Pengenalan Ilmu Tajwid

Sebelum mulai mempelajari Ilmu Tajwid sebaiknya kita mengetahui
lebih dahulu bahawa setiap ilmu ada sepuluh asas yg menjadi dasar
pemikiran kita. Berikutnya dikemukakan 10 asas Ilmu Tajwid.

  1. Pengertian Tajwid menurut bahasa : Memperelokkan sesuatu.
    Menurut istilah Ilmu Tajwid : Melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang
    betul serta memenuhi hak-hak setiap huruf.

  2. Hukum mempelajari Ilmu Tajwid adalah Fardhu Kifayah dan
    mengamalkannya yakni membaca Al-Quran dgn bertajwid adalah
    Fardhu Ain bagi setiap muslimin dan muslimat ygt mukallaf.

  3. Tumpuan perbincangannya : Pada kalimah˛ Al-Quran.

  4. Kelebihannya : Ia adalah semulia mulia ilmu kerana ia langsung berkaitan
    dgn kitab Allah Al-Quran.

  5. Penyusunnya : Imam-Imam Qiraat.

  6. Faedahnya : Mencapai kejayaan dan kebahagiaan serta mendapat
    rahmat dan keredhaan Allah didunia dan akhirat. Insya-Allah.

  7. Dalilnya : Dari Kitab Al-Quran dan Hadis Nabi ( S.A.W )

  8. Nama Ilmu : Ilmu Tajwid

  9. Masalah yg diperbaincangkan : Mengenai keadah˛ dan cara˛
    bacaannya secara keseluruhan yg memberi pengertian hukum˛ cabangan.

  10. Matlamatnya : Memelihara lidah daripada kesalahan membaca ayat˛
    suci Al-Quran pada ketika membacanya. Membaca sejajar dgn
    penurunannya yg sebanar dari Allah ( S.W.T )

 [ «« Previous ] [ Menu ] [ Tajwid ] [ Next »» ]

 


© Copyright Huffaz Club Association.
All Rights Reserved
If you have any comment or feedback regarding this site please email huffazclub@hotmail.com