~ Kenali Daku ~

Nama: Muhamad Firdaus bin Alias
D.O.B: 271282
P.O.B: Hospital Assunta PJ
Hobi: Melayari Internet, Melukis
Novel Pilihan: Karya R.A.Mursyid
Penyanyi Pujaan: Siti Nurhaliza
Study Update: Lavel 3 SKM
My other webbie:
FirdauSiti
 

 ~ Internet ID ~

Friendster: firdee82@yahoo.com
Kawanster: FirdeeFirdaus
Myspace: firdee82@yahoo.com
Y! MSGR: firdee82
MSN MSGR: firaz_zarif@hotmail.com
 

~ Tarikh Penting ~

- Daftar Kolej Risda (9/8)
 

~ Wish List ~

- Kamera Digital
- Jumpa Siti Nurhaliza face 2 face
 

~ Apa Kena Buat/Ingat ~

- Cek IKIP tak dapat lagi
 

~ Mood Hari Ini ~

 

 

Farah Oh Farah                                   27.7.04

Huh...Undian untuk Farah pada hari kedua minggu ke 8 ni mmg tak memuaskan hati saya...hmm...kedudukan Farah adalah di tangga ke bawah sekali...hmm...harap harap jangan lah Farah yg terkeluar pada minggu ni... :(

 

Afundi Farah                                        19.7.04

Sabtu lepas di dalam konsert akademi fantasia yg ke enam memang satu keputusan yg tidak saya jangkakan. Akhirnya Zarina telah tersingkir daripada pertandingan tersebut. Pada mulanya saya jangkakan pelajar yg akan terkeluar adalah diantara Farah dan Nurul. Setelah Aznil mengumumkan keputusan saya berasa lega kerana pelajar yg saya minati iaitu Farah tidak terkeluar. Walau bagaimana pun apa yg saya tetap tak gemar di dalam akademi fantasia ini ialah pelajar yg berbakat besar akan terkeluar terlebih dahulu. Saya pun tak tahu apa yg difikirkan oleh pengSMS kat negara kita ni. Bagi saya orang yg sepatutnya disingkirkan terlebih dahulu ialah Mas kerana bagi saya suaranya tidaklah sebagus pelajar lain. Dia juga lambat memahami sesuatu yg diajarkan.Hmm...satu je sikap MAs yg patut dipuji iaitu dia tak jemu untuk belajar.Hmm...pepehal pun bagi saya Farah mempunyai suara yg baik dan POWER!...so  AFUNDI FARAH!!!
 
Dapur Dah Siap                                   13.7.04
Akhirnya siap jugak penambahan ruang dapur kat umah ni. Sekarang ni suka sangat lepak kat dapur sebab boleh tengok anak-anak kuceng makan kat blakang. Kat sini saje sesuke nak tunjuk gambar dapur tu kat dalam ni:
Bahagian kiri dapur Bahagian kanan dapur Bahagian tengah dapur
 
Siti Gegar Temerloh                              9.7.04
Seperti yg satu Malaysia tahu Siti sekarang tengah jelajah satu negara bagi mengadakan konsert SNFT. 2 hari lepas (7/7) saya berpeluang buat kali kedua melihat Siti live di depan mata. Memang untuk melihat Siti sekali lagi amat saya nantikan. Konsert pertama Siti yg saya pergi ialah Konsert Mega Bukit Jalil. Untuk konsert kali ni saya telah membelanjakan RM 48 untuk mendaftar sebagai ahli kelab Hotlink kerana semua ahli kelab ini akan mendapat 2 pas percuma zon hotlink. Dengan adanya pas ni boleh la saya melihat Siti dengan lebih dekat dan jelas. Jam 7.45 mlm saya dah tercongok kat padang stadium temerloh. Masa tu zon hotlink sudah dipenuhi oleh peminat Siti. Apa lagi, terus saya tanpa segan silu berlari lari bapak ke dalam zon hotlink tu. Huhuhu... Lepas tu tunggu punya tunggu punya tunggu Siti tak keluar kat stage. Punyalah tak sabarnya hati ni nak tgk Siti. Setelah lebih kurang sejam menunggu akhirnya bebudak AF keluar membuat persembahan. Memula Burn nyanyi pastu Azizi plak. Abis je si zizi nyanyi si abg Halim plak keluar. Dia dengan sleng Ganunye memberitahu yg Siti takkan keluar selagi kitorang tak jerit nama dia. So apa lagi, bergemalah satu stadium dengan laungan nama Siti. Maka keluarlah Siti dari bawah stage (macam lif). Sekali lagi stadium bergema dengan sorakan peminat Siti yg telah lama menanti kemunculan Siti. Siti pun memulakan nyanyiannya dengan lagu pertama. Apa yg boleh saya katan disini ialah konsert Siti kalini memang hebat. Walaupun Siti penat kerana sebelum di temerloh siti telah ke negeri lain, persembahan Siti tetap bertenaga. Pada malam tu Siti telah membawa lagu lagu dari album pertama sehinggalah ke album PS. Siti juga turut membawakan lagu daripada kumpulan Search dan Kembara. Memang tak dapat dinafikan lagi bahawa Siti boleh membawa apa apa jenis lagu kerana lagu rock pun Siti dapat membawanya dengan begitu baik sekali. Konsert berakhir pada jam 11.45 mlm. Selepas bersesak sesak kat stadium, sekali lagi saya kena bersesak sesak kat jalan kerana jalan jam. Huh...
 
Hatiku Gundah                                       5.7.04
Hai...tinggal 2 hari lagi nak ke hari konsert Siti di Temerloh ni...yang sedihnye sejak dua menjak ni tetiap malam hujan lebat...bukan tidak bersyukur dengan nikmat hujan yang Allah berikan ini tapi...Alhamdulillah...ye lah...ni first time Siti datang Temerloh tempat kelahiran dia untuk buat konsert. Kalau lah malam konsert hujan lebat, hancurlah harapanku. Just saya boleh berharap agar malam konsert langit cerah diterangi cahaya bulan. Amin....
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

~ Membe Blog ~

[nurul][azmie][puppet][ucu][acid]
[fieda][charm][zuril][mykelisa]
[tok rimau][fazz][ct cute][athariqk]
[sharina][abrar][adik][ayie][amyz]
[shahirah]
 

~ Website Best ~

[Utusan Malaysia][SitiZone][TV3]
[Kawanster][Friendster][Myspace]
[Jiwang][WWE][FirdauSiti][Sesumpah]
 

~ Catatan Lalu ~

[April][Mei][Jun]
 

~ Cakap Je ~

 

 ~ Dibayar Untuk Baca Email ~

cash.com.my

 

~ Penghargaan ~

[Myshoutbox][s15][Geocities]
[CJB.Net][FreeGB][WebApps]
 

 ~ Buku Tamu ~

:: Read / Sign my guestbook ::

 

1 user online