|
Teknik
Mendaki
- Pastikan anda memakai
pakaian yang sesuai dan membawa beban yang sesuai. Semasa packing, letakkan
barangan yang ringan seperti pakaian di bahagian bawah beg dan barangan
yang berat seperti bekalan makanan di bahagian atas. Kaedah penyusunan
barang yang betul boleh membantu anda mengurangkan beban yang dibawa.

- Apabila mendaki
cuba lakukan kaedah ini. Apabila melangkah ke hadapan, berhenti dalam
satu atau dua saat. Pada masa ini beban di tampung oleh kaki belakang.
Kemudian pindahkan beban ke kaki hadapan. Langkah lagi dan rehat dan
begitulah seterusnya. Dengan cara begini anda tidak akan tercungap-cungap
apabila baru 10 langkah mendaki.
|