KERJA SOSIAL PERUBATAN

Head of Unit

MOHAMAT ROSELI JAMALUDDIN


HOME

INTRODUCTION

HOSPITAL

DIRECTOR

SUPPORT

SERVICES

CME

NEWS

PHOTO ALBUM

IMPORTANT  LINK

SPECIALTY

[HOME] [INTRODUCTION] [DIRECTOR] [SPECIALTY] [SUPPORT SERVICES] [CME] [PHOTO ALBUM] [NEWS] [IMPORTANT LINK] [STORE] [UP]

Perkhidmatan yang baru sahaja disediakan di ahospital ini iaitu bermula dari 1.6.2001. Ini adalah dengan kehadiran seorang Pegawai Kerja Sosial Perubatan Dibawah skim Pegawai Pembangunan Masyarakat S3 yang bertukar dari Hospital Kuala Lumpur.Pegawai yang dimaksudkan ialah En.Mohamat Roseli Bin Jamaluddin.Sebelum ini Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan hanya terdapat di Hospital Kota Bharu dan kes-kes yang diperlukan perkhidmatan tersebut akan dirujuk ke Pegawai Kerja Sosial Perubatan tersebut.Dengan adanya perkhidmatan tersebut di Hospital Kuala krai pesakit-pesakit boleh terus dirujuk tanpa ke Hospital Kota Bharu.

  

MATLAMAT

 

Bertanggungjawab membantu memulihkan semula dan memaksimumkan kefungsian sosial pesakit-pesakit khususnya dibidang psikolsosial (emosi kewangan, komunikasi kekeluargaan, sokongan, network dan lain-lain) agar mereka dapat kembali menjadi anggota masyarakat yang produktif dan berdikari, sesuai dengan keupayaan yang di akibatkan oelh penyakit.

 

STRATEGI

 

Berkerjasama dengan pegawai Perubatan dan para medik bagi membantu pesakit mengatasi masalah psikososial yang mengalami. Kerjasama melibatkan agensi luar dan pertubuhan sukarela sebagai bantuan kewangan dan perkhidmatan.

 

PIAGAM PELANGGAN

 

Setiap pelanggan akan dilayan secara saksama.

Setiap masalah akan diberikan perhatian dan tindakan segera.

Segala maklumat akan dirahsiakan dan hanya akan diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinanya tertakluk kepada undang-undang.

Keputusan dan rancangan tindakan akan dimaklumkan kepada pelanggan dalam tempoh dua minggu.

Terdapat dua jenis perkhidmatan yang disediakan iaitu:-

 

Terapi sokongan / kaunseling bagi kes-kes

 

Penjagaan pesakit kronik / paliatif 

-  Cubaan bunuh diri 

-  Perbalahan keganasan rumah tangga

-  Ibu tanpa nikah

-  Mangsa perkosaan

-  Penganiayaan kanak-kanak

-  Masalah tingkah laku

-  Kes kurang upaya (cacat)

-  HIV Positif/AIDS

-  Ketagihan

-  Perlindungan wanita dan gadis

 

Bersambung

WE CARE

setstats 1