Tingkatan Bacaan Al Quran
Terdapat 4 tingkatan
atau mertabat bacaan Al-Quran iaitu bacaan
dari segi cepat atau perlahan.
At-Tartil :
Bacaannya yg perlahan², tenang dan melafazkan setiap
huruf daripada makhrajnya yg tepat serta menurut hukum²
bacaan Tajwid dgn sempurna, merenung maknanya, hukum dan
pengajaran daripada ayat.
At-Tahqiq :
Bacaannya seperti Tartil cuma lebih lambat dan perlahan,
seperti membetulkan bacaan huruf drp makhrajnya, menepatkan kadar
bacaan mad dan dengung.
Al-Hadar :
Bacaan yg cepat serta memelihara hukum²
bacaan Tajwid.
At-Tadwir :
Bacaan yg pertengahan antara tingkatan bacaan
Tartil dan Hadar, serta memelihara hukum² Tajwid.
Perhatian :
* Tingkatan bacaan Tartil ini
biasanya bagi mereka yg sudah mengenal
makhraj² huruf, sifat² huruf dan hukum² Tajwid. Tingkatan bacaan ini
adalah lebih baik dan lebih diutamakan.
* Tingkatan bacaan Tahqiq
ini biasanya bagi mereka yg baru belajar
membaca Al-Quran supaya dpt melatih lidah menyebut huruf
dan sifat huruf dgn tepat dan betul.
* Tingkatan bacaan Hadar
pula biasanya bagi mereka yang
telah menghafal Al-Quran, supaya mereka dapat
mengulang bacaannya dlm masa yg singkat.
* Tingkatan terakhir
pula ialah Tadwir yakni pertengahan
antara Tartil dan Hadar.
[ «« Previous ] [ Menu ] [ Tajwid ] [ Next »» ]
© Copyright Huffaz Club Association.
All Rights Reserved
If you have any comment or feedback regarding this site please email huffazclub@hotmail.com