam mengusir tentera-tentera salib yang berkuasa di daerah-daerah umat Islam. Salahuddin al-Ayyubi telah berjaya mengobarkan semangat jihad di dalam setiap muslim. Untuk jihad beliau telah mengerahkan seluruh kekuatan dan menyiapkan segala macam persenjataan yang dimiliki oleh umat Islam ketika itu. Dengan kesabaran dan kebijaksanan dalam segala perjuangan beliau berhasil mengalahkan tentera-tentera salib di medan Peperangan Hittin pada tahun 538 H. Seluruh kekuatan salib dilumpuhkan. Sehingga pada tahun itu juga Salahuddin al-Ayyubi berjaya merebut semula kota Bait al-Maqdis dart cengkaman tentera-tentera salib. Salahuddin al-Ayyubi wafat setelah menunaikan tugasnya dengan jayanya. Semua bahaya yang mengancam dunia Islam dapat dihapuskan. Seluruh pasukan Salib dapat dihalau dari kawasan Timur Tengah. Beliau meninggal dunia dalam keadaan dunia Islam mengecapi keamanan dan kedamaian.
2.5 Ibnu Taymiyyah dan Murid-Muridnya Dengan Usaha-Usaha Untuk Membersihkan 'Aqidah dan Menghidupkan Semangat Jihad dalam Umat Islam
Ibnu Taymiyyah dilahirkan pada pertengahan abad ke-7 Hijrah, iaitu kira-kira 150 tahun selepas meninggalnya Imam al-Ghazali. Ketika itu tentera Tartar sedang melanda dunia Islam dan menawan serta memusnahkan satu demi satu daerah-daerah umat Islam.
Kedudukan umat Islam ketika itu begitu rendah, sebahagian besar 'ulama'nya bersikap jumud dan lebih senang bertaqlid dan menutup serapat-rapatnya pintu ijtihad. Umat Islam pula kehilangan semangat jihad dan rosak 'aqidahnya kerana dihanyutkan oleh pemikiran-pemikiran yang mengelirukan.
Di zaman keruntuhan inilah Ibnu Taymiyyah dan beberapa anak muridnya dari kalangan 'ulama' yang handal telah berjuangan untuk membangkitkan penghayatan Islam yang sebenar di dalam umat Islam. Di antara usaha usaha tajdid yang mereka lakukan adalah:
Memurnikan 'aqidah umat Islam daripada segala gejala
pemikiran Greek dan falsafah-falsafah asing yang mengambil tempat semula di
dalam umat Islam
Membersihkan umat Islam dari segala 'amalan khurafat dan
bid'ah
Menyeru untuk meninggalkan taqhd dan membuka pintu
ijtihad
Membangkitkan semangat jihad di dalam umat Islam dan
memimpin sendiri sebahagian dari peperangan menentang Tartar
Menyelesaikan krisis pimpinan umat Islam selepas pupusnya
Daulah Bani 'Abbasiyyah di tangan Tartar dengan penetapkan beberapa dasar
pokok dalam sistem bernegara menurut Islam
Menyeru kembali kepada al-Qur'an dan al-Sunnah serta menurut jalan jalan golongan salaf. Malahan Ibn Taymiyyah dikatakan memulakan asas mazhab salaf yang mempunyai pengaruh dalam usaha-usaha tajidid hingga ke hari ini
2.6 Muhammad bin 'Abdul Wahab, Syah Waliullah Al-Dehlewi, Muhammad Ahmad Al-Mahdi dan Muhammad ibn 'Ali Al-Sanusi Sebagai Pengasas-Pengasas Perjuangan Kebangkitan Melalui Usaha Berorganisasi.
Muhammad bin 'Abdul Wahab (1703 -1787 M) berjuang menyeru umat Islam di Semenanjung Tanah 'Arab untuk kembali berpegang sepenuhnya kepada al-Qur'an dan al-Sunnah. Beliau membuat penekanan terhadap usaha untuk memurnikan 'aqidah umat Islam serta membersihkan mereka dari sebarang khurafat dan bid'ah. Beliau bukan sahaja berusaha untuk memperbaiki keadaan umat Islarri dari sudut yang terpisah dari satu sistem pemerintahan, tetapi beliau berusaha untuk menegakkan satu sistem yang berkuasa serta dapat melaksanakan hukum-hukum Islam di bawah satu Negara yang berdaulat.
Untuk mencapai tujuan ini beliau telah mengumpulkan dan melatih mengikut-pengikutnya secara satu pergerakan. Asas pergerakan yang dibawanya adalah berteraskan kepada usaha perubahan untuk menegakkan Islam sepenuhnya menurut al-gur'an dan al-Sunnah. Pemikiran dan pendekatannya bagi proses kebangkitan Islam adalah selari dengan apa yang diperjuangkan oleh Imam Ahmad ibn Hanbal dan Ibn Taymiyyah. Oleh kerana itu pergerakannya dianggap sebagai permulaan bagi pergerakan Islam hari ini.
Pada waktu yang sama Syah Waliullah (1703 -1762) telah bangkit di Benua India untuk meneruskan usaha-usaha tajdid yang telah dilakukan oleh Mujaddid Alf-i-Thani Syeikh Ahmad Sirhindi. Gejala yang melanda dunia Islam yang lain, tidak sepi dari menular kepada umat Islam di benua tersebut. Malahan masalah yang dihadapi oleh mereka tidak banyak perbezaannya dengan masalah-masalah di tempat-tempat lain. Permasalahan ini berkisar di sekitar; 'aqidah umat Islam yang makin merosot, penyelewengan dan kezaliman para pemerintahnya, kejahilan umat serta kecuaian 'ulama'nya, meluasnya 'amalan-'amalan syirik melalui khurafat dan bid'ah, luputnya semangat jihad dan lain-lain lagi.
Syah Waliullah mengemukakan dua faktor utama yang menjadi sebab kepada kejatuhan umat Islam:
Perubahan sistem khilafah kepada sistem mulk
Hilangnya semangat ijtihad kerana diserang penyakit bertaqlid.
Dalam usaha memperbaiki masyarakqt dan umat Islam, beliau telah mengumpulkan murid-muridnya dan membentuk sebuah organisasi bagi melancarkan da'wah dan ta'alim. Malahan beliau menjemput pemerintah di Afghanistan ketika itu untuk datang ke India dan bekerjasama dengannya bagi melancarkan jihad menentang orang-orang Hindu di India.
Selepas kematiannya, perjuangannya diteruskan oleh anak-anak dan murid-muridnya seperti Syah 'Abdul 'Aziz, Sayyid Ahmad Brelvi (juga dikenali sebagai Sayyid Ahmad Syahid), Syah Isma'il dan 'Abdul Hayy.
Muhammad ibn 'Ali al-Sanusi (1787-1859) di Libya bergerak sebagai melanjutkan aliran yang dimulakan ole Muhammad bin 'Abdul Wahab. Penumpuan usaha tajdid yang dilakukan olehnya adalah pemurnian 'aqidah umat Islam. Asas gerakan yang dimulakan oleh Muhammad bin 'Abdul Wahad telah dilanjutkan di Libya sebagai Pergerakan Sanusi.
Untuk menuju kearah wujudnya satu sistem pemerintahan, Muhammad ibn 'Ali menubuhkan zawiyyah, ataupun. unit-unit penempatan yang berdikari dan lengkap dengan masjid sebagai markaz, pusat tarbiyyah,ladang dan tempat-tempat perusahaan. Melalui zawiyyah-zawiyyah inilah usaha-usaha da'wah diperluaskan di seluruh Afrika Utara, hingga akhirnya seluruh bahagian utara Padang Pasir Sahara merupakan kawasan-kawasan yang diperintah oleh undang-undang Islam.
Selepas kematian Muhammad ibn 'Ali, Pergerakan itu dipimpin oleh Sayyid al-Mahdi, Sayyid Ahmad al-Syarif, Sayyid Muhammad Idris dan akhirnya 'Umar al-Mukhtar.
Muhammad Ahmad al-Mahdi (1844-1885) pula merupakan pejuang Islam yang memperbaharui semangat jihad umat Islam di Sudan melalui kepimpinan sebuah Gerakan Islam. Melalui usaha gerakan yang dipimpinnya, akhirnya beliau berjaya menegakkan pemerintahan Islam di Sudan.
Sumbangan yang utama dari usaha-usaha tajdid pada zaman ini ialah pengasasan gerakan-gerakan yang memperjuangkan Islam melalui satu struktur kepimpinan dan disiplin yang tertentu. Di samping itu, sumbangan yang utama dalam era ini juga adalah perjuangan penentangan melalui jihad terhadap penjaja-penjajah Barat seperti Inggeris, Perancis dan Itali. Jihad inilah telah menaikkan semangat umat Islam untuk tidak reda negara mereka dijajah oleh kuasa-kuasa kuffar.
Al-Afghani dan Rasyid Rida merupakan dua orang tokoh yang tertonjol menjelang Abad ke-20 di dalam menyeru kepada kesatuan umat Islam dalam berhadapan dengan serangan pemikiran-pemikiran dan penjajahan Barat. Malahan Rasyid Rida merupakan orang yang paling terkedepan dalam memperjuangkan tertegakknya semula Khilafah Islamiyyah selepas ianya, dihapuskan oleh Mustafa Kamal Attaturk pada tahun 1924.
Perjuangan yang dimulakan oleh al-Afghani dan Rasyfd Rida ini telah diteruskan oleh Imam Hasan al-Banna. Di mana beliau telah mengumpulkan segala ciri-ciri utama dari gerakan-gerakan sebelumnya dan menubuhkan sebuah gerakan yang dinamakan Ikhwan al-Muslimun. Ikhwan di bawah pimpinan Imam al-Banna merupakan sebuah gerakan yang paling berkesan di permulaan Abad ke-20. Malahan Ikhwan seolah-olah mengambilalih peranan Khilafah Islamiyyah yang tidak lagi wujud di masa itu.
Ikhwan, melalui madrasah tarbiyyahnya melahirkan ramai tokoh-tokoh mujahid dan 'ulama'. Di antara yang terkehadapan sekali adalah Sayyid Qutb, seorang mujahid yang begitu tajam penanya dalam mengkritik sistem jahiliyyah yang didukung oleh kerajaan-kerajaan yang memerintah umat Islam ketika itu, khususnya Mesir. Fikrah Islamiyyah yang bersifat inqilabiyyah, atau sikap tidak mahu bertolak ansur dengan nizam jahili, yang dikemukakan oleh al-Ustadh Sayyid ini telah berkumandang di seluruh dunia Islam hingga kepada hari ini.
Sezaman dengan Imam al-Banna dan al-Ustadh Sayyid adalah tokoh dari Benua Indo-Pakistan, iaitu Maulana Sayyid Abul A'la al-Mawdudi. Jama'ati Islami yang diasaskan serta dipimpinnya merupakan rantaian usaha tajdid di Abad ke-20 seperti yang dilakukan oleh Ikhwan al-Muslimun. Penanya yang tepat dan analisis yang tajam terhadap permasalahan umat zaman moden telah membolehkan beliau menjelaskan Islam di dalam abad ini dengan begitu berkesan sekali. Penjelasan beliau terhadap Islam dalam konteks realiti yang dihadapi oleh manusia hari ini telah membersihkan berbagai-bagai kekeliruan umat terhadap Islam itu sendiri.
Dalam usaha kebangkitan Islam yang sebenar, tidak ada seorang da'i atau sebuah jama'ah Islam yang tidak dipengaruhi oleh pemikiran dan penulisan- penulisan Maulana Ikhwan dan Maulana al-Mawdudi.