BATU KARANG

Gumpalan keras daripada kolesterol, kalsium atau pigmen boleh membentuk batu di dalam pundi kencing atau duktus hempedu. Ini adalah ekoran daripada pengkristalan yang menyebabkan batu karang ini.

    Batu karang biasanya tidak dapat dikesan sehingga terdapat tanda-tanda kesakitan. Simptomnya boleh berlaku dari ketidakselesaan bahagian atas abdominal hinggalah muntah dan kesakitan yang serius, di mana pembedahan adalah diperlukan pada tahap ini. Bagaimanapun, jika simptom ini hilang selepas beberapa ketika, diet yang merangkumi rendah lemak dan berfiber tinggi dapat membantu mencegah batu karang tersebut menjadi semakin besar dan lebih banyak.

Tip Rawatan:

Memperbanyakkan

Mengelakkan

Elakkan daripada menjadi obes

    Diet tidak dapat menghapuskan batu karang yang sudah wujud, bagaimanapun, batu karang yang kecil boleh diekskresikan melalui usus. Pesakit patut mengambil makanan yang mengandungi kandungan kanji yang tinggi seperti roti dan beras, buah-buahan dan sayur-sayuran segar untuk mendapatkan fiber. Mereka patut elak daripada makanan berlemak dan berpuasa, kerana kedua-dua faktor ini boleh menerukkan lagi keadaan. Selain itu, kurangkan makanan diproses, lemak dan daging merah. Satu kajian yang melibatkan lebih daripada 700 orang wanita menunjukkan pengamal daging menanggung risiko yang lebih tinggi berbanding vegetarian untuk mendapat batu karang. Ini adalah disebabkan kumpulan pengamal daging kurang mengambil makanan berkanji dan berfiber tetapi mengambil lemak yang tinggi.

    Paras kolesterol yang tinggi dalam darah dan hempedu boleh menyebabkan pembentukan batu karang. Pengambilan fiber yang larut air dapat mengurangkan kolesterol darah dengan itu membantu mengurangkan peratusan kejadian batu karang. Kulit bijirin gandum dan kekacang adalah sumber fiber terlarukan yang baik. Kajian menunjukkan sinarin yang dijumpai dalam arthicokes adalah bagus untuk batu karang.