TEKNOLOGI 1
TEKNOLOGI TANAMAN SALAD HIDROPONIK SISTEM RAKIT
(UNTUK HOBI)
Peringkat Percambahan Benih
Benih dicambah dengan menggunakan kiub oisis (span pencuci
periuk boleh jadi pengganti) sebagai medium
semaian bagi percambahan biji.. Kiub oisis yang mengandungi biji benih diletakkan dalam takung mengandungi
air bersih untuk percambahan biji.
 |
Takung kecil, kiub oasis(medium percabahan) lidi satey biji benih dan baja merupakan
pealatan dan bahan perlu untuk seamian beneh. |
 |
Biji beneh (3-4 biji) dimasukkan kedalam medium semaian (kiub oisis) yang telah
diguris dibahagian tengahnya bagi memasukkan biji benih kedalamnya. |
 |
Air bersih dimasukkan kedalam takung semaian. Medium semaian
yang sudah dimasukkan biji benih kedalanya ditekan-tekan dengan tangan
bagi membolihkan air meresap kedalamnya bagi tujuan percabahan benih. |
 |
Pada hari kedua (biji benih mula bercabah), larutam baja
dengan setengah kadar kepekatan dimasukkan kedalam takung semaian. |
 |
Pada hari ke 10 atau ke 11 anak benih telah mula membesar
dalam kiub oisis dan sedia untuk dipindahkan ke takung pembesaran.(tinggalkan
satu pokok yang subur sahaja bagi setiap satu kiub oasis) |
Peringkat Pebesaran
TEKNOLOGI 2
TEKNOLOGI TANAMAN SALAD HIDROPONIK SISTEM
TAKUNG PLASTIK (UNTUK HOBI)
Peringkat Percambahan Benih (sama dengan teknologi rakit
diatas).
Peringkat Pembesaran
Gambar |
Aktiviti |
 |
Bahan dan peralatan yang diperlukan ialah takung plastik,
penutup takung, cawan atau bakul hidroponik, ppm meter (ukur kepekatan larutan), ph
meter (ukur ph larutan) |
 |
Stok baja dimasuk dan dilarutkankkan kedalam takung yang telah diisi
dengan air bersih. |
 |
Ph diukur untuk menentukan bacaannya antara 5.5 hingga 6.5.
Jika bacaan rendah daripada 5.5 masukkan soda bikarbonat (biasa diguna
untuk buat kueh) kacau dan sukat semula ph bagi dapat bacaan yang sesuai.
Jika ph tinggi daripada 6.5 masukkan cuka makan atau air bateri kedalam
larutan dan kacau, sukat semula hingga dapat bacaan yang sesuai. |
 |
PPM diukur bagi menentukan kepekatan larutan baja sesuai
untuk pertumbuhan pokok. Bacaan yang sesuai ialah 1280 ppm. Jika bacaan
lebih rendah ,tambah lagi stok baja, sebaliknya tambah air bersih
sekiranya kepekatan lebih tinggi. |
 |
Anak benih dalam kiub oasis dari semaian yang telah sedia
untuk dipindahkan kedalam cawan hidroponik
|
 |
Masukkan anak benih bersama medium percambahan kedalam bakul
atau cawan hidroponik. |
 |
Masukkan cawan l yang telah mempunyai anak benih kedalam lubang
pada penutup takung untuk tujuan pembesaran. Pastikan akar pokok bersentuh
dengan larutan baja dalam takung.
Penjagaan- air mesti sentiasa ditambah hingga keparas yang sesuai
kerana pokok memerlukan air dalam pembesarannya. Pada hari ke 30 salad sedia untuk
dituai.
|
CATITAN :
|
Takung hidroponik hendaklah diletakkan di bahagian patio atau balkoni
yang terlindung dari hujan serta menerima cahaya matahari
Air hujan hendaklah dipastikan tidak masuk ke dalam takung agar larutan baja tidak menjadi
cair. Elakkan menyembur racun serangga sebelum 1 minggu memungut hasil. |
Keperluan Larutan Nutrien Mengikut Sukatan
Unsur Makro |
Kepekatan (ppm) |
Unsur Mikro |
Kepekatan (ppm) |
N |
125 |
Fe |
0.94 |
P |
31 |
Mn |
0.14 |
K |
215 |
H |
0.16 |
Ca |
84 |
Cu |
0.03 |
Mg |
24 |
Zn |
0.13 |
S |
35 |
Mo |
0.03 |
TEKNOLOGI 3
TEKNOLOGI TANAMAN SAWI MANIS HIDROPONIK SISTEM
RACEWAY (UNTUK KOMERSIAL / HOBI)
klik disini
!!!
CARA MENYEDIAKAN LARUTAN NUTRIEN
(BAJA) klik sisini !!!)
SELAMAT MENCUBA
HOME
|