LAMAN D'HATI |
| Kuih tradisional Kak YatieTepong Talam/kuih Talam/Tepong Boko(bagi orang Pantai Timur) adalah salah satu daripada ribuan kueh tradisi orang melayu yang terdapat di pasaran yang amat digemari oleh semua orang. Walaubagaimanapun, enak atau tidak itu bergantung kepada bahan yang digunakan dan semestinya airtangan orang yang membuatnya. Setakat ini di daerah Manjong Perak, kueh ini mendapat sambutan hangat kepada yang pernah rasa dan pasti akan mencari untuk kali kedua dan seterusnya. Ianya sangat digemari oleh segenap lapisan umur dan sesuai untuk dihidangkan samada semasa minum rehat/minum petang malah untuk jamuan di majlis yang dihadiri oleh orang kenamaan. Bagi penggemar kueh ini, nama Yati/kak yati adalah sinonim dengan kemashuran kueh itu sendiri di daerah Manjong khususnya. Ini adalah kerana adunan bahan-bahan dan olahannya menepati citarasa semua orang. Kalau anda berada di Kawasan Jitra Kedah, warung pokok Cheri adalah juga pembuat kueh ini. Rasa dan mutunya adalah sama kerana mereka adalah satu kelumpok (kroni) yang sama. Buat masa ini, kueh ini hanya boleh diperolehi dengan cara menempah terus daripada pembuatnya(No. telefon seperti di bawah) atau di Kantin Hospital ATM Lumut. Di samping kueh Tepong Talam, kueh Pulut Sekaya/Sri Muka , Karipap dan Kueh Jagong adalah kueh alternatif yang tidak kurang juga mendapat perhatian dan tempahan dari masyarakat sekitar. Di antara ramuan yang digunakan untuk menghasilkan kueh Tepong Talam ialah Tepong Beras, Santan Kelapa, Gula Merah dan Air Kapor.
Tempahan hanya untuk orang yang berada di sekitar Manjong dan Lumut Sahaja....!!!! Untuk pertanyaan sila hubungi - 05-6803032(P) / 05-6837434 (R)/ 013-5053410 |
Renungan: Hendaklah kamu(wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertakwalah kamu kepadaNya, dan kerjakanlah sembahyang dengan betul dan sempurna, dan janganlah kamu menjadi diri mana-mana golongan orang-orang musyrik. Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman agama mereka berselisih mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula berpuak-puak, tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya( dan fahaman dan amalan yang terpesong itu). -Firman Allah.Surah ar-Rum Ayat 31-32 |