PENGENALAN
Laman web ini merupakan hasil usaha dua orang pelajar tahun akhir dari Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia. Laman web ini bertujuan untuk memberikan maklumat tentang rawatan 29 jenis penyakit atau masalah kesihatan melalui amalan pemakanan yang sihat dan seimbang. Perubahan yang kecil dalam tabiat pemakanan boleh membawa kepada perubahan yang besar dalam kesihatan anda. Namun, anda diingati bahawa rawatan berasaskan makanan ini hanya sebagai bantuan dalam rawatan penyakit dan anda masih perlu meneruskan rawatan drug yang sedang diterima.
Maklumat dalam laman web ini dipetik daripada buku, internet dan artikel. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan maklumat dalam laman web ini.