Tempat
Tinggal
Program
Homestay di Kampung Relau adalah program yang berdaftar dengan Kementerian
Kebudayaan, Kesenian, Kesenian dan Pelancongan Malaysia di bawah
anjuran Sri Impian Recreation. Sebanyak 24 buah rumah penduduk yang
telah dipilih untuk menyertai program ini yang mana kesemuanya berketurunan
Melayu. Kesemua rumah-rumah ini mempunyai kemudahan-kemudahan asas
yang lengkap di samping mempunyai keistemewaan yang tersendiri seperti
perigi, kemahiran-kemahiran tertentu tuan rumah dan lain-lain. Program
Homestay ini juga membolehkan peserta mengalami sendiri kehidupan
keluarga angkat dan mencuba pengalaman baru yang pelbagai. Sri Impian
Resort juga ada mempunyai dua buah chelet yang mempunyai kemudahan
lengkap seperti bilik air,dan surau untuk bersembahyang. Tapak perkhemahan
yang luas juga ada disediakan sekiranya peserta berminat untuk berkhemah.
Keluasan kawasan perkhemahan ini mampu untuk menampung peserta seramai
200 orang pada satu-satu masa.
Wall
Climbing/Abseiling
Sri
Impian Resort juga ada menyediakan kemudahan yang agak mencabar
seperti wall climbing/abseiling. Dengan kedudukan yang amat strategik
berhampiran dengan tempat aktiviti lain bagi memudahkan pergerakan
sesuatu aktiviti.

Kolam
Berkayak
Ini
adalah merupakan suatu kemudahan yang paling menarik yang telah
diwujudkan oleh pihak pengurasan Sri Impian Resort. Di mana segala
kelengkapan yang diperlukan untuk berkayak boleh didapati di sini
malahan pihak pengurusan juga ada menyediakan jurulatih yang berpengalaman
bidang ini.

Kolam
Ikan
Lebih
unik lagi apabila sesuatu tempat itu dengan keindahan kolam-kolam
ikan air tawar. Sri Impian Resort mempunyai 3 buah kolam ikan yang
meletakkan dengan berbagai jenis ikan air tawar yang terkenal.
|