LAMAN D'HATI

Up
BIODATA
PRODUK
SAHABAT
DIHATI
AKTIVITI

Sign Guestbook View Guestbook

 

 

Se panjang perkhidmatan selama 22 tahun dalam Tentera Laut Diraja Malaysia, bertugas di Pangkalan(darat) adalah merupakan selingan kepada tugas-tugas di kapal sebagai kelasi yang mana tidak kurang juga cabaran dan dugaan yang mengajar diri ini menjadi seorang manusia yang serba boleh:

1983 - Lumut Garisen- 

    6 bulan sebagai kuli kang alam sekitar dan 6 bulan sebagai budak pejabat Komander Garisen (CO) Kepten Abd Wahid bin Anang. Manakala Timbalannya ialah Kdr Zainal Dali.

Unit ini adalah wujud  daripada perpindahan KD MALAYA Woodlands Singapura ke Lumut yang bertindak sebagai unit yang mentadbir alam sekitar dan pasarana di Pangkalan TLDM Lumut. Akhirnya nama ini ditukar kepada KD MALAYA sehingga sekarang.

 

1986 - Rejimen Keselamatan- 

    Menjaga pintu-pintu gerbang utama dan kawasan-kawasan strategik di Pangkalan -pangkalan  TLDM.  Di kawasan Lumut, SK Parit dan RNO Penang.

 

1989 - KD Pelandok (Kolej TLDM)- 

    Sebagai kerani di Sekolah Navigasi. Bertanggongjawab dalam menguruskan pejabat dan menyediakan alat-alat bantuan mengajar dan menyediakan nota-nota untuk keperluan pelatih di semua peringkat kursus.

 

1994- Markas Wilayah Laut 1( Kuantan)- 

    Sebagai  Pembantu Penyelia bilik gerakan. Bertanggongjawab Peg Staf Operasi dalam penyediaan laporan-laporan, pergerakan kapal-kapal dan sebagainya.

 

1995- Markas Armada (lumut)-

    Sebagai staf bilik gerakan. Bertanggongjawab kepada Peg Staf Operasi Armada dalam penyediaan  laporan-laporan, pergerakan kapal-kapal dan sebagainya.

 

    Sebagai Operator MS Power Point untuk taklimat-taklimat operasi kepada tetamu-tetamu dalam dan luar negara.

 

1998- Markas Armada (lumut)-

    Sebagai Penyelia Bot dan Lancang. Bertanggongjawab kepada Pegawai Bosun dalam pengurusan pentadbiran organisasi  Bot dan Lancang dan menentukan kesiapsiagaan bot berada di tahap maksima dan sedia guna. Juga bertindak sebagai skipper kepada bot VIP bila diperlukan.

 

Jul 2000 - Feb 2003 - RMN Ship Silencing Centre (lumut)-

    Sebagai Assisten Pegawai Ayunan Kompas. Bertanggongjawab kepada Pegawai Ayunan Kompas dalam memeriksa dan menyediakan dokumen pemeriksaan Kompas magnetik. Juga membantu dalam kerja-kerja ayunan kompas.

 

Bertindak sebagai Buffer dan bertanggongjawab dalam menjaga kebersihan alam sekitar dan juga landscaping.

 

Penyelia kepada anggota Mara Workbot 10. 

 

Ahli dan fasilitator tim Process Action Team (TQM).

 

 

Sign Guestbook View Guestbook                                     

Renungan: Hendaklah kamu(wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertakwalah kamu kepadaNya, dan kerjakanlah sembahyang dengan betul dan sempurna, dan janganlah kamu menjadi diri mana-mana golongan orang-orang musyrik. Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman agama mereka berselisih mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula berpuak-puak, tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya( dan fahaman dan amalan yang terpesong itu).

-Firman Allah.Surah ar-Rum Ayat 31-32

                                           

Home|Biodata|Pengalaman|Promosi|Sahabat|D'hati|Aktiviti