BAB
DUA
2.0 PENGENALAN
Pengumpulan harta kekayaan
adalah merupakan fitrah semulajadi manusia. Islam telah
menetapkan cara perolehan kekayaan itu mestilah mengikut
prinsip Islam dan
menjamin kepentingan umum. Dalam hal pelaburan
pula, Islam memandang pelaburan sebagai satu wasilah
yang sihat untuk mengembangkan modal atau harta.Ini
dapat dilihat daripada tiga cara asas penggunaan harta .
Terdapat tiga cara asas penggunaan harta,1
di dalam Islam iaitu yang pertama harta tersebut
dibelanjakan . Perbelanjaan yang bersifat wajib adalah
kewajipan menunaikan zakat apabila cukup haul dan
nisabnya. Manakala
perbelanjaan yang berbentuk sunat pula
seperti sedekah kepada fakir miskin, orang yang
memerlukan pertolongan dan semua amal kebajikan kepada
masyarakat yang lain.
Cara
yang kedua harta tersebut disimpan .Wang atau harta
disimpan untuk kegunaan pada masa hadapan bagi tujuan
melanjutkan pelajaran , berlaku
kecemasan dan
sebagainya. Cara yang ketiga pula harta tersebut boleh
dilaburkan. Islam mengharuskan harta kekayaan dilaburkan
dalam kegiatan ekonomi seperti industri makanan, pakaian
dan sebagainya. Islam amat menggalakkan umatnya berusaha
mengumpul dan menambah harta kekayaan demi kesejahteraan
hidup. Pelbagai sumber pendapatan yang diperolehi
termasuklah wang bantuan zakat harus dilaburkan atau
dikembangkan bagi memperbaiki dan meningkatkan lagi
taraf hidup masyarakat
2.1
DEFINISI PELABURAN
Mengikut definisi yang diberikan oleh Kamus
Dewan terbitan Dewan Bahasa Pustaka, pelaburan
bermaksud :2
-
Meletakkan ( memberikan / menyerahkan ) sejumlah wang utk
sesuatu usaha ( seperti pengeluaran barangan,
perniagaan dan sebagainya ) dgn tujuan utk
memperolehi
keuntungan.
-
Jumlah
wang ( modal ) yang dilaburkan dalam urusniaga.
-
Sesuatu
yang dibeli dengan harapan akan mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda.
Manakala mengikut Kamus Pelaburan keluaran
Dewan Bahasa dan Pustaka, pelaburan didefinisikan
sebagai “ penggunaan wang atau dana bagi
aktiviti tertentu yang diharapkan akan
menghasilkan pulangan yang lebih pada masa hadapan”3
2.2
PELABURAN
DALAM EKONOMI KONVENSIONAL
2.2.1 Definisi dan Konsep Pelaburan
Pelaburan mengikut konteks ekonomi konvensional
adalah satu bentuk penggunaan wang untuk membeli sesuatu
aset sama ada aset hakiki atau aset kewangan dengan
menjangkakan atau mengharapkan bahawa aset yang dibeli
itu akan menghasilkan pulangan atau pendapatan semasa
dan nilainya dijangka akan meningkat dan memberikan keuntungan
pada masa hadapan, selepas mengambil kira risiko-risiko
yang mungkin dihadapi.4
Mengikut takrif tersebut, yang dimaksudkan
dengan Aset
hakiki ialah harta yang wujud secara fizikal dan mudah
dinilai harganya, seperti rumah, kilang dan sebagainya.
Aset hakiki ini boleh digunakan oleh pemilik untuk
kegunaan peribadi atau digunakan untuk mendapatkan hasil
dari penggunaan seperti penyewaan dan sebagainya.
Sementara aset
kewangan pula ialah
sekeping dokumen yang kewujudan fizikalnya tidak
boleh menggambarkan nilainya yang sebenar sebagai contoh
Sijil-Sijil Saham, Bon dan Sijil
Premium. .
Pelaburan juga merujuk kepada pembelian
barang modal yang boleh menghasilkan pendapatan dan
bukannya pembelian barang-barang harian seperti barang
keperluan harian. Oleh itu, boleh dikatakan pelaburan
adalah menangguhkan penggunaan masa kini untuk
mendapatkan pulangan pada masa hadapan. Selain itu,
menurut Mohammad Othman
Syabir , pelaburan juga
merupakan
suatu pengikatan harta yang bermatlamatkan
keuntungan yang bakal diperolehi pada masa hadapan. Ia
juga merupakan urusniaga sesuatu yang asal
( modal ) untuk masa hadapan bagi mendapatkan
pulangan terhadap modal.5
Secara keseluruhannya, definisi pelaburan
boleh dirumuskan sebagai
satu aktiviti pengembangan atau pertambahan sesuatu
modal untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat ganda
pada masa hadapan. Pelaburan sebenarnya melibatkan
pelaburan langsung dan pelaburan penyertaan.
2.2.2
2.2.2 Ciri-Ciri Pelaburan6
1. Penanaman Modal
Sejumlah wang atau dana perlu dilaburkan bagi
mendapatkan apa
juga bentuk aset yang diingini yang digunakan bagi
tujuan penjanaan pulangan.
2.
Kecairan
Sesuatu
pelaburan dianggap cair seandainya boleh di tukar dengan
tunai dengan kadar yang segera. Biasanya aset hakiki
lebih rendah kadar kecairannya berbanding aset kewangan.
Kecairan adalah satu keadaan kebolehtukaran sesuatu
aset kepada wang tunai tanpa memerlukan masa yang
panjang, melibatkan kos urusniaga yang tinggi atau
mengurangkan nilai aset berkenaan.
3.
Jangkaan Pulangan
Sesuatu
pelaburan akan melibatkan jangkaan pulangan yang positif
iaitu kadar keuntungan atau pendapatan. Pulangan ini
termasuklah pulangan dari segi pendapatan biasa dividen,
bonus mahupun pulangan modal. Semakin besar nisbah
pulangan yang mungkin didapati, maka semakin menariklah
sesuatu pelaburan itu.
4.
Risiko
Pelaburan
juga melibatkan risiko. Risiko ialah kemungkinan sesuatu
pelaburan itu tidak mencapai pulangan yang dirancangkan.
Semakin tinggi risiko semakin tinggi pulangan yang akan
diperolehi.7
5.
Peralihan Masa
Sesuatu
pelabuarn akan melibatkan peralihan masa. Masa juga akan
menentukan sama ada seseorang pelabur akan memperolehi
keuntungan atau kerugian.
Bagi kebanyakan pelabur, masa yang panjang bagi
sesuatu pelaburan akan menghasilkan pulangan yang tinggi.
Contohnya, nilai sebidang tanah akan terus meningkat
dari masa ke semasa. Namun begitu, peralihan masa juga
akan menyebabkan nilai sesuatu aset itu menjadi rendah.
Contohnya semakin lama digunakan, nilai sebuah mengalami
susut nilai.
2.2.3
Bentuk Pelaburan
Pelaburan menurut ekonomi konvensional boleh
dibahagikan kepada beberapa bentuk. Bentuk-bentuk
pelaburan ini ada yang melibatkan pelaburan benar dan
pelaburan kewangan. Pelaburan benar merujuk kepada
pelabuarn yang nyata seperti tanah, bangunan, peralatan,
rumah dan sebagainya. Pelaburan kewangan pula merujuk
kepada pembelian aset yang melibatkan pembelian aset
kertas yang lebih dikenali sebagai sekuriti. Pelaburan
kewangan biasanya melibatkan dua pasaran iaitu pasaran
kewangan dan pasaran
modal. Pasaran kewangan umumnya adalah
pasaran yang melaksanakan urusniaga instrumen
kewangan jangka pendek. Biasanya instrumen jangka pendek
merujuk kepada jangka masa matangnya yang kurang
daripada satu tahun. Pasaran modal pula melaksanakan
urusniaga instrumen kewangan yang tempoh matangnya
melebihi satu tahun.8
1.
Pelaburan
Ekuiti 9
Pelaburan
ini merujuk kepada pemilikan sekuriti atau pemilikan
saham. Ekuiti daripada definisinya bermaksud pegangan
atau milikan dalam syarikat tertentu. Pelaburan ekuiti
secara umumnya melibatkan kepentingan bersama antara
para pelabur dan syarikat yang menerima pelaburan.
Justeru, sebagai pemilik bersama, tanggungan hanya
terhad ke atas jumlah modal pegangan saham yang disumbangkan sahaja
. Antara jenis-jenis
produk
dalam pelaburan ini adalah :
Saham
biasa
Saham
biasa ialah saham yang diterbitkan oleh sesebuah
syarikat sebagai pertukaran dengan modal yang dibekalkan
kepada syarikat tersebut. Pemilik saham mempunyai hak
asas iaitu hak berkongsi perolehan,,hak ke atas aset
syarikat, hak pengundian, hak memilih lembaga pengarah
dan hak mendapat terbitan baru.10
Saham Keutamaan
Saham
ini adalah saham yang mendapat keutamaan dari segi
pembayaran dividen sebelum pembayaran dividen
dikeluarkan kepada
pemegang saham biasa. Perbezaan antara saham
keutamaan dan saham biasa ialah dividennya telah
ditetapkan awal, mendapat keutamaan dari segi pengagihan
aset syarikat sekiranya syarikat dibubarkan. Namun, ia
tidak mempunyai hak mengundi.11
2.
Pelaburan Hutang
Pelaburan seperti ini menjanjikan suatu jaminan
dan kadar pulangan yang tetap yang biasanya melibatkan
bayaran bunga atau faedah. Jaminan yang dimaksudkan
adalah tanggungjawab syarikat pengeluar untuk membayar
sejumlah wang dalam bentuk faedah secara berkala (
secara tersusun mengikut yang telah ditetapkan ) dan
wang pokok pada akhir tempoh matang. Sekiranya
tanggungjawab ini diingkari oleh syarikat pengeluar maka
tindakan mahkamah boleh dikenakan ke atas mereka.
Contoh produk-produk pelaburan jenis ini adalah :
a)
Bil Perbendaharaan
Ia
biasanya dikeluarkan
oleh kerajaan melalui Bank Pusat. Ia merupakan
suatu alat hutang sector awam jangka pendek dan ia
memberi hak kepada pemegang terhadap jumlah bayaran yang
ditetapkan iaitu nilai muka pada satu tarikh matang
tertentu.12
b)
Sekuriti Kerajaan
Ia mewakili satu perjanjian bertulis
antara kerajaan dengan pemberi pinjaman, iaitu pemberi
pinjam memindahkan sejumlah wang kepada kerajaan.
Kerajaan akan membayar kadar bunga kepada pemegang
sekuriti. Kadar bunga ini dibayar setiap setengah tahun
dan jumlah wang yang dipinjamkan akan ditebus pada
tarikh matang.13
c)
Akaun Tabungan
Bank dan syarikat kewangan sebagai
penerima hutang akan menetapkan peratus atau kadar
faedah yang akan di bayar kepada penyimpan sebagai pihak
pemberi hutang. Bank akan membayar secara berkala
daripada jumlah berbaki ( tahunan, bulanan, atau harian
mengikut perjanjian ). Oleh itu, ia tidak mempunyai
tempoh matang.14
3.
Pelaburan Aset Hakiki15
Pelaburan aset hakiki atau benar adalah
satu bentuk pelaburan yang melibatkan aset-aset yang
berkaitan dengan harta tetap dan biasanya melibatkan
satu jangka masa yang panjang. Sifat-sifatnya
yang tidak mudah dialihkan dan bersifat material
secara fizikal akan memberikan pulangan melalui
penggunaan, penyewaan, pajakan dan penjualan aset.
Antara aset-aset
berkenaan termasuklah tanah, rumah, mesin, kenderaan,
kelengkapan dan sebagainya.
4. Pelaburan Pasaran Hadapan16
Pelaburan pasaran hadapan adalah
pelaburan yang melibatkan kontrak para pelabur. Para
pelabur bertanggungjawab untuk memenuhi kontrak jual
beli apabila tamat tempoh yang ditetapkan terlebih
dahulu bagi urusniaga yang akan dijalankan pada masa
hadapan. Segala perlunasan wang bayaran dan penghantaran
pesanan hanya akan dilakukan pada masa hadapan
seperti yang
terkandung dalam kontrak yang di buat. Antara ciri-ciri
yang terdapat dalam pelaburan pasaran hadapan adalah
seseorang atau syarikat mempunyai hak dan pilihan sama
ada untuk melaksanakan penghantaran fizikal atau
melupuskan kedudukannya apabila kontraknya matang. Ini
bermakna pelabur yang
membeli sesuatu
kontrak
sekuriti, komoditi atau kewangan boleh mencairkan
kontraknya melalui jualan pada
masa hadapan.
Antara produk-produk di dalam pasaran hadapan adalah :
a)
Pelaburan Komoditi
Pelaburan
ini berasaskan kepada komoditi utama dunia seperti
petroleum, minyak sawit, getah dan emas.
b)
Pelaburan Tukaran Asing
Pelaburan
ini melibatkan urusniaga antara satu mata wang sesebuah
negara tertentu dengan mata wang sesebuah negara lain.
5.
Pelaburan Kutipan Bahan17
Pelaburan kutipan bahan adalah satu
bentuk pelaburan yang berkaitan dengan minat atau hobi
seseorang individu di dalam mengumpulkan koleksi-koleksi
yang berharga, mempunyai nilai sejarah dan nilai seni
yang amat tinggi. Pelaburan dengan cara ini adalah
akibat dari jangkaan bahawa nilai barang-barang yang
dijadikan koleksi akan meningkat dan menghasilkan
pulangan yang lumayan. Antara ialah
-
Emas
-
Batu Permata
-
Barang
- barang antik, lukisan, barang purba, setem,
syiling lama dan sebagainya
lama dan sebagainya.
2.3
PENGERTIAN
PELABURAN DALAM ISLAM
Pelaburan dari sudut bahasa Arab berasal daripada
perkataan “Thamara” dan
“Thamara al-Shai’. Yang bermaksud
berbuah dan menghasilkan sesuatu atau menghasilkan buah
dan “ thamara a;-rajulu ma’lahu,”
seseorang itu telah melaburkan hartanya. Perkataan al-Istithmar
ialah “inginkan hasil”. Para pakar
perundangan Islam menggunakan perkataan tersebut bagi
merujuk kepada pelaburan .18
Pelaburan dalam Islam dari segi bahasanya (
berdasarkan makna Arab iaitu al-Istithmar ) bermaksud
mencari hasil yang bermaksud seseorang berusaha untuk
mencari keuntungan atau hasil atas usahanya. Contoh
seseorang individu akan mengutip hasil daripada
tanamannya setelah ia berbuah iaitu mendatangkan hasil
yang menguntungkan.Takrif ini sesuai dengan konteks
pelaburan iaitu sesuatu aktiviti yang boleh mendatangkan
hasil apabila ia dikembangkan
melalui usaha-usaha berfaedah yang membantu
meningkatkan keuntungannya.
Pengertian
pelaburan menurut istilah pula ialah mencari keuntungan
daripada harta, sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam
Malik dalam kitabnya al-Muwatta’
yang membincangkan tentang soal pinjaman al-Qard.19
Walau bagaimanapun, pengertian tersebut boleh dikatakan
selari dengan maksud pelaburan yang di petik daripada
Kamus Dewan iaitu “ sejumlah wang” (
modal dan sebagainya ) yang dilaburkan dalam sesuatu
urusniaga dengan harapan akan mendapat keuntungan
berlipat ganda.20
Pelaburan dalam Islam adalah melalui
penyertaan ekuiti dan berkongsi keuntungan yang
didasarkan atas prinsip mudarabah dan musyawarah.
Asas ini dapat dilihat kepada konsep mudharabah yang
melibatkan penyertaan individu dan modal, seterusnya
pengusaha akan melaksanakan kerjayanya berdasarkan
syarat-syarat yang telah disepakati.21
Islam menggalakkan setiap modal yang
terkumpul dilaburkan supaya manfaatnya dinikmati oleh
pemiliknya dan orang ramai . Pemilik harta
juga digalakkan supaya melaburkan harta-harta
yang mereka miliki kerana ia tidak harus dibiarkan
sia-sia tanpa mengusahakannya. Islam juga tidak
menghalang dari mengambil faedah ( mengembangkannya )
dari harta yang ada dengan menggunakan apa sahaja cara
yang disyariatkan.
2.4
DALIL YANG MENGHARUSKAN PELABURAN
Islam tidak menghalang manusia menggunakan modal
dan harta kekayaan untuk dilaburkan dan dikembangkan.
Walau bagaimanapun manusia tidak seharusnya lupa bahawa
segala harta kekayaan tersebut adalah milik Allah.
Mereka hanyalah sebagai khalifah yang diamanahkan untuk
memelihara dan menggunakan harta tersebut untuk mencapai
kesejahteraan alam ini.
Pada asasnya, pengembangan modal dan harta
kekayaan yang
di tuntut oleh Islam adalah bertujuan membangunkan
ekonomi negara, memberi kebahagiaan kepada umat
manusia dan merapatkan jurang perbezaan dalam pengagihan
kekayaan.22
Terdapat banyak dalil sama ada daripada Al-Quran,
al-sunnah yang mengharuskan usaha-usaha pelaburan.
Antaranya :
1.
Dalil al-Quran
i)
Firman Allah
: 23
Maksudnya
:
Hai
orang-orang yang beriman, sesungguhnya sebahgaian besar
dari orang-orang alim Yahudi dan rahib-rahib Nasrani
benar-benar memakan harta orang
dengan jalan
yang batil
dan mereka menghalang-halangi( manusia ) dari jalan
Allah Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan
tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka
beritahukanlah kepada mereka ( bahawa mereka akan
mendapat ) siksa yang pedih.( Surah At-Taubah :34)
ii)
Firman Allah s.w.t24
Maksudnya
:”
Dan
apa juga harta halal yang mahu dibelanjakan ( pada jalan
Allah dan
pahalanya ) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula
tidaklah membelanjakan,
mendermakan
sesuatu melainkan kerana menurut keredhaan Allah.
Dan apa juga yang kamu belanjakan dari harta yang halal
( untuk kejayaan ) akan disempurnakan balasan pahalanya kepada
kamu dan ( balasan baik ) kamu ( itu pula ) tidak
dikurangkan.”
(
surah al-Baqarah 2 : 272 )
2.
Dalil al-Sunnah
i)
Sabda Rasulullah s.a.w :25
Bermaksud :
Diriwayatkan
bahawa Al- “ Abbas Ibnu ‘ Abd a’-Mutalib ketika
beliau memberi wang modal kepada seorang pelabur untuk
perdagangan al-Mudarabah, beliau membuat syarat bahawa
jangan membuat perdagangan ke seberang laut serta jangan
melintasi lembah dan jangan membeli binatang hidup.
Kalau berlaku kerugian disebabkan tidak mematuhi syarat
tersebut, pihak pelabur hendaklah menggantikan modal
yang diberikan itu.”
Syarat itu disampaikan kepada
pengetahuan Rasulullah s.a.w dan baginda menyetujuinya
ii)
Dalil al-Sunnah ( dalam bentuk pengakuan
Rasulullah
s.a.w
Kontrak yang dilakukan oleh Rasulullah dengan
Khadijah dalam urusan perdagangannya ialah
melalui kontrak Al-mudharabah iaitu
prinsip yang melibatkan kontrak antara kedua
belah pihak untuk salah seorang ( salah satu pihak )
mengeluarkan sejumlah wang atau modal kepada pihak yang
lain untuk diperdagangkan. Keuntungan daripada
perdagangan itu dibahagi dua mengikut kadar yang telah
dipersetujui.26
Dalam urusan perdagangaRasulullah
Khadijah mengeluarkan sejumlah modal kepada Rasulullah
dan Baginda pergi ke Sham dengan membawa modal tersebut
untuk diperdagangkan. Ini berlaku sebelum baginda di
angkat menjadi Rasul. Setelah baginda di angkat menjadi
rasul, baginda tidak melarang perlaksanaan perniagaan
yang menggunakan prinsip al Mudharabah di kalangan para
sahabat.27
3.
Dalil al-Ijma’
Para ulama telah sependapat mengatakan
bahawa pelaburan adalah diharuskan oleh Islam. Konsep
yang sering di guna pakai dalam aspek ini meliputi
instrumen Mudharabah. Antara dalil ijma’ yang
mengharuskannya sebagaimana yang di petik daripada
pendapat Dr Wahbah al-Zuhaily dalam buku al-Fiqh
al-Islami wa Adillatuh, juzuk ke empat yang
diriwayatkan daripada sekumpulan para sahabat, iaitu
mereka telah menyerahkan harta anak-anak yatim untuk
dilaburkan berdasarkan kontrak mudarabah dan tidak ada
sesiapapun pada waktu itu yang mengingkari atau
membantah perbuatan tersebut. Maka ketiadaan bantahan
ini di anggap sebagai ijma’.28
2.5 ASAS PELABURAN DALAM
ISLAM
Islam telah menetapkan satu prinsip bahawa asal sesuatu perkara di hukum harus berdasarkan kaedah
fiqhiyyah yang membawa satu prinsip iaitu ( Al-asl
Fi Al-Ashya’ Al- Ibahah ).
Sesuatu benda yang harus dilakukan, jika ia mendatangkan manfaat dan boleh menolak kemudaratan
dan kesempitan umat Islam. Contohnya,
mengembangkan harta kekayaan dengan tujuan meningkatkan
taraf hidup dan membantu golongan yang memerlukan. Oleh
itu, pengembangan harta boleh dilaksanakan mengikut
kriteria-kriteria yang ditetapkan serta tidak bercanggah
dengan prinsip Islam. Antara asas penting
atau kriteria yang digariskan Islam dalam urusan
pelaburan adalah seperti berikut :29
1.
Pelaburan mestilah tidak bercanggah dengan hukum Islam, iaitu
tidak melibatkan aktiviti pelaburan dalam
perkara-perkara yang tidak dibenarkan seperti arak dan
sebagainya
2.
Modal yang diperolehi adalah dari sumber yang
halal.
3.
Pelaburan yang dilakukan mesti mampu memberi
kebajikan dan kemakmuran kepada individu dan mesyarakat.
4.
Pelaburan tersebut hendaklah memberi pulangan
dalam bentuk
kebendaan dan
keruhanian yang bukan sahaja memberi kepuasan dan
kebajikan di
dunia dan di akhirat.
5.
Pelaburan tersebut juga hendaklah bebas daripada
segala bentuk larangan seperti riba, ketidakpastian,
penindasan, penipuan, pembaziran dan sebagainya.
Dari kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa
pelaburan dalam perspektif Islam ialah membina
masyarakat Islam melalui pengeluaran barangan keperluan
asas. Keselesaan hidup dan harga barang murah yang mampu
dibeli oleh orang ramai dan kadar pengangguran yang
rendah. Sistem sosial Islam menyarankan supaya setiap
penggunaan perlu
berdasarkan keutamaan dari segi keperluan dan keselesaan
hidup.Dasar ini telah dipersetujui oleh semua sarjana
Islam dan mereka menyatakan penggunaan secara
mewah adalah dilarang.
Lebihan pengeluaran dalam penggunaan dari
sebarang jenis harta adalah tidak digalakkan keran ia
boleh mewujudkan pembaziran faktor pengeluaran.
Pelaburan sebenarnya adalah faedah yang didapati dalam
pengeluaran barangan
keperluan dan keselesaan hidup. Oleh itu, lebih
banyak modal diperlukan untuk meningkatkan keupayaan
pengeluaran mengikut masa tertentu dan mengetahui
bagaimana cara mengeluar, meningkat dan mengembangkannya.
Allah s.w.t menggalakan pelaburan dan melarang
pembekuan modal yang boleh mengurangkan jumlah modal
yang bergerak dalam ekonomi, kesan pembekuan modal
dalam ekonomi ialah kemiskinan akan meningkat dan
berlaku kemunduran yang berterusan. Perbuatan membekukan
modal di kutuk dan
diberi amaran oleh Allah, seperti dinyatakan
dalam surah al-Taubah ayat 34.
Selain itu, Islam menghendaki setiap modal
yang terkumpul hendaklah dilaburkan supaya manfaatnya
dapat dinikmati oleh
pemiliknya dan masyarakat umum.
2.6
CIRI-CIRI PELABURAN DALAM
ISLAM
Pelaburan Islam sebenarnya mempunyai bentuk dan
ciri-ciri yang hampir sama dengan pelaburan secara
konvensional, Cuma terdapat beberapa ciri-ciri tambahan
yang membezakan antara keduanya dan perlu
dititikberatkan. Ciri-ciri tambahan yang membezakan
pelaburan secara Islam dan pelabuhan konvensional
seperti yang ditetapkan oleh Majlis Penasihat
Syariah Suruhanjaya Sekuriti adalah seperti
berikut :30
1.
Tidak mempunyai
operasi yang berasaskna riba ( faedah ) yang boleh
mendatangkan kecacatan di dalam urusan muamalat.
2.
Tidak mempunyai aktiviti yang melibatkan aktiviti
perjudian
3.
Tidak mempunyai operasi yang melibatkan dan
mengeluarkan benda-benda yang
haram seperti minuman keras, daging yang tidak halal,
menjual daging babi, dan sebagainya yang diharamkan oleh
Islam.
4.
Tidak mempunyai sebarang operasi yang melibatkan
kegiatan yang mempunyai unsur gharar ( ketidakpastian )
seperti perniagaan insurans konvensional.
Isu yang melibatkan percampuran iaitu terdapat
aktiviti yang dibenarkan hukum syarak dan juga aktiviti
yang diharamkan syarak bagi sesebuah syarikat, Majlis
Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti, mempertimbangkan
dari beberapa sudut tambahan iaitu :
1.
Aktiviti utama syarikat mestilah bukan aktiviti yang
bertentangan dengan syarak sebagaimana yang telah
digariskan oleh empat ciri-ciri di atas, manakala unsur
riba adalah
amat kecil berbanding dengan aktiviti utamanya.
2.
Pandangan
masyarakat umum tentang imej syarikat berkenaan mestilah
baik.
3..
Aktiviti utama syarikat mempunyai kepentingan
dalam maslahah
(kebajikan secara umum ) kepada umat Islam dan
negara manakala unsur haram yang amat kecil melibatkan
kerumitan meluas yang sukar dielakkan, ‘ uruf
amalan kebiasaan ) dan hak-hak masyarakat bukan
Islam yang diperakui oleh Islam.
Selain itu, antara kriteria lain yang harus diikuti
dalam menjalankan aktiviti pelaburan secara Islam ialah
boleh dipetik daripada pendapat Azlan Khalili
Shamsuddin
dalam
bukunya “ Saham dan Pelaburan Yang Perlu
Anda Tahu” ialah :31
1.
Saham
yang digunakan mestilah bebas daripada riba. Saham
yang telah ditentukan kadar secara tetap adalah
tergolongan dalam riba yang diharamkan. Selain itu,
seseorang juga di larang meminjam secara berfaedah untuk
membolehkannya membeli saham.
2.
Saham-saham yang dibeli mestilah bebas dari
unsur-unsur spekulasi. Perniagaan spekulasi adalah
dilarang dalam Islam.
3.
Saham yang dilaburkan bukan bukan dari jenis
pelaburan yang dilaburkan dalam bank-bank konvensional
seperti Akaun Simpanan Tetap atau Akaun
Simpanan Semasa.
Oleh yang demikian, jelas di sini
bahawa Islam amat menitikberatkan kesucian dalam sesuatu
urusniaga. Namun ia masih dapat disesuaikan tanpa
mengubah ciri-ciri asas yang perlu dilaksanakan. Ia juga
terbukti bahawa Islam adalah satu agama atau cara hidup
yang sempurna untuk
umat Islam seluruhnya.
2.7
BENTUK-BENTUK MEDIA PELABURAN
Para fuqaha’ telah membuat beberapa gagasan
tentang bentuk-bentuk media pelaburan yang sesuai dan
selari dengan kehendak syariat Islam untuk mengelakkan
daripada unsur riba dan tipu helah serta dapat
menegakkan keadilan dan
memperluaskan kerjasama dalam menjalankan
aktiviti pelaburan. Bentuk-bentuk media pelaburan yang
dikemukakan mereka ialah :32
1.
Mudharabah
Kontrak Mudharabah ialah perjanjian
antara pemilik modal dan pengusaha yang mana pemilik
modal bersetuju membiayai sesuatu projek perniagaan
sepenuhnya dan pengusaha
bersetuju mengusahakannya. Keuntungan yang diperolehi
dari perniagaan dibahagi kepada dua belah pihak
berdasarkan nisbah yang dipersetujui dalam
perjanjian, misalnya 50 : 50, 40: 60, atau 30 :
70.
2.
Musyarakah
Musyarakah ialah perkongsian modal dan
usaha. Setiap individu
menyertai musyarakah dikehendaki menyediakan
modal ia tidak perlu sama banyak, dan setiap
peserta pula dikehendaki melakukan usaha bersama ke atas
sesuatu projek perdagangan. Setiap peserta bersetuju
menghadapi untung atau rugi. Selain itu, modal yang
disumbangkan tidak semestinya
berupa wang ; tetapi harta benda yang bernilai
atau yang boleh dinilai dengan wang boleh
dijadikan
modal sumbangan.
Semua modal yang dikumpulkan daripada penyumbang
hendaklah disatukan sehingga ia menjadi modal bersama
untuk projek-projek yang dipersetujui.
3.
Murabahah
Ia merupakan satu cara jual beli
berdasarkan rundingan awal antara penjual dan pembeli
dengan tidak mengambil tahu harga awal barang yang
dijual. Jualan ini disebut “ Jualan Dengan
Tambahan Untung” ( Mark-Up ). Penentuan harga
ditetapkan oleh pemilik barang. Pelaburan dalam bentuk
murabahah merupakan pelaburan jangka pendek, iaitu bank
membeli barang-barang yang hendak dibeli oleh
pelanggan-pelanggan, kemudian dijual barang-barang itu
kepada pelanggan dengan harga yang lebih tinggi dari
harga pembelian. Sistem ini amat popular di kalangan
bank-bank Islam.
4.
Ijarah
Ijarah atau sewaan adalah penggunaan
manfaat dengan bayaran tertentu dari sesuatu barang atau
harta milik orang
lain. Perjanjian dilakukan antara pemilik harta, penyewa,
sama ada harta yang tidak alih
seperti rumah atau harta yang alih
seperti jentera, iaitu pemilik harta membenarkan
penyewa menggunakan hartanya dengan bayaran sewa.
5.1
Ba’Bith-Thaman Ajil
Ia terkenal dalam istilah harian
sebagai jualan harga tangguh ‘installment’. Mengikut
sistem ini, penjual barang menyerahkan barang kepada
pembeli dengan serta merta dan pembeli menangguhkan
bayaran harga barang itu, kepada suatu tempoh tertentu
atau membuat bayaran secara ansuran. Kebanyakan para
fuqaha’ mengharuskan bayaran lebih tinggi ke atas
barang itu berbanding dengan harga tunai.
5.
Jual saham
Ia merupakan amalan jual beli di mana
pembeli menyerahkan pembayaran terlebih dahulu dan
penjual menggauhkan penyerahan barang sehingga
satu tempoh yang ditetapkan dalam perjanjian. Ia juga
merupakan tempahan pada barang-barang yang diperlukan
untuk satu masa akan datang.
Prinsip-prinsip tersebut digunakan dalam
menjalankan aktiviti pelaburan kerana ia
mengandungi peraturan-peraturan yang telah
digariskan oleh para fuqaha’ dalam usaha
memperkembangkan sistem ekonomi Islam melalui pelaburan
kerana ia tidak mengandungi unsur-unsur shubahah (gharar
) dan mendapat keuntungan yang halal di sisi Islam.
2.8
SARANAN
MEDIA PELABURAN BARU
Kini, media atau instrumen pelaburan sudah
berkembang maju
dan banyak instrumen telah diciptakan di negara-negara
maju sesuai dengan keperluan mereka. Instrumen atau
media itu kebanyakan terlibat dengan riba dan orang
Islam tidak menyedari disebabkan tidak ada alternatif lain, giat dan
terus menyertai pelaburan melalui media yang ada.
Media-media pelaburan yang disarankan oleh para
fuqaha’ tidak
mampu menampung keperluan semasa dan perlu merangka
media-media baru yang diasaskan di atas syariat Islam
atau mengkaji media-media yang sedia ada dan
diubahsuaikan sehingga tidak bertentangan dengan syariat
Islam. Misalnya, bank dan insurans dapat diselaraskan
dengan kehendak-kehendak syarak.
Penulis-penulis Islam telah memulakan usaha ke arah
penciptaan media-media pelaburan secara Islam, kini,
masih diperingkat permulaan seperti Prof. M.A
Mannan, dalam kertas kerja yang bertajuk : “
Securities Market In An Islamic Frame Work :
An Agenda For Action”, ( Jeddah ), 1982, telah
mengemukakan beberapa media baru yang boleh dilakukan
dan tidak pula bertentangan dengan syariat Islamiah.
Prof. Mannan membuat saranan media-media
pelaburan baru adalah berasaskan beberapa asumsi.
Asumsi-asumsi itu ialah: 33
-
1.
Islam melarang riba, dan uasaha-usaha ke arah itu haruslah
dilakukan seberapa boleh dan seberapa cepat. Hukum
riba sudah jelas dan tidak ada tolak ansur.
-
2.
Syarikat dalam rangka ekonomi Islam adalah untuk mendapatkan
bukan sahaja keuntungan material, tetapi juga moral.
-
3.
Perniagaan yang berteraskan monopoli dan spekulasi
dianggap bertentangan dengan Islam. Sementara
itu, Islam membenarkan
motif keuntungan yang tidak bertentangan dengan
moral dan sosial.
-
4.
Mekanisme pasaran bebas yang berjalan mengikut arus
permintaan (
demand )
dan bekalan ( supply ) mungkin tidak
menolong untuk
mencapai objektif-objektif
ekonomi di sesebuah kerajaan Islam. Kawalan
dan pengawasan diperlukan bagi menjamin mereka yang
tidak menyertai pasaran.
Sejak IDP ( Islamic Development Bank )
ditubuhkan pada tahun 1975, beberapa instrument kewangan
telah diciptakan seperti Muqaradah Bond, al-Mudharabah
Certificate, Loan Certificate, Zakat Certificate,
Solidarity Bond dan instrument-instrument lain.
Konsep Muqaradah Bond misalnya merupakan
dokumen-dokumen yang dilekuarkan dengan nama
pemilik-pemiliknya untuk membiayai sesuatu projek,
dengan matlamat
melaksanakan projek tersebut dan mendapatkan
keuntungan. Muqaradah Bond diasaskan pada kontrak
Muqaradah dan fiqah iaitu perjanjian kerjasama antara
pemilik modal dan pengusaha dimeteraikan. Bond ini tidak
diasaskan pada “interest” ( Bunga )
tetapi pulangannya berasaskan pada nisbah keuntungan
dari projek itu. Kegiatan
Muqaradah Bond banyak dilakukan oleh IDB.
Manakala Muhdarabah Certificate
pula merupakan surat-surat pelaburan yang berasaskan
sistem mudharabah. Surat pelaburan ini dikeluarkan
pertama kali oleh Islamic Investment Company ( IIC
) di Sharjah
dalam tahun 1978. Nilai
satu surat ialah US $ 100.00.
Bagi Zakat
Certificate, ia sejenis sijil zakat yang
dikeluarkan untuk membiayai projek-projek membela orang
miskin. Walaupun, syarak sudah menetapkan penerima zakat,
namun cara pengagihan boleh diubahsuai mengikut
keutamaan dan projek-projek yang lebih berkesan.
Instrumen-instrumen kewangan lain yang dilaksanakan
seperti Loan Certificate, Solidarity Bond, Islamic
Short Term Commercial Paper dan sebagainya juga
mengandungi sistem pelaburan berunsur Islam dan wajar
dilaksanakan bagi menambah pendapatan atau keuntungan
melalui proses globalisasi yang berlaku dalam usaha
memantapkan system ekonomi Islam di negara kita.
KESIMPULAN
Jelaslah, pelaburan merupakan satu kegiatan yang
penting dalam membangunkan sistem ekonomi Islam
berdasarkan keharusannya di dalam Islam
dengan meletakkan beberapa peraturan khas dalam
melaksanakannya. Walaupun, aktiviti pelaburan melalui
ekonomi konvensional agak menguntungkan, namun
usaha-usaha pelaburan yang berteraskan Islam wajar
diperkembangkan secara meluas sehingga terbukti
kemampuan dan keuntungannya setaraf dengan prinsip
pelaburan konvensional.
Oleh itu, dalam usaha meningkatkan taraf hidup
golongan miskin khususnya, pelbagai bentuk pelabuarn
boleh dilakukan seperi
melaburkan harta zakat dalam
menambah kuantiti dana zakat yang menjadi tunggak
utama ekonomi umat Islam.
NOTA
HUJUNG :
1 Mustafa Haji Daud, Pemikiran Politik dan Ekonomi
Al-Maududi ,Kuala Lumpur:Dewan bahasa dan
Pustaka,1989,m.s.93
2 Kamus Dewan, Cetakan
petama (Edisi Baru) Kuala Lumpur:Dewan bahasa dan
Pustaka ,1989,m.s. 688.
3 Kamus Pelaburan,
Kuala Lumpur ,DBP,1997,m.s. 110.
4 Rosalan Haji Ali,Pelaburan :Penilaian dan
Penerapan ,Kuala umpur,DBP,
1993,m.s.2.
5Muhammad Uthman Syabir(Dr.),et.al,Istithmar
Amwal Al-Zakah:Ru’yah Al-Fiqhiyyah
Mu’assarah.Dalam Abhath AL-Fiqhiyyah Fi Qadhaya
Al-Zakah Al-Mu’assarah,Jilid 2,
Jourdan : Dar Al-Nafaais , m.s. 504.
6 Suhaimi Salleh,Menceburi Bidang Pelaburan Kuala
Lumpur : Times Book
International,m.s.3.
7 Ismail Ibrahim ,Pelaburan Dalam Pasaran
Sekuriti,Hadapan dan Opsyen,Kuala Lumpur,DBP,
1994 m.s.6.
8 Ab.Mumin Ab Ghani, Sistem Kewangan Islam dan
Pelaksanaannya Di Malaysia,Kuala
Lumpur,:JAKIM,m.s.35.
9 Rosalan Haji Ali,op-cit,m.s. 6-19.
10 Ismail Ibrahim,Saham Dan Pasaran Saham,Kuala
Lumpur:DBP.m.s. 52
12 Abd. Ghafar Ismail,Pasaran Wang :Alat,Peranan
Institusi Dan Dasar Kewangan ,Kuala
Lumpur,DBP,m.s. 32.
14 Rosalan Haji Ali,op-cit,m.s. 7.
18 Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam ,Al-Maksti’ah
alFiqhiyyah Kuwait:Taba’ah Zaati al-Salasil,Cetakan
Kedua,1983,Jilid 3,m.s. 182.
,
19 Wan Ahmad Wilman Bin Wan Adam
Pelaburan Harta Zakat :Satu Kajian DI
BaitulmalWilayah Persekutuan Kuala Lumpur
,Bahagian Pengajian Syariah,Jabatan Syariah Dan
Ekonomi, Akademi Pengajian Islam , Universiti
Malaya,2000,m.s.42.
20 Kamus Dewan ,Kuala Lumpur ,DBP,1989,m.s.688.
21 Auf Mahmud Al-Kifrawi(Dr.),al- Nuqud wa al-
Masarif, Mesir: Dar al-Jami’at Al- Misriyyat (t.t),m.s.
71.
22 Muhammad Rawasa al-Qal’ahji,Mabahith Fi al-
Iqtisad al-Islami Min Usulihi al-Fiqhiyyah,
Beirut: Dar al-Nafaais,1997,m.s.33.
23 Tafsiran Pimpinan al-Rahman ,Kepada Pengertian
al-Quran,Kuala Lumpur:JAKIMm.s.350.
25 Fadzilah Mat Yaman, Pelaburan dan Tabungan Dari
Perspektif Islam ,Bahagian Pengajian Syariah
Jabatan Syariah dan Pengurusan APIUM,2000,m.s.31.
26 Sayid Sabiq, Fikih Sunnah ,H,Kamaluddin
A.Marzuki (ter.),Kuala Lumpur:VictoryAgency,Jilid 3,
m.s. 36.
28 Wan Ahmad Wilman Wam Adam,op-cit.m.s.
29 Masadul Alm Choudry, Contribution to Islamic
Theory: A Study In Social Economic,
London: Mc Millan Press LTD, 1986,m.s.135.
30 Suruhanjaya Sekuriti, Senarai Sekuriti Terkini Yang
Diluluskan Oleh MajlisPenasihat Syariah
Suruhanjaya Sekuriti, Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, 28 April 2000 m.s. 4.
31 Azlan Khalili Haji Shamsuddin,Saham dan
Pelaburan Yang Perlu Anda Tahu,Kuala
Lumpur,Fajar Bakti, 1993,m.s.79
32 Sobri Salamon (Dr.) Ekonomi Islam : Pengenalan
Sistem dan KemungkinanPetaling Jaya: Al-Rahmaniah,m.s.
140.
|