|
Tips
- Rancang tempat
pendakian anda dengan teliti. Dapatkan seberapa banyak maklumat yang
boleh mengenai destinasi yang anda ingin tuju. Sebelum mendaki anda
boleh bertanya kepada sesiapa yang sudah biasa atau pemandu arah.
- Periksa khemah
dan kelengkapan lain sebelum memulakan pendakian. Pastikan ia berada
dalam keadaan sempurna.
- Elakkan bercakap
besar apabila berada di dalam hutan.
- Kenali persekitaran.
Anda harus memastikan persekitaran yang selamat untuk mendaki. Jika
anda ingin memegang dahan-dahan pokok, anda harus melihatnya dahulu
kerana kemungkinan dahan pokok itu berduri.
- Bawalah makanan
yang bersesuaian dengan tempoh pendakian. Makanan dalam botol seperti
sos atau kicap boleh diisi semula ke dalam bekas plastik (botol air
mineral) untuk mengurangkan beratnya. Sebelum memulakan pendakian, makanlah
makanan yang boleh memberi tenaga kerana anda memerlukan banyak tenaga
untuk mendaki.
- Belajarlah menggunakan
peti pertolongan cemas. Anda harus mengetahui cara-cara menggunakan
ubat dan pembalut dengan betul.
- Jangan sekali-kali
berjalan bersendirian. Anda akan menghadapi masalah bila cedera atau
mungkin akan tersesat.
- Jika dalam kumpulan
terdapat pendaki yang berjalan perlahan, pastikan dia berada di depan
bila memulakan pendakian.
- Jangan lupa untuk
berehat. Rehatlah selama 10 minit setiap 50 minit perjalanan. Cara ini
dapat mengekalkan stamina anda hingga ke puncak.
- Elakkan membuat
khemah di tempat yang tiada aliran air. Khemah anda mungkin 'tenggelam'
bila hujan lebat.
- Jangan letak lampu
minyak tanah / lampu yang menggunakan gas dalam khemah. Gunakan lampu
suluh. Ia lebih selamat.
- Pastikan anda tidak
meninggalkan plastik, tin, bekas air dan sebagainya di tapak khemah.
Setiap pendaki harus mengamalkan prinsip 'Setiap yang dibawa naik, mesti
di bawa turun'.
|