Intergrated Store Stor Intergrasi |
[HOME] [INTRODUCTION] [DIRECTOR] [SPECIALTY] [SUPPORT SERVICES] [CME] [PHOTO ALBUM] [NEWS] [IMPORTANT LINK] [STORE] [UP] |
Stor integrasi merupakan salah satu daripada unit yang terdapat di Hospital Kuala Krai. Pada umumnya unit ini dikenali juga dengan nama unit Perolehan Dan Pembekalan. Aktiviti Perolehan dan Pembekalan adalah merupakan salah satu aktiviti yang terpenting dalam sesebuah organisasi. Namun pada lazimnya aktiviti ini diklasifikasikan sebagai aktiviti sokongan ( 'suppoting services') mungkin keranan pengwujudan aktiviti ini tidak mempunyai perhubungan terus dengan orang ramai atau masyarakat, sebagaimana aktiviti-aktiviti lain seperti aktiviti rawatan pesakit ataupun aktiviti perkhidmatan kaunter di mana kakitangan yang terlibat perlu berhubung terus dengan orang ramai. Stor integrasi Hospital Kuala Krai mempunyai lima orang kaitangan diketuai oleh seorang Pegawai Farmasi, 3 orang Pembantu Tadbir N9( @ Penyelenggara Stor dan seorang Attendan Kesihatan. Perkhidmatan Pembekalan dan Perolehan tidak akan sempurna jika tidak terlibat dengan penstoran. PERANAN STOR MEMESAN- Stor ditugaskan untuk memperolehi sesuatu barangan/ubat-ubatan. Sebelum barangan/ubatan dipesan, penyelidikan /kajian perlu dilakukan terlebih dahulu tentang cara pembekalan tersebut dioperolehi menurut tatacara dan peraturan-peraturannya. MENERIMA- Apabila menerima sesuatu barangan /ubatan, beberapa lengkah perlu diambil bagi menetukan barangan/ubatan yang diterima itu memenuhi spesifikasi tertentu dan juga mutu yang ditentukan serta kuantiti yang betul sebelum pembayaran dapat dilakukan atau dijelaskan. MENYIMPAN- Teknik-teknik tertentu diperlukan semasa menyimpan stok terutamanya ubatan untuk mengelakkan dari menjadi rosak dalam simpanan. Cara penyimpanan mesti mengikut cara yang betul supaya ianya mudah dikesan apabila diperlukan serta tidak membahayakan. MEMBEKAL- Prosedur-prosedur tertentu dalam membuat pembekalan perlu dipatuhi apabila sesuatu barangan/ubatan itu hendak dikeluarkan/bekal kepada pengguna, agar pengeluarannya teratur dan memenuhi kehendak -kehendak perkhidmatan atau kehendak pelanggan. MENGAWAL- Pembekalan perlu dikawal dari segi kuantiti dan akauntabiliti ( peruntukan kewangan ), agar tidak berlaku pembaziran atau penyalahgunaan , supaya bekalan berterusan dan tidak melebihi perruntukan yang diberikan. TANGGUNGJAWAB STOR
|
PENGENALAN |
WE CARE |