Kampung
Relau adalah salah sebuah pekan kecil yang terletak di dalam daerah
Bandar Baharu di Selatan Kedah Darul Aman. Lokasinya berhampiran
dengan Utara Perak dan bersempadan dengan Seberang Perai Selatan.
Perjalanan ke sini dari Pulau Pinang hanya mengambil masa selama
45 minit manakala dari Parit Buntar Perak, hanya 15 minit sahaja.
Kedudukannya
yang unik iaitu di kelilingi oleh banjaran bukit bukau yang menghijau
dan menawan disertai dengan alam semulajadi yang belum terusik dan
tercemar menjadikan Kampung Relau begitu istimewa.
Keramahan
penduduknya yang majoritinya berketurunan Melayu dan hidup cara
kampung menjadikan Relau seolah-olah tempat istirehat atau 'balik
kampung' yang amat sempurna. Persekitarannya yang nyaman dikelilingi
pula oleh pokok buah-buahan tempatan bermusim yang lazat seperti
durian, langsat, manggis, rambutan, dokong, cempedak dan lain-lain
akan menyambut ketibaan anda ke sini.
Anda
juga akan berpeluang menikmati Durian Relau yang merupakan salah
satu spesis durian yang bermutu tinggi dan terkenal di kawasan utara.
Kedatangan anda ke Relau adalah suatu ketibaan yang pasti ditunggu-tunggu.
Sambutlah lambaian kedamaian desa sejati dan ianya pasti terakam
indah selamanya di dalam memori anda.
|